Siapa yang menzalimi diri kita?
Andai kita berniat untuk melakukan kebaikan, Allah sudah memberikan pahala kebaikan kepada kita. Kemudian apabila dilaksanakan kebaikan tersebut, digandakan pahala antara 10 hingga 700.
Allah tidak membebankan sesuatu perkara kepada kita. Apa yang ditentukan kepada kita adalah sesuai dengan kemampuan dan tahap iman kita. Dia tahu keupayaan kita.
Andai kita berniat untuk melakukan kejahatan, Allah tidak memberikan dosa lagi. Kemudian, jika kita batalkan niat untuk melakukan dosa tersebut, Allah kurniakan pahala.
Andai kita tersungkur juga, melakukan dosa, Allah hanya catatkan satu dosa.
Allah tahu kita lemah dan berdosa. Allah nyatakan pelbagai cara untuk kita memohon keampunan-Nya atas segala dosa kita. Kita boleh melakukan kebaikan untuk menghapuskan kejahatan.
Selain itu, Allah nyatakan bahawa pada setiap malam pada bahagian 1/3 akhir, sememangnya waktu tersebut Allah menerima dan memakbulkan permintaan, permohonan pengampunan dan munajat para hamba-Nya.
Juga kita maklumi, sifat kerahmatan Allah mengatasi kemurkaan-Nya.
Allahu Allah, Kaulah Arhamur Rahimin, Maha Pengampun, Kau Maha Penyayang, Kau Maha Menerima Taubat.
Ayuh, jangan putus asa. Teruskan perjuangan hidup ini. Bukankah Allah sentiasa bersama kita?
Doa kita bersama:
Segala puji milik Tuhan Yang Maha Agung Pemilik Seluruh Alam ini, selawat dan salam atas Rasul Junjungan, Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga dan para sahabat baginda.
Ya Allah ajarkan kepada kami 'ilmu yang bermanfaat, dan berikan manfaat kepada kami daripada 'ilmu yang Kau ajarkan.
Ya ALLAH, jadikanlah kami, ibu bapa dan keluarga kami serta umat Nabi Muhammad s.a.w. yang lain hamba-Mu yang tetap beristiqamah dan ikhlas mentaati-Mu. Jadikanlah akhir hayat kami dalam husnul khotimah dan melafazkan kalimah tauhid. Selamatkan kami dunia dan akhirat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Insya ALLAH, komentar ada dihargai demi menyuburkan budaya ilmu.