Ulama Benteng

Ulama Benteng

Sabtu, 1 Februari 2020

Perkahwinan


Nota ini dengan mengambil faedah daripada pengajian ijazah sarjanamuda pengajian Islam UKM

PERKAHWINAN

Pertunangan

       Pertunangan ialah menzahirkan hasrat untuk berkahwin dengan seorang perempuan kepada wali @ perempuan tersebut
       Hikmahnya adalah supaya kedua belah pihak dapat saling mengenali sebagai persediaan untuk melangsungkan perkahwinan

Kesan Pertunangan

       Ia adalah satu janji untuk melangsungkan perkahwinan
       Pergaulan masih terbatas kerana bukan lagi dianggap sebagai suami isteri
       Perempuan yang telah bertunang, haram dipinang oleh orang lain

Ciri Perempuan Bakal Tunang

       Beragama
       Sihat
       Anak Dara
       Keluarga yang Beragama
       Keturunan yang Baik
       Cantik
       Tidak mempunyai hubungan kekeluargaan

Perempuan yang Boleh Dipinang
       Bukan Dari Golongan Yang Haram Dikahwini
       Tidak Berada Dalam Iddah Kecuali Dalam Iddah Talak Wafat & Ba’in Dibolehkan Secara Kiasan
       Belum Bertunang

Melihat Bakal Tunang

       Diharuskan seorang lelaki yang ingin mengahwini seorang perempuan untuk melihatnya
       Menurut jumhur: bahagian yang boleh dilihat ialah muka dan dua tapak tangan
       Dilakukan dengan tanpa pengetahuan perempuan bagi menjaga kehormatannya

Definisi & Dalil Pensyariatan

       Bahasa: berdakap, berhimpun & bertaut
       Istilah: Aqad yang mengharuskan hubungan suami isteri dalam bentuk yang dibenarkan oleh syarak secara berterusan
       Firman Allah (al-Nisa’:3):  maka berkahwinlah dengan perempuan (lain) yang kamu berkenan; dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja

Hikmah Perkahwinan

       Memenuhi tuntutan fitrah
       Melahirkan zuriat keturunan yang soleh dan terdidik
       Mewujudkan kedamaian jiwa dan kesejahteraan rohani
       Membendung akhlak yang buruk
       Meneruskan kesinambungan hidup manusia
       Meluaskan lingkungan kekeluargaan dan membina semangat bekerjasama

Hukum Perkahwinan

       Wajib: jika mempunyai kemampuan harta untuk nafkah keluarga dan mempunyai keinginan yang dibimbangi membawa ke arah kemungkaran
       Haram:  sekiranya diyakini akan berlaku zalim @ tidak mampu menanggung nafkah keluarga
       Makruh: jika tiada keinginan dan tiada kemampuan harta
       Sunat: jika seseorang itu berkeinginan untuk berkahwin, mempunyai belanja untuk perkahwinan dan nafkah keluarga serta tidak takut terjerumus kepada kemungkaran dan yakin tidak berlaku zalim
       Harus: ada keinginan, berkemampuan untuk nafkah keluarga dan yakin tidak melakukan kemungkaran

Alasan Poligami

       Lelaki yang mempunyai kecenderungan yang kuat terhadap wanita dan mempunyai isteri yang dingin disebabkan fitrah atau sakit
       Peperangan yang menyebabkan kematian ramai lelaki
       Isteri yang disayangi tidak dapat melahirkan zuriat
       Membendung gejala keruntuhan moral yang menyebabkan berleluasanya perzinaan


Rukun Perkahwinan: Sighah

       Ijab dari wali perempuan dan Qabul dari pengantin lelaki
       Menggunakan lafaz kahwin atau nikah
       Dilafazkan perkataan kahwin atau nikah dalam ijab & qabul dengan jelas maksudnya
       Tidak dipisahkan di antara ijab & qabul kecuali dengan kadar yang sedikit seperti bernafas, bersin atau batuk
       Kekal kelayakan untuk beraqad sehingga selesai qabul
       Mestilah berkuatkuasa serta merta
       Tidak dibataskan dengan tempoh tertentu

Rukun Perkahwinan: Pengantin Perempuan

       Tidak mempunyai halangan untuk berkahwin
       Mestilah ditentukan
       Tidak berada dalam ihram haji atau umrah

Rukun Perkahwinan: Pengantin Lelaki

       Mestilah halal dikahwini oleh pengantin perempuan
       Mestilah ditentukan
       Tidak berada dalam ihram haji @ umrah

Rukun Perkahwinan: Wali

·       Islam
·       Adil iaitu tidak melakukan dosa besar, tidak berterusan melakukan dosa kecil dan tidak melakukan perkara yang menjejaskan maruah seperti berjalan tidak memakai kasut
·       Baligh
·       Berakal
·       Tidak nyanyuk
·       Tidak buta atau rabun yang keterlaluan
·       Bukan dari golongan yang tidak boleh mentadbir harta
·       Tidak berada dalam keadaan ihram haji @ umrah
Jika wali tidak mempunyai syarat yang cukup, perwalian akan berpindah kepada yang berikutnya kecuali bagi wali yang sedang berihram, perwalian berpindah kepada pemerintah

Rukun Perkahwinan: Dua Orang Saksi

       Islam
       Lelaki
       Berakal & Baligh
       Adil
       Pendengaran & Penglihatan yang Baik

Kesan Perkahwinan Yang Sah

       Dihalalkan persetubuhan
       Isteri berkewajipan mentaati suami dalam perkara yang ma’ruf
       Mahar wajib dibayar kepada isteri
       Wajib memberi nafkah kepada isteri
       Wajib membahagikan malam di antara isteri
       Sabit nasab bagi anak yang dilahirkan isteri
       Berlaku perwarisan harta jika berlaku kematian pasangan

Wanita Yang Haram Dikahwini

       Haram Untuk Selama-Lamanya
       Keturunan
       Persemendaan
       Penyusuan
       Haram Untuk Sementara
       Menghimpunkan dua adik beradik
       Menghimpunkan perempuan dan ibu saudaranya atau anak saudara perempuannya
       Lebih dari empat orang isteri
       Wanita bukan Islam dan bukan Ahli Kitab
       Isteri orang
       Wanita dalam Iddah
       Bekas Isteri yang diceraikan dengan talak tiga

Wanita Yang Haram Dikahwini

1. Kerana persemendaan
       Isteri bapa dan ke atas
       Isteri anak dan ke bawah
       Ibu mertua
       Anak isteri dan ke bawah

2. Kerana Penyusuan
       Ibu susuan (ibu yang menyusukan)
       Adik beradik perempuan susuan
       Anak saudara perempuan susuan (anak perempuan bagi adik beradik susuan)
       Ibu saudara susuan (adik beradik perempuan kepada ibu dan bapa susuan)
       Anak susuan (anak susuan isteri)
       Termasuk juga di sini, pengharaman disebabkan persemendaan seperti ibu susuan isteri, anak susuan isteri dari suami yang lain, bekas isteri bapa susuan dan bekas isteri anak susuan.

Poligami

       Hukum asalnya adalah harus tetapi ia berubah mengikut keadaan seseorang
       Sunat sekiranya seorang lelaki itu tidak mencukupi baginya seorang isteri atau isterinya sakit dan tidak dapat melahirkan anak serta dapat berlaku adil
       Makruh sekiranya syak untuk berlaku adil dan tidak mempunyai keinginan untuk beristeri lebih
       Haram sekiranya pasti tidak dapat berlaku adil disebabkan kemiskinan, lemah atau kecenderungan yang keterlaluan terhadap seseorang isteri.

Keadilan Dalam Poligami

       Persamaan dalam aspek berikut:
       Nafkah
       Tempat tinggal
       Giliran Bermalam
       Pergaulan
       Tanggungjawab Keluarga

       Kecederungan hati yang tidak membawa kepada ketidakadilan adalah dimaafkan

Jenis-Jenis Wali

       Wali Ijbar
       Khusus untuk anak dara sahaja
       Terhad kepad bapa dan datuk sebelah bapa
       Syaratnya:
Tiada permusuhan antara calon suami & isteri
Pasangan yang kufu’
Calon suami berkemampuan untuk membayar mahar dengan segera
       Walaupun begitu, memaksa anak dara berkahwin tanpa izinnya adalah tidak afdhal

       Wali Ikhtiyar
       Khusus untuk janda
       Semua jenis wali yang dinyatakan termasuk bapa dan datuk sebelah bapa tidak boleh mengahwinkan janda kecuali dengan keizinannya

Susunan Wali

1. Bapa

2. Datuk sebelah bapa

3. Adik-beradik lelaki kandung

4. Adik-beradik lelaki sebelah bapa

5. Anak saudara lelaki kandung

6. Anak saudara lelaki sebapa

7. Bapa saudara kandung

8. Bapa saudara lelaki sebapa dengan bapa

9. Sepupu lelaki dari bapa saudara kandung

10. Sepupu lelaki dari bapa saudara sebapa dengan bapa

11. Anak dan cucu lelaki tidak boleh menjadi wali kepada ibu @ nenek

12. Jika tiada wali yang dinyatakan, ia berpindah kepada pemerintah

Beberapa Persoalan Mengenai Wali

       Jika wali enggan mengahwinkan anak gadisnya yang telah baligh dan berakal dengan lelaki yang sekufu yang menjadi pilihan anak gadisnya itu, perwalian akan berpindah kepada pemerintah
       Jika jarak wali adalah dua marhalah atau lebih, perwalian berpindah kepada pemerintah dan tidak kepada wali lain. Jika kurang, pemerintah perlu mendapat izin wali terlebih dahulu.
       Jika terdapat beberapa orang wali yang setaraf, diutamakan wali yang lebih arif mengenai perkahwinan > lebih warak > berumur. Jika terdapat percanggahan di antara wali-wali yang setaraf, undian perlu dilakukan
       Wali mujbir boleh mewakilkan orang lain untuk menjadi wali kepada anak daranya walaupun dia tidak menentukan siapakah bakal pengantin lelaki. Perkahwinan tersebut sah jika bakal suami adalah sekufu’.

Al-Kafa’ah

       Bermaksud persamaan umum keadaan dan sifat di antara calon suami dan isteri
       Ia adalah hak perempuan & walinya. Boleh digugurkan oleh kedua-duanya
       Sudut kafa’ah:
       Agama
       Kedudukan dalam masyarakat
       Kesihatan

Perkahwinan Orang Yang Memeluk Islam

       Jika kedua-dua suami isteri masuk Islam, perkahwinan mereka kekal
       Jika suami memeluk Islam dan isteri adalah ahli Kitab, perkahwinan mereka kekal
       Jika isteri bukan ahli Kitab dan dia memeluk Islam ketika iddah, perkahwinan mereka kekal
       Jika isteri tidak memeluk Islam dalam tempoh iddah, perkahwinan mereka terbatal
       Jika isteri memeluk Islam, perkahwinan akan kekal jika suami turut serta selagi isteri dalam iddah

Mahar / Mas Kahwin

Pemberian wajib ke atas suami kepada isteri disebabkan aqad perkahwinan

       Wajib diberikan setelah sempurna aqad perkahwinan samada dinyatakan dalam aqad @ tidak dan samada telah dipersetujui untuk digugurkan
       Mahar menjadi milik isteri seorang sahaja
       Tiada had minimum @ maksimum bagi mahar samada dalam bentuk ain atau manfaat
       Boleh serahkan selepas akad atau selepas berlaku persetubuhan

Beberapa Persoalan Mengenai Mahar

       Mahar kekal semuanya jika berlaku jima’ @ kematian suami @ isteri walaupun belum berlaku jima’
       Mahar hanya wajib diberikan separuh jika isteri diceraikan sebelum berlaku jima’
       Mahar boleh gugur jika terjadi perceraian sebelum jima’ yang disebabkan oleh isteri seperti fasakh disebabkan aib @ murtad

Mahar Mithil

       Ia adalah mahar yang diberikan berasaskan kepada perbandingan isteri dengan saudara perempuan sebelah bapa mengikut adat
       Sifat isteri juga termasuk dalam penentuan nilai mahar sebandingan seperti umur, kebijasanaan, kecantikan dan lain-lain

Sebab Wajib Mahar Mithil

       Berlaku jima’ setelah aqad yang rosak
       Mahar terbatal disebabkan pertelingkahan suami isteri
       Mahar yang dinyatakan adalah rosak seperti arak, tidak dimliki
       Menyatakan satu mahar untuk dua isteri
       Jika mahar untuk suami yang masih kecil lebih dari mahar mithil
       Pernikahan kanak-kanak @ anak dara tanpa keizinan yang kurang dari mahar mithil
       Pernikahan tanpa mahar
       Sebahagian mahar disyaratkan menjadi milik orang lain

Hak & Tanggungjawab Dalam Perkahwinan

       Halal berseronok-seronok di antara suami isteri dengan cara yang tidak menyalahi syariat
       Isteri wajib mentaati suami, menyerah diri dan menjaga rumahtangga suami
       Suami wajib menyempurnakan maskahwin isteri
       Suami wajib memberi nafkah kepada isteri seperti makanan, minuman, tempat tinggal dan pakaian
       Pembahagian malam di antara isteri-isteri
       Nasab anak sabit bagi suami
       Pewarisan harta di antara suami isteri jika berlaku kematian

Sunat Ketika Aqad Perkahwinan

       Khutbah sebelum aqad perkahwinan
       Berdoa untuk kesejahteraan pengantin
       Mengumumkan perkahwinan & menzahirkan kegembiraan serta memukul gendang
       Sunat muakkad mengadakan kenduri perkahwinan
       Wajib menghadiri undangan perkahwinan sekiranya
       Pengantin adalah orang Islam
       Kenduri tidak dikhususkan kepada orang kaya sahaja
       Undangan untuk hari pertama
       Undangan adalah bertujuan untuk merapatkan hubungan
       Pengantin bukan orang yang zalim @ memakan harta haram
       Tiada kemungkaran dalam majlis perkahwinan





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Insya ALLAH, komentar ada dihargai demi menyuburkan budaya ilmu.

Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...