Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Isnin, 31 Ogos 2015

Qiamullail - Ibadah Bangun Malam

Dipetik daripada artikel yang dikongsikan:
Qiyamullail merupakan solat sunnah yang paling utama setelah solat wajib yang 5 waktu.

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: سئل رسول الله صلى الله عليه وسلم: أي الصلاة أفضل بعد المكتوبة؟ قال: (الصلاة في جوف الليل)



Dari Abu Hurairah radhiyallahu anhu, ia berkata Rasulullah ﷺ  pernah ditanya:

 “Solat apakah yang paling utama setelah solat fardhu lima waktu?”

Baginda menjawab: “Solat yang paling utama setelah solat fardhu adalah solat di tengah malam.”
                                                                             (Diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari dan Muslim)


Sabda Rasulullah :





“Hendaklah kamu melakukan solat malam kerana ia adalah kebiasaan orang-orang soleh sebelum kamu, ia sebagai amal taqorrub bagi kalian kepada Allah, menjauhkan dosa, dan penghapus kesalahan.”

(Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi (no. 3549), al-Hakim (I/308), dan al-Baihaqi (II/502), dari jalan Shahabat Abu Umamah al-Bahili radhiyallaahu anhu)


Dari Jabir bin ‘Abdillah, Rasulullah   bersabda,

إِنَّ فِى اللَّيْلِ لَسَاعَةً لاَ يُوَافِقُهَا رَجُلٌ مُسْلِمٌ يَسْأَلُ اللَّهَ خَيْرًا مِنْ أَمْرِ الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ إِلاَّ أَعْطَاهُ إِيَّاهُ وَذَلِكَ كُلَّ لَيْلَةٍ

“Pada malam hari terdapat suatu waktu yang tidaklah seorang muslim memanjatkan do’a pada Allah berkaitan dengan dunia dan akhiratnya bertepatan dengan waktu tersebut melainkan Allah akan memberikan apa yang ia minta. Hal ini berlaku setiap malamnya.”

(HR. Muslim no. 757)

Dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda,

يَتَنَزَّلُ رَبُّنَا تَبَارَكَ وَتَعَالَى كُلَّ لَيْلَةٍ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا حِينَ يَبْقَى ثُلُثُ اللَّيْلِ الآخِرُ يَقُولُ مَنْ يَدْعُونِى فَأَسْتَجِيبَ لَهُ ، مَنْ يَسْأَلُنِى فَأُعْطِيَهُ ، وَمَنْ يَسْتَغْفِرُنِى فَأَغْفِرَ لَهُ

Rahmat Tuhan kita tabaroka wa ta’ala turun setiap malam ke langit dunia hingga tersisa sepertiga malam terakhir, lalu Dia berfirman:

“Siapa yang berdoa pada-Ku, Aku akan memperkenankan doanya. Siapa yang meminta pada-Ku, pasti akan Kuberi. Dan sesiapa yang meminta ampun pada-Ku, pasti akan Kuampuni.”

(
HR. Bukhari no. 6321 dan Muslim no. 758)



Sedangkan kegagalan untuk tidak dapat bangun untuk  melakukan Qiyamulail dikaitkan dengan dosa.

Al-Imam Hasan Al-Basri pernah menegaskan:

“Sesungguhnya orang yang telah melakukan dosa, akan terhalang dari Qiyamullail.”

Ada seseorang yang bertanya: “Aku tidak dapat bangun untuk untuk qiyamullail, maka beritahukanlah kepadaku apa yang harus kulakukan?”

Beliau menjawab:

“Jangan engkau bermaksiat (berbuat dosa) kepada-Nya pada waktu siang, nescaya Dia akan membangunkanmu di waktu malam.”(Tazkiyyatun Nufus)

Rasulullah bersabda:

”Tidak akan masuk syurga orang yang dalam hatinya ada sifat sombong, walaupun hanya seberat biji sawi.”
                                                                                                                                                     (HR Muslim)


Sumber MP3 Bacaan Al-Quran Atas Talian

Ikut Maqra (1/8 Juzuk) http://www.quranpagesmp3.com/quraters/equrtr1_mp3.php

Ikut Juzuk : http://aswaatulqurraa.com/

Rabu, 12 Ogos 2015

'Add favourite 3rd party account' Untuk Infaq Jalan Allah




Jom mula 'add favourite 3rd party account' smile emoticon

-untuk mudahkan pindahan wang infaq/sedeqah/wakaf/derma pada jalan Allah, pada setiap bulan

- lebih pantas kerana apabila sudah jadi favourite 3rd party account, tak perlu kepada pengesahan TAC

- kita bekerja dalam bidang profesional, tidak berkesempatan berjuang berkhidmat secara amali dekat dan khusus dalam lapangan kebajikan, dakwah, pendidikan, tarbiyah? Maka kita dapatkan peratusan saham pahala kita dalam bidang tersebut dengan sumbangan dana kita.

- setiap wang dan harta yang kita belanja pada jalan kebaikan dengan ikhlas kerana Allah, maka balasannya minimum 10 kali ganda pahala (dan maksimumnya terserah kepada Allah, Dia tak pernah berkurangan kekayaan khazanah kurniaan-Nya, Dia tak kedekut dan berkira dengan hamba-Nya beriman yang dikasihi)

- Sedeqah/infaq/derma dll yang ikhlas secara RAHSIA, in syaa Allah akan memberi peluang kepada pelakunya menerima pengiktirafan kemuliaan di bawah naungan arasy Allah di akhirat nanti.

- HARTA MILIK KITA YANG SEBENAR adalah setiap wang dan harta yang kita belanja pada jalan kebaikan dengan ikhlas kerana Allah

- PAHALA KITA YANG BERTERUSAN WALAU SELEPAS KITA MATI adalah setiap wang dan harta yang kita belanja pada jalan kebaikan (sedeqah jariah) dengan ikhlas kerana Allah


- kesungguhan menyenaraikan favourite recipient bank account menunjukkan kita sudah ada niat dan azam untuk sedeqah/infaq kerana-Nya, yang ketika berniat sudah pun dikira beroleh pahala.

Semoga Allah menerima amalan kita semua.

Usaha Sambung Pengajian Ilmu Agama





In syaa Allah menunggu keputusan permohonan masuk program Ijazah Sarjanamuda Pengajian Islam UKM secara pengajian berterusan jarak jauh, akan diumumkan pada Selasa depan 18 Ogos 2015.

Berdoa yang terbaik dan agar dipermudahkan segalanya. Saya turut berhubung dengan pegawai yang mengurus pendaftaran, mengenai urusan rayuan jika permohonan diperlukan.

Selebihnya jika belum berpeluang menuntut di UKM, saya in syaa Allah akan teruskan untuk sahkan penerimaan tawaran pengajian Usuluddin di Kolej Dar Al-Hikmah Kajang.

Mudah-mudahan usaha kita belajar ilmu yang bermanfaat menjadi amal ibadah soleh yang diredhai Allah. Masa banyak diperuntukkan sepanjangnya belajar dan berhubungan dengan ilmu mulia, dapat bertemu, berkenalan, bergaul dan mengambil manfaat daripada orang-orang soleh dan berilmu.

Hati-hati Berkongsi Gembira





Suatu realiti. Luahan hati sahabat kita.

Ya, berpada-padalah ketika kongsi gambar dan berita kita gembira ada nikmat Allah. Kerana di luar sana masih ramai yang tak merasa seperti kita. 

Kita mungkin rasa apa kita buat ok, tapi kita tidak tahu apa yang mereka rasa dan fikirkan. Boleh jadi makan hati di dalam. Boleh bawa rasa tidak selesa. Rasa mereka ketinggalan. Takut nanti, boleh bawa kepada rasa sangka buruk kepada Allah, rasa putus asa.

Maka, guna pertimbangan akal. Sesuaikan cara, kekerapan kita berkongsi.

Melihat dan Mengutamakan Tawaran Pulangan Besar Akhirat

Jika kita diberi tawaran untuk kerja bergaji bulanan RM 100,000, sudah tentu kita sudah tidak lagi memandang kerja bergaji bulanan RM 1,000.

Itu dalam urusan di dunia. Kita boleh nilai dan utamakan mana yang lebih besar menguntungkan.
Lihat pula dalam urusan kita nak pergi akhirat.

Modal masa usia dan kesihatan kita amat terbatas. Maka wajar digunakan pada keutamaan yang bernilai tinggi di akhirat.

Kita lebih faham mengapa orang-orang yang soleh yang terbuka dan cerah mata hati mereka, mereka tahu mengendalikan dunia, dan mereka sangat yakin dan merindui nilai kemuliaan dan kekalnya akhirat.

Ya Allah Jadikan Kami Istiqamah Mentaati-Mu

Suasana di dalam Masjid Jamek Kuala Kubu Bharu

Ya Allah, kami pohon agar Kau membantu kami untuk sentiasa mengingati-Mu, bersyukur kepada-Mu, istiqamah dan ikhlas dalam sentiasa mentaati-Mu sehingga ke akhir hayat kami bernafas di dunia persinggahan ini.

Ingatan Untuk Bersungguh Bersedia Balik Akhirat

Parut kecil daripada luka kemalangan, lihat sebagai hadiah daripada Allah,
agar setiap kali terpandang pada parut, teringat untuk lebih bersungguh banyakkan persiapan nak berjumpa Allah Pemberi pinjaman nikmat kepada kita di daerah kekal sana

Ahad, 2 Ogos 2015

Jangan Hanyut Dalam Kesenangan Nikmat

Kita mungkin sudah sentiasa selesa dengan kesenangan nikmat,
maka lihatlah ujian kesusahan/kesakitan untuk kita kembali ingat dan berpaut kepada Allah.

Ya, ingatlah apakah sebenarnya status kita (hamba yang lemah, hina, berdosa, peminjam segala nikmat Allah) dan jangan lupa bahawa segalanya dihitung dan kita akan dikembalikan kepada Tuhan Pemilik kita.

Sabtu, 1 Ogos 2015

Kisah memeluk Islam oleh saudara Cina kita di Malaysia

Kisah memeluk Islam oleh saudara Cina kita di Malaysia 
- catatan Mohd Ikhwan Zhaki 26 Julai 2015


Sumber gambar Masjid Muhammadiah Ipoh : Laman MACMA

Salaam semua,

Tadi saya berjumpa dan bantu saudara baru Islam untuk belajar baca Quran.

Beliau berbangsa Cina Malaysia di Kuala Lumpur. Baru 20-an.

Beliau memeluk Islam atas akidah dan carian sendiri, bukan sebab pernikahan.

Sekolah rendah dan menengah beliau di sekolah swasta Cina.

Mula dapat idea tentang Islam semasa di peringkat universiti, bergaul dengan pelajar Muslim dari luar Malaysia. Ada kawan Muslim tersebut hadiahkan teks terjemahan Al-Quran dalam bahasa Inggeris. Beliau kemudiannya beli teks dalam bahasa Melayu.

Titik tolak yang bawa beliau kepada Islam : pada satu saat beliau tertekan dengan masalah hidup, beliau rasa putus asa, dan hampir mahu bunuh diri. Dengan izin Allah, dengan sekali membuka teks terjemahan Al-Quran, beliau terus membaca terjemahan ayat Al-Quran berkenaan tujuan kita hidup utk beribadah kpd Allah. Di situ beliau dapat panduan kekuatan.

Beliau lafaz syahadah di sebuah masjid di KL.

Beliau anak sulung kepada 4 orang adik-beradik. Juga beliau kongsikan kepada adik-adik tentang kebenaran Islam. Adik perempuan dan adik lelaki bongsu beliau dilihat menerima mesej tersebut. Adik lelaki bongsu beliau tingkatan 4 dalam proses utk peluk Islam dan tadi turut belajar. Adik lelaki beliau seorang lagi belum menunjukkan penerimaan.

Mereka sudah lebih daripada 2 tahun berpuasa Ramadhan. Sekarang sedang berpuasa sunat.

Di tempat kerja, beliau berkawan dengan staf India Muslim.

Komited berusaha cari ilmu. Sanggup datang ke Kajang dari tempat beliau di KL. Banyak mencari bahan dan panduan belajar tentang Islam di internet. Saya syorkan untuk saya beri cadangan sumber online yang berkelayakan untuk belajar Islam (antaranya adalah Youtube Syaikh Hamzah Yusuf).
Ibu bapa mereka belum tahu tentang pengislamannya.

Semoga Allah bantu mereka, dan semoga dakwah Islam terus mekar dalam kalangan saudara-saudari Cina, India dan lain-lain di Malaysia dan semuanya secara umum.

Pengajaran daripada kisah benar ini antara yang boleh kita ambil:

1. Menghadiahkan teks terjemahan Al-Quran atau bahan-bahan bertulis tentang Islam sahaja sudah besar manfaatnya, boleh tahu jadi penyebab pada kemudian hari mereka akan buka dan baca, terima hidayah.

2. Kita sudah lama hidup di negara kita dengan bangsa Cina dan India dan yg lain, dgn kita berkongsi sedikit sebanyak info tentang Islam kepada mereka dan dengan akhlak mulia yang kita tunjukkan, in syaa Allah akan bantu kpd dakwah terhadap mereka.

3. Atas akidah Islamiah, kita semua bersaudara, tanpa mengira perbezaan kaum dan warna kulit.

Semoga Allah redhai dan berkati.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...