Ulama Benteng

Ulama Benteng

Jumaat, 25 Disember 2015

Pemantauan harian kepada ibadah kita





Pemantauan harian kepada ibadah kita

Mengambil manfaat daripada didikan guru mulia kita, Syaikh Ahmad Fahmi Zamzam Al-Banjari An-Nadwi Al-Maliki hafizohuAllah bahawa sebelum tidur setiap malam elok dibuat muhasabah harian,

maka dengan izin Allah terdorong untuk memulakan pemantauan peribadi secara harian kepada diri sendiri.

Saya telah melaksanakannya hampir 6 bulan.

Susun atur jadual pemantauan dalam Microsoft Excel:

1. Ruang column paling kiri menunjukkan tarikh dan hari dalam bulan tersebut

2. Row paling atas menunjukkan tugasan-tugasan utama dan aspek penilaian harian kita (sbg contoh jika kita meletakkan solat subuh berjemaah, bacaan Al-Quran)

3. Setiap hari catat pencapaian harian kita. Jika dibuat, letakkan 'Ya' dalam warna hijau. Jika tidak dibuat, letakkan 'Tidak' dalam warna merah.

Secara keseluruhan, kita dapat melihat sejauh manakah tahap 'kesihatan' kita, tahap siap siaga kita untuk menuju akhirat.

Waktu sekarang bagi kita (usia belia masa muda sebelum 40 tahun) adalah masa keemasan bagi komited dengan amalan kebaikan - sebagaimana dijanjikan Allah bahawa antara golongan mendapat pengiktirafan VVIP di bawah arasy Allah di akhirat nanti adalah golongan muda yang tekun beribadah.

Semoga Allah mengampunkan dosa kita, memimpin dan menerima segala amalan kita

Mari mula mendapatkan sumber pahala berterusan

Mari mula mendapatkan sumber pahala berterusan (sehingga selepas kita mati nanti pahala insya Allah masih berjalan masuk) - semudah satu unit RM 10 dengan Wakaf Selangor


'Hantar' segera dengan selamat harta kekal kita ke akhirat, in syaa Allah, kita akan berterusan menerima pahala walaupun kita sudah berada di dalam kubur.

Salah satunya adalah melalui wakaf.

Di Selangor, ada kemudahan untuk kita berwakaf. Boleh transaksi melalui internet. (Serendah 1 unit RM 10)


Kemudian maklumkan pihak Wakaf Selangor untuk sijil wakaf. Boleh dimasukkan dalam tolakan dalam cukai LHDN (bawah kategori hadiah diluluskan)

Jom, boleh buat secara rahsia. (salah satu VIP dapat naungan arasy di kiamat adalah mereka yang merahsiakan sedeqah/kebaikan)

Boleh sebarkan juga info ini kepada yang lain.





Khamis, 3 Disember 2015

Dua cinta takkan duduk sekali

Dua cinta takkan duduk sekali di satu tempat (cinta dunia lwn cinta akhirat).

Maka, apabila Allah telah menjadikan hati kita ruang untuk cinta akhirat, akan terasa tawar dunia dan isinya.

Ahad, 15 November 2015

Mencari Barokah Ilmu daripada Sang Guru

Mencari barokah ilmu daripada sang guru


Alhamdulillah, ketenangan, keberkatan ilmu dan kepuasan rohani setelah kita menadahnya daripada guru, disemak guru, dibetulkan guru, diajarkan guru : semuanya sesekali tidak akan menandingi apa yang kita baca sendiri di tempat sendiri.
Semakan bacaan Al-Quran secara hafazan yang menekankan ketepatan sebutan, hukum tajwid, tempat berhenti dan bersambung memang sangat memerlukan persediaan yang sangat rapi.
Jika kita membaca secara lihat mushaf Al-Quran, kita sudah begitu berhati-hati untuk mematuhi peraturan tajwid, maka daya usaha lebih kuat diperlukan untuk menjaga tajwid bagi bacaan yang dibaca secara hafazan.
Ya, guru tasmi' yang syadid/tegas ketat peraturannya akan meminta pelajar mengulang jika hafazan tidak memuaskan.
Wahai para pelajar yang mengambil ilmu dan menghafaz Al-Quran, sentiasalah menjaga hafazan Al-Quran, jangan dilupakan, sentiasa amalkan tersebut. Setiap hari pastikan diri memegang mushaf dan membacanya.
Semoga Allah memberikan rahmat, barokah, keselamatan kepada kita di dunia dan di akhirat.
Ya Allah, kurniakan sebaik-baik balasan-Mu kepada Guru segala guru kami (Nabi Muhammad) sollaAllahu alaihi wa sallam, para ulama Islam dan para guru kami.
Kredit gambar : laman abunuha

Dapatkan Maklum Balas Bagi Usaha Ilmu dan Dakwah

Temubual, kaji dan dapatkan maklum balas daripada mad'u (kumpulan sasaran penerima da'wah)


- hal demikian menjadi keperluan kpd kita dalam usaha da'wah tarbiyah kita lakukan
- wajar tahu bagaimanakah keberkesanan dan penerimaan mereka
- berdasarkan perbualan saya dgn salah sorg penuntut majlis ilmu, beliau nyatakan betapa penyampaian guru yg mudah difahami menjadi faktor pelajar lebih mudah dan terus dpt konsisten hadir.
- kemungkinan jika kita terlepas pandang aspek ini, tahap penyampaian kita tinggi tak bersesuaian dgn tahap penerimaan pendengar, maka ada jurang dan boleh menyebabkan terhalang minat penerima utk terus belajar.
Semoga Allah memberkati dan membantu kita dalam semua usaha meneruskan risalah Nabi kita Nabi Muhammad sollaAllahu alaihi wa sallam.
Catatan kecil Mohd Ikhwan Zhaki, Ahad 15 Nov 2015 B. B. Bangi

Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...