Ulama Benteng

Ulama Benteng

Rabu, 28 April 2010

Hargai dan Syukuri Nikmat Hidayah Allah kepada Kita


*Klik pada gambar di atas untuk paparan lebih besar. Kemudian "right click" dan "save as" gambar tersebut. Anda semua amat saya alukan untuk mengambil poster di atas, dijadikan hiasan peringatan, disebarkan kepada umat Islam lain, dimuatkan dalam Facebook, blog dan lain-lain. Moga Allah kurniakan kebaikan dunia akhirat pada kita, dinilai amalan soleh.


Assalaa mu'alaikum w.b.t.,


Hidayah Allah kepada kita (dalam bentuk nikmat iman dan Islam) adalah terlalu agung dan tiada ternilai.

Tidakkah kita makin menyedari hakikat ini?

Allah s.w.t. mengabadikan firman-Nya dalam al-Quran kepada Kekasih-Nya mengenai hakikat pemberian hidayah itu adalah hak dan urusan-Nya. Rasulullah s.a.w. tidak memberikan hidayah kepada sesiapa yang disayangi Baginda s.a.w. Allah yang memberikan hidayah kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya.

Alhamdulillah yang tiada terhitung, lafaz kesyukuran kita tujukan kepada Allah kerana telah memilih kita. Hidayah Allah adalah terlalu istimewa.

Pelihara dan pertahankanlah hidayah ini, insya Allah akan kita selamat bertemu Pencipta kita kelak. Dia menyukai pertemuan dengan hamba-hamba yang rindu untuk bertemu dengan-Nya.




*Alhamdulillah, gambar di atas berjaya saya susun sendiri. Anda semua dialu-alukan untuk salin dan mengambilnya. Klik pada gambar untuk paparan lebih besar.



Doa kita bersama:

Segala puji milik Tuhan Yang Maha Agung Pemilik Seluruh Alam ini, selawat dan salam atas Rasul Junjungan, Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga dan para sahabat baginda.

Ya Allah ajarkan kepada kami 'ilmu yang bermanfaat, dan berikan manfaat kepada kami daripada 'ilmu yang Kau ajarkan.

Ya ALLAH, jadikanlah kami, ibu bapa dan keluarga kami serta umat Nabi Muhammad s.a.w. yang lain hamba-Mu yang tetap beristiqamah dan ikhlas mentaati-Mu. Jadikanlah akhir hayat kami dalam husnul khotimah dan melafazkan kalimah tauhid. Selamatkan kami dunia dan akhirat.

2 ulasan:

  1. soda'ta ya rafiqi,

    inilah nikmat yg terbesar dan teragung yg diberikan oleh Allah kpd hambaNYA,

    sekiranya manusia sedar akan hakikat ini,nescaya mereka akn sedaya upaya mempertahanknnya.nikmat ini hanya akan dirasai dan disedari oleh mereka yg melihat dgn menggunakan segala pancaindera dan hati nurani yg dianugerahkan ALLAH.

    Begitu ramai manusia yg menghargai pemberian yg diberikan oleh sesama manusia,tetapi begitu sedikit manusia yg menghargai segala2 nikmat yg diberi oleh Allah,sedangkan pemberian yg dberi oleh sesama manusia itu jg hakikatnya datang daripada Allah.

    moga kita tergolong dalam golongan hmba2NYA yg sentiasa bersyukur..amin.

    "dan sekiranya kamu menghitung nikmat Allah terhadap diri kamu,nescaya kamu tidak akn terhitung..surah ibrahim,

    BalasPadam
  2. Benarlah firman Allah s.w.t.

    Amiin. Moga kekal mentauhidkan Allah s.w.t.

    BalasPadam

Insya ALLAH, komentar ada dihargai demi menyuburkan budaya ilmu.

Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...