Ulama Benteng

Ulama Benteng

Jumaat, 24 Januari 2020

Beberapa Panduan dalam Usaha Mencari Tajuk Kajian Sarjana/PhD


Assalamualaikum, saya mula bertanya dan memohon pandangan pensyarah di UKM dan juga calon PhD UTM berkenaan usaha-usaha penulisan tesis tahun akhir ijazah sarjanamuda, sarjana dan doktor falsafah.  Berikut adalah beberapa perkara yang dapat saya pelajari.



1. Tajuk kajian hendaklah bersifat spesifik, elakkan tajuk yang umum.

2. Sebelum pemilihan tajuk kajian master / PhD, kena banyakkan bacaan terhadap kajian sedia ada kan. Untuk menggarap idea dan fokus kajian yang akan dijalankan.

3. Boleh dapatkan senarai tesis peringkat sarjana dan doktor falsafah yang telah dibuat. Contohnya senarai yang dikeluarkan oleh Fakulti Pengajian Islam UKM. Di situ, dapat dibaca tajuk-tajuk kajian sedia ada, mendapat tahu nama penulisnya serta no. rujukan.

4. Selain itu, tajuk-tajuk kajian dapat dilihat pada laman-laman web seperti Universiti Malaya : http://studentsrepo.um.edu.my dan http://pendeta.um.edu.my/client/en_AU/default.

5. Dengan melihat tajuk-tajuk tesis, itu membantu untuk dapat ilham. Tapi untuk lebih bermanfaat pada diri, cuba cari teks-teks utama akidah (atau mana-mana bidang kajian yang dipilih) dan analisis isu-isu utama. Akhirnya kita boleh kuasai teks-teks itu.

6. Banyak mode tesis di universiti, contoh : UKM, tumpukan kepada kajian quantitative, contoh: jumlah hadis mawduk dalam kitab, keberkesanan pengajian akidah di sekolah dan lain-lain. Hasil kajian mcm ini agak terhad dan sekejap. Tidak boleh bina kefahaman mendalam.

7. Dengan kajian pada teks-teks utama dan isu-isu berkenaannya, pada masa yang sama menjadi pushing factor untuk memantapkan bahasa Arab melalui teks-teks.

Catatan Peminat Ilmu,

Mohd Ikhwan Ahmad Zhaki
24 Jan 2020

Jumaat, 17 Januari 2020

Beberapa Panduan Berkenaan Wazan (Word Shapes) Bagi Perkataan Bahasa Arab

Assalamualaikum,

Di sini disertakan faedah yang diperoleh oleh Ustazah Dr. Ibtisam Abdullah, pensyarah bahasa Arab di UKM yang telah berpengalaman 25 tahun dalam bidang ini.

Soalan diajukan:

Ustzah ada tips bgaimana kami dapat cari wazan bagi kalimah yang agak mencabar, contohnya kami kena rujuk mana-mana kamus, atau mana-mana kitab dan laman sesawang?

Jawapan:

Jika berkenaan wazan-wazan kena tengok pada buku Tasrif
Sekarang ada dah buku Tasrif yang ada diterjemah ke dalam bahasa Melayu.
Boleh rujuk kitab الصرف التطبيقي
Kitab itu mudah untuk difaham

Selain itu, boleh juga cari kitab تصريف الأسماء والأفعال

Ahad, 5 Januari 2020

Pengalaman Semester 1 UKM

                                            
                                                                    Sumber gambar




Alhamdulillah tadi selesai kuiz dan peperiksaan pertengahan bagi subjek Sejarah dan Tamadun Islam.

Apa yang boleh kita pelajari?

Corak dan tahap soalan peringkat ijazah sarjanamuda! =)


Bagi peristiwa yang signifikan, contohnya kena ingat tarikh berlaku, kena tahu individu utama yang terlibat.

Ada soalan yang kita boleh jawab dari bacaan nota kuliah (slides), namun ada yang diambil dari buku modul teks penuh.

Selepas ini, kena pupuk sikap komited terhadap ilmu dari awal. Baca teks penuh dalam buku modul, ambil cakna perkara mustahak dan bentuk soalan yang dijangka berkemungkinan akan disoal. Ya, kena mula dari awal. Buat nota. Ulang kaji. Itu tanggung jawab dan komitmen kita sebagai pelajar.

Contohnya definisi khilafah menurut sarjana, nama individu yang menyandang jawatan Hajib dalam kerajaan di Andalus.

Pastinya, tahap intelektual dan persiapan akademik kita sudah lebih upgrade berbanding tahap SPM, STPM, Diploma, STAM.

Kita niatkan ibadah. Maka tak dak satu benda pun yang sia-sia dalam efforts kita. Semua dapat pahala. Kalau keluar exam, syukur. Kalau tak keluar, dah dapat pahala murajaah dan belajar ilmu.

Jaga integriti. Jangan meniru. Jangan tengok nota. Jangan tanya kawan. Insya-Allah barokah ilmu.

Kuncinya : kita usaha sebaik mungkin. Selebihnya adalah urusan rezeki Allah kepada kita.  =)

Jumaat, 3 Januari 2020

SarjanaMuda Syariah UKM : Pengumpulan Idea Berkenaan Thesis Tahun Akhir



Antara laman jurnal untuk mendapatkan idea:

https://ejournal.um.edu.my UM
http://mjsl.usim.edu.my/index.php/jurnalmjsl  USIM Malaysian Journal of Syariah and Law (MJSL)
https://malaya.academia.edu/JurnalSyariahUM
http://www.myjurnal.my/public/browse-journal-view.php?id=49
http://journal.uinjkt.ac.id/index.php/ahkam


Antara tajuk jurnal dalam bidang syariah:

PENGUKURAN KEJAYAAN BANTUAN MODAL
PERNIAGAAN USAHAWAN ASNAF DALAM
KONTEKS PENCAPAIAN  MAQĀṢID AL-SHARĪ‘AH
: KAJIAN DI DAERAH KUALA TERENGGANU DAN  KUALA NERUS, TERENGGANU

https://ejournal.um.edu.my/index.php/JS/article/view/21591/11061



Cadangan tajuk :

1. Vaksin : Sudut Pandang dari Neraca Fiqh & Maqasid Syariah : Kajian Kesedaran dalam Kalangan Golongan Profesional di PETRONAS, KLCC

Khamis, 2 Januari 2020

Kuasa-Mu, Kehendak-Mu, Perbuatan-Mu, Hikmah-Mu, Keadilan-Mu mengatasi segala-galanya

Kuasa-Mu, Kehendak-Mu, Perbuatan-Mu, Hikmah-Mu, Keadilan-Mu mengatasi segala-galanya

Saja nak berkongsi rasa, mengurangkan kekusutan yang berbaki berselirat dalam jiwa.

Apabila terlintas kenangan dahsyat pada 13 Mei 2019, benar-benar makin faham dan merasai betapa Maha Agungnya Allah.

Ya, dengan pengalaman menunggang motorsikal, abang dengan rendah diri dan insaf, dapat meyakinkan diri bahawa sikap dan corak abang menunggang motorsikal adalah selamat.

1. Setiap kali bergerak, abang akan sentiasa tengok cermin sisi dan baca pergerakan kenderaan lain pada semua arah

2. Abang bukan yang jenis sengaja-sengaja memecut laju

3. Abang akan memilih dan buat keputusan yang selamat semasa menunggang motorsikal

4. Abang setiap kali dapat tahu berita kemalangan motorsikal lain dalam akhbar, abang akan kaji dan ambil pengajaran apakah puncanya.

5. Abang telah buat keputusan tidak gunakan lebuh raya MEX setelah menyedari risikonya dan kes-kes yang telah terjadi.

6. Jika mengantuk, tidak sihat, tidak kuat : abang akan berehat dulu. Contoh pernah jadi semasa demam dulu, abang ambil LRT dan Grab pergi berehat di rumah Kak Bah di Gombak. Pada malamnya pula, Aishah datang ambil dengan kereta.

7. Ya, apa yang berlaku pada 13 Mei 2019 benar-benar buatkan bingung juga, dan pastinya itu menunjukkan kuasa dan kehendak Allah, dan hamba ini sudah tidak mampu mengawalnya.


Allah Maha Tahu, Allah Maha Berkehendak, Allah Melaksanakan Perbuatan-Nya, Allah Maha Adil, Perbuatan dan Kehendak Allah adalah tidak sia-sia.


Ya Allah, ampunkan segala dosa hamba. Hamba malu, tapi hamba benar-benar mahu memohon agar diberikan ampunan dosa, dinaikkan darjat, diberikan pahala atas kesemua takdir yang dihadapi ini, dan perkara yang sama hamba doakan dikurniakan kepada seluruh ibu bapa, kakak-adik, isteri-anak, dan setiap ahli keluarga yang turut menghadapi ujian ini.

Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...