Ulama Benteng

Ulama Benteng

Khamis, 11 Mac 2010

Sebab-sebab Kemalasan


Sikap malas menghalang kita maju ke hadapan. Ada doa yang diajarkan oleh Baginda s.a.w. untuk mengelakkan kita daripada sikap malas. Mintalah daripada Dia, kerana Dia berkuasa atas segala-galanya, pasti akan diberikan-Nya.


Assalaa mu'alaikum w.b.t., Salam Mahabbah Fillah dan Perjuangan,

Segala puji milik Tuhan Yang Maha Agung Pemilik Seluruh Alam ini, selawat dan salam atas Rasul Junjungan, Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga dan para sahabat baginda.

Ya Allah ajarkan kepada kami 'ilmu yang bermanfaat, dan berikan manfaat kepada kami daripada 'ilmu yang Kau ajarkan.


Sebab-sebab Kemalasan

dipetik daripada terjemahan kitab Ta'liim al-Muta'llim fi Toriiq At-Ta'allumi, tulisan Al-'Allamah Asy-Syeikh Burhanuddin Az-Zarnuji.

Dan terkadang terberanaklah dan terjadilah pemalas dan segan, iaitu daripada penyakit balgham. Iaitu; satu campuran daripada campuran-campuran tubuh badan yang empat dan daripada basah-basahan tubuh badan yang hasil daripada banyak makanan.

Dan bermula jalan bagi nenyedikitkan balgham itu menyedikitkan makanan-makanan yang dimakan.

Dikatakan: Telah bersetujuan 70 nabi-nabi atas mengatakan bahawasanya banyak pelupa itu kerana banyak balgham; dan banyak balgham itu kerana minum air; dan banyak minum air itu kerana banyak memakan makanan.

Dan bermula roti kering itu memutuskan balgham. Dan demikian juga makan buah zabib, sebelum makan apa-apa itu memutuskan balgham. Dan jangan membanyakkan daripadanya supaya tiada berhajat ia kepada minum itu, maka membawa kepada bertambah balgham pula.

Dan bermula sugi itu menyedikitkan balgham dan menambahkan peringatan dan fashahah. Ya'ni; elok dan nyata cakapannya. Kerana bahawasanya bersugi itu jalan yang diredhai akan dia yang menambah ia akan pahala solat dan baca Al-Quran.

Diriwayatkan daripada Nabi ShollalLahu 'alaihi wasallam, bahawasanya Baginda bersabda, terjemahannya:

Bermula satu solat yang mengiringi bersugi itu terlebih afdhal daripada 75 kali solat dengan tiada bersugi.


Dan demikian juga muntah itu menyedikitkan balgham dan basahan-basahan di dalam badan.


*Catatan penulis blog ini:

Antara punca kemalasan adalah banyak makan.
Bersugi membantu meningkatkan daya ingatan dan mengelokkan percakapan.




Ya ALLAH, kukuhkanlah ikatan pergantungan kami kepada-Mu. Keredhaan-Mu matlamat buruan kami. Tetapkan kami ikhlas dalam mentaati-Mu.Selamat dan sejahterakanlah perjalanan kami menuju-Mu. Matikanlah kami dalam menyebut kalimah tauhid.

Rabu, 10 Mac 2010

Salah dan Silap Siapa?



Kami baru dilahirkan beberapa dekad lalu. Kepelbagaian yang ada pada hari ini adalah kerana dicorakkan orang-orang sebelum ini. Mengapa perlu mewarisi kesan "dosa" atau "silap" mereka sebelum ini, sedangkan kami tidak campur tangan pada masa tersebut? Lantas kami tersepit dengan masalah itu pada hari ini?


Kami ingin mencari, membela, mendukung kebenaran dan keadilan. Adakah Islam itu benar pada pihak tertentu sahaja? Allahu Allah, pimpinlah kami.


Benarlah, Allah jua yang akan mengadili segala perselisihan yang ada.


Selasa, 9 Mac 2010

Larangan Mengumpat


Perbuatan mengumpat ialah dosa yang melibatkan makhluk lain. Dosa yang melibatkan makhluk lain pula tidak diampunkan oleh ALLAH melainkan setelah si pengumpat memohon maaf daripada orang yang diumpat. Jika perkara ini tidak selesai di dunia, semasa pengadilan mahsyar nanti orang yang diumpat berhak meminta pahala kebajikan daripada orang yang mengumpatnya sebagai ganti rugi. Lebih menyedihkan lagi, andai orang yang mengumpat itu tidak mempunyai pahala kebajikan yang mencukupi untuk diberikan, dia terpaksa menanggung dosa orang yang diumpatnya, dan ada yang akhirnya dihumbanhkan ke dalam neraka. Na'uzubillahi min zalik.





Assalaa mu'alaikum w.b.t., Salam Mahabbah Fillah dan Perjuangan,

Segala puji milik Tuhan Yang Maha Agung Pemilik Seluruh Alam ini, selawat dan salam atas Rasul Junjungan, Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga dan para sahabat baginda.

Ya Allah ajarkan kepada kami 'ilmu yang bermanfaat, dan berikan manfaat kepada kami daripada 'ilmu yang Kau ajarkan.



Larangan Mengumpat


Firman Allah s.w.t. dalam Al-Quran yang terjemahannya berbunyi:

"Wahai orang -orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip ataupun mencari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengah yang lain. Adakah individu daripada daripada kalangan kamu suka memakan daging saudaranya yang mati? Apabila demikian keadaan mengumpat, sudah tentu kamu jijik padanya. Oleh itu, larangan-larangan itu perlu dipatuhi dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah penerima taubat, lagi Maha Mengasihani."

Surah Al-Hujurat, ayat 12.

Firman-Nya lagi yang terjemahannya berbunyi:

"Dan janganlah kamu mengikut apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya."

Surah Al-Israk, ayat 36.

Dijelaskan lagi dalam Al-Quran yang terjemahannya:


"Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya ataupun perbuatan yang dilakukannya, melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia menerima dan menulisnya."

Surah Qaf, ayat 18.

Abu Hurairah r.a. melaporkan, Nabi Muhammad pernah berkata yang terjemahannya berbunyi:

"Individu yang yakin kepada Allah dan kepada Hari Akhirat, dia perlu bercakap yang baik-baik ataupun diam sahaja."

Riwayat Bukhari dan Muslim.


Abu Musa Asya'ari melaporkan, katanya: "Saya pernah bertanya, 'Wahai Rasulullah, siapakah orang Islam yang paling baik?"

Jawab Rasulullah,

"Orang yang menyebabkan semua orang Islam selamat daripada lidah dan tangannya."

Riwayat Bukhari dan Muslim.
Jahal bin Saad melaporkan, katanya: "Rasulullah pernah berkata:

"Individu yang dapat memberi jaminan kepada saya bagi menjaga apa yang ada di antara dua rahangnya iaitu lidahnya dan apa yang ada di antara dua pehanya iaitu kemaluannya, saya menjamin syurga kepadanya."

Riwayat Bukhari dan Muslim






Rujukan Ayat Quran dan hadits: Kitab Riyadhus Solihin, Al-Imam An-Nawawi r.a. dalam buku kecil (koleksi terpilih) berjudul Berbicara Cara Nabi terbitan PTS.



Ya ALLAH, kukuhkanlah ikatan pergantungan kami kepada-Mu. Keredhaan-Mu matlamat buruan kami. Tetapkan kami ikhlas dalam mentaati-Mu.Selamat dan sejahterakanlah perjalanan kami menuju-Mu. Matikanlah kami dalam menyebut kalimah tauhid.

Isnin, 8 Mac 2010

Tutur Kata Mulia


Indahnya akhlak yang dibawa oleh Baginda Muhammad s.a.w. , dididik kita supaya berkata benda yang baik ataupun diam. -Gambar sekadar hiasan.




Assalaa mu'alaikum w.b.t., Salam Mahabbah Fillah dan Perjuangan,

Segala puji milik Tuhan Yang Maha Agung Pemilik Seluruh Alam ini, selawat dan salam atas Rasul Junjungan, Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga dan para sahabat baginda.

Ya Allah ajarkan kepada kami 'ilmu yang bermanfaat, dan berikan manfaat kepada kami daripada 'ilmu yang Kau ajarkan.




Tutur Kata Mulia

Bersumberkan kitab Riyadhus Solihin (Taman bagi Orang-orang Soleh) karya Al-Imam An-Nawawi rhohimahullahi ta'ala, berikut dimuatkan beberapa panduan kepada kita berkaitan tutur percakapan yang mulia.


Allah menyatakan dalam Al-Quran yang bermaksud,

"Dan kamu perlu merendah diri pada orang-orang beriman walaupun mereka daripada golongan faqir miskin."

Surah al-Hjir, ayat 88.

Allah menjelaskan lagi,

"Sekiranya kamu berkasar serta berkeras hati, tentulah mereka lari daripada kamu."

Surah Ali Imran, ayat 159.

Adi bin Hatim melaporkan, Rasulullah s.a.w. pernah berkata,


"Saudara semua perlu melakukan kebaikan untuk menjauhkan diri daripada api neraka, walaupun saudara hanya memberi sedekah dengan sepotong kurma. Namun, bagi sesiapa yang tidak mampu, bertuturlah dengan tutur kata yang baik."

-Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim.

Abu Hurairah r.a. melaporkan, Nabi Muhammad s.a.w. pernah berkata:

"Pahala tutur kata yang baik sama seperti bersedekah."

-Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim.

Abu Zar Ghifari melaporkan, katanya: Rasulullah s.a.w. pernah berkata kepada saya:

"Jangan sesekali merendah-rendahkan perkara yang disukai Allah bagi melakukannya. Walaupun perkara itu hanya memaniskan muka semasa bertemu dengan sahabat."

-Direkodkan oleh Muslim




Ya ALLAH, kukuhkanlah ikatan pergantungan kami kepada-Mu. Keredhaan-Mu matlamat buruan kami. Tetapkan kami ikhlas dalam mentaati-Mu.Selamat dan sejahterakanlah perjalanan kami menuju-Mu. Matikanlah kami dalam menyebut kalimah tauhid.

Ahad, 7 Mac 2010

Tahun Kedua Pengajian Universiti

Antara gambar pemandangan bagi kawasan Universiti Adelaide, Australia.




Assalaa mu'alaikum w.b.t., Salam Mahabbah Fillah dan Perjuangan,

Segala puji milik Tuhan Yang Maha Agung Pemilik Seluruh Alam ini, selawat dan salam atas Rasul Junjungan, Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga dan para sahabat baginda.

Ya Allah ajarkan kepada kami 'ilmu yang bermanfaat, dan berikan manfaat kepada kami daripada 'ilmu yang Kau ajarkan.

Langkah ke Hadapan

Syukur kepada Allah atas kesempatan yang dikurniakan ini. Saya sudah masuk ke tahun dua universiti. Rasa sudah tidak lama lagi untuk tamat alam belajar secara rasmi pada penghujung tahun depan.

Utamakan Akademik

Kecemerlangan akademik sewajarnya dijadikan keutamaan, insya Allah dengan niat ikhlas untuk Allah. Saya mengajak diri saya sendiri dan para pembaca untuk kita bermuhasabah melihat sejauh manakah pencapaian kita setakat ini, dan pasti insya Allah kita mampu mempertingkatkannya!

Akademik Cemerlang Ada Harganya Tersendiri

Maksud saya, kecemerlangan perlukan kesungguhan ikhtiar kita sendiri. Mustahil jika mahu cemerlang, kita sekadar duduk diam.

Lebih Banyak "Field Trip"

Inilah "nature" bidang geologi. Kini setiap cuti ada seminggu field trip di bumi Australia. Praktikal kursus geologi pun makin berat dan ada lapan jam seminggu. Allahu Allah, saya motivasikan diri, semua masa yang digunakannya adalah untuk belajar ilmu milik-Nya serta lebih mengukuhkan ma'rifatullah. Moga-moga jika 10 jam saya belajar tak kira macam mana, 10 jam dikira amalan soleh.


Sama-sama kita berdoa agar setiap detik kita di dunia ini dinilai sebagai amalan soleh. Kenapa?
Sebab tempoh di dunia ini terlalu sementara. Kita tak mahu nanti di sana kita menyesal kerana tiada bekalan amal yang dibawa. Moga Allah mudahkan semua urusan.


Ya ALLAH, kukuhkanlah ikatan pergantungan kami kepada-Mu. Keredhaan-Mu matlamat buruan kami. Tetapkan kami ikhlas dalam mentaati-Mu.Selamat dan sejahterakanlah perjalanan kami menuju-Mu. Matikanlah kami dalam menyebut kalimah tauhid.

Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...