Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Sabtu, 30 Mac 2013

Cinta Allah dan Rasulillah



Ya Allah, kami memohon agar kecintaan akan-Mu dan Kekasih-Mu Saiyyidina Habibina Muhammad sollaAllahu alaihi wa sallam terus menerus dan semakin subur bertapak dalam hati kami.

In syaa Allah, wahai diriku dan para sahabat sidang pembaca, bahawa apabila kedua-dua cinta ini sudah terpasak kukuh dan tertinggi dalam diri kita, maka kesannya akan bersinar memantulkan kejernihan dan mahabbah sesama makhluk-Nya, sesama umat Baginda sollaAllahu alaihi wa sallam.

"Sesungguhnya seseorang itu akan dikumpulkan kelak bersama dengan insan yang dicintainya."
 (Mafhum hadits)

Niat dalam Perkahwinan

Mudah-mudahan catatan ini membantu kita memperoleh sungguh banyak kebaikan dan redha Allah melalui pernikahan.

* Banyak mengambil manfaat daripada kuliah bersama Syaikh Ahmad Fahmi Zamzam Al-Banjari An-Nadwi Al-Maliki hafizohullah, yang mengajarkan kitab Sairus Salikin dalam bab pernikahan. 


(Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas)



Jumaat, 29 Mac 2013

Iltizam Kita Untuk Istiqamah Dengan Bacaan Al-Quran




Mudah-mudahan Allah menjadikan kita sentiasa ikhlas dan istiqamah dalam menjadikan ibadah bacaan Al-Quran, pemahaman dan mengamalkan isi kandungannya sebagai sesuatu yang mendarah daging dalam kehidupan seharian kita.

Keutamaan Al-Quran kalamuAllah mengatasi segala-gala yang lain. Sibuk dengan Al-Quran sama sekali tidak akan membawa kerugian. Mafhum daripada hadits Baginda Nabi kita sollaAllahu alaihi wa sallam bagaimana seorang hamba yang sibuk membaca Al-Quran dan tidak begitu sempat untuk berdoa kepada Allah, maka in syaa Allah kepada hamba itu akan dikurniakan Allah dengan sesuatu kurniaan yang lebih baik berbanding dengan hamba yang banyak berdoa tetapi tidak menghidupkan bacaan Al-Quran.

- Bagi yang sudah menghafaz ayat-ayat suci Al-Quran, meninggalkan dan melupakan hafazan tersebut adalah mengundang kemurkaan Allah.


...

Ketenangan Sebenar Jiwa Apabila Dikembalikan Kepada Pemiliknhya




Memang jiwa akan sentiasa penat dan haus, rasa sentiasa tidak cukup jika tidak ada penyandaran diri sebagai hamba kepada-Nya.

Cukuplah Allah sebagai Tuhan bagi kita. Carilah ketenangan berteraskan cinta-Nya. Wahai diri, ketahuilah bahawa dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang. Syurga makrifah (mengenal Allah) adalah syurga yang disegerakan untuk dirasai sejak dunia lagi.



..

Rabu, 27 Mac 2013

Tak Terbalas Segala Kurniaan Allah Kepada Kita

Kita mungkin banyak kali tidak sedar.

Tapi sesekali mata hati terbuka, tersedar akan hal ini. Sungguh, kurniaan-Nya adalah terlalu istimewa dan terbaik bagi kita, tidak ternilai dengan harta duniawi.

Kita pula, dengan keinsafan menghisab diri sendiri, ketaatan yang diperintahkan atas kita untuk dilaksanakan terhadap-Nya pun masih ada kecacatan, masih ada kelompongan. Tidak dikira lagi ibadah sunat. Mungkin sangat kurang. Jika nak diukur dosa dan kelalaian pula, maka makin banyak pemberat untuk sebenarnya kita dihalang daripada mendapat kurniaan Allah yang sungguh istimewa dan banyak,  bahkan layak diazab dengan segera.

Tapi tidak, rahmat Allah, kasih sayang Allah atas sungguh besar. Mengatasi murka-Nya.

Wahai diri, semakin ajaklah dirimu untuk semakin mensyukuri bermacam-macam nikmat-Nya, membaiki penghambaan diri kepada-Nya.

Jumaat, 22 Mac 2013

الزواج في الاسلام



اللهمّ يسّر لنا امورنا في هذا الشأن
اللهمّ ارزقنا الزواج الاسلامى السعيد

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...