Ulama Benteng

Ulama Benteng

Ahad, 22 September 2019

Tiada Lagi Penat di Akhirat Jika Kita Selamat




Dalam bahasa mudah, di akhirat sana nanti, insya Allah kita mohon agar selamat, di sana... : :)

1. Tiada lagi kepenatan
2. Tiada lagi kesakitan
3. Tiada lagi masalah
4. Tiada lagi kerisauan
5. Tiada lagi kesedihan
6. Tiada lagi kecederaan, tiada parut luka,
7. Tiada lagi kecacatan anggota
8. Tiada lagi kelaparan
9. Tiada lagi kata-kata fitnah, gosip liar, adu domba
10 ..... dan berbagai-bagai lagi

Kemuncak nikmat tertinggi adalah melihat zat Allah
dan keseronokan berada dalam syurga Allah juga kerana adanya Baginda Nabi kita Muhammad sollaAllahu alaihi wa aalihi wa sohbihi wa sallam



Khamis, 12 September 2019

Rebut Peluang Sedeqah Derma Waqaf Sekarang



Kita kan sedang menuju akhirat? Jom usaha bekalan. :)


Segera bersedeqah/derma/infaq/wakaf kerana Allah. Walau serendah RM 1 sebagai permulaan untuk menjinakkan diri ikhlas kepada-Nya. Siapa tahu salah satu daripada amalan ini benar-benar membantu kita selamat dunia akhirat dan diberkati Allah.


- Bila ternampak hebahan dalam Facebook ada saudara kita ditimpa musibah, penyakit

- Bila ternampak iklan atau kertas hebahan peluang derma, waqaf pembinaan masjid, sekolah dan lain-lain

- Bila ternampak tabung derma di kedai-kedai runcit, makan dan lain-lain


Balik rumah, guna internet banking. Buat seorang diri. Tiada siapa tahu. Insya-Allah peluang untuk tergolong daripada salah satu golongan mendapat naungan arasy di akhirat nanti.

Selasa, 29 Januari 2019

Pengalaman Menduduki Peperiksaan STAM (Sijil Tinggi Agama Malaysia) 2018 Sambil Bekerja




Pengalaman Menduduki Peperiksaan STAM pada Usia Dewasa dan Bekerjaya


Assalamulaikum, bismillah. Insya Allah pada kesempatan ini, saya berhajat untuk berkongsi pengalaman dalam menduduki peperiksaan STAM pada tahun 2018 pada usia 29 tahun sebagai calon persendirian di Pondok Moden ‘Abaqirah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada sahabat-rakan semua. Sesungguhnya STAM merupakan salah satu pintu utama yang membawa kita kepada gedung-gedung ilmu yang lebih luas lagi.


1. Pasangkan Niat Belajar dan Ibadah

Dari awal lagi, marilah bersama-sama kita pasangkan niat belajar ilmu agama ini sebagai ruang untuk beribadah dan membaiki diri. Hal ini akan menjadi pendorong utama kita untuk berkorban dan melaksanakan apa sahaja untuk menjayakan hasrat mulia ini. Salah satu hadis hafazan STAM adalah berkenaan keadaan mayat yang akan dibawa menuju ke perkuburan. Hadis ini benar-benar memberi kesan kepada jiwa.

2. Carilah Guru dan Manfaatkan Ilmu Mereka dengan Penuh Adab

Bermula akhir tahun 2017, saya mencari para guru yang dapat mengajar STAM. Alhamdulillah, dipertemukan dengan mahasiswa-mahasiswa jurusan bahasa Arab di Universiti Malaya. Mereka semua telah menduduki STAM dan ada antaranya merupakan pelajar cemerlang STAM pada peringkat negeri. Pada peringkat awal, saya merujuk dan belajar daripada mereka matapelajaran yang sukar dan memerlukan penerangan guru, contohnya Arudh dan Qofiah. Setiap minggu kira-kira dua kali, saya hadir ke bangunan fakulti bahasa di UM pada waktu malam selepas kerja dan juga pada hujung minggu. 

3. Pohon Restu dan Sokongan Ibu Bapa, Isteri dan Ahli Keluarga

Doa, sokongan dan pengorbanan masa mereka sangat diperlukan.

4. Banyakkan Doa Pohon Bantuan Allah Agar Dimudahkan Usaha

5. Rancang Masa Dari Awal Tahun


Perancangan masa adalah sangat kritikal. Biasanya pendaftaran STAM dibuat hanya dalam tempoh masa satu bulan sepanjang bulan Februari atau Mac (sila rujuk kepada Jabatan Pendidikan Negeri). Selain itu, masa diperlukan untuk menyiapkan dua buah kerja kursus (subjek Balaghah dan Adab Nusus) yang ditetapkan tarikh penghantarannya. Sekitar bulan Mei – Jun, diadakan ujian lisan bagi subjek Hafazan Al-Quran, Hadis, Insyak Mutolaah serta pembentangan kerja kursus tersebut. Apabila jadual peperiksaan dikeluarkan, cuti tahunan wajar disusun. Keseluruhannya, 6 hari cuti tahunan digunakan bagi tujuan STAM.

6. Dapatkan Bahan Belajar, Latihan dan Persiapan Secukupnya

Kita boleh merujuk pembekal buku berkenaan STAM. Contohnya bukustam.blogspot.com yang mempunyai banyak bahan, lebih-lebih lagi nota padu, jelas, ringkas yang disediakan oleh guru-guru STAM yang berpengalaman dalam subjek tersebut.

Di samping itu, Telegram Nota-nota STAM menyediakan seribu satu bahan STAM dalam pelbagai bentuk yang sangat bermanfaat.

7.  Persiapkan Hafazan STAM

STAM mempunyai hafazan dalam subjek : a) Hifz Quran : Surah Luqman, Sajdah, Sabak dan Fatir  b) Hadis : sekitar 12 buah hadis dan c) Adab Nusus : beberapa potongan syair

Jadi, masa yang lebih diperlukan untuk kukuhkan hafazan. Lebih-lebih lagi hafazan Quran dan hadis yang akan diuji pada sekitar pertengahan tahun.


8. Banyakkan Latihan dan Analisis Soalan-soalan Sebenar Tahun-tahun Lepas

Ada subjek yang mempunyai pola keberangkalian tajuk yang keluar mengikut tahun. Hal ini dapat dimanfaatkan sebagai strategi kita untuk susun atur keutamaan. Disebutkan oleh guru kita : iza takarrara, tahaqqaqa (apabila diulang-ulang, maka akan menjadi mantap)

9. Jangan Abaikan Soalan-soalan Percubaan STAM yang Disusun oleh JAKIM, Yayasan Islam Kelantan (dan lain-lain jika ada) serta Ramalan

Umpamanya, subjek hadis, agak tinggi kebarangkalian tajuk hadis yang telah diuji dalam soalan percubaan dan dinyatakan dalam ramalan untuk keluar.


10. Susun Atur Masa Belajar

Cabaran bagi yang bekerjaya adalah mencari ruang masa. Antara yang boleh dimanfaatkan adalah dengan menggunakan kenderaan awam untuk pergi dan balik kerja. Contohnya dengan menaiki MRT dan LRT ke tempat kerja, setiap hari kita peroleh masa sekitar 2 jam untuk bacaan dan ulang kaji STAM.  Di samping itu, boleh kuatkan mujahadah untuk memperuntukkan sebahagian masa rehat tengah hari untuk belajar STAM, stay back di surau pejabat kira-kira satu jam selepas kerja.


11. Tawakkal kepada Allah

Kita usaha yang terbaik, serahkan jiwa sepenuhnya kepada Allah.


Demikianlah serba sedikit secara ringkas pengalaman yang boleh saya kongsikan. Pastinya ada sangat banyak perkara untuk dikongsikan, namun kesempatan adalah terbatas.


Kelayakan STAM adalah setaraf dengan STPM dan Sijil Menengah Ma’ahad Bu’uth Al-Azhar Asy-Syarif di Mesir. Calon boleh memohon masuk universiti dengan kelayakan STAM.

Pentauliahan bagi tenaga pengajar agama Islam contohnya di Selangor juga menjadikan kelayakan STAM sebagai salah satu kayu ukurnya.

Selamat maju jaya. Semoha dipermudahkan Allah.


Akhukum,
Mohd Ikhwan Zhaki
9 Februari 2019
Selangor

Selasa, 14 Ogos 2018

Ujian Lisan STAM Calon Persendirian

Ujian Lisan STAM Calon Persendirian di Pondok Moden Abaqirah MAIWP Batu Caves Kuala Lumpur

1) Calon akan diberikan giliran. Setiap satu sidang dalam jangka masa 2 jam kepada 4 orang calon. Anggaran masa 30 minit bagi setiap calon. Sidang pagi jam 8.00-10.00, 10.30-12.30. Sidang petang jam 2.00-4.00 petang

2) Calon hadir dan daftar kepada pengawas peperiksaan, kemudian tunggu di dalam bilik menunggu.

3) Dalam bilik ujian ada dua orang penilai.

4) Kesemua arahan dalam bahasa Arab formal (fusha)

5) Bermula dengan soalan bacaan hafazan Quran beserta tajwid, ada empat soalan. Masing-masing dari soalan Surah Luqman, Sajdah, Saba' dan Fatir. Ada soalan yang perlu dijawab dengan cara ulang bacaan dan sambung, ada yang baca sambung dari bacaan penilai. Calon akan menjawab dengan membaca kira-kira 2-3 ayat sebelum dihentikan oleh penilai.

6) Diteruskan dengan 3 soalan hafazan hadis Nabi sollaAllahu alaihi wa sallam. Penilai akan mula membaca hadis dengan disebutkan nama periwayat dan sebahagian awal teks hadis. Kemudian calon akan mengulang dan sempurnakan.

7) Selepas itu,soalan petikan teks tanpa baris. Calon diberi masa 2 minit untuk baca sendiri (iqra' binafsik daqiqatain). Banyak kalimah yang merupakan kalimah tahap tinggi. Kemudian diteruskan dengan soalan kefahaman terhadap teks kira-kira 2-3 soalan.

8) Disusuli soalan berkenaan pengenalan diri. Kampung di mana? Bagaimana untuk sampai ke kampung?

9) Selanjutnya, soalan berkenaan kaedah bahasa Arab. Bagaimana cara nak maklumkan rakan berkenaan pusat perniagaan? Apa yang akan anda buat untuk pergi ke pameran buku? Buat ayat menggunakan kalimah ba-la-gha.

10) Diakhiri dengan soalan perbualan. Antara tajuknya keutamaan ilmu dalam mendidik umat.

Selesai

Selepas ini, pembentangan-perbincangan berkenaan hasil kajian kerja kursus dalam subjek Adab Nusus dan Balaghah.

Ma sya Allah, apa yang zahir di sebalik semua ini adalah kerinduan kepada Baginda Nabi kita sollAllahu alaihi wa sallam, Bagindalah sumber segala ilmu ini.

Ahad, 25 Mac 2018

Keutamaan Solat Pada Waktunya - Nasihat Syaikh Ali Jumu'ah


Diambil dari laman : Ahbab Maulana Syaikh Ali Jum'ah
https://www.facebook.com/ahbab.aligomaa/


Maulana Syaikh Ali Jum'ah menyebut yang mana mafhumnya:
Rasulullah SAW ditanya, "amal perbuatan apa yang paling utama?", beliau menjawab, "Sholat pada waktunya".
Paling utamanya amal perbuatan adalah sholat pada waktunya. Maka wajib bagi manusia untuk tidak meremehkan sholat. Karena sholat adalah wadah yang didalamnya terdapat barokah, doa yang mustajab, hidayah serta taufiq.
Jika tidak sholat, kita tidak mampu mengerjakan banyak hal bersama Allah SWT. Karena Allah telah mewajibkan sholat kepada kita sehingga Ia memberikan kita sesuatu yang kita dapat dalam sholat. Maka jika sholat tidak ada akan menjadi musibah besar, musibah yang sangat besar. Sholat adalah sesuatu yang sangat penting.
Abu Bakar r.a. berkata apabila datang waktu sholat "pergilah ke api yang telah kamu nyalakan, maka padamkanlah!". Dosa adalah api, shodaqoh bisa memadamkan kesalahan sebagaimana air memadamkan api. Kalau begitu, selamanya kita menyerupakan dosa dengan api.
Kita duduk sepanjang siang menyalakan api dari dosa yang kita kerjakan. Seandainya kita meninggalkan api itu, hidup kita akan terbakar. Apa yang kita kerjakan? Memadamkannya. Dengan apa? Dengan sholat, wudlu', shodaqoh, istigfar, membaca Al-qur'an, mengais rezeqi, memakmurkan bumi dsb. Semua hal ini adalah penebus dosa-dosa.
Syaikh Ja'far Al-kattani mengarang kitab berjudul "Syifa'u al-Aqsam fi Mukaffiroti al-Atsam". Apa yang bisa menebus dosa? Semua hal ini. Dan menolong saudaramu terhadap hal yang membuatnya lelah, Yaitu orang sakit yang kamu singkirkan sandungan (batu) darinya. Dan kamu berjalan di jalan, dia berkata kepadamu ini bisa menebus dosamu & juga tersenyum dihadapan saudaramu adalah shodaqoh.

Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...