Ulama Benteng

Ulama Benteng

Jumaat, 7 Februari 2020

Gerakan Islah dan Tajdid


Definisi Islah dan Tajdid

Islah:
-kalimah Islah berasal daripada kata kerja aslaha yuslihu islah.
-membawa maksud yang sama dari segi bahasa mahupun istilah.

Makna Islah:
- penyelesaian perbalahan dengan baik atau jalan damai.
- diertikan juga sebagai “membetulkan”.

Dalam bahasa Inggeris:
-restoration, reparation, improvement, betterment, correction, reconstruction, renovation, reformation dan reform.

Oleh itu, ia digunakan dengan meluas yang membawa pelbagai maksud termasuk perdamaian, pembaikan dan pembaharuan dari aspek sosial, ekonomi dan politik.

Tajdid:
- perkataan ini berasal daripada kata kerja jaddada yujaddidu tajdid.
- diterjemahkan ke bahasa Malaysia sebagai memperbaharui sesuatu.

Dari segi bahasa:
-membaharui

Dari segi istilah:
-Tajdid bermaksud pembaharuan dalam agama. Sementara pelakunya dikenali sebagai Mujaddid.

Pembaharuan dalam agama bermaksud membaharui kefahaman dan kesedaran beragama terhadap bentuk pemikiran dan tindakan.
Dianggap sebagai satu reaksi pemulihan agama daripada penyakit dalaman dan luaran yang menyesatkan ummah dari jalan kebenaran.

Menurut al-Maududi:
Tajdid merupakan usaha untuk memurnikan Islam dari noda-noda jahiliyyah. Kemudian, berjuang sekuat tenaga dan ikhlas untuk menghidupkan Islam
Tajdid juga ditafsirkan sebagai usaha menghidupkan kembali sunnah Rasulullah (s.a.w) yang ditenggelami oleh bida‟ah ciptaan manusia.
Oleh itu, tajdid juga disamaertikan dengan ihya‟ iaitu menghidupkan kembali ajaran Islam.

Tujuan dan Kepentingan

Tajdid dan Islah mampu membendung pengaruh asing terus menular dalam kehidupan umat Islam.
Dapat menjamin kemurnian ajaran Islam dari pengaruh dan ancaman asing.
Ia juga dijadikan sebagai proses peneguhan kembali aspek keyakinan dan kefahaman terhadap ajaran agama yang mula dilupai dan ditinggalkan akibat perubahan zaman.
Perlaksanaan tajdid juga penting bagi merubah masyarakat secara total yang berteraskan aqidah.
Perlaksanaannya dalam 2 bentuk:
-Pertama: Harakah Islamiyyah yang kukuh dan kuat.
-Kedua: Penyediaan strategi dan program perubahan yang teratur dan terancang.

Ciri-ciri Seorang Mujaddid
Hati yang bersih
Berpandangan jauh
Berfikiran luas & tidak jumud
Berkemampuan luar biasa
Memiliki daya pemikiran kuat
Tabah & tahan dalam menghadapi tentangan zaman
Berbakat melakukan ijtihad & menghasilkan kerja dalam lapangan pembangunan
Meyakini & memahami sepenuhnya ajaran islam
Pandangan, kefahaman & perasaannya mencerminkan seorang muslim hakiki
Mampu membezakan antara islam & jahiliyyah (Maududi, 1967: 42)



Para Mujaddid dan Gerakan Tajdid

Sepanjang sejarah beberapa tokoh Tajdid & Islah telah dikenal pasti.
Tokoh mujaddid pertama: Khalifah ‘Umar b. ‘Abd al-‘Aziz (61-101H)
Diikuti Hasan al-Basri (21-110H),

Para imam mazhab 4:
·       Abu Hanifah (w.150H),
·       Malik b. Anas (w.179H),
·       al-Shafi’I (w.204H)
·       dan Ahmad b. Hanbal (164-241H/780-855M).
Seterusnya diikuti oleh Abu al-Hasan al-Ash’ari (260-324H),
Imam al-Ghazali (450-505/1058-1111M),
al-Shaykh ‘Abd. Al-Qadir al-Jilani (470-561H),
Ibn al-Jawzi (508-597H),
Salahuddin al-Ayyubi (w.589H),
‘Izzuddin b. ‘Abd. al-Salam (w.660H),
Jalaluddin al-Rumi (604-672H),
Ibn Taymiyah (661-728H/1262-1317M),
Shaykh Ahmad Sirhind (975-1034H/1563-1624M),
Shah Waliyullah al-Dihlawi (1114-1206H/1703-1763M)

Pada zaman moden pula, tokoh-tokohnya adalah:
Jamaluddin al-Afghani (1838-1897M),
Muhammad ‘Abduh (1849-1905M),
Diikuti oleh Hassan al-Banna (1906-1949M) gerakan Ikhwanul Muslimin
Bediuzzaman Said Nursi (1290-1379H/1873-1960M) Jamaah al-Nur
Abu A’la al-Mawdudi (1903-1979M) Gerakan Jamiyat al-Islam

Umar Abd. Aziz


Berpengalaman sebagai gabenor di Madinah & merupakan pakar dalam ilmu Hadis dan Fiqh serta menjadi salah seorang tokoh ijtihad dan ahli Hadis.
Aspek tajdid yang dilakukan oleh beliau lebih menjurus dalam bidang politik & pemerintahan.
Setelah selesai perlantikan beliau sebagai khalifah berdasarkan pemilihan rakyat, maka bermulalah era untuk mengislahkan penyelewangan kuasa yang dilakukan oleh khulafa’ Bani Umayyah sebelum ini.

Antara pengislahan yang dilakukan oleh beliau adalah:
i)                    Membaiki pengabaian terhadap sistem syura. Penegakan sistem beraja, pemerintahan yang sombong, zalim, sistem kehakiman duniawi & penyelewengan kuasa dihentikan.
ii)                   Pengurusan perbendaharaan negara diperbaiki – menghapuskan cukai yang tidak Islami & menyusun semula system pungutan zakat & cukai secara adil.
iii)                 Mengembalikan semula pegangan umat Islam kepada syariat Islam. Unsur—unsur Jahiliyyah, khurafat & bid’ah digantikan dengan cara hidup Islam, menggalakkan ulama’ membuat pengkajian dalam bidang al-Quran, Hadis & Fiqh serta pembukuan hadis. Hasilnya: bermula Gerakan intelektual & melahirkan tokoh-tokoh cendiakawan yang agung seperti Imam mazhab yang empat.
iv)                 Konsep dan amalan futuhat (pembukaan negeri) yang terpesong dari matlamat asal diperbaiki. Gerakan ketenteraan dihentikan dan digantikan dengan gerakan da’wah dan Islamisasi. Tentera dipanggil pulang dan tempatnya digantikan oleh ulama’ & fuqaha bagi menyebar dan menjelaskan Islam di kawasan yang sudah dibuka seperti di Afrika Utara.

Ringkasnya: beliau layak digelar mujaddid kerana usahanya memurnikan ajaran & amalan Islam seperti yang diamalkan oleh Rasulullah (s.a.w) & para sahabat Baginda.


Imam Mazhab Empat

Masalah utama yang dihadapi oleh umat Islam sekitar abad ke-2H ialah berkaitan dengan persoalan fiqh & syariat Islam. Maka kelahiran imam berempat tepat pada masanya & berfungsi menyelesaikan masalah ini. Sumbangan besar Gerakan tajdid mereka ialah:
i)                    Menyediakan panduan yang lengkap mengenai syariat Islam berpandukan al-Quran & Hadis. Hasilnya umat Islam dapat mengetahui & mengamalkan syariat Islam dengan lengkap & selamat dari membuat kesilapan dalam tafsiran & kefahaman tentang perundangan Islam.
ii)                   Khususnya al-Shafi’I mengeluarkan kaedah-kaedah yang lengkap & menyeluruh dalam mengeluarkan hokum yang dikenali sebagai Usul Fiqh – dapat dijadikan asas pembelajaran fiqh bagi umat Islam yang melahirkan ratusan imam & mujtahid.
iii)                 Pembukuan perundangan Islam telah berhasil-digunakan oleh masyarakat Islam dari generasi ke generasi sejak dulu hingga kini.
Imam al-Ghazali



Dunia Islam Abad ke-20


UTHMANI MUDA & TURKI MUDA
Konsep pemerintahan berperlembagaan diasaskan Uthmani Muda & diteruskan oleh Turki Muda. Tetapi, kedua-dua kumpulan ini berbeza.
Antara Perbezaan ialah:
1) Uthmani Muda terdiri daripada golongan intelektual berpendidikan Barat.
2) Sebab kemunculan Uthmani Muda: tidak berpuas hati dengan sistem pemerintahan & pentadbiran dalam era tanzimat.

Sebab Kemunculan Turki Muda:
1) Tidak bersetuju dengan bentuk kemutlakan pemerintahan Sultan Abdul Hamid yang melantik pegawai-pegawai korup.
2) Mereka menggesa supaya dilaksanakan perlembagaan yang telah digantungkan sebelum ini.
3) Akhirnya perlembagaan dilaksanakan semula pada 1908.

PERANG DUNIA PERTAMA
Berlaku pada November 1914, yang mana Dawlah ‘Uthmaniyyah memihak kepada pakatan Jerman-Austria-Hungary menentang pakatan Inggeris-Perancis-Rusia.
Sejak awal Inggeris telah menduga Dawlah ‘Uthmaniyyah akan menyebelahi Jerman setelah meletusnya Perang Dunia I.

HUBUNGAN INGGERIS-ARAB
Polisi sokong orang Arab menentang ‘Uthmaniyyah @ polisi Arab diisytiharkan sebagai polisi utama Inggeris di Timur Tengah apabila perang diisytiharkan terhadap Dawlah ‘Uthmaniyyah.
Inggeris menghadapi tekanan dalam menjayakan polisi Arab ini terutama apabila Shaykhal-Islam telah keluarkan fatwa bahawa perang sekarang ini adalah jihad & seru orang Islam menentang pakatan Inggeris-Perancis & Rusia.

Respon terhadap fatwa ini, maka kerajaan India telah keluarkan satu deklarasi bagi menjelaskan kedudukan sebenar mengenai perang yang didakwa tidakmempunyai kaitan dengan agama.
Inggeris berjanji akan lindungi Tanah suci Islam dari serangan musuh.
Deklarasi ini telah dipanjangkan kepada semua pemimpin Arab di Arabia.

Tujuan Deklarasi diwar-warkan:
Menjawab perisytiharaan jihad yang dikeluarkan oleh Dawlah ‘Uthmaniyyah.
Inggeris bimbang andainya jihad diterima oleh masyarakat Islam, kedudukan Inggeris bukan sahaja di Timur Tengah bahkan di India & di bumi Islam lain akan turut terjejas.

Perancangan Inggeris-Perancis-Rusia di Dunia Islam

1) Perjanjian Konstantinople.
2) Perjanjian London.
3) Perjanjian Sykes-Pycot.

Hubungan Inggeris-Zionis & Deklarasi Balfour

Inggeris juga mengadakan hubungan dengan orang Yahudi & Zionis.
Kesannya, wujud Deklarasi Balfour pada 2 November 1917.
Deklarasi ini berdasarkan pengakuan sokongan Inggeris secara terbuka kepada golongan Zionis & Yahudi.
Pengistiharan ini dibuat oleh Arthur James Balfour.
Keterlibatan Dawlah ‘Uthmaniyyah dalam Perang Dunia I dengan memihak kepada Jerman-Austria-Hungary menentang Inggris-Perancis-Rusia telah merubah sejarah dunia keseluruhannya.
Dalam Armistice Mudros pada Oktober 1918, Dawlah ‘Uthmaniyyah bersetuju serahkan wilayahnya di Timur Tengah untuk dibahagikan antara Inggeris & Perancis.
Walau bagaimanapun ibu kota Istanbul, Thrace & Anatolia juga tidak terlepas daripada ancaman Eropah dan pakatan Allied.

Keadaan dan suasana di Arabia berbeza jika dibandingkan dengan wilayah ‘Uthmaniyyah lain di timur Tengah.
Keadaan ini menyulitkan usaha Inggeris untuk terus kekalkan pengaruhnya di Arabia.
Kerumitan suasana ini dapat dilihat dengan meneliti usaha yang cuba diketengahkan oleh Kementerian Luar Negeri yang mencadangkan agar Kerajaan pilih polisi yang cuba mengelakkan pemimpin tempatan dari mencari dan mendapatkan sokongan asing.
Cadangan lain ialah supaya satu kesatuan Arabia dibentuk.
Selepas berakhirnya perang, kekuasaan Dawlah ‘Uthmniyyah berakhir dan digantikan dengan penjajahan Eropah dalam bentuk kuasa mandat dan perjanjian.
Perjanjian San Remo (April 1920) telah hadiahkan Inggeris dengan kuasa mandat untuk menduduki Iraq & Palestin.
Perancis pula diberi mandat untuk menduduki Syria & Lubnan. Oleh itu, perjanjian sulit Sykes-Picot dan Deklarasi balfour merupakan asas penting selepas perang.
Sementara itu, negara-negara Arab lain telah diberi kemerdekaan tetapi masih terikat dengan perjanjian seperti Mesir, Jordan dan Ibn Saud.

Kesimpulan
Secara keseluruhannya abad ke-20 ini menyaksikan Dawlah ‘Uthmaniyyah semakin lemah.
Kelemahan ini adalah dari rentetan dunia Islam abad ke-19.
Kuasa-kuasa Eropah semakin rakus menghancurkan Islam


Dunia Islam Abad ke-19


Dunia Islam mula bergerak ke arah kemajuan semenjak abad ke-18.
Sebagai reaksi mengatasi masalah kepincangan dan kelemahan dalaman dan luaran dunia Islam.
Ia juga merupakan kesedaran untuk memperkuatkan pertahanan dunia Islam.
Khasnya apabila Dawlah‘Uthmaniyyah mengalami kekalahan dalam menghadapi Eropah.
Kuasa Eropah telah Berjaya menukar wajah Dawlah ‘Uthmaniyyah dari offensive kepada defensive.
Kebangkitan Rusia pada abad ke-18 juga menggugat keutuhan Dawlah ‘Uthmaniyyah secara khusus dan dunia Islam secara umum.

PERSOALAN TIMUR
Rusia telah beralih kepada dasar perluasan kuasa dan berusaha menduduki wilayah strategic yang menghala lautan panas(Laut Hitam, Selat Turki, Dardanelles & Bosphorus).
Wilayah-wilayah ini adalah di bawah Dawlah ‘Uthmaniyyah dan ianya juga boleh mengancam kedaulatan ‘Uthmaniyyah.
Selain itu negara-negara Eropah lain bimbang terhadap kebangkitan kuasa Rusia.
Kebimbangan mereka adalah kerana Rusia mungkin akan menduduki wilayah ‘Uthmaniyyah dan mengorbankan ‘Uthmaniyyah.
Maka sejak abad ke-19, Persoalan Timur menjadi polisi Eropah terhadap ‘Uthmaniyyah.

Persoalan Timur berlaku dalam tempoh yang panjang.
Mendapat tafsiran yang berbagai-bagai,berkait dengan Perang Salib.
Tafsiran ini dikuatkan lagi dengan wujudnya Gerakan kemerdekaan wilayah Kristian dari ‘Uthmaniyyah dan dapat sokongan Rusia dan negara Eropah lain.
Gerakan pembebasan ini ditafsirkan sebagai Persoalan Timur peringkat ke-2. Satu demi satu capai kemerdekaan:
a) Greece 1832
b) Romania 1856
c) Serbia 1834-1878
d) Montenegro 1878
e) Bulgaria 1878-1908.

PEMBAHARUAN KETENTERAAN
Umat Islam telah mengenal pasti punca kelemahan ‘Uthmaniyyah ialah masalah dalaman.
Maka timbul Gerakan ke arah pemodenan dunia Islam mengikut acuan Barat.
Antara tokoh yang terlibat dengan Gerakan ini terdiri drpd golongan birokrat yang diketuai oleh sultan ‘Uthmaniyyah.
Antara pembaharuan ketenteraan yang dilakukan ialah:
1) Sultan Salim III (Nizam-I-Tajdid)
2) Penjajahan Perancis di Mesir 1798-1801
3) Muhammad Ali Pasha
4) Sultan Mahmud II

SULTAN SALIM III
Merupakan khalifah pertama yang memperkenalkan model pembaharuan ala barat.
Sebab utama beliau memperkenalkan model ini akibat daripada siri kekalahan yang melanda ‘Uthmaniyyah ketika menghadapi Rusia.
Selain itu autoriti ‘Uthmaniyyah semakin tergugat.
Melakukan reformasi dengan mencontohi kemajuan sistem ketenteraan Eropah.
Meminta cadangan pembaharuan daripada pegawai birokrasi dan mendapat nasihat dari Eropah khususnya Perancis.
Menubuhkan kedutaan tetap di London, Vienna, Berlin dan Paris.
Pembaharuan besar ialah reformasi ketenteraan (Nizam-i-Jadid).
Tubuh satu Angkatan tentera darat baru yang dilengkapi dengan senjata moden.
Buka pusat-pusat latihan dan dilengkapi perpustakaan.
Nizam-i-Jadid dibentuk untuk mengubah suai pasukan inkishariyyah.
Tentera inkishariyyah dan ulama tampil menentang.
Bangun memberontak kerana enggan memakai uniform ala Barat. Akibatnya sultan dipecat pada tahun 1807.
Sebab utama kegagalan program ialah kerana ia dianggap tidak Islamik.
Ulama mencurigai apa yang datang dari Barat. Mereka menganggap semua itu bertujuan menghancurkan Islam dan umatnya.

PENJAJAHAN PERANCIS DI MESIR 1798-1801
Ketika ‘Uthmaniyyah sedang berusaha memperbaiki sistem ketenteraan, Perancis (sahabat ‘Uthmaniyyah) bertindak menduduki Mesir pada tahun 1798.
Tindakan Perancis telah mengejutkan dunia Islam seluruhnya.
Kerajaan ‘Uthmaniyyah terpaksa bekerjasama dengan Inggeris bagi melawan Perancis. Gabungan ini berjaya dan memaksa Perancis berundur dari Mesir pada tahun 1801.
Tujuan Napoleon menakluk Mesir ialah untuk menghidupkan perdagangan Perancis dengan Timur setelah dilumpuhkan oleh Mamluk.
Ia juga kerana kedua-dua kuasa besar ini bersaing antara satu sama lain dan saling jatuh-menjatuhkan.
Kedatangan Perancis ke Mesir memberi kesan yang mendalam kepada Mesir.
Perancis menjadi sumber aspirasi kepada pemimpin terutamanya Muhammad Ali Pasha.
Beliau telah memulakan pembaharuan ala Barat.
Telah menyedarkan umat Islam bahawa mereka masih berada dalam khayalan kekuatan dan kemenagan lampau.
Telah membuka mata orang Islam tentang sains dan teknologi mereka tidak setanding dengan Barat.
Perancis membawa alatan moden seperti alat percetakan dan menubuhkan Institut d’Egypte yang dilengkapi dengan perpustakaan.

MUHAMMAD ALI PASHA
Sejak awal pemerintahan telah berusaha mengukuhkan keadaan.
Menundukan saingan daripada Mamluk.
Muhammad Ali percaya hanya dengan ketenteraan dapat mempertahankan kedudukan dan menundukkan lawan.
Maka program utama pembaharuan ialah aspek ketenteraan.
Beliau menyusun semula angkatan tentera Mesir agar lebih disiplin dan pentadbiran lebih cekap serta teratur.
Beliau juga mendapatkan bantuan Perancis bagi menjayakan cita-citanya.
Mengasaskan kolej ketenteraan di Aswan bagi melahirkan pegawai tentera yang berkaliber.
Jurulatih diambil dari Perancis untuk mengajar.
Pada tahun 1826, Mesir mempunyai 90,000 anggota tentera yang lengkap dengan pasukan meriam yang setanding dengan Barat.
Sebagai natijahnya beliau berjaya mematahkan pemberontakan Wahhabi dan pemberontakan Greek.
Program Muhammad Ali ini telah menyakinkan Sultan Mahmud II untuk meneruskan program pembaharuan.

SULTAN MAHMUD II
Mahmud II diangkat menjadi sultan pada 28 Julai 1808.
Semasa beliau ditabalkan kerajaan ‘Uthmaniyyah masih tidak stabil.
Beliau meneruskan pembaharuan ala barat yang diperkenalkan oleh Sultan Salim III.
Tidak tergesa-gesa kerana menyedari adanya tentangan dari tentera Inkishiriyyah.
Menggunakan taktik tunggu dan lihat.
Terdapat beberapa faktor yang mendorong Sultan Salim II memperkenalkan pembaharuan ini.
1) Kelemahan sistem ketenteraan jelas ketika berhadapan dengan kuasa Eropah dan Rusia.
2) Kekalahan menghadapi Perancis di Mesir.
3) Tentera ingkar untuk menjalankan operasi dan ada tentera meninggalkan medan peperangan.
4) Menjadi pemimpin yang mempengaruhi masyarakat supaya menentang pemerintah.
5) Inkishiriyyah gagal menangani pemberontakan Greek pada tahun 1821.

Sultan Mahmud melihat bahawa tentera Mesir di bawah Ali Pasha jauh lebih teratur.
Pada tahun 1822 beliau memulakan inisiatif melakukan perubahan dalam struktur ketenteraan.
Antara inisiatif beliau ialah mengusai tentera Inkishiriyyah dan golongan Ulama.
Baginda langsung tidak mengaitkan pembaharuan tenteranya ini dengan tentera Nizam-i-Jadid.
Beliau melantik pegawai pelatih yang terdiri dari orang Muslim sahaja.
Ulama ditugaskan mengimamkan solat.
Memaksa supaya dikeluarkan fatwa yang mengisytiharkan pembaharuan ini sebagai mengikut lunas agama.
Pembaharuan ini mendapat tentangan dari tentera Inkishiriyyah.
Baginda mengisytiharkan perang dan mengepung pasukan Inkishiriyyah. 1000 terbunuh.
Tentera Inkishiriyyah pada akhirnya dibubarkan dan dihapuskan.
Selain pembaharuan dalam bidang ketenteraan, Sultan Mahmud II juga membawa pembaharuan dalam bidang pendidikan.
Antaranya ialah:
a) Menubuhkan sekolah Maktaba-i-Maarif (pengetahuan umum).
b) Menubuhkan sekolah Maktabah-i-Ulum Edenji (sekolah sastera).
c) Sekolah tentera
d) Sekolah teknik
e) Sekolah kedoktoran dan pembedahan.
f) Menghantar pelajar ke Eropah.


TANZIMAT
Tanzimat adalah disebabkan oleh desakan Eropah kepada Dawlah ‘Uthmaniyyah supaya penganut Kristian diberi perlindungan sepenuhnya.
Tanzimat ini dilaksanakan berdasarkan dua piagam utama:
1) Hatt-i-Sherif Gulhane 1839
2) Hatt-i-Humayun 1856

Kandungan Hatti-i-Sherif Gulhan


1) Menjamin keselamatan nyawa, kehormatan dan harta benda.

2) Menubuhkan sistem pungutan dan agihan cukai yang tetap dan adil.

3) Mewujudkan satu sistem yang teratur dalam pemilihan tentera bagi menjamin keadilan khasnya dalam sistem kerahan, latihan dan sebagainya.

Kandungan Hatt-i Humayun

1) Segala jaminan yang ditenteukan dalam Hatt-i-Sherif Gulhane yang bersesuaian dengan dasar Tanzimat adalah disahkan dalam Hatt-I Humayun.

2) Tiada paksaan dalam beragama.

3) Semua rakyat layak memohon dan menjawat jawatan awam

Kesan Tanzimat
Tanzimat bertujuan menyelamatkan Dawlah ‘Uthmaniyyah dari kelemahan sistem pemerintahan dan pentadbiran.
Tetapi pelaksanaan tanzimat ini banyak memberi kesan negatif.
Antara aspek negatif hasil dari program tanzimat ialah:
·       Unsur-unsur sekularisme mula mersap dalam pentadbiran.
·       Lahirnya golongan birokrat yang pro-Barat.
·       Ekonomi Dawlah ‘Uthmaniyyah mula terlibat dengan sistem kapitalis.
·       Sikap autokratik yang diamalkan oleh sultan dan menterinya dalam melaksanakan pembaharuan tanzimat.

Kesimpulan
Menjelang abad ke-19, dunia Islam telah membuka lembaran baru.
Campur tangan Eropah dalam pentadbiran ‘Uthmaniyyah.
Umat Islam cenderung mempelajari kemodenan Barat.
Menjejaskan sistem perekonomian.




PENUBUHAN KERAJAAN ‘UTHMANIYYAH



Muncul di barat laut Anatolia pada awal abad ke-14M.
Muncul selepas dunia Islam diserang Monggol pada awal abad ke-13M.
Peringkat awal dikenali sebagai imarah‘Uthmaniyyah–selepas berkembang maju menjadi dawlah.
‘Uthmaniyyah: berasal dari nama pengasasnya, Osman b. Ertughrul.
Beliau ialah ketua orang Turki (Kayi).
Ibu negeri: Bursa –Edirne –Istanbul.
Bertahan selama 6 abad (600 tahun) merangkumi Anatolia, Semenanjung Balkan, dunia Arab, Afrika Utara, Semenanjung Arab, Caucasus dan kepulauan di Lautan Mediterranean.
Mereka mempunyai perkaitan dengan orang Turki (puak Saljuq).
Selepas kejatuhan puak Saljuq pada awal abad ke-14M, muncul beberapa imarah orang Turki yang bebas.
Antara imarah tersebut ialah Germiyan (timur), Aydin dan Karasi (barat daya), serta Karaman.
1324M, Orhan b. Osman berjaya menakluki Bursa, ibu negeri Byzantium di Anatolia.
Ini menyebabkan imarah ‘Uthmaniyyah menerima sumber-sumber kewangan untuk berkembang menjadi sebuah negara.

PERLUASAN KUASA KERAJAAN ‘UTHMANIYYAH

Orhan menguasai pula imarah lain.
Karasi, diserapkan dalam imarah Osman (1345).
Aydin, diambil alih oleh imarah Osman (1348).
Karaman, diserapkan dalam imarah Osman (1391).
Imarah Osman ialah satu-satunya imarah yang masih julang panji gazi (jihad) menentang Byzantium.
Gallipoli (di Eropah) berperanan sebagai pengkalan untuk meluaskan kekuasaan ‘Uthmani di Balkan.
1361M, kota Adrianople (Edirne) jadi ibu negeri pada zaman Murat b. Orhan.
Murat berjaya menguasai bandar-bandar lain seperti Macedonia (1371-1387M), Bulgaria (1382M), Sofia (1385M), Nis (1386M), Serbia (1389M).
Bayazid b. Murat berjaya berhadapan dengan pemberontakan dalaman dan luaran.
Beliau berjaya kalahkan pakatan Kristian Hungary di Sungai Danube (1396M).
Namun Bayazid kalah teruk dengan Timur Lang (Timurlane) pada tahun 1402M -Pertempuran Ankara.
Kekalahan kuasa Osmani tidak diambil kesempatan oleh pihak Kristian Eropah kerana sibuk bercakaran sesama sendiri.
Anak-anak Bayazid mula berkuasa semula tapi bersaing antara satu sama lain; Suleyman, Mehmet, Musa dan Isa.
Mehmet yang berjaya.
Mehmet menyatukan semula Kerajaan ‘Uthmaniyyah di bawah satu pemerintahan pada tahun 1413M. Mehmet digantikan oleh anaknya, Murat II.
Banyak wilayah mahukan kuasa autonomi daripada Murat II.
Untuk berhadapan dengan pelbagai bentuk ancaman, Murat II menubuhkan tentera Janissary (Yeniceri) melalui sistem devsirme.
Muncul perebutan kuasa dalam Kerajaan ‘Uthmaniyyah antara golongan bangsawan Turki dengan golongan devsirme & Yeniceri.
Murat II digantikan oleh anaknya, Mehmet II (Muhammad al-Fatih).
29 Mei 1453M, kota Constantinople ditakluki oleh tentera Mehmet II, dinamakan Istanbul.
Pengaruh dan kuasa golongan bangsawan Turki sudah berakhir.
Manakala pengaruh dan kuasa golongan devsirme mula meningkat.
Mehmet II membangunkan semula Istanbul dengan menjemput penduduk dari semua kalangan bangsa datang ke Istanbul.
Mereka diberi galakan dan kemudahan.
Cukai dikurang atau dihapuskan, kebebasan agama, budaya dan bahasa diberi jaminan.
ZAMAN KEAGUNGAN ‘UTHMANIYYAH
Zaman ini merangkumi era pemerintahan:
·       Sultan Bayazid II b. Mehmet II.
·       Sultan Selim I b. Bayazid II.
·       Sultan Suleyman al-Qanuni b. Selim I
Namun Kerajaan ‘Uthmaniyyah berhadapan dengan kuasa baru Eropah, Empayar Hubsburg di Vienna (Austria).
Gerakan ketenteraan Suleyman begitu agresif sehingga beliau berjaya menguasai sebahagian kecil Eropah (wilayah Balkan).
Aktiviti kesenian dan keilmuan berkembang maju; menerusi pembinaan masjid dan istana, serta kolej.

Meskipun zaman Suleyman dianggap zaman kemuncak pemerintahan ‘Uthmaniyyah, akan tetapi bibit kelemahan sudah bercambah pada ketika itu.
Pemerintahannya yang terlalu lama menyebabkan beliau mula menyisih dan memberi tugas pentadbiran kepada Perdana Menteri.
Kemenangan golongan devsirme ke atas golongan bangsawan Turki turut mendorong faktor kelemahan ini.
Masing-masing mula mencari kuasa dan pengaruh, termasuk pihak sultan sendiri.
Ini ditambah pula dengan pengaruh harem.
Selepas era pemerintahan Sultan Suleyman Kanuni, kerajaan pusat mula mengalami kelemahan.
Masalah ekonomi mula meruncing dan menjejaskan tahap kualiti kehidupan pelbagai peringkat sosial masyarakat ‘Uthmaniyyah.
Muncul beberapa pemberontakan dalaman yang tidak berpuas hati dengan apa yang dialami.
Namun beberapa usaha pemulihan tetap diteruskan oleh para sultan pada abad ke-17M seperti Sultan Osman II, Murat IV serta keluarga Koprulu.
Akan tetapi usaha pemulihan ini hanya bersifat sementara, memandangkan pihak musuh sentiasa
mengambil kesempatan atas kelemahan kuasa pusat.

Pengasasan dawlah Uthmaniyah

Kuasa Islam yang muncul di Barat Laut Anatolia pada awal abad ke 14M
Menurut orang-orang Uthmaniyah mereka berasal daripada keluarga Suleymaniah iaitu pembesar Turki yang berasal dari Mahan, Timur Laut Iran
Keluarga ini melarikan diri dari serangan orang Mongol pada abad ke 13.
Anak Suleyman, Ertughrul memimpin pengikut ayahnya ke Anatolia berkhidmat dengan Kerajaan Saljuk menentang Byzantin dan Mongol
Ertughrul diganti oleh anaknya Uthman yang dianggap sebagai pengasas kerajaan Uthmaniyah
Kajian terkini menunjukkan dawlah ini diasaskan oleh Uthman bin Ertughrul yang memimpin imarah Uthman di Selatan Anatolia.
Sekitar tahun 1300M Uthman menguasai Eskishehir hingga ke Nicea (Iznik)
Pada tahun 1326, Orkhan menawan Bursa dan dijadikan ibu negeri
Penempatan penduduk, sistem pentadbiran dan pembangunan ketenteraan diadakan
Orkhan meneruskan proses perluasan kuasa dengan menawan imarah Karasi pada tahun 1345 dan juga Gallipoli.

Proses perluasan kuasa

Seterusnya Murat (putera Orkhan) dapat menawan Adrianople dan dijadikan ibu negeri dengan nama Edirne
Penguasaan Edirne memudahkan usaha kerajaan Uthmaniyah untuk bertapak ke Eropah
Philipolis ditawan pada 1363, Macedonia 1371-87, Tengah Bulgaria 1382, Sofia 1385 dan Nis serta Serbia pada 1386. Manakala Kosovo pada 1389
Murat terbunuh dalam pertempuran di Kosovo dan digantikan oleh puteranya Bayazid I
Bayazid menyerapkan imarah-imarah Turkoman di Barat Anatolia ke dalam Uthmaniyah, menawan Bulgaria dan mengepung Constantinople.
Beliau juga mengalahkan Hungary di Sungai Danube. Di atas kejayaan beliau, Khalifah Abbasiyah mengurniakan gelaran ‘Sultan’
Pada tahun 1397, Timur Lang (Mongol-Turki) menyerang kerajaan Uthmaniyah di Anatolia dalam pertempuran Ankara
Bayazid dapat ditawan dan dikalahkan.
Perebutan kuasa berlaku di antara anak Bayazid iaitu Suleyman, Mehmed, Musa dan Isa.

Penaklukan Constantinople
Sultan Mehmed II berusaha untuk menakluki Constantinople dgn mengepungnya selama 53 hari
Pada 29 April 1453, Constantinople dapat ditawan kejayaan ini menjadi rekod penting dalam sejarah Uthmaniyah
Bandar tersebut dinamakan Istanbul, dibangunkan semula dan dijadikan ibu negeri kerajaan Uthmaniyah
Mehmed II digantikan oleh anaknya Bayazid II yang berusaha mengekalkan kekuasaan dawlah Uthmaniyah
Seterusnya Sultan Selim I berkuasa yang disokong kuat oleh golongan devsirme

Zaman Kegemilangan Dawlah Uthmaniyah

Sultan Selim I digantikan oleh anaknya Suleyman yang dikenali sebagai Suleyman The Magnificent atau Suleyman al-Qanuni (1520-1566)
Dawlah Uthmaniyah mencapai zaman kegemilangannya
Empayar Habsburg di Eropah dan Kerajaan Safawiyyah di sebelah Asia menggugat Uthmaniyah
Perancis diberikan hak capitulations pada tahun 1536.
Pengkalan tentera laut yang besar diwujudkan di Suez 1517 dan Basrah 1538 untuk menangkis ancaman Portugis dalam mengukuhkan perdagangan antarabangsa di Timur Tengah
Kemerosotan Awal dawlah Uthmaniyah

Bibit-bibit kemerosotan bermula sejak pemerintahan Sultan Suleyman al-Qanuni. Di antara faktor tersebut :-
·       Kekuasaan Sultan semakin berkurangan
·       Pengaruh golongan devsirme
·       Peranan harem
·       Pertambahan penduduk

Usaha-usaha pemulihan dawlah Uthmaniyah

Usaha-usaha pemulihan dimulakan oleh Sultan Usman II pada abad ke 17
Walaupun program pemulihan tidak begitu berjaya tetapi masih mampu menguatkan tentera Uthmaniyah dalam menghadapi ancaman Eropah
Abad ke 18 menyaksikan pelbagai perjanjian yang ditandatangani dengan Russia dan Austria ekoran dari peperangan yang berlaku dengan kuasa tersebut
Kemerosotan Uthmaniyah membawa kepada usaha-usaha pembaharuan pada abad ke 19
Usaha-usaha pembaharuan mencapai kemuncaknya di bawah Sultan Selim III
Beliau menubuhkan tentera baru iaitu Nizam al-Jadid dan kolej-kolej ketenteraan
Pemberontakan dari wilayah yang menuntut kuasa autonomi, pendudukan Perancis di Mesir dan penentangan tentera janissari membantutkan pembaharuan oleh Selim III
Perkembangan ilmu pengetahuan di kolej dan sekolah memberi ruang kepada pembaharuan yang dilakukan seterusnya pada abad ke 19M





Perkembangan Tamadun Islam (Pendidikan Zaman ‘Abbasiyyah)



PENDIDIKAN ZAMAN ‘ABBASIYYAH

Perkembangan pendidikan ‘Abbasi ialah kesinambungan era Umawi.
Masjid dan kuttab menjadi institusi pendidikan yang utama.
Kurikulum turut ditambah dan mengalami perubahan dari satu zaman dengan zaman yang lain.
Kuttab: tempat mengajar menulis, membaca dan pembelajaran asas ilmu bahasa.
Masjid: dianggap sebagai institusi pengajian tinggi; ajar Tafsir, Hadith, Fiqh, Falak, Sastera, Usul dan Tawhid.
Para pelajar perlu mengukur kelayakan mereka untuk mengikut pengajian di masjid.
Pengajian di masjid dikenali sebagai halaqah.
Halaqah ini dikenali pula Madrasah sesuatu ilmu seperti Madrasah al-Qur’an.
Tidak semua masjid dianggap sebagai IPT; hanya masjid tertentu sahaja.
Para pensyarah dilantik oleh kerajaan.
Kurikulum dipantau oleh satu badan yang dikenali sebagai Naqib al-Hashimiyyin.
Bidang paling aktif ialah perundangan.
Aspek perundangan juga turut diminati oleh Khalifah bagi memudahkan urusan atau permasalahan rakyat yang muncul.
Perbincangan atau perdebatan giat berlaku di masjid dengan tujuan untuk mendapat penyelesaian masalah.
Halaqah ini turut berperanan sebagai majlis fatwa.
Ia bertanggungjawab untuk mencari penyelesaian undang-undang bagi membantu Khalifah.
Khalifah terlibat secara langsung dalam halaqah.

INSTITUSI AL-AZHAR

Ia diasaskan oleh Kerajaan Fatimiyyah (zaman ‘Abbasiyyah juga) yang bermazhab Syiah.
Al-Azhar sebenarnya merupakan sebuah masjid yang dibina khas untuk tentera Fatimiyyah yang bermazhab Syiah Isma’iliyyah.
Masjid ini dibina pada tahun 361H dan dikenali sebagai Jami’ al-Azhar.
Ia menjadi simbol kehebatan kerajaan Syiah Fatimiyyah.
Perkembangan ini tidak disenangi ‘Abbasi.
Antara yang diajar di al-Azhar ialah pengajaran tafsir al-Qur’an menurut pandangan Syiah.
Turut diajar ialah kelas fiqh Syiah.
Al-Azhar menjadi pusat pendidikan Syiah yang ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Fatimiyyah di Kaherah.
Asrama turut dibina; dari masjid menjadi sebuah institusi pendidikan masyhur.
Selain al-Qur’an dan fiqh, dakwah Syiah turut diberi perhatian.
Ilmu bukan agama turut diajar.
Contoh ilmu: sastera, mantiq dan hisab.
Forum perbincangan hanya dikhaskan untuk ulama Syiah sahaja.
Al-Azhar menjadi pusat pengajian Syiah selama hampir 2 abad.
Namun ia gagal mensyiahkan penduduk Kaherah yang berfahaman Sunni.
Fatimiyyah berjaya ditewaskan oleh Salah al-Din al-Ayyubi pada 1171M.
Al-Azhar bertukar jadi pusat pengajian Sunni.
Ayyubiyyah tunduk patuh kepada Kerajaan ‘Abbasiyyah di Baghdad.

INSTITUSI AL-NIZAMIYYAH

Penubuhan institusi ini dianggap sebagai kemuncak aspek pendidikan di Baghdad.
Ia ditubuhkan oleh Perdana Menteri Nizam al-Mulk pada tahun 1065M.
Wilayah lain turut mencontohi penubuhan institusi ini.
Institusi pendidikan muncul di Naysapur, Isfahan, Herat, Marw dan Mawsil.
Penubuhan institusi ini menjadi trend.
Al-Nizamiyyah dibina pada zaman Banu Saljuq mentadbir ‘Abbasiyyah.
Khalifah hanya simbol pemerintahan sahaja.
Banu Saljuq berjaya ketepikan Banu Buwayh yang bermazhab Syiah daripada meneruskan kekuasaan di Baghdad.
Penubuhan institusi ini oleh Perdana Menteri menunjukkan kuasa yang dimiliki.
Beliau berjaya mengenepikan Khalifah ‘Abbasiyyah dan juga Sultan Saljuq.
Institusi ini mengandungi tiga fakulti; syariah, usuluddin dan sains kemanusiaan.
Semua pensyarah dilantik oleh kerajaan.
Tujuan penubuhan: melatih cendekiawan untuk berhadapan dengan golongan Syiah.
Pendekatan dilakukan secara ilmiah.
Saljuq perlu menghadapi kerajaan Syiah Fatimiyyah di Mesir, Idrisiyyah di Maghribi
dan sebelum ini Buwayh di Baghdad.
Permasalahan yang timbul ialah idea dan pendekatan Syiah yang nyata berbeza dengan Sunni.
Al-Nizamiyyah adalah berasaskan mazhab Syafie, meskipun Nizam al-Mulk adalah mazhab Hanafi.
Antara tokoh al-Nizamiyyah: Abu Ishaq al-Shirazi, Abu Hamid al-Ghazali, Ibn Shaddad.
Sokongan padu Nizam al-Mulk terhadap golongan Shafi’iyyah menyebabkan mazhab lain tidak senang dengan polisi itu.
Peranan utama al-Nizamiyyah adalah untuk memerangi pengaruh Syiah.
Dua abad selepas al-Nizamiyyah, muncul pula institusi lain yag turut masyhur dalam sejarah pendidikan ‘Abbasiyyah.

INSTITUSI AL-MUSTANSIRIYYAH

Nama: al-Mustansiriyyah yang dibina oleh Khalifah al-Mustansir b. al-Zahri pada 625H.
Ia dianggap bangunan tercantik dan mempunyai kelengkapan yang lebih baik.
Tujuan penubuhannya adalah untuk menghapuskan kesan-kesan pemerintahan Saljuq.
Ini memandangkan muncul pergeseran antara Khalifah dan pemerintah Saljuq selepas kematian Nizam al-Mulk.
Segala kelengkapan diberikan secara percuma (pakaian dan biasiswa).
Dibuka untuk semua mazhab, bukan satu mazhab sahaja. Syiah dikecualikan.
Ini sesuai dengan peranan Khalifah sebagai pelindung semua umat Islam.
Al-Mustansiriyyah dianggap sebagai IPT terbesar dengan dewan kuliah, asrama, masjid, bangunan pentadbiran & hammam.
Ia mengandungi 4 iwan (fakulti/dewan) yang dikhaskan untuk 4 mazhab utama Islam.
Setiap iwanmempunyai profesor dan muridnya sendiri.
Selain ilmu agama, ilmu lain turut diajar seperti adabiyyah, riyadiyyah, ‘aqliyyah dan tabi’iyyah.
Mempunyai Dar al-Qur’an dan Dar al-Hadith sendiri.
Ketua pentadbiran (nazir) ialah Qadi Abu al-Najib ‘Abd al-Rahman al-Tikriti.
Beliau dibantu oleh beberapa penyelia dan pegawai rendah.
Seramai 29 orang diambil bertugas untuk menguruskan hal-ehwal pentadbiran institusi al-Mustansiriyyah.
Ia juga mempunyai musalla dan imam tersendiri bagi setiap mazhab.
Selain al-Nizamiyyah dan al-Mustansiriyyah, terdapat hampir 75 IPT lain di seluruh jajahan ‘Abbasiyyah.

RUMUSAN

Zaman ‘Abbasiyyah menyaksikan pencapaian aspek pendidikan menerusi penubuhan al-Nizamiyyah dan al-Mustansiriyyah.
Al-Azhar turut ditubuhkan oleh Kerajaan Fatimiyyah untuk menyebarluaskan pengaruh dan fahaman Syiah.
Perkembangan pendidikan ‘Abbasi telah diperkemas dan diperkukuhkan dengan mengambil kira semua mazhab dan rakyat.
Kebanyakan IPT zaman ‘Abbasiyyah telah musnah, sama ada oleh musuh atau alam.
Al-Mustansiriyyah masih kekal hingga kini.

Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...