Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Sabtu, 27 Mei 2017

Tazkirah Ramadhan : Catatan dari Kuliah Ustaz Muhadir Joll

Ramadhan ialah tetamu agung yang datang kepada kita.
Tetamu biasa jika datang : bagi orang biasa, akan pengurangan berlaku kepada isi rumahnya. Umpamanya kurang gula, kopi, teh, roti, biskut dijamu kepada tetamu. Tuan rumah seperti ini mungkin tidak berasa begitu gembira.

Ramadhan tidak seperti itu. Ramadhan datang dengan memberi kepada kita, tidak mengambil daripada kita. Ramadhan datang dengan menambah pahala kepada kita, bukan mengurangkan kepada kita. Dengan tetamu ini, kita berasa sangat gembira dengan kehadirannya.

Tetamu yang sangat dirindui oleh para sahabat.

Para sahabat rodhiyaAllahu 'anhum dalam masa 6 bulan Ramadhan mereka minta dalam doa agar dipertemukan dengan Ramadhan.

Kekuatan ibadah para sahabat dalam bulan Ramadhan tidak perlu lagi dipertikaikan.
Begitu kuat ubudiah mereka, solat mereka, bacaan al-Quran.
Saidina Umar membaca Al-Quran sepanjang malam.
Saidatina Aisyah membaca Al-Quran selepas solat subuh hingga waktu dhuha.

6 bulan selepas Ramadhan pula berdoa memohon agar Allah menerima amalan mereka.
Jadi para sahabat, kenangan mereka sentiasa dengan Ramadhan. 6 bulan sebelum dan 6 bulan selepas mereka sentiasa dengan Ramadhan. Hati mereka sentiasa dekat dengan Ramadhan. Mereka ingat apa yang dibuat dalam bulan Ramadhan.

Benarlah apa yang disebutkan oleh ulama:

Kun Rabbaniyyan - Wa La Takun Ramadhaniyyan

Jadilah hamba Allah yang rabbani (hakiki- dalam dan luar Ramadhan), jangan jadi hamba yang hanya beribadah dalam bulan Ramadhan (beribadah hanya bermusim).

Mengapa Ramadhan istimewa sangat?

Sebagaimana disebutkan oleh Syaikh Abdul Qadir Al-Jailani, rahsia Ramadhan itu terdapat pada huruf-huruf dalam kalimah Ramadhan itu sendiri.

Ro - ridhwanullah

Pada bulan ini Allah redha kalau hamba-Nya yang buat ketaatan. Tidak ada orang yang paling banyak buat taat dalam satu bulan melainkan dalam bulan Ramadhan. Tidak ada orang yang paling banyak mendirikan solat malam melainkan pada bulan Ramadhan. Tidak ada orang yang paling banyak bersolat jamaah melainkan pada bulan Ramadhan, Tidak ada orang yang paling banyak mengkhatamkan bacaan Al-Quran melainkan pada bulan Ramadhan,

Imam Syafi'ie rohimahuAllah pada bulan Ramadhan mengkhatamkan bacaan Al-Quran sekali pada setiap hari. Ada ulama yang menyatakan dia khatam 60 kali dalam bulan Ramadhan (bacaan Quran di luar solat). Imam Abu Hanifah juga sedemikian.
Imam Malik meninggalkan majlis periwayatan hadis kerana membaca Al-Quran. Kata beliau: "hairan orang yang banyak bercakap tentang hukum hakam, tetapi kurang baca Al-Quran pada bulan Ramadhan. Memang mereka meriwayatkan hadis, namun dalam bulan Ramadhan mereka khususkan membaca Al-Quran.

Saidina Umar selepas pulang dari solat tarawih, beliau meneruskan dengan bacaan Al-Quran, dan ada diselangi dengan solat.

Imam Abu Hanifah diriwayatkan solat subuh dengan wuduk solat isyak selaam 40 tahun. Itu adalah di luar bulan Ramadhan. Bagaimana dengan Ramadhan? Lebih-lebih lagi.

Sebagaimana disebutkan tadi bahawa beliau (Imam Abu Hanifah) dan Imam Syafie mengkhatamkan sebanyak 60 kali bacaan Al-Quran dalam bulan Ramadhan,  Itu baru sahaja bacaan Quran, belum lagi solat.  Cuba paling kurang setiap hari Al-Zalzalah (kerana hadis Nabi menyebut surah ini menyamai satu perdua Quran) 2 kali, Al-Kafirun 4 kali, Surah Al-Ikhlas 3 kali.

Setiap huruf kita baca dapat pahala, digandakan kepada sepuluh. Alif-Lam-Mim.

Pesanan guru: Jadikan amalan biar istiqamah, supaya jadi wirid. Kerana apabila jadi wirid, akan menarik warid. Warid adalah makan kepada roh. Jadikan kita tidak letih untuk beramal.

Benda yang berterusan dibuat akan jadi wirid. Zikir boleh dalam pelbagai bentuk : bacaan Quran, selawat, tahmid, tahlil, takbir dan lain-lain.

Syaikh di Banjarmasin Indonesia : sehari lapan jam berselawat.
Syaikh Junaid Al-Baghdadi : semalam 300 rakaat.
Malik bin Dinar : 1000 rakaat solat. Semasa sakit, tidak berkurang rakaat. Cuma 500 rakaat secara berdiri, 500 secara duduk.

Mim = minnatullah (pemberian Allah)
Dhod = dhoman (jaminan)
             awalnya rahmat, tengahnya pengampunan, dan akhirnya pembebasan daripada neraka
Alif = UlfatuLLah kelembutan Allah kepada orang yang beramal. Merayu dan merintihlah kepada Allah.  Kisah bagaimana dalam perang seorang ibu tertinggal anak. Allah lebih kasih daripada ibu,

Nun = Nur Allah. Dosa menyebabkan hitam mukanya. Cahaya ada pada orang berbuat soleh.




https://www.youtube.com/watch?v=hUI_NlRp8TQ
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...