Ulama Benteng

Ulama Benteng

Ahad, 16 Februari 2020

Fiqh Kesan Perkahwinan


Susunan nota ini dengan mengambil manfaat daripada pengajian Fiqh Ibadah dan Munakahat, Sarjanamuda Pengajian Islam UKM

Kesan Perkahwinan

•       Hak Isteri; Tanggungjawab Suami
•       Hak Suami; Tanggungjawab Isteri
•       Hak Bersama
•       Hak Nasab
•       Hak Berkaitan Harta

Hak Isteri

•       Mahar
•       Pemberian wajib ke atas suami kepada isteri disebabkan aqad perkahwinan
•       Ia juga merupakan sesuatu yang wajib diberikan disebabkan persetubuhan yang syubhah @ rogol
•       Mahar menjadi milik isteri seorang sahaja
•       Tiada had minimum @ maksimum bagi mahar samada dalam bentuk ain, hutang atau manfaat
•       Wajib diberikan setelah sempurna aqad perkahwinan samada dinyatakan dalam aqad @ tidak dan samada telah dipersetujui untuk digugurkan

Persoalan Berkaitan Mahar

•       Tiada jumlah tertentu bagi mahar & ia digalakkan supaya rendah
•       Jika berlaku pertelingkahan mengenai sifat, kadar & masa pembayaran mahar, mahar yang dinyatakan dalam akad terbatal & mahar mithil diberikan
•       Jika terjadi pertelingkahan samada mahar sudah diberikan atau belum,
•       Sekiranya sebelum persetubuhan, kata-kata isteri diambil kira
•       Sekiranya setelah persetubuhan & adat kebiasaannya mahar belum diserahkan, kata-kata isteri diambil kira
•       Sekiranya adat kebiasaannya, mahar diserahkan sebelum persetubuhan, adat penentu kepada pertelingkahan

Hak Isteri

•       Nafkah

•       Ia meliputi makanan, pakaian, tempat tinggal & segala keperluan lain
•       Syarat wajib nafkah

•       Suami berkuasa penuh terhadap isteri untuk bergaul tanpa sebarang halangan keluarga
•       Isteri layak disetubuhi
•       Perkahwinan yang dilaksanakan adalah sah
•       Kekal kuasa suami terhadap isteri untuk bergaul

•       Isteri boleh mengambil harta suami jika dia cuai dalam melaksanakan tuntutan nafkah jika suami berkemampuan

•       Gugur Nafkah

•       Isteri masih kecil
•       Isteri dipenjarakan disebabkan melakukan jenayah @ tidak membayar hutang
•       Isteri tidak melayan suami
•       Isteri bekerja tanpa kerelaan suami
•       Isteri berpindah rumah tanpa izin suami
•       Isteri berpuasa sunat @ iktikaf sunat tanpa izin suami

Persoalaan Berkaitan Nafkah

•       Jika suami tidak mampu memberi sebahagian @ semua nafkah, isteri boleh menuntut fasakh
•       Nafkah yang tidak diberikan oleh suami kepada isteri dianggap sebagai hutang dan tidak akan luput jika berlaku perceraian @ kematian

Hak Isteri

•       Pergaulan yang baik

•       Tidak boleh menyakiti isteri
•       Memberikan haknya dengan cepat
•       Tidak memperlihatkan sikap benci, dendam & marah yang keterlaluan

•       Giliran yang adil

•       Rasulullah s.a.w telah berlaku adil terhadap isteri-isteri baginda walaupun ketika sakit

Hak Suami

•       Hak untuk ditaati

•       Isteri menyerahkan dirinya kepada suami sebaik sahaja setelah akad
•       Isteri tinggal di bersama suami, mengurus rumah tangga, menjaga & mendidik anak-anak
•       Tidak boleh meninggalkan rumah tanpa keizinan

•       Isteri beramanah terhadap suami

•       Menjaga diri, harta dan anak-anak secara baik

•       Bergaul secara baik

•       Tidak boleh menghina, merendahkan martabat dan menimbulkan kemarahan suami

•       Hak mendidik isteri

•       Jika isteri melakukan maksiat kepada Allah, suami perlu mengajaknya kembali kepada Allah

Hak Bersama Dalam Perkahwinan

•       Halal berseronok-seronok di antara suami isteri dengan cara yang tidak menyalahi syariat
•       Tidak menyakiti di antara satu sama lain
•       Menjaga tingkahlaku supaya tidak melukai perasaan pasangan

Sabitan Nasab Terhadap Anak

•       Maksudnya: penentuan hakiki keturunan seorang anak yang dilahirkan
•       Tempoh kehamilan paling singkat 6 bulan & paling lama 4 tahun. Tetapi pada kebiasaannya tempoh paling lama ialah 9 – 12 bulan.
•       Pertelingkahan terhadap nasab anak perlu ditentukan dengan 4 orang saksi wanita.
•       Penentuan nasab diharuskan berdasarkan kepada qiyafah.

Cara Penentuan Nasab

•       Perkahwinan yang sahih dan fasid
•       Iqrar

•       Pengakuan dengan diri sendiri seperti pengakuan bapa @ anak

•       Orang yang diakui tidak diketahui nasabnya
•       Diterima oleh perasaan & rasional seperti mempunyai wajah yang seiras dan jarak umur yang munasabah
•       Orang yang diakui membenarkan orang yang membuat pengakuan
•       Mempunyai kaitan yang sah dengan kehamilan ibu

•       Pengakuan dengan perantaraan seperti mengaku sebagai bapa saudara @ anak saudara

•       Keterangan dua orang saksi lelaki @ seorang lelaki & dua orang wanita dari kalangan ahli waris & mempunyai pertalian keluarga

Hak Berkaitan Harta

•       Harta Sepencarian
•       Pusaka

Nusyuz

•       Bermaksud melakukan maksiat.
•       Nusyuz isteri bermaksud menderhaka kepada suami dan mengabaikan kewajipan yang telah ditentukan Allah kepada suaminya
•       Nusyuz suami ialah melakukan kezaliman dan mengabaikan kewajipannya terhadap isteri
•       Hukumnya adalah haram

Nusyuz Isteri

•       Tidak mentaati suami
•       Keluar rumah dan bermusafir tanpa keizinan suami
•       Tidak mahu melakukan hubungan intim tanpa keuzuran
•       Tidak menyahut panggilan suami tanpa sebarang keuzuran

Menangani Nusyuz Isteri

•       Nasihat dengan cara yang baik
•       Berpisah tempat tidur
•       Memukul tanpa kecederaan
•       Dilakukan hanya jika dirasakan boleh membawa kebaikan setelah cara lain tidak berkesan
•       Jika pukulan membawa kematian, suami boleh dikenakan hukuman qisas
•       Melantik dua orang pendamai dari kedua belah pihak
•       Islam
•       Adil
•       Bijaksana
•       Jika pendamai tidak bersepakat, hakim melantik pendamai baru
•       Hakim akan melaksanakan keputusan yang telah disepakati oleh pendamai

Nusyuz Suami

•       Tidak adil dalam pembahagian giliran dan tanggungjawab
•       Tidak memberi nafkah yang sewajarnya
•       Memaki hamun isteri
•       Melakukan keganasan
•       Pergaulan yang buruk

Menangani Nusyuz Suami

•       Nasihat dengan cara yang baik
•       Mengadu kepada mahkamah
•       Hakim menghukum suami atau melantik dua orang pendamai
•       Hakim melaksanakan keputusan yang disepakati pendamai tersebut


Sabtu, 15 Februari 2020

Fiqh Perkahwinan


Susunan nota ini dengan mengambil manfaat daripada pengajian Fiqh Ibadah dan Munakahat, Sarjanamuda Pengajian Islam UKM


Definisi & Dalil Pensyariatan
•       Bahasa: berdakap, berhimpun & bertaut
•       Istilah: Aqad yang mengharuskan hubungan suami isteri dalam bentuk yang dibenarkan oleh syarak
•       Firman Allah (al-Nisa’:3):  maka berkahwinlah dengan perempuan (lain) yang kamu berkenan; dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja

Hikmah Perkahwinan
•       Memenuhi tuntutan fitrah
•       Melahirkan zuriat keturunan yang soleh dan terdidik
•       Mewujudkan kedamaian jiwa dan kesejahteraan rohani
•       Membendung akhlak yang buruk
•       Membentuk generasi manusia yang sejahtera
•       Meluaskan lingkungan kekeluargaan dan membina semangat bekerjasama

Hukum Perkahwinan
•       Sunat: Jika seseorang itu berkeinginan untuk berkahwin, mempunyai belanja untuk perkahwinan dan nafkah keluarga serta tidak takut terjerumus kepada kemungkaran jika tidak berkahwin
•       Sunat Tidak Berkahwin: jika seseorang itu berkeinginan untuk berkahwin dan tidak memiliki kemampuan untuk perbelanjaan perkahwinan dan nafkah isteri
•       Makruh: Jika tiada keinginan dan tiada kemampuan harta
•       Lebih Baik Ditinggalkan: Jika mempunyai kemampuan harta dan tidak mempunyai keinginan berkahwin
•       Lebih Baik Berkahwin: Jika mempunyai kemampuan harta dan keinginan serta tidak sibuk dengan ibadah yang lebih utama
•       Wajib Berkahwin: jika mempunyai keinginan yang dibimbangi membawa ke arah kemungkaran dan mempunyai kemampuan harta untuk nafkah keluarga

Wanita Yang Haram Dikahwini
•       Haram Untuk Selama-Lamanya
•       Keturunan
•       Persemendaan
•       Penyusuan
•       Haram Untuk Sementara
•       Menghimpunkan dua adik-beradik
•       Menghimpunkan perempuan dan ibu saudaranya atau anak saudara perempuannya
•       Lebih dari empat orang isteri
•       Wanita bukan Islam dan bukan Ahli Kitab
•       Isteri orang
•       Wanita dalam Iddah
•       Bekas Isteri yang diceraikan dengan talak tiga

Wanita Yang Haram Dikahwini
•       Keturunan
•       Ibu dan nenek ke atas
•       anak perempuan dan cucu ke bawah
•       adik beradik perempuan kandung, seibu dan sebapa
•       anak saudara perempuan dan ke bawah
•       ibu saudara (adik beradik ibu atau bapa dan ke atas)
•       Persemendaan
•       Isteri bapa dan ke atas
•       Isteri anak dan ke bawah
•       Ibu mertua
•       Anak isteri dan ke bawah
•       Penyusuan
•       Ibu susuan (ibu yang menyusukan) dan ke atas
•       Adik beradik perempuan susuan
•       Anak saudara perempuan susuan (anak susuan kpd adik beradik sendiri atau susuan)
•       Ibu saudara susuan (adik beradik susuan bapa dan ibu sendiri atau susuan)
•       Anak susuan (anak susuan isteri)
•       Termasuk juga di sini, pengharaman disebabkan persemendaan seperti ibu susuan isteri, anak susuan isteri dari suami yang lain, bekas isteri bapa susuan dan bekas isteri anak susuan

Poligami

·       Hukum asalnya adalah harus tetapi ia berubah mengikut keadaan seseorang
  • Sunat sekiranya seorang lelaki itu tidak mencukupi baginya seorang isteri atau isterinya sakit dan tidak dapat melahirkan anak serta dapat berlaku adil
  • Makruh sekiranya syak untuk berlaku adil dan tidak mempunyai keinginan untuk beristeri lebih
  • Haram sekiranya pasti tidak dapat berlaku adil disebabkan kemiskinan, lemah atau kecenderungan yang keterlaluan terhadap seseorang isteri.

Keadilan Dalam Poligami

•       Persamaan dalam aspek berikut:
•       Nafkah
•       Tempat tinggal
•       Giliran Bermalam
•       Pergaulan
•       Tanggungjawab Keluarga
•       Kecederungan hati yang tidak membawa kepada ketidakadilan adalah dimaafkan

Alasan Poligami
•       Lelaki yang mempunyai kecenderungan yang kuat terhadap wanita dan mempunyai isteri yang dingin disebabkan fitrah atau sakit
•       Peperangan yang menyebabkan kematian ramai lelaki
•       Isteri yang disayangi tidak dapat melahirkan zuriat
•       Membendung gejala keruntuhan moral yang menyebabkan berleluasanya perzinaan

Pemilihan Pasangan
•       Beragama dan berakhlak baik
•       Keturunan yang baik
•       Mestilah bukan keluarga yang dekat menurut satu pandangan, ia tidak berasaskan kepada dalil yang kuat kerana Saidina Ali dan Fatimah merupakan keluarga Nabi yang dekat
•       Kufu’ iaitu mempunyai taraf yang sama dari sudut agama, pekerjaan dan kesihatan. Ia gugur dengan persetujuan wali dan perempuan
•       Anak dara dan boleh melahirkan anak

Pertunangan
•       Pertunangan ialah menzahirkan hasrat untuk berkahwin dengan seorang perempuan kepada wali @ perempuan tersebut
•       Hikmahnya adalah supaya kedua belah pihak dapat saling mengenali sebagai persediaan untuk melangsungkan perkahwinan
•       Dibolehkan menyatakan hasrat untuk berkahwin kepada wanita jika dia bukan isteri orang, tidak berada dalam iddah dan bukan merupakan golongan yang haram dikahwini
•       Diharamkan menyatakan hasrat untuk berkahwin secara langsung jika wanita berada dalam iddah
•       Diharamkan menyatakan hasrat untuk berkahwin jika wanita merupakan isteri orang, berada dalam iddah raj’i @ termasuk dlm golongan yang haram dikahwini
•       Diharamkan bertunang dengan tunang orang lain
•       Diharamkan berdua-duaan di antara pasangan bertunang sebelum perkahwinan

Kesan Pertunangan
•       Ia adalah satu janji untuk melangsungkan perkahwinan
•       Pergaulan masih terbatas kerana bukan lagi dianggap sebagai suami isteri
•       Perempuan yang telah bertunang, haram dipinang oleh orang lain

Ciri Perempuan Bakal Tunang
•       Beragama
•       Sihat
•       Anak dara
•       Keluarga yang beragama
•       Keturunan yang baik
•       Cantik
•       Tidak mempunyai hubungan kekeluargaan

Perempuan Yang Boleh Dipinang
•       Bukan Dari Golongan Yang Haram Dikahwini
•       Tidak Berada Dalam Iddah Kecuali Dalam Iddah Talak Wafat & Ba’in Dibolehkan Secara Kiasan
•       Belum Bertunang

Melihat Bakal Tunang
•       Diharuskan seorang lelaki yang ingin mengahwini seorang perempuan untuk melihatnya
•       Menurut jumhur: bahagian yang boleh dilihat ialah muka dan dua tapak tangan
•       Dilakukan dengan tanpa pengetahuan perempuan bagi menjaga kehormatannya

Rukun Perkahwinan: Sighah

•       Ijab dari wali perempuan dan Qabul dari pengantin lelaki
•       Menggunakan lafaz kahwin atau nikah
•       Dilafazkan perkataan kahwin atau nikah dalam ijab & qabul dengan jelas maksudnya
•       Tidak dipisahkan di antara ijab & qabul kecuali dengan kadar yang sedikit seperti bernafas, bersin atau batuk
•       Kekal kelayakan untuk beraqad sehingga selesai qabul
•       Mestilah berkuatkuasa serta merta
•       Tidak dibataskan dengan tempoh tertentu

Rukun Perkahwinan: Pengantin Perempuan
•       Tidak mempunyai halangan untuk berkahwin
•       Mestilah ditentukan samada dgn menyebut nama atau isyarat
•       Tidak berada dalam ihram haji atau umrah

Rukun Perkahwinan: Pengantin Lelaki
•       Mestilah halal dikahwini oleh pengantin perempuan
•       Mestilah ditentukan samada dgn menyebut nama atau isyarat
•       Tidak berada dalam ihram haji @ umrah

Rukun Perkahwinan: Wali
•       Disyaratkan bagi perempuan samada telah baligh @ belum, samada anak dara @ janda
•       Anak dan cucu lelaki tidak boleh menjadi wali kepada ibu @ nenek

Susunan Wali
•       Bapa
•       Datuk sebelah bapa (bapa kepada bapa)
•       Adik-beradik lelaki kandung (abang dan/atau adik lelaki seibu sebapa)
•       Adik-beradik lelaki kandung sebelah bapa (abang dan/atau adik lelaki sebapa)
•       Anak saudara lelaki kandung (seibu sebapa)
•       Anak saudara lelaki sebapa
•       Bapa saudara kandung (seibu sebapa dengan bapa)
•       Bapa saudara lelaki sebapa dengan bapa
•       Sepupu lelaki dari bapa saudara kandung (Bapa saudara kandung = seibu sebapa dengan bapa)
•       Sepupu lelaki dari bapa saudara sebapa dengan bapa

Syarat Wali
•       Islam
•       Adil iaitu tidak melakukan dosa besar, tidak berterusan melakukan dosa kecil dan tidak melakukan perkara yang menjejaskan maruah
•       Baligh
•       Berakal
•       Tiada masalah penglihatan
•       Bukan dari golongan yang tidak boleh mentadbir harta
•       Tidak berada dalam keadaan ihram haji @ umrah
•       Jika wali tidak mempunyai syarat yang cukup, perwalian akan berpindah kepada yang berikutnya kecuali jika wali sedang berihram, perwalian berpindah kepada pemerintah

Jenis-Jenis Wali
•       Wali Ijbar iaitu bapa dan datuk sebelah bapa boleh mengahwinkan anak dara tanpa izin dan kerelaannya dengan syarat tiada permusuhan yang nyata di antara anak gadis dan walinya, bakal suami adalah setaraf (kufu’) dan berkemampuan untuk menyerahkan mas kahwin. Walaupun begitu, memaksa anak dara berkahwin tanpa izinnya adalah tidak afdhal
•       Wali Ikhtiyar iaitu semua wali yang dinyatakan termasuk bapa dan datuk sebelah bapa tidak boleh mengahwinkan janda kecuali dengan keizinannya

Beberapa Persoalan Mengenai Wali
•       Jika wali enggan mengahwinkan anak gadisnya yang telah baligh dan berakal dengan lelaki yang sekufu yang menjadi pilihan anak gadisnya itu, perwalian akan berpindah kepada pemerintah
•       Jika jarak wali adalah dua marhalah atau lebih, perwalian berpindah kepada pemerintah dan tidak kepada wali lain. Jika kurang, pemerintah perlu mendapat izin wali terlebih dahulu.
•       Jika terdapat beberapa orang wali yang setaraf, diutamakan wali yang lebih arif mengenai perkahwinan > lebih warak > berumur. Jika terdapat percanggahan di antara wali-wali yang setaraf, undian perlu dilakukan
•       Wali mujbir boleh mewakilkan orang lain untuk menjadi wali kepada anak daranya walaupun dia tidak menentukan siapakah bakal pengantin lelaki. Perkahwinan tersebut sah jika bakal suami adalah sekufu’.

Rukun Perkahwinan: Dua Orang Saksi
-          Islam
-          Lelaki
-          Berakal dan Baligh
-          Adil walaupun secara zahir
-          Pendengaran dan Penglihatan yang Baik

Perkahwinan Orang Yang Memeluk Islam
•       Jika kedua-dua suami isteri masuk Islam, perkahwinan mereka kekal
•       Jika suami memeluk Islam dan isteri adalah ahli Kitab, perkahwinan mereka kekal
•       Jika isteri bukan ahli Kitab dan dia memeluk Islam ketika iddah, perkahwinan mereka kekal
•       Jika isteri tidak memeluk Islam dalam tempoh iddah, perkahwinan mereka terbatal
•       Jika isteri memeluk Islam, perkahwinan akan kekal jika suami turut serta selagi isteri dalam iddah

Mahar / Mas Kahwin
•       Pemberian wajib ke atas suami kepada isteri disebabkan aqad perkahwinan
•       Wajib diberikan setelah sempurna aqad perkahwinan samada dinyatakan dalam aqad @ tidak dan samada telah dipersetujui untuk digugurkan
•       Mahar menjadi milik isteri seorang sahaja
•       Tiada had minimum @ maksimum bagi mahar samada dalam bentuk ain atau manfaat
•       Boleh serahkan selepas akad atau selepas berlaku persetubuhan

Beberapa Persoalan Mengenai Mahar
•       Mahar kekal semuanya jika berlaku jima’ @ kematian suami @ isteri walaupun belum berlaku jima’
•       Mahar hanya wajib diberikan separuh jika isteri diceraikan sebelum berlaku jima’
•       Mahar boleh gugur jika terjadi perceraian sebelum jima’ yang disebabkan oleh isteri seperti fasakh disebabkan aib @ murtad

Mahar Mithil
•       Ia adalah mahar yang diberikan berasaskan kepada perbandingan isteri dengan saudara perempuan sebelah bapa mengikut adat
•       Sifat isteri juga termasuk dalam penentuan nilai mahar sebandingan seperti umur, kebijasanaan, kecantikan dan lain-lain

Sebab Wajib Mahar Mithil
•       Berlaku jima’ setelah aqad yang rosak
•       Mahar terbatal disebabkan pertelingkahan suami isteri
•       Mahar yang dinyatakan adalah rosak seperti arak, tidak dimliki
•       Menyatakan satu mahar untuk dua isteri
•       Jika mahar untuk suami yang masih kecil lebih dari mahar mithil
•       Pernikahan kanak-kanak @ anak dara tanpa keizinan yang kurang dari mahar mithil
•       Pernikahan tanpa mahar
•       Sebahagian mahar disyaratkan menjadi milik orang lain

Hak & Tanggungjawab Dalam Perkahwinan
•       Halal berseronok-seronok di antara suami isteri dengan cara yang tidak menyalahi syariat
•       Isteri wajib mentaati suami, menyerah diri dan menjaga rumahtangga suami
•       Suami wajib menyempurnakan maskahwin isteri
•       Suami wajib memberi nafkah kepada isteri seperti makanan, minuman, tempat tinggal dan pakaian
•       Pembahagian malam di antara isteri-isteri
•       Nasab anak sabit bagi suami
•       Pewarisan harta di antara suami isteri jika berlaku kematian

Sunat Ketika Aqad Perkahwinan
•       Khutbah sebelum aqad perkahwinan
•       Berdoa untuk kesejahteraan pengantin
•       Mengumumkan perkahwinan & menzahirkan kegembiraan serta memukul gendang

Sunat Ketika Aqad Perkahwinan
•       Sunat muakkad mengadakan kenduri perkahwinan
•       Wajib menghadiri undangan perkahwinan sekiranya
•       Pengantin adalah orang Islam
•       Kenduri tidak dikhususkan kepada orang kaya sahaja
•       Undangan untuk hari pertama
•       Undangan adalah bertujuan untuk merapatkan hubungan
•       Pengantin bukan orang yang zalim @ memakan harta haram
•       Tiada kemungkaran dalam majlis perkahwinan



Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...