Ulama Benteng

Ulama Benteng
Memaparkan catatan dengan label Ustaz Azhar Ramli. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ustaz Azhar Ramli. Papar semua catatan

Isnin, 10 Ogos 2026

Ustaz Azhar Ramli : Isu Jual Beli Durian

Nota diambil daripada Facebook Ustaz Azhar Ramli (entri pada 21 Julai 2025) untuk tujuan rujukan ilmu.

ISU JUAL BELI DURIAN.
Hari ni ke Pondok Sg Bayor hantar anak, blk singgah di kedai Rezeki Durian Ijok area Batu Kurau beli durian, katanya antara durian kampung yg isinya sedap area sini.
Cara peniaga berurusniaga di kedai ni pun bagus, patuh muamalat.
1. Peniaga offer samada pembeli nak pilih jual beli dgn cara longgok satu bekas atau cara timbang perkilo.
Harga ditetapkan jelas secara perkilo dan juga secara longgok.
Dalam peraturan jual beli barangan telah ditetapkan pada "mi'yari syar'ie" atau kadar timbangan syarak yang dilakukan pada zaman Rasulullah SAW.
Buah-buahan dan bijirin seperti gandum, beras, barli dan sebagainya dijual dengan cara "sukatan" tidak menggunakan cara "timbangan".
Oleh sebab itu, durian eloknya dikira longgok atau harga perguni.
Tetapi sekiranya ditimbang perkilo tetap sah sekiranya redha daripada pembeli dan thabit khiyar sekiranya berlaku kerosakan pada buah samada jualan secara longgok atau perkilo.
Hal ini, berdasarkan kaedah feqah menyebut:
الأصل في العقود هو التراضي
Maksudnya: Hukum asal dalam akad ialah keredhaan dua belah pihak.
2. Buah gred A peniaga offer kpd pembeli samada nak tebuk tengok buah atau tak nak buka, pembeli sudah tentunya memilih untuk buka tengok isi dalam elok atau tidak.
Dalam syarat melihat buah durian yang ditetapkan dalam peraturan jual beli, tidak wajib peniaga membuka kulit luar kerana kulit durian termasuk buah yang mempunyai satu kulit sahaja yang menjaga isi dalam tidak wajib dibuka.
Aqad jual beli tanpa melihat isi dalam adalah sah dan thabit khiyar sekiranya isi dalam tidak elok atau rosak.
P/S - buah durian Batu Kurau memang betul sedap seperti dikata, tengok buah biasa je kecik, kementok, tapi rasa lain macam.
Hantu durian blh try, harga murah bedooh

Ahad, 24 Ogos 2025

Ustaz Azhar Ramli : KEUTAMAAN PEMILIHAN IMAM BERDASARKAN CIRI-CIRI IMAM

 Sumber : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1071229048364937&set=pb.100064335565735.-2207520000&type=3 






Ustaz Azhar Ramli : BAHAYA FENOMENA MENGAJAR KITAB TANPA BELAJAR

 Sumber : https://www.facebook.com/photo/?fbid=4107344225970357&set=a.668422669862547

BAHAYA FENOMENA MENGAJAR KITAB TANPA BELAJAR

Para tuan guru kita dulu, mereka sangat tawadduk dengan ilmu.
Mereka sangat menghargai ketinggian ilmu dan adab dengan ilmu dan ulama'.

Seperti tuan guru ambo, Al Alim Tuan Guru Hj Omar Abdul Razak, beliau hanya mengajar kitab2 yang sempat khatam dengan Al Alim Tuan Guru Hj Chik Alkedahi sahaja.

Menurut Tuan Guru, beliau sempat menadah dengan Tuan Guru Hj Chik Alkedahi lebih kurang 45 tahun sahaja.

Kitab yang menjadi wirid tuan guru Hj Omar antaranya, kitab Matlain Badrain, Sullam Sibyan 4 Jilid, Paku Iman, Himpunan Risalah Tuan Guru Hj Chik dan kitab Menolak Fahaman Sesat.
Beberapa kitab tersebut dibaca sehingga khatam dan akan diulang2 baca sehingga akhir hayatnya.

Apabila diminta kitab2 lain, cepat2 tuan guru akan jawab, "aku tak reti nak ajar, aku pun sempat khatam sekali je.."

Pernah saya minta tuan guru baca kitab Munyatul Musoli beberapa kali, tetapi Tuan Guru menolak katanya, " Musolli tak larat aku nak baca, mukadimahnya ibarat tinggi, aku sempat khatam ngn tok guru tak banyak kali...."

Walaupun akhirnya Tok Guru baca juga selepas diminta pula oleh beberapa kawan saya yang lain.

Demekian lah tanda tawaduk dan amanahnya beliau dengan ilmu.
Sekadar sekali khatam kitab masih tak nak baca.
Masya ALLAH malunya ambo yang Alfaqir lagi Al Muzanib.

Namun sangat pelik bin ajaib akhir zaman, ada orang yang tak pernah khatam walaupun satu kitab feqah secara kulit ke kulit, tetapi berani mengajar kitab secara terbuka.

Nampak gayanya semakin menjadi fenomena, mengajar kitab2 turath walaupun tak pernah khatam mana2 kitab asas.

Fenomena ini sgt bahaya dan wajib cegah kerana memberi kesan kepada institusi turath dan merosakkan seni turath.

Minta ALLAH lindungi kita daripada menjadi pengkhianat kepada ilmu dan institusi turath.

Alfaqir Al Muzanib:
Azhar Bin Ramli.
30 Mei 2020

#Amanahilmu
#TawaddukDgnIlmu

Ustaz Azhar Ramli : Akad Wakalah Lengkap Peserta Korban kepada Urusetia

 Sumber : https://www.facebook.com/photo/?fbid=1107403754747466&set=a.410778114410037




Ust Azhar Ramli : Syarat Sah Membaca Fatihah

 Sumber : https://www.facebook.com/photo/?fbid=1126789039475604&set=a.410778114410037 









Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...