Ulama Benteng

Ulama Benteng

Ahad, 27 Mac 2016


Gambar hiasan daripada laman umat-menderita.blogspot



Mukmin Profesional

Beberapa contoh sebenar saya lihat sepanjang pengalaman bekerja daripada staf lain

1. Menjaga solat wajib - ada antara mereka berposisi pengurus besar, pengurus, jawatan technical professional dan seumpamanya jawatan besar - ada yang ketara menjaga waktu awal solat (apabila nampak mereka mula bersedia untuk berwuduk, maka boleh tahu waktu solat hampir/telah tiba) - dan ada yang kerap hadir berjamaah di surau

2. Menjaga kepentingan dan kewangan syarikat dengan cermat, teliti dan penuh ownership seperti menjaga kepentingan dan kewangan sendiri

3. Teliti dalam kerja dan melaksanakan tugasan dengan kualiti terbaik - mengelakkan sebarang bentuk kelalaian/kesilapan/kesalahan

Alhamdulillah - dakwah mereka secara tindakan profesional lebih menampakkan dan menzahirkan nilai agama dari sudut practicality dalam amanah kerjaya.

Mari jadi pemerhati dan belajar daripada persekitaran.

Ahad, 6 Mac 2016

Sabar, Ikhlas dan Jangan Gopoh Belajar dan Mengajar Ilmu








 Istifadah daripada program radio IKIM Fm


Ikhlas, sabar, jangan gopoh dalam belajar dan ajar ilmu
Mafhum daripada Ust Nazrul Nasir,
Bersabarlah dan ikhlas dalam belajar ilmu.
In syaa Allah, dengan ikhlas, Allah akan hantarkan juga kepada kita orang yang nak belajar dengan kita.
Jika tiada orang belajar sekalipun, kita sudah mendapat pahala ibadah dengan usaha kita belajar ilmu.
Sesiapa yang tergopoh-gapah dalam nak menyampaikan ilmu sebelum tiba masanya, maka dikhuatiri pada hujungnya dia tidak mendapat kebaikan.

Gelaran Ustaz

Ust Nazrul Nasir menyebut bahawa
ketika pada zaman sebelum ini, gelaran Al-Ustaz hanya diberikan kepada orang yang menguasai kesemua bidang ilmu. Sepertinya Al-Imam Fakhruddin Ar-Razi, yang merangkumi ilmu agama dan ilmu melibatkan keduniaan.
In syaa Allah, suatu didikan kuat kepada kita untuk terus lebih beradab dan membaiki diri, tahu di mana kedudukan sebenar kita.

Sabtu, 5 Mac 2016

Akhlak, Penampilan, Penyampaian Da'wah

Akhlak, Penampilan, Penyampaian Da'wah



Teringat saya kepada salah seorang guru yang mulia, Al-Ustaz Haisam Al-Lubnani hafizohuAllah

Kami mengambil manfaat daripada ilmu dan akhlak beliau semasa berada di Adelaide Australia sekitar tahun 2009. Beliau mengajar kitab Riyadhus Solihin Imam An-Nawawi rohimahuAllah pada waktu malam di Masjid Bandar.

Beliau adalah warganegara Australia yang berasal dari Lubnan.
Kali terakhir saya maklum beliau menyambung pengajian Islam peringkat PhD di Syria (pada masa tersebut belum terjadi krisis).

Secara peribadinya, beliau antara ustaz yang sangat membuka mata dan menyedarkan saya.

1. Sangat sopan dan berakhlak mulia. Kali pertama beliau mengajak kami untuk duduk dalam majlis ilmu, beliau senyum manis dan mengajak dengan cara yang sopan dan menyenangkan.

2. Pengajaran dan penyampaiannya adalah menarik, senang difahami. Antara khutbah Jumaat yang disampaikan, penyampaiannya penuh dengan semangat.

3. Penguasaan ilmu beliau yang kukuh.

4. Penampilan beliau yang sentiasa segak, baju dan pakaiannya keseluruhan sentiasa kemas dan bersih.

5. Sangat ikhlas dan bersungguh-sungguh menjawab pertanyaan bagi permasalahan agama yang diajukan - pernah saya sendiri bertanya kepada beliau - dan jawapannya sangat sopan dijawab dengan begitu baik, panjang lebar agar dapat difahami dengan sebaiknya.

6. Wajah sentiasa ceria, manis, dan pandai mengambil hati jemaah dengan unsur gurauan dan seumpamanya.



Mudah-mudahan Allah terus memelihara beliau dan para guru kita, dan kita terus mengambil manfaat daripada ilmu dan akhlak mereka.

Ahad, 7 Februari 2016

Asas Keselamatan Untuk Belajar dan Faham Ilmu Agama

Asas Keselamatan Untuk Belajar dan Faham Ilmu Agama




Gambar sekadar hiasan




Usaha belajar faham agama dalam kelompok profesional

Minggu lepas adalah bermulanya siri pertama saya menerima jemputan BAKIP (Badan Kebajikan Islam syarikat) bagi syarikat gas, bagi memimpin pembelajaran ilmu agama yang bermanfaat.

Pada pertemuan tersebut, pada keseluruhan masa hampir 50 minit saya menekankan aspek utama, gambaran rangka besar yang asas supaya menjadi panduan dalam jangka masa panjang.

1. Susunan prioriti ilmu fardhu ain (akidah, syariah-fiqh-ibadah dan akhlak-rohani)

2. Mengikut kefahaman ilmu kelompok terbesar umat Islam (yang diukur melalui jumlah ulama) iaitu As-Sawad Al-A'dzom

3. Mengetahui ciri-ciri guru yang insyaAllah untuk kita belajar dan yakin daripadanya (antaranya mempunyai pertalian ilmu dengan guru-guru sebelumnya, berpegang kepada aliran ilmu agama seperti mana majoriti ulama Islam zaman berzaman, diri sendiri dan keluarga mengamalkan syariat, menjaga akhlak)

4. Tahu sempadan bagaimana untuk berbincang dengan orang awam dalam sudut ilmu agama, apakah batasan untuk mengkaji dan mencari maklumat tentang ilmu agama

5. Saya membuat analogi kepada mereka bagaimana keyakinan mereka untuk menaiki pesawat daripada 'kapten' yang hanya belajar menerbangkan pesawat secara sendirian melalui internet dan hanya praktik melalui flight simulator dalam komputer di rumah. Mereka tidak yakin. Begitu perumpamaanya dalam sudut belajar ilmu agama daripada para ulama-fuqaha yang menguasai dan pakar dalam bidang mereka masing-masing.

6. Saya mengingatkan diri saya dan mereka (turut berdasarkan pengalaman peribadi masa lepas) untuk tidak hanyut dalam perbincangan yang tidak menguntungkan (bahkan membazirkan masa) dengan kelompok-kelompok yang membawa fahaman kontroversi daripada aliran terpencil yang menjurus kepada eksterisme dan selalu menyalahkan orang lain, berlegar isu ranting, dan cenderung untuk meruntuhkan semula kekukuhan struktur kefahaman ilmu agama Islam.


Maksud pesanan salah seorang ustaz saya temui : usaha untuk membawa golongan profesional untuk belajar faham agama dengan para ulama Islam yang berautoriti (membawa dan beramal dengan ilmu kefahaman Ahlu Sunnah Wal Jama'ah majoriti ulama Islam zaman-berzaman adalah sangat penting, untuk selamatkan mereka daripada jadi mangsa sasaran mereka yang memahami agama dengan cara lebih keras dan pada permukaan sahaja).

Rabu, 6 Januari 2016

Sesiapa yang memulakan salam, lebih mudah runtuhkan ego





Sesiapa yang memulakan memberi salam / menyapa / bertanya khabar, in syaa Allah dia lebih mudah meruntuhkan keegoan diri.

Apa yang belajar daripada universiti kehidupan : ketika di kawasan KLCC, banyak mereka yang bukan kelompok eksekutif (seperti pengawal keselamatan, pekerja kebersihan, pembantu penyedia makan minum) - mereka ini lebih kerap dan mudah untuk memulakan memberi salam, menyapa, ringan mulut dengan ucapan baik dan seumpamanya walaupun masih belum kenal. (Kelompok eksekutif yang memang berakhlak mulia dan mula menyapa memang ada)

Kita mungkin terhijab dengan status pangkat, latar belakang pendidikan, angka gaji, harga kereta dan rumah, dan mungkin terasa diri lebih besar dan mulia (hadirnya unsur takabbur),

tetapi ukuran hakiki Allah menilai kita adalah taqwa.

Boleh jadi seseorang itu adalah sangat miskin dan hina pada pandangan manusia di dunia, tetapi di akhirat kelak kedudukan kemuliaannya di sisi Allah sangat-sangat tinggi.

Mudah-mudahan Allah bantu saya dan kita semua membaiki akhlak.


Gambar : clipartbest.com

Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...