Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Jumaat, 2 April 2010

Doa Memohon Dikembalikan Barang yang Hilang




Doa Hilang Barang

Doa ini diajarkan oleh Tuan Guru Ustaz Ahmad Fahmi Zamzam Al-Banjari An-Nadwi Al-Maliki hafizahullah semasa pengajian kilat kitab Bustanul Arifin di Alor Setar Kedah.

Berkaitan doa ini, pengarang kitab Bustanul Arifin (iaitu Imam Nawawi): Sebenarnya doa ini telah saya cuba maka saya mendapatinya sangat bermanfaat dan menjadi sebab untuk mendapatkan barang yang hilang dengan tidak lama mencarinya. Dan saya juga telah mendengar dariapda Syeikh al-Hafizh Abu Baqa' seperti perkataan ini dan beliau yang mengajarkannya kepadaku sejak dahulu lagi.

Penterjemah kitab ini, iaitu Ustaz Ahmad Fahmi Zamzam sendiri mengakui bahawa insya Allah doa ini sangat mujarab kalau hilang barang. Ustaz Fahmi sendiri pernah kehilangan barang, dan berkat membaca doa ini, dikembalikan barang tersebut.


Doa ini diskan daripada kitab terjemahan Bustanul Arifin oleh Ustaz Ahmad Fahmi Zamzam dan diedit.

"Beramallah dengan keyakinan, dan sedarlah diri kita sedang memohon daripada Pemilik segala perkara tiada berkecuali."




Doa kita bersama:

Segala puji milik Tuhan Yang Maha Agung Pemilik Seluruh Alam ini, selawat dan salam atas Rasul Junjungan, Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga dan para sahabat baginda.
Ya Allah ajarkan kepada kami 'ilmu yang bermanfaat, dan berikan manfaat kepada kami daripada 'ilmu yang Kau ajarkan.

Ya ALLAH, jadikanlah kami, ibu bapa dan keluarga kami serta umat Nabi Muhammad s.a.w. yang lain hamba-Mu yang istiqamah dan ikhlas mentaati-Mu. Jadikanlah akhir hayat kami dalam husnul khotimah dan melafazkan kalimah tauhid.

19 ulasan:

  1. terima kasih atas post ini.lebih baik kita berdoa kpd Allah daripada mencari pertolongan dari bomoh2.

    BalasPadam
  2. alhamdulillah.. skjap je da jumpe .. ;)

    BalasPadam
  3. sy punye wallet pun tgh hlang. insyaALLAH, sy akn cube usahakan...

    BalasPadam
  4. Terima kasih Tuan, saya kehilangan camera sony,.. sebaik sampai di rumah saya google dan terjumpa entry ini lalu saya lakukan solat hajat dan baca doa ini... alhamdulillah camera saya telah dijumpai semula, mohon izinkan saya berkongsi ya. Jazakallahu khairan kathiran!

    BalasPadam
  5. Kpd IstriNizi Momyha dan semua sekali,

    Alhamdulillah, dengan izin-Nya.

    Dijemput untuk ambil, ambil, sebar, kongsi.

    Hadiahkan solawat untuk Nabi kita sollaAllahu alaihi wa sallam.

    BalasPadam
  6. mohon izin nak copy ayat ni,,,barang ana hilang..YA ALLAH PERMUDAHKAN PENCARIANKU...

    BalasPadam
  7. Saya punya wallet hilang selepas sy blik dri bli barang bersama kakak dan abg ipar.sy memegang wallet kunci dan plastik yg berisi pakaian.selepas itu sy bawa wellet msuk dlm blik dan letak atas almari rendah.kemudian sy simpan pakaian utk blik kg raya dan beg sy tgk msih ada diatas almari.dan semasa mengambil pakaian atas almari tempat wallet td.keesokkan hrnya apabila nk ke pejabat wallet sy x de dh merata tempat sy cri x jumpa

    BalasPadam
  8. Ya Allah....temukanlah aku dgn barang yang hilang itu dgn bacaan ayt ini....sesungguhnya.....Engkau maha mengetahui.. ~Ameen~

    BalasPadam
  9. Mohon izin nak sebarkan maklumat ni.Syukran jazilan

    BalasPadam
  10. mohon ijin untuk amalkan doa diatas pak ustad agar barang2 saya motor vario, leptop dan uang saya yanghilang dibawa kabur orang segera di kembalikan. terimakasih

    BalasPadam
  11. Boleh saya tahu , bila waktu sesuai untuk mengamalkan doa ini?

    BalasPadam
    Balasan
    1. In syaa Allah pada waktu yang baik berdoa seperti selepas solat fardu, ketika antara azan dan iqamah, pada hari Jumaat dan lain-lain.

      Padam

Insya ALLAH, komentar ada dihargai demi menyuburkan budaya ilmu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...