Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Ahad, 15 November 2015

Mencari Barokah Ilmu daripada Sang Guru

Mencari barokah ilmu daripada sang guru


Alhamdulillah, ketenangan, keberkatan ilmu dan kepuasan rohani setelah kita menadahnya daripada guru, disemak guru, dibetulkan guru, diajarkan guru : semuanya sesekali tidak akan menandingi apa yang kita baca sendiri di tempat sendiri.
Semakan bacaan Al-Quran secara hafazan yang menekankan ketepatan sebutan, hukum tajwid, tempat berhenti dan bersambung memang sangat memerlukan persediaan yang sangat rapi.
Jika kita membaca secara lihat mushaf Al-Quran, kita sudah begitu berhati-hati untuk mematuhi peraturan tajwid, maka daya usaha lebih kuat diperlukan untuk menjaga tajwid bagi bacaan yang dibaca secara hafazan.
Ya, guru tasmi' yang syadid/tegas ketat peraturannya akan meminta pelajar mengulang jika hafazan tidak memuaskan.
Wahai para pelajar yang mengambil ilmu dan menghafaz Al-Quran, sentiasalah menjaga hafazan Al-Quran, jangan dilupakan, sentiasa amalkan tersebut. Setiap hari pastikan diri memegang mushaf dan membacanya.
Semoga Allah memberikan rahmat, barokah, keselamatan kepada kita di dunia dan di akhirat.
Ya Allah, kurniakan sebaik-baik balasan-Mu kepada Guru segala guru kami (Nabi Muhammad) sollaAllahu alaihi wa sallam, para ulama Islam dan para guru kami.
Kredit gambar : laman abunuha

Dapatkan Maklum Balas Bagi Usaha Ilmu dan Dakwah

Temubual, kaji dan dapatkan maklum balas daripada mad'u (kumpulan sasaran penerima da'wah)


- hal demikian menjadi keperluan kpd kita dalam usaha da'wah tarbiyah kita lakukan
- wajar tahu bagaimanakah keberkesanan dan penerimaan mereka
- berdasarkan perbualan saya dgn salah sorg penuntut majlis ilmu, beliau nyatakan betapa penyampaian guru yg mudah difahami menjadi faktor pelajar lebih mudah dan terus dpt konsisten hadir.
- kemungkinan jika kita terlepas pandang aspek ini, tahap penyampaian kita tinggi tak bersesuaian dgn tahap penerimaan pendengar, maka ada jurang dan boleh menyebabkan terhalang minat penerima utk terus belajar.
Semoga Allah memberkati dan membantu kita dalam semua usaha meneruskan risalah Nabi kita Nabi Muhammad sollaAllahu alaihi wa sallam.
Catatan kecil Mohd Ikhwan Zhaki, Ahad 15 Nov 2015 B. B. Bangi

Bacaan tartil Asy-Syaikh Abdul Rashid Ali Sufi hafizohuAllah

Bacaan tartil Asy-Syaikh Abdul Rashid Ali Sufi hafizohuAllah
Subhnallah, sangat menenangkan mendengar bacaan beliau, Syaikh Al-Muqri Al-Hafiz yang berasal dari Somalia. Jelas untuk kita belajar makhraj dan tajwid bacaan beliau.

Jumaat, 13 November 2015

Usia lebih lama, malam mereka hidup dengan ibadah




Kelas sebentar tadi, saya berbual dengan ibu juruterbang Air Asia tadi. Beliau baya para ibu kita.

Allah, amat tersentuh dengan apa yang beliau kongsikan kepada saya. Bagaimana dihidupkan malamnya. (Beliau sekadar bertanya kepada saya apakah aturan amalan lain yang boleh dibuat semasa qiamullail).

Namun, dengan cara beliau, saya boleh faham, bahawa malam mereka ini adalah jenis yang panjang dengan ibadah. Allahu Allah. Istimewa, mereka dijemput oleh Allah untuk bermunajat dalam masa istimewa.

Ini adalah kali kedua secara dekat saya dengar dengan telinga sendiri bagaimana para ibu-bapa kita, mereka pada usia sedemikian, mereka semakin merasai akan tibanya 'detik tersebut' dan bagaimana malam mereka lebih banyak ibadah berbanding tidur kosong.

Ya Allah, ampuni kami. Kami akui betapa saratnya dosa kami pada siang hari menyebabkan kami terhalang daripada ibadah malam yang mulia, dan diberati badan kami untuk memenuhi nafsu tidur semata-mata.



*Gambar dari sweetquran.blogspot.com

Rabu, 4 November 2015

Sentiasa mengulang hafazan Al-Quran

(Gambar dari laman http://www.islam.gov.my/)

Sentiasa mengulang hafazan Al-Quran - agar tidak lupa dan hilang hafazan.

- mafhum dari saya terima nasihat emas tersebut daripada salah seorang adik dalam perjuangan yang merupakan al-muqri 30 juzuk lepasan Diploma Darul Quran JAKIM.

- letakkan dalam minda sasaran kita untuk tamatkan bacaan hafazan ulangan sehari paling sedikit 3 juzuk, agar sentiasa hidup dan lancar (masyi) ayat-ayat Quran hafazan.

- pesan guru saya juga, jika terlalu sibuk, maka buka mushaf dan tengok pada ayat-ayat hafazan.
Ya Allah, kami mohon bantuan-Mu agar kami dikekalkan ikhlas dengan ibadah bacaan Al-Quran.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...