Ulama Benteng

Ulama Benteng
Memaparkan catatan dengan label Usul Fiqh. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Usul Fiqh. Papar semua catatan

Ahad, 6 Disember 2020

Usul Fiqh : Qiyas

 

Nota ini disusun semula oleh saya, Mohd Ikhwan bin Ahmad Zhaki, pelajar PBJJ FPI UKM 2019/2023, berdasarkan nota yang disediakan pihak Fakulti. Hakcipta adalah milik mereka. Tujuan saya semata-mata untuk mengambil faedah ilmu dan kebaikan-kebaikan yang ada. Semoga Allah merahmati.

AL-QIYAS

 

TAKRIF QIYAS

Pada bahasa

•       Persamaan:  (i) hissiyyah – qiyas sesuatu ke atas sesuatu = menyamakan dengannya (ii) macnawiyyah – seseorang itu diqiyaskan ke atas seseorang = menyamakannya pada semangat dan kemuliaan

•       Taqdir : Mengetahui kadar sesuatu perkara dengan perkara yang lain – sukat baju dengan meter

•       Kedua-duanya sekali: Aku mengqiyaskan perbuatan dengan perbuatan = aku kadarkannya dan samakannya

 

Pada istilah

•       Persamaan hukum furuk dengan asal kerana terdapat persamaan pada cillah

 

RUKUN QIYAS

•       Asal = tempat bergantungnya hukum yang sabit dengan nas atau ijmac

•       Furuc = ‘tempat’ tiada padanya nas atau ijmac

•       cIllah = sifat yang dibina hukum asal ke atasnya

•       Hukum asal = hukum syarak yang terdapat pada asal dan ingin dipindahkan ke furuc

 

Contoh

•       Dadah memabukkan = arak. Apabila arak diharamkan, maka hukum dadah juga adalah haram

•       Arak @ asal

•       Dadah @ furu’

•       Memabukkan @ cillah

•       Haram @ hukum asal

 

SYARAT-SYARAT QIYAS

•       Asal

•       Hukum asal

•       Furuk @ cabang

•       cIllah

 

Asal : Bukan furuk/cabang @ sabit melalui nas atau ijmak

Hukum asal:

•       Sabit melalui al-Quran, al-Sunnah, ijmak

•       ‘Illah boleh ditanggap oleh akal

•       Boleh diaplikasi pada masalah cabang

•       Tidak terkemudian daripada hukum furuc sekiranya hukum furuc tidak ada dalil lain selain qiyas

•       Tidak dimansukhkan

 

Furuk @ cabang

•       Tidak mempunyai dalil tersendiri – nas @ ijmak

•       cIllah yang terdapat pada furuc sama seperti yang terdapat pada asal

•       Tidak wujud terlebih dahulu daripada hukum asal

 

cIllah

•       Jelas dan terang – boleh dipastikan ‘kewujudannya’ pada asal dan furuk

•       ‘Illah merupakan petanda dan pengenal kepada kewujudan hukum

•       Tidak menjadi pengenal jika tidak dapat ditanggap oleh pancaindera

•       Cth : memabukkan pada pengharaman arak

•       Sifat yang mundhabit – tertentu dan terbatas @ tidak berubah dengan perubahan masa dan individu

•       Cth : Sifat bunuh yang menghalang pembunuh daripada menerima pusaka, memabukkan pada pengharaman arak

•       Asas qiyas ialah persamaan antara asal dan furuk – ‘illah mesti tertentu

 

•       Sifat yang munasabah bagi hukum – zann yang kuat terealisasi hikmah daripada pensyariatan hukum

•       Bunuh dengan sengaja merupakan sifat yang sesuai dikenakan qisas – merealisasi hikmah menjaga jiwa

•       Sifat yang tidak ada munasabah @ tardiyy tidak boleh menjadi ‘illah – warna, kecairan, rasa arak

•       Menjangkaui masalah yang lain – tidak terbatas pada asal sahaja

•       Asas qiyas ialah persamaan antara asal dan furuk

•       Jika terhad kepada asal –> tiada qiyas

•       Buih sebagai ‘illah pengharaman arak

•       Tidak bertentangan dengan nas dan ijmak

•       Pensabitan hukum ialah sama ada melalui nas ataupun ijmak – bukan cillah

•       Cth : berpuasa sebagai permulaan kepada kaffarah persetubuhan yang dilakukan oleh seorang raja pada siang hari Ramadhan

•       عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ أَتَى رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَجُلٌ فَقَالَ هَلَكْتُ فَقَالَ وَمَا أَهْلَكَكَ قَالَ وَاقَعْتُ امْرَأَتِي فِي شَهْرِ رَمَضَانَ قَالَ فَأَعْتِقْ رَقَبَةً قَالَ لَيْسَ عِنْدِي قَالَ فَصُمْ شَهْرَيْنِ مُتَتَابِعَيْنِ قَالَ لَا أَسْتَطِيعُ قَالَ فَأَطْعِمْ سِتِّينَ مِسْكِينًا

 

KEHUJAHAN QIYAS

•       Jumhur ulama : Harus pada akal serta wajib beramal dan berhujjah dengannya

•       Syicah Imamiyyah, Nazzam dan al-Zahiriyyah : Tidak hujah

 

Hujah jumhur(‘aqliyy):

·       Qiyas bukanlah suatu yang mustahil untuk berlaku dan yang demikian itu harus pada akal, justeru, qiyas harus berlaku

 

·       فَاعْتَبِرُوا يَا أُولِي الْأَبْصَارِ

 

o   Perintah – ictibar  = perpindahan dari sesuatu kepada yang lain.

o   Qiyas = pemindahan hukum dari asal kepada furuc – makna ictibar ialah melintas, melampaui dan berpindah dari sesuatu kepada sesuatu yang lain.

o   Qiyas juga melampaui daripada hukum asal kepada kepada furuc, maka ia turut termasuk dalam perkara yang diperintahkan dan wajib beramal

 

·       كَيْف تَقْضِي قَالَ بِكِتَابِ اللَّه قَالَ فَإِنْ لَمْ تَجِد فِيهِ قَالَ فَبِسُنَّةِ رَسُول اللَّه صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ فَإِنْ لَمْ تَجِد فِيهَا وَلَا فِي كِتَاب اللَّه قَالَ أَجْتَهِد فَقَالَ الْحَمْد لِلَّهِ الَّذِي وَفَّقَ رَسُول رَسُوله لِمَا هُوَ مِنْ رَسُوله

 

o   Rasul (s.a.w) memperaku Mucaz untuk berijtihad pada perkara-perkara yang tidak ada nas – termasuk qiyas. Kebenaran berijtihad bagi mengeluarkan hukum yang diberikan ini  menunjukkan bahawa qiyas adalah seperti al-Quran dan al-Sunnah – wajib beramal dengannya sama seperti wajib beramal dengan al-Quran dan al-Sunnah

 

•       Para Sahabat r.a telah beramal dengan qiyas tanpa bantahan – IJMAK

 

•       Had peminum arak – Saidina Ali berkata : siapa yang minum arak maka dia mabuk, siapa yang mabuk maka dia merepek, siapa yang merepek, maka dia berdusta dan melakukan fitnah – qiyas peminum arak kepada had orang yang membuat fitnah

•       Pemilihan khalifah – Umar r.a berkata : apakah kamu tidak redha bagi perkara dunia kamu dengan siapa yang diredhai oleh Rasul (s.a.w) pada perkara  agamamu?

 


Hujah al-Zahiriyyah & al-Nazzam (1)


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لاَ تُقَدِّمُوا بَيْنَ يَدَيِ اللَّهِ وَرَسُولِهِ

•       Allah SWT melarang daripada mengutamakan sesuatu selain daripada al-Quran dan al-Sunnah

•       Menerima al-qiyas bererti membelakangkan al-Quran dan al-Sunnah

•       Setiap yang dilarang adalah ditegah – batal

 

Bidasan kepada Hujah al-Zahiriyyah & al-Nazzam (1)

•       Al-Qiyas beramal dengan al-Quran dan al-Sunnah – diperintah – wajib

•       فَاعْتَبِرُوا

•       Kisah Muaz bin Jabal

 

Hujah al-Zahiriyyah & al-Nazzam (2)

 

وَأَنْ تَقُولُوا عَلَى اللَّهِ مَا لاَ تَعْلَمُونَ & وَلاَ تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ

•       Al-Qiyas = berhujah tanpa ilmu – dilarang

•       Setiap yang dilarang adalah ditegah – batal

•       Oleh itu, berhujah menggunakan al-qiyas adalah batal dan tidak diterima

 

Bidasan kepada Hujah al-Zahiriyyah & al-Nazzam (2)

•        Al-Qiyas bersandarkan kepada ilmu

•       Zann seseorang mujtahid bahawa hukum asal terdapat pada furuk – disepakati wajib untuk diamalkan

•       Al-Qiyas bersifat zanniyy = wajib diamalkan

 

PEMBAHAGIAN AL-QIYAS

•       Aspek CAKUPAN MAKNA yang menyeluruh antara asal dan furuk

•       Qiyas al-Awla

•       Qiyas al-Musawi

•       Qiyas al-Adna

 

•       Aspek KEKUATAN HUJAH

•       Qiyas jaliyy

•       Qiyas khafiyy

 

Qiyas al-Awla

•       cIllah pada furuc LEBIH KUAT dalam menentukan hukum daripada cillah asal

•       Qiyas memukul ke atas 'ah' kerana memukul lebih munasabah kepada pengharaman daripada mengatakan 'ah'

 

Qiyas al-Musawi

•       cIllah pada furuc MENYAMAI dengan cillah pada asal ketika menentukan hukum 

•       Qiyas membakar harta anak yatim ke atas memakan hartanya yang diharamkan oleh Allah SWT dengan cillah memusnahkan harta tersebut

 

Qiyas al-Adna

•       cIllah hukum furuc LEBIH LEMAH daripada cillah pada asal dalam menentukan hukum 

•       Sabitkan riba pada timun yang diqiyaskan kepada gandum – hukum furuc tidak mempunyai cillah sekuat asal kerana asal iaitu gandum tetap haram sama ada cillahnya adalah makanan atau tidak. Ini disebabkan terdapat kemungkinan-kemungkinan cillah yang lain iaitu makanan asasi atau timbangan

 

 

Qiyas jaliyy

•       PENAFIAN KESAN perbezaan di antara asal dan furuc ketika menentukan hukum adalah JELAS dan PASTI

•       Qiyas hamba perempuan ke atas hamba lelaki untuk dibebaskan

 

Qiyas khafiyy

•       TIDAK DAPAT DIPASTIKAN berlakunya penafian kesan perbezaan di antara hukum asal dengan furuc 

•       Qiyas membunuh dengan sesuatu yang berat ke atas sesuatu yang tajam dengan cillah membunuh dengan sengaja bagi mensabitkan qisas

 

 

 

 

Sabtu, 5 Disember 2020

Usul Fiqh : Ijmak

Nota ini disusun semula oleh saya, Mohd Ikhwan bin Ahmad Zhaki, pelajar PBJJ FPI UKM 2019/2023, berdasarkan nota yang disediakan pihak Fakulti. Hakcipta adalah milik mereka. Tujuan saya semata-mata untuk mengambil faedah ilmu dan kebaikan-kebaikan yang ada. Semoga Allah merahmati.


IJMAK

Takrif Ijmak

Pada Bahasa:

o Kata terbitan daripada perkataan أجمع يجمع

o Al-’Azm (keazaman) – فَأَجْمِعُواْ أَمْرَكُمْ

o Al-Ittifaq (kesepakatan) – أجمعوا علي كذا

Pada Istilah:

o Persepakatan ahl al-hall wa al-‘aqd daripada umat Muhammad (s.a.w) mengenai sesuatu perkara selepas kewafatan Nabi Muhammad (s.a.w)

 

KEHUJAHAN IJMAK

•       Jumhur  : Hujah

•       Nazzam, Khawarij dan Rafidah : Tidak hujah

 

Dalil jumhur:

•       وَمَن يُشَاقِقِ الرَّسُولَ مِن بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُ الْهُدَى وَيَتَّبِعْ غَيْرَ سَبِيلِ الْمُؤْمِنِينَ نُوَلِّهِ مَا تَوَلَّى وَنُصْلِهِ جَهَنَّمَ وَسَاءتْ مَصِيراً

•       Mengikut jalan bukan ORANG-ORANG MUKMIN – dimasukkan ke dalam neraka  @ haram mengikuti jalan mereka = wajib ikut

 

•       وَكَذَلِكَ جَعَلْنَاكُمْ أُمَّةً وَسَطاً لِّتَكُونُواْ شُهَدَاء عَلَى النَّاسِ وَيَكُونَ الرَّسُولُ عَلَيْكُمْ شَهِيداً

•       وَسَطاً = عدلا- setiap hasil ijmak yang lahir daripada umat yang adil adalah adil

•       Wajib mengikut ijmak yang dikeluarkan oleh umat yang adil sama seperti wajib menerima kesaksian individu yang adil

 

•       إن أمتي لا تجتمع على ضلالة ، فإذا رأيتم اختلافا فعليكم بالسواد الأعظم

 

•       إن الله قد أجار أمتى أن تجتمع على ضلالة

 

•       ما رأى المسلمون حسنا فهو عند الله حسن وما رآه المسلمون سيئا فهو عند الله سيىء

 

 

SYARAT-SYARAT IJMAK

•       Persepakatan SEMUA mujtahid pada satu-satu masa selepas kewafatan Nabi Muhammad (s.a.w)

•       Adil

•       Lebih daripada seorang mujtahid

•       Persepakatan secara jelas – perkataan @ perbuatan

•       Terdapat dalil/sandaran – nas @ qiyas

 

PEMBAHAGIAN IJMAK

•       Ijmak Sarih 

•       Ijmak yang jelas sama ada berbentuk perkataan atau perbuatan

•       Ijmak Ghayr Sarih @ Ijmak Sukuti

•       Sebahagian mujtahid sahaja menjelaskan pendirian manakala sebahagian yang lain diam tanpa sebarang syubhat seperti takut dll

 

HUKUM IJMAK

•       Jika dalalahnya qat’iyy @ ijmak sarih

•       Tidak boleh menyalahinya – jika diingkari dengan sengaja, boleh menjadi kufur

•       Jika dalalahnya zanniyy @ ijmak sukuti

•       Tidak kafir jika menyalahinya

 

 

Usul Fiqh : Mafhum Mukhalafah

 

Nota ini disusun semula oleh saya, Mohd Ikhwan bin Ahmad Zhaki, pelajar PBJJ FPI UKM 2019/2023, berdasarkan nota yang disediakan pihak Fakulti. Hakcipta adalah milik mereka. Tujuan saya semata-mata untuk mengambil faedah ilmu dan kebaikan-kebaikan yang ada. Semoga Allah merahmati.


TAKRIF MAFHUM AL-MUKHALAFAH (PADA BAHASA)

•       Makna yang difahami daripada lafaz secara bertentangan @ berlawanan

 

TAKRIF MAFHUM AL-MUKHALAFAH (PADA ISTILAH)

•       Makna yang difahami daripada lafaz di tempat yang tidak disebut BERTENTANGAN dengan makna yang difahami daripada lafaz pada tempat cakapan

•       Makna yang TERSIRAT BERTENTANGAN dengan makna daripada lafaz yang TERSURAT

 

PEMBAHAGIAN MAFHUM AL-MUKHALAFAH

•       Mafhum al-Sifah

•       Mafhum al-Shart

•       Mafhum al-Ghayah

•       Mafhum al-‘Adad

•       Mafhum al-Laqab

•       Mafhum al-Hasr

 

Mafhum al-Sifah

Dalalah lafaz yang diikat dengan SESUATU SIFAT yang menafikan hukum ketika sifat itu tiada

•       وَمَنْ لَمْ يَسْتَطِعْ مِنْكُمْ طَوْلًا أَنْ يَنْكِحَ الْمُحْصَنَاتِ الْمُؤْمِنَاتِ فَمِنْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ مِنْ فَتَيَاتِكُمُ الْمُؤْمِنَاتِ

•       فَتَيَاتِكُمُ dikaitkan dengan الْمُؤْمِنَاتِ – mafhum mukhalafah = tidak boleh kahwin hamba yang tidak beriman

 

Mafhum al-Shart

Dalalah lafaz yang hukumnya bergantung kepada SYARAT yang menafikan hukum dengan ternafi syarat

•       إِذَا كَانَ الْمَاءُ قُلَّتَيْنِ لَمْ يُنَجِّسْهُ شَىْءٌ

•       Air yang terkena najis akan bertukar menjadi mutanajjis sekiranya tidak mencukupi dua kolah

 

Mafhum al-Ghayah

Dalalah lafaz yang hukumnya diikat dengan GHAYAH yang mensabitkan hukum yang berlawanan selepas ghayah

•       وَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَكُمُ الْخَيْطُ الْأَبْيَضُ مِنَ الْخَيْطِ الْأَسْوَدِ مِنَ الْفَجْرِ ثُمَّ أَتِمُّوا الصِّيَامَ إِلَى اللَّيْلِ

•       Pengharaman makan dan minum selepas terbit fajar

 

Mafhum al-‘Adad

Dalalah lafaz yang hukumnya diikat dengan BILANGAN yang menafikan hukum selain daripada bilangan tersebut

•       الزَّانِيَةُ وَالزَّانِي فَاجْلِدُوا كُلَّ وَاحِدٍ مِنْهُمَا مِائَةَ جَلْدَةٍ

•       Tidak harus menyebat lebih atau kurang daripada bilangan 100

 

Mafhum al-Laqab

Mengaitkan hukum dengan ISIM sama ada isim ‘alam atau isim jenis

•       علي زيد حج                                       

•       Tidak wajib haji ke atas selain daripada Zaid

•       في الغنم زكاة         

•       Tidak wajib zakat selain daripada binatang ternakan

 

Mafhum al-Hasr حصر

Mensabitkan hukum kepada yang disebut dan menafikan sebaliknya

•       إنما الأعمال بالنيات

•       Mantuq – penerimaan amalan TERBATAS kepada niat – Mafhum – amalan yang tidak diniatkan kerana Allah tidak diambil kira

 

Usul Fiqh : Mantuq & Mafhum

Nota ini disusun semula oleh saya, Mohd Ikhwan bin Ahmad Zhaki, pelajar PBJJ FPI UKM 2019/2023, berdasarkan nota yang disediakan pihak Fakulti. Hakcipta adalah milik mereka. Tujuan saya semata-mata untuk mengambil faedah ilmu dan kebaikan-kebaikan yang ada. Semoga Allah merahmati.


AL-MANTUQ & AL-MAFHUM

 

TAKRIF AL-MANTUQ

•       Pada bahasa: Perkara yang dilafazkan

•       Pada istilah: MAKNA yang difahami daripada lafaz pada TEMPAT CAKAPAN (tersurat)

•       Contoh: وَأَحَلَّ اللّهُ الْبَيْعَ وَحَرَّمَ الرِّبَا

•       Jual beli = halal

•       Riba = haram

 

PEMBAHAGIAN AL-MANTUQ

•       Dari aspek terdapat ANDAIAN makna yang lain atau tidak

•       Dari aspek KEJELASAN makna


Dari Aspek Terdapat Andaian Makna Lain

•       Al-Nass – lafaz itu TIDAK mempunyai andaian makna yang lain – جاء زيد

•       Orang tertentu

•       Al-Zahir – lafaz itu mempunyai andaian MAKNA LAIN YANG MARJUH/LEMAH – رأيت أسدا

•       Makna zahir iaitu singa

•       Makna lain (lemah) – seorang yang berani

•       Al-Mantuq al-Sarih

•       Makna yang difahami daripada lafaz pada tempat yang dicakapkan itu JELAS

•       Al-Mantuq Ghayr al-Sarih

•       Makna yang difahami daripada lafaz pada tempat yang dicakapkan itu TIDAK JELAS

 

Al-Mantuq al-Sarih

•       Dalalat al-Mutabaqah (دلالة المطابقة)

•       Dalalat al-Tadammun (دلالة التضمن)

 

دلالة المطابقة

•       Dalalah lafaz kepada maknanya secara TEPAT @ SEMPURNA

•       إنسان = حيوان ناطق

 

دلالة التضمن

•       Dalalah lafaz kepada  SEBAHAGIAN MAKNANYA

•       إنسان = حيوان sahaja atau ناطق sahaja

 

Al-Mantuq Ghayr al-Sarih

•       Dalalat al-Iltizam (دلالة الالتزام)

•       Dalalat al-Iqtida’ (دلالة الاقتضاء)

•       Dalalat al-Ima’ (دلالة الإيماء)

•       Dalalat al-Isharah (دلالة الإشارة)

 

دلالة الالتزام

•       Dalalah lafaz kepada LAZIM MAKNANYA

•       إنسان = كاتب atau ضاحك

 

دلالة الاقتضاء

•       Kesahihan mantuq terletak kepada  SUATU TAKDIRAN dan ia dikehendaki oleh yang bercakap

•       وَاسْأَلِ الْقَرْيَةَ = tanyalah AHLI kampung itu

 

دلالة الإيماء

•       Sesuatu lafaz itu terdapat qarinah yang diketahui melalui sifat yang menunjukkan ia adalah ‘illah kepada hukum – lafziyyah atau ma’nawiyyah

•       وَالسَّارِقُ وَالسَّارِقَةُ فَاقْطَعُواْ أَيْدِيَهُمَا

•       Melalui qarinah huruf al-fa’, maka dapat difahami bahawa sifat mencuri itu menjadi ‘illah kepada hukum potong tangan (qarinah lafziyyah)

•       لا يقضى القاضى بين اثنين وهو غضبان

•       Sifat marah = ‘illah tidak menjatuhkan hukuman (qarinah ma’nawiyyah)

دلالة الإشارة

•       Dalalah lafaz kepada makna yang tidak dimaksudkan oleh orang yang bercakap

•       وَوَصَّيْنَا الْإِنسَانَ بِوَالِدَيْهِ إِحْسَاناً حَمَلَتْهُ أُمُّهُ كُرْهاً وَوَضَعَتْهُ كُرْهاً وَحَمْلُهُ وَفِصَالُهُ ثَلَاثُونَ شَهْراً

•       وَفِصَالُهُ فِي عَامَيْن

•       Gabungan kedua-dua ayat ini – DIFAHAMI SECARA ISYARAT bahawa masa minima mengandung ialah 6 bulan

 

TAKRIF AL-MAFHUM

•       Pada bahasa  : Perkara yang dapat diambil daripada lafaz

•       Pada istilah  : Makna yang difahami daripada lafaz tidak pada tempat cakapan (tersirat) @ PEMAHAMAN MAKNA DARIPADA LAFAZ SECARA TERSIRAT

 

PEMBAHAGIAN AL-MAFHUM

•       Mafhum al-Muwafaqah (مفهوم الموافقة)

•       Mafhum al-Mukhalafah (مفهوم المخالفة)

 

مفهوم الموافقة

•       Makna yang difahami daripada lafaz pada tempat diam SAMA dengan makna yang difahami daripada lafaz pada tempat cakapan

•       Makna yang TERSIRAT SAMA dengan makna daripada lafaz yang TERSURAT

 

مفهوم المخالفة

•       Makna yang difahami daripada lafaz pada tempat diam BERTENTANGAN dengan makna yang difahami daripada lafaz pada tempat cakapan

•       Makna yang TERSIRAT BERLAWANAN dengan makna daripada lafaz yang TERSURAT

 

PEMBAHAGIAN MAFHUM AL-MUWAFAQAH

•       Mafhum al-Awla (مفهوم الأولى)

•       Mafhum al-Musawi (مفهوم المساوى)


مفهوم الأولى

•       Hukum ‘perbuatan mukallaf’ pada tempat yang tersirat LEBIH UTAMA daripada hukum pada tempat yang tersurat

•       فَلَا تَقُلْ لَهُمَا أُفٍّ

•       mantuq – larangan mengatakan ‘ah’ – secara mafhum – larangan memukul adalah lebih utama

مفهوم المساوى

•       Hukum ‘perbuatan mukallaf’ pada tempat yang tersirat SAMA dengan tempat yang tersurat

•       إِنَّ الَّذِينَ يَأْكُلُونَ أَمْوَالَ الْيَتَامَى ظُلْمًا إِنَّمَا يَأْكُلُونَ فِي بُطُونِهِمْ نَارًا وَسَيَصْلَوْنَ سَعِيرًا

•       Mantuq – haram memakan harta anak yatim – mafhum – haram membakar kerana terdapat persamaan iaitu membinasakan

 

 

 

 

 

 

 

 


Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...