Ulama Benteng

Ulama Benteng

Isnin, 3 Februari 2020

Perkembangan Tamadun Islam (Perbandaran Zaman ‘Abbasi)

Nota ini mengambil faedah daripada pengajian sarjanamuda pengajian Islam UKM.


Perkembangan Tamadun Islam (Perbandaran Zaman ‘Abbasi)

Kerajaan ‘Abbasiyyah

Perkataan ‘Abbasiyyah dinisbahkan kepada al-‘Abbas bin ‘Abd al-Muttalib (bapa saudara Rasulullah sebelah ayah).
Namun beliau tidak termasuk di kalangan golongan awal yang menerima Islam.
Beliau menjadi pakar rujuk dalam soal agama dan ‘ulum al-Qur’anTempoh pemerintahan 132-656H @ 750-1258M, hampir lima abad; 37 orang khalifah

Kerajaan ini ditubuhkan menerusi Revolusi ‘Abbasiyyah
Kerajaan ini dibahagikan kepada dua oleh sejarawan Muslim:
–‘Abbasiyyah Pertama
Bermula daripada Khalifah pertama, al-Saffah hingga Khalifah ke-9, al-Wathiq
–‘Abbasiyyah Kedua
Bermula daripada Khalifah ke-10, al-Mutawakkil hingga kejatuhan Baghdad di tangan tentera Monggol (656H/1258M)
Pengaruh Turki
Golongan Buwayh
Golongan Saljuq

PENCAPAIAN TAMADUN
Pembinaan bandar-bandar yang maju seperti:
Kota Baghdad (al-Mansur)
·       Kedudukan yang strategik
·       Diapit oleh dua sungai, Tigris dan Euphrates
·       Dataran yang cantik, subur dan cuaca yang sederhana
·       Jawatankuasa khas ditubuhkan untuk pengurusan pembinaan, pelan induk, arkitek & pekerja binaan
·       Nama lain: madinat al-salam, madinat al-mansur, the round city
Kota al-Rusafah (al-Mansur)
·       Dihadiahkan kepada anaknya, al-Mahdi
·       Terletak bertentangan dengan kota Baghdad
·       Dipenuhi dengan tentera al-Mahdi
·       Lambang keagungan: Masjid Rusafah, Qasr al-Mahdi, maydan al-Mahdi, bustan al-Hafs & makam orang kenamaan
·       Akhirnya bercantum dengan Baghdad

Kota Samarra’ (al-Mu’tasim)
·       Kota terbesar zaman ‘Abbasiyyah
·       Pusat pentadbiran yang baru
·       Asal: surur man ra’a
·       Membina pelbagai bangunan: masjid, istana, bangunan kerajaan, penempatan tentera, premis perniagaan & penempatan awam
·       Seni bina agung: Qasr al-Jawsaq al-Khaqani & Masjid Jamik Samarra’
·       Majoriti penduduk ialah orang Turki

Institusi al-wizarah
–wazir al-wuzara’
–wizarat al-tafwid: menentukan polisi
–wizarat al-tanfidh: bidang eksekutif

Jabatan al-Hajib
Penubuhan al-Dawawin
–Diwan al-Jund
–Diwan al-Kharaj

Pendidikan dan perkembangan ilmu pengetahuan yang cemerlang (agama & sains)
IPT seperti al-Azhar, al-Nizamiyyah dan al-Mustansiriyyah
Tokoh tamadun: Malik b. Anas, al-Tabari, Yaqut al-Hamawi, Imam Abu Hanifah & al-Shafi‘i

Kerajaan ‘Abbasiyyah terbahagi kepada dua zaman
Pencapaian tamadun zaman ini mencakupi pelbagai bidang
Lahir tokoh-tokoh ternama dalam dunia yang turut melahirkan pelbagai ilmu


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Insya ALLAH, komentar ada dihargai demi menyuburkan budaya ilmu.

Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...