Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Selasa, 29 Disember 2009

Portal APIS

Salaam 'alaikum.

Insya Allah, saya berkhidmat untuk Portal APIS (http://www.apisbp.com)

Justeru, penumpuan saya juga ada di sana. Keberangkalian besar blog ini bakal menjadi kurang dikemas kini.

Saya menjemput anda semua untuk selalu menziarahi Portal APIS, demi manfaat kita bersama dunia dan akhirat. Insya Allah, saya akan berusaha dengan terbaik untuk memuatkan bahan-bahan ilmiah yang bermanfaat di Portal APIS sebagaimana yang saya selalu lakukan di blog ini.

Semoga Allah menerima segala usaha kita untuk mendekati dan beribadah kepada-Nya, diselamatkan daripada hidup di dunia ini yang sia-sia.

Jazakumullah khair al-jazaa'.

Khamis, 24 Disember 2009

Siapa Orang Yang Bankrap (Muflis)?

Muflis. Gambar sekadar hiasan.

Assalaa mu'alaikum w.b.t., Salam Mahabbah Fillah dan Perjuangan,

Segala puji milik Tuhan Yang Maha Agung Pemilik Seluruh Alam ini, selawat dan salam atas Rasul Junjungan, Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga dan para sahabat baginda.

Ya Allah ajarkan kepada kami 'ilmu yang bermanfaat, dan berikan manfaat kepada kami daripada 'ilmu yang Kau ajarkan.

Oleh Al-Ustaz Ahmad Fahmi Zamzam Al-Banjari An-Nadwi Al-Maliki
Dipetik daripada kitab 40 Hadits Penawar Hati

Ertinya:

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tahukah kamu siapakah orang yang muflis itu?" Sahabat menjawab: "Orang yang muflis di kalangan kami ialah seseorang yang tidak memiliki dirham (wang) dan juga tidak memiliki harta." Lalu Nabi s.a.w. bersabda:"Sebenarnya orang yang muflis dari kalangan umatku ialah seseorang yang datang pada hari qiamat dengan membawa pahala sembahyang, puasa dan zakat, tetapi (dahulunya sewaktu di dunia) ia pernah mencaci maki si fulan, menuduh si fulan, memakan harta si fulan, menumpahkan darah si fulan, dan pernah memukul si fulan. Maka akan diberikan kepada orang yang teraniaya itu daripada pahala kebaikan orang tadi dan begitu pula seterusnya terhadap orang lain yang pernah teraniaya , ia akan diberikan pula daripada pahala kebaikan orang tadi, sehingga apabila telah habis pahalanya sedangkan bebanan dosa penganiayaannya belum lagi dijelaskan (belum dapat dibayar semua), maka akan diambil daripada kesalahan orang yang teraniaya itu lalu dibebankan kepada orang tersebut, maka selanjutnya orang itu akan dicampakkan ke dalam api neraka."

Hadits Riwayat Muslim

Keterangan:

Kita hendaklah berhati-hati dan berwaspada daripada sebarang dosa dan kesalahan. Kita hendaklah selalu meminta ampun kepada Allah s.w.t. dan hendaklah meminta maaf kepada orang yang teraniaya daripada perbuatan kita. Kita hendaklah meminta halal daripadanya ketika kita masih ada dalam dunia ini, walaupun terkadang kita terpaksa merendahkan diri dan terpaksa menyusun sepuluh jari untuk meminta maaf daripada orang-orang yang berkenaan. Biarlah kita dipandang rendah atau hina di dunia ini, asalkan kita terlepas dari bebanan dosa pada hari qiamat nanti. Kita hendaklah bersedia menebus dosa dan kesalahan walaupun dengan maruah dan dengan harta benda yang ada, kerana kita takut jadi terlambat sehingga tiba saat kematian atau kematian orang yang teraniaya dari perbuatan kita, maka terpaksa kita berhadapan dengan orang yang berkenaan di Mahkamah Agung Rabbun Jalil, iaitu di padang Mahsyar nanti. Pada kala itu, tiada seorang juga pun yang mahu menerima harta benda sebagai tebusan dosa. Yang mereka mahukan hanyalah bayaran daripada pahala ibadat yang telah kita lakukan di dunia dahulu, yang mana kita pun pada waktu itu sangat berhajat kepada pahala amalan tersebut. Baiklah kalau pahala yang ada cukup untuk menebus dosa. Kalau tak cukup, maka terpaksa kita menanggung bebanan dosa mereka ke atas bahu kita yang akan menjerumuskan kita ke dalam lubang api neraka. Na'uzubillah min za lik.

Ya ALLAH, kukuhkanlah ikatan pergantungan kami kepada-Mu. Keredhaan-Mu matlamat buruan kami. Tetapkan kami ikhlas dalam mentaati-Mu.

Selasa, 22 Disember 2009

Merampas Sebilah Kayu Miswak Sudah Boleh Membawa Padah

Kayu Miswak

Assalaa mu'alaikum w.b.t., Salam Mahabbah Fillah dan Perjuangan,

Segala puji milik Tuhan Yang Maha Agung Pemilik Seluruh Alam ini, selawat dan salam atas Rasul Junjungan, Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga dan para sahabat baginda.
Ya Allah ajarkan kepada kami 'ilmu yang bermanfaat, dan berikan manfaat kepada kami daripada 'ilmu yang Kau ajarkan.

Oleh Al-Ustaz Ahmad Fahmi Zamzam Al-Banjari An-Nadwi Al-Maliki
Dipetik daripada kitab 40 Hadits Penawar Hati


Ertinya:

Daripada Abu Umamah Iyas bin Sta'labah al-Haristi r.a., bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesiapa yang mengambil hak milik seseorang Islam dengan sumpahnya, (mengambil secara paksa atau rampas) maka Allah s.w.t. telah mewajibkan neraka baginya dan telah mengharamkan syurga untuk dimasukinya. Kemudian ada seorang lelaki yang bertanya: "Kalau hanya barang yang sangat sedikit, ya Rasulallah? Nabi s.a.w. menjawab: Walaupun hanya setangkai kayu arak (kayu yang digunakan untuk bersiwak)."

Hadits Riwayat Muslim

Dalam sebuah hadits yang lain riwayat daripada Umar bin Khattab r.a. beliau berkata:

"Setelah selesai peperangan Khaibar ada segolongan di antara sahabat Rasulullah s.a.w. datang menghadap kepada beliau, kemudian berkata: "Si fulan itu mati syahid, dan si fulan itu mati syahid," sehingga akhirnya mereka menyebutkan nama seorang laki-laki lalu mereka berkata: "Si fulan itu juga mati syahid." Lalu Nabi s.a.w. bersabda: "Tidak, sama sekali tidak. Fulan itu saya lihat dimasukkan ke dalam api neraka kerana menyembunyikan sehelai selendang atau (syak perawi hadits) sehelai baju kurung (daripada harta rampasan)."

Hadits Riwayat Muslim

Keterangan

Islam melarang sesiapa sahaja daripada mengambil hak milik orang lain tanpa kebenaran daripada tuan yang memiliki harta tersebut. Islam sangat menghargai hak milik peribadi seseorang. Maka sesiapa yang mengambil hak milik orang lain hendaklah ia segera menyerahkan kembali kepada pemiliknya walaupun benda itu hanya sedikit sahaja. Seseorang boleh dimasukkan ke dalam api neraka akibat mengambil sebatang kayu miswak sahaja, iaitu apabila ia menganggap ringan hal itu dan mati dalam keadaan tidak sempat untuk meminta halal daripada tuan punya barang tersebut.

Oleh itu, hendaklah kita berhati-hati kalau kita bermu'amalah dengan orang lain, dan hendaklah kita menjauhi harta-harta yang haram dan jangan melakukan sebarang kezaliman terhadap orang lain kerana yang demikian itu boleh membawa kebinasaan yang sangat besar sekali.

Kemudian masalah menggelapkan harta sesuatu kumpulan, jama'ah, pertubuhan atau negara atau yang diistilahkan pada masa sekarang ini dengan perkataan "korupsi" adalah satu amalan yang terkutuk dan dosa yang tersangat besar, sekalipun yang digelapkan itu hanya bernilai seharga selembar baju sahaja. Hadits di atas adalah merupakan suatu amaran yang keras sekali dan peringatan yang tegas agar seseorang jangan berbuat khianat terhadap hak milik orang ramai yang diamanahkan terhadapnya. Tindakan keras itu akan diambil sekalipun ke atas orang yang gugur di medan perang dengan badan yang berlumuran darah, yang telah mempertaruhkan nyawanya sebagai tanda kesetiaan kepada perjuangan, apatah lagi kalau ia hanya seorang pekerja pegawai biasa yang tidaklah begitu bermakna bagi perkhidmatan atau pengorbanan yang diberikan.

Ya ALLAH, kukuhkanlah ikatan pergantungan kami kepada-Mu. Keredhaan-Mu matlamat buruan kami. Tetapkan kami ikhlas dalam mentaati-Mu.

Ahad, 20 Disember 2009

Seringan-ringan Seksaan di Neraka

Kepanasan api dunia jauh terlalu kecil dibandingkan dengan kepanasan api neraka. Pohonlah keampunan dan pemeliharaan Allah daripada seksaan api neraka.


Assalaa mu'alaikum w.b.t., Salam Mahabbah Fillah dan Perjuangan,

Segala puji milik Tuhan Yang Maha Agung Pemilik Seluruh Alam ini, selawat dan salam atas Rasul Junjungan, Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga dan para sahabat baginda.

Ya Allah ajarkan kepada kami 'ilmu yang bermanfaat, dan berikan manfaat kepada kami daripada 'ilmu yang Kau ajarkan.

Oleh Al-Ustaz Ahmad Fahmi Zamzam Al-Banjari An-Nadwi Al-Maliki
Dipetik daripada kitab 40 Hadits Penawar Hati


Ertinya:

Daripada Nu'man bin Basyir rodhiallahu 'anhuma berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya seringan-ringan seksaan penghuni neraka pada hari qiamat ialah seseorang yang akan diletakkan di bawah telapak kakinya dua buah bara api neraka sehingga mendidih (dari sebab panas kedua-dua bara api tersebut) otak yang ada di kepalanya. Dia tidak mengira bahawa ada orang lain yang lebih dahsyat seksaan daripadanya, padahal dialah orang yang paling ringan seksaannya."

Hadits Riwayat Bukhari dan Muslim

Keterangan:

Cuba kita bayangkan betapa dahsyatnya seksaan yang paling ringan di neraka, dengan bahang kedua-dua bara api yang diletakkan di bawah tapak kaki sudah boleh mendidihkan otak yang ada di atas kepala, maka betapa pula seksaan yang lebih berat. Rasanya tidak ada seorang pun yang mampu untuk berdiri di atas bara api yang panas yang boleh menggelegakkan otak yang ada di kepala. Kalau kita tersentuh sedikit sahaja dengan api dunia ini, kita sudah menjerit kepanasan dan tidak akan mampu menahannya walaupun hanya dalam masa sehari atau seminggu sahaja. Cuba bayangkan betapa pedihnya seksaan yang berterusan dan dari saat ke saat hanya bertambah panas di samping tekanan jiwa dengan putus harapan daripada selamat walaupun setelah jutaan tahun yang akan datang.

Orang yang akan diseksa dengan seksaan yang paling ringan ialah bapa saudara Nabi s.a.w. yang bernama Abu Thalib, kerana walaupun beliau mati dalam keadaan kafir, namun segala jasanya dalam mengasuh Rasulullah s.a.w. sewaktu Baginda masih kecil dan dengan pembelaannya terhadap Baginda setelah diangkat menjadi Rasul, semua ini menyebabkan Abu Thalib mendapat sedikit keringanan apabila dibandingkan dengan orang-orang kafir yang lain.

Ya ALLAH, kukuhkanlah ikatan pergantungan kami kepada-Mu. Keredhaan-Mu matlamat buruan kami. Tetapkan kami ikhlas dalam mentaati-Mu.

Ahad, 13 Disember 2009

Terbang Tinggi (Fly High 2010)

Assalaa mu'alaikum w.b.t., Salam Mahabbah Fillah dan Perjuangan,

Segala puji milik Tuhan Yang Maha Agung Pemilik Seluruh Alam ini, selawat dan salam atas Rasul Junjungan, Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga dan para sahabat baginda.

Ya Allah ajarkan kepada kami 'ilmu yang bermanfaat, dan berikan manfaat kepada kami daripada 'ilmu yang Kau ajarkan.

Buat mereka yang akan melanjutkan pengajian di bumi Australia dan New Zealand, anda dijemput menyertai Program Fly High 2010. Klik di sini untuk maklumat lanjut.


Ya ALLAH, kukuhkanlah ikatan pergantungan kami kepada-Mu. Keredhaan-Mu matlamat buruan kami. Tetapkan kami dalam mentaati-Mu.

Jumaat, 11 Disember 2009

Siapa Teman Setia?


Assalaa mu'alaikum w.b.t., Salam Mahabbah Fillah dan Perjuangan,

Segala puji milik Tuhan Yang Maha Agung Pemilik Seluruh Alam ini, selawat dan salam atas Rasul Junjungan, Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga dan para sahabat baginda.

Carilah teman yang sebenar dan paling setia. (Gambar sekadar hiasan)

Siapa Teman Paling Setia?

Oleh Al-Ustaz Ahmad Fahmi Zamzam Al-Banjari An-Nadwi Al-Maliki
Dipetik daripada Kitab 40 Hadits Penawar Hati



Ertinya:

Daripada Anas bin Malik r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda: "Ada tiga macam yang akan menghantarkan jenazah ketika dibawa ke perkuburan, iaitu keluarganya, hartanya dan amalnya. Dua di antaranya akan kembali dan yang satu lagi akan tetap tinggal menyertainya. Keluarga dan harta akan kembali, sedangkan amalnya akan tetap setia bersamanya."

Hadits Riwayat Bukhari dan Muslim

Keterangan:

Inilah kesudahan bagi persahabatan kita kepada tiga-tiga golongan ini. Isteri yang kita cintai dan anak-anak yang kita sayangi dan juga kaum kerabat, mereka hanya dapat menghantarkan kita sampai ke tanah perkuburan dan hanya dapat mengucapkan selamat tinggal kepada kita ketika melihat badan kita terbujur sejuk di liang kubur. Tiada seorang pun yang bersedia untuk menjadi teman kita di kesunyian kubur. Mereka akan pulang setelah menimbuni tanah ke atas liang kubur kita. Begitu pula harta yang kita kumpulkan dengan membanting tulang dan memeras keringat bahkan terkadang dengan mempertaruhkan nyawa, semuanya akan kita tinggalkan untuk ahli waris. Mereka yang akan mempusakai dan menikmatinya, sedangkan kita yang akan ditanya dari mana harta itu diperoleh dan ke mana kita membelanjakannya. Orang yang bijak ialah orang yang mempunyai rancangan bagi wawasan akhiratnya dan bersedia menghadapi kematian sebelum tiba saatnya. Tetapi orang yang terpedaya ialah orang yang banyak berangan-angan, mengejar dunia dan menimbun harta. Maka apabila tiba saat kematian barulah ia menyedari diri dan barulah berazam untuk berbuat kebajikan. Namun pada waktu itu sudah tidak berguna lagi penyesalan.

Oleh kerana itu, perbanyaklah berbuat kebajikan, tingkatkan ketaqwaan, buatlah bekalan akhirat sedaya upaya yang ada. Rajin bersedekah dan suka menderma untuk membuat bekalan bagi perjalanan negeri akhirat yang sangat jauh itu.


Ya ALLAH, kukuhkanlah ikatan pergantungan kami kepada-Mu. Keredhaan-Mu matlamat buruan kami.

Khamis, 10 Disember 2009

APIS: Satu Catatan Sejarah



Assalaa mu'alaikum w.b.t., Salam Mahabbah Fillah dan Perjuangan,

Segala puji milik Tuhan Yang Maha Agung Pemilik Seluruh Alam ini, selawat dan salam atas Rasul Junjungan, Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga dan para sahabat baginda.


APIS pada dahulunya dikenali sebagai Persatuan Pemimpin Islam SBP yang kami sedaya upaya usahakan semasa berada di MCKK.

Moga-moga bukti ini bakal menjadi bahan sejarah mempertahankan kesungguhan usaha pelajar dan bekas pelajar untuk berjasa kepada umat berteraskan Islam.



Gambar menunjukkan surat jemputan yang dihantar kepada hampir setiap presiden/ketua badan Islam di SBP pada awal tahun 2006. Mereka dijemput untuk bersama-sama mempergiat perhubungan kepimpinan antara badan Islam setiap SBP melalui wasilah PPI SBP.


Ya ALLAH, kukuhkanlah ikatan pergantungan kami kepada-Mu. Keredhaan-Mu matlamat buruan kami.

Selasa, 8 Disember 2009

4 Pertanyaan yang Mesti Dijawab

Assalaa mu'alaikum w.b.t., Salam Mahabbah Fillah dan Perjuangan,

Segala puji milik Tuhan Yang Maha Agung Pemilik
Seluruh Alam ini, selawat dan salam atas Rasul Junjungan, Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga dan para sahabat baginda.

Penulisan ini ialah penulisan Al-Ustaz Ahmad Fahmi Zamzam Al-Banjari An-Nadwi Al-Maliki hafizahullah, dipetik dari kitab beliau yang berjudul Hadits Penawar Hati. Saya secara peribadinya berasa perlu untuk menyebar dan memanjangkan 'ilmu yang diajarkan dan ditulis Al-Ustaz Ahmad Fahmi Zamzam kepada masyarakat. Dengan kehadiran dalam pembelajaran secara talaqqi bersama beliau selama beberapa kali, saya akui perasaan tenang menghayati kuiah pengajarannya dan kepercayaan yang tinggi (tsiqoh) dirasai terhadap Al-Ustaz.


Ada 4 Pertanyaan yang Wajib Dijawab di hadapan ALLAH s.w.t. nanti.


Hadits ini merupakan hadits yang pertama dalam kitab tersebut.



Ertinya:

Daripada Abu Barzah Nadhlah bin 'Ubadi al-Aslami radhiallahu 'anhu berkata: Bersabda Rasulullah s.a.w.: "Belum berganjak lagi kedua-dua kaki seseorang hamba (di hadapan Allah pada hari qiamat), sehingga terlebih dahulu ia akan ditanya tentang umurnya, untuk apa dihabiskannya dan akan ditanya tentang ilmunya, untuk apa ia melakukannya dan akan ditanya tentang hartanya, daripada mana ia memperolehinya dan untuk apa dibelanjakannya dan akan ditanya tentang tubuh badannya, untuk apa dibinasakannya (digunakannya)."

Hadits Riwayat Tirmizi

Keterangan:

Rasanya susah sekali pertanyaan di atas untuk dijawab. Namun pada hari itu segala pertanyaan ini mesti dijawab dengan jawapan yang baik dan benar. Kita pasti akan berkata benar pada waktu itu. Tidak ada seorang pun yang berani berdusta di hadapan Allah s.w.t. Jikalau mulut cuba berdusta, maka Allah s.w.t. akan menguncinya dan mempersialakan anggota badan yang lain pula untuk bercakap. Maka kaki, tangan dan seluruh anggota badan akan bercakap dengan benar untukm mengakui segala apa yang pernah dilakukannya sewaktu di dunia dahulu, seperti firman Allah dalam Surah Yaasiin, ayat 65 yang berbunyi:




Maksudnya:

"Pada hari ini Kami tutup mulut mereka, dan berkatalah kepada Kami tangan-tangan mereka dan bersaksi di hadapan Kami kaki-kaki mereka terhadap apa yang dahulu telah dikerjakan mereka."

Maka sudahkah kita bermuhasabah? Sudahkah kita memperhitungkan diri sebelum diperhitungkan di hadapan Allah s.w.t. kelak? Kalau sudah teruskan dan bersyukurlah. Kalau belum, berbuatlah demikian sebelum terlambat.


Ya ALLAH, kukuhkanlah ikatan pergantungan kami kepada-Mu. Keredhaan-Mu matlamat buruan kami.

Ahad, 6 Disember 2009

Sempurnakan Pahala Kami di Akhirat, Ya ALLAH.


Assalaa mu'alaikum w.b.t., Salam Mahabbah Fillah dan Perjuangan,

Segala puji milik Tuhan Yang Maha Agung Pemilik Seluruh Alam ini, selawat dan salam atas Rasul Junjungan, Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga dan para sahabat baginda.


Ya ALLAH, kurniakan kemudahan dan kecukupan di dunia ini yang tidak melalaikan kami daripada mengingati-Mu.

Sempurnakan pahala dan balasan di akhirat kelak, kerana akhirat adalah tempat yang Kau pandang, bukan dunia ini.


Ya ALLAH, kukuhkanlah ikatan pergantungan kami kepada-Mu. Keredhaan-Mu matlamat buruan kami.

Ahad, 22 November 2009

Jumpa Lagi

Assalaa mu'alaikum w.b.t., Salam Mahabbah Fillah dan Perjuangan,

Segala puji milik Tuhan Yang Maha Agung Pemilik Seluruh Alam ini, selawat dan salam atas Rasul Junjungan, Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga dan para sahabat baginda.


Semalam dan pagi ini rasa sungguh berat bagi hati saya. Ya lah, ini detik terakhir bersama dengan dua orang teman seperjuangan. Mungkin hanya berada serumah selama satu semester, tapi pada saat-saat akhir ini, perasaan teruji juga. Itulah, kadang-kadang pada masa kebiasaan, kita sukar nak merasai nilai kehadiran insan lain di sisi kita. Tapi apabila tiba saat perpisahan, rasa susah nak dilepaskan. Jadi, selagi mana ada peluang kita bersama di dunia ini, penuhkannya dengan kemesraan yang soleh.

Bagi saya, apa yang cuba dilakukan adalah dengan memberikan tanda ingatan. Betul Nabi s.a.w. katakan, amalan memberi hadiah ini dapat mengukuhkan ikatan persaudaraan sesama Muslim.

Juga, pelukan pada saat sebegini juga pelukan yang terasa nilai dan kemanisan ukhuwwah. Pernah semasa hari terakhir di MCKK dahulu, saya sudah tidak mampu lagi menahan sebak perasaan dan air mata mencurah-curah mengalir.

Benarlah kata-katamu wahai kekasih kami Muhammad bin Abdullah s.a.w.,

Kemanisan Iman

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Ada tiga hal, yang jika tiga hal itu ada pada seseorang, maka dia akan berasakan manisnya iman. (Iaitu) Allah dan Rasul-Nya lebih dia cintai daripada selain keduanya; mencintai seseorang, dia tidak mencintainya kecuali kerana Allah; benci untuk kembali kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkan darinya, seperti bencinya jika dicampakkan ke dalam api.”

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim dari Anas bin Malik ra)


Untuk memujuk hati, insya Allah didoakan agar ada pertemuan lagi selepas ini. Setidak-tidaknya moga Allah pertemukan lagi di syurga-Nya nanti.

Buat Syukri
(Syuk) dan Azam (Cep), jazakamullah khayr al-jazaa' dan maaf atas
segala perkara. Selamat maju jaya dalam alam kerjaya. Insya Allah, kita
akan bertemu lagi. Andai tidak di dunia, kupohonkan di syurga Allah
nanti. Indah ukhuwwah dan mahabbah kerana-Nya. Teruskan perjalanan ini,
pertemuan kita dengan Allah nanti adalah kepastian yang kian hampir.


Ya ALLAH, kukuhkanlah ikatan pergantungan kami kepada-Mu. Keredhaan-Mu matlamat buruan kami.

Sabtu, 21 November 2009

Adab dan Keikhlasan

Assalaa mu'alaikum w.b.t., Salam Mahabbah Fillah dan Perjuangan,

Segala puji milik Tuhan Yang Maha Agung Pemilik Seluruh Alam ini, selawat dan salam atas Rasul Junjungan, Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga dan para sahabat baginda.


Sekadar berfikir dan mengajak para pembaca untuk berfikir. Saya catatkan pada status Facebook saya. Saya akui, saya pun orang awam. Saya sangat memerlukan bimbingan para 'ulama yang solihin. Saya tidak mahu menghalakan perkara ini kepada sesiapa. Semoga kita dapat capai suasana lebih sihat dan damai dengan adanya adab dan keikhlasan yang tinggi.

Bahayanya jika hilang adab seorang yang ada ilmu agama, kemudian cuba menunjuk handal dalam perkara bukan kepakarannya, memperlekeh 'ulama tradisional dan 'ulama sebelum ini sedangkan 'ijma antara mereka berdasarkan asas yang kukuh. Adakah dengan PhD dan gelaran Doktor menghalalkan keangkuhan kita? Ramai lagi insan yang lebih diluaskan ilmu oleh ALLAH, tetapi lebih kuat tawadhu' mereka. -Untuk difikirkan.

Selamatkan kesatuan umat Islam di Malaysia khususnya, sanggah perpecahan.


Moga kita dipimpin oleh 'ulama yang beradab, ikhlas dan tidak mencari populariti dengan membangkitkan isu khilaf yang telah lama selesai diputuskan 'ulama sebelum ini. Kita orang awam, perlu merujuk kepada ahli dalam setiap perkaranya. ^_^




Kita pohon agar diselamatkan dalam segala urusan, diampunkan atas kelemahan kita.

Khamis, 19 November 2009

Tertipu Dengan Amalan Sendiri

Assalaa mu'alaikum w.b.t., Salam Mahabbah Fillah dan Perjuangan,

Segala puji milik Tuhan Yang Maha Agung Pemilik Seluruh Alam ini, selawat dan salam atas Rasul Junjungan, Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga dan para sahabat baginda.

Benarkah hanya Allah tujuan kita? Adakah syirik wujud dalam niat kita?

Sifat Maha Tahu ALLAH tiada siapa ingkari. ALLAH tahu segala-galanya. Tiada satu makhluk pun yang dapat menyembunyikan sesuatu daripada ALLAH.

Ada hadits Nabi Muhammad s.a.w. yang menyebutkan beberapa golongan yang dicampakkan ke dalam neraka akibat niat mereka yang lari daripada ditujukan kepada ALLAH semata-mata. (*Semoga ALLAH selamatkan kita daripada kebinasaan ini.) Golongan tersebut ialah: 'alim, orang yang mati syahid, dermawan, dan qari (pembaca quran). (* Hadits ini ada ditulis dan disyarahkan oleh Al-Ustaz Ahmad Fahmi Zamzam hafizahullah dalam kitabnya berjudul Penawar Hati.)

Keempat-empatnya apabila diadili di hadapan ALLAH, mereka menyatakan bahawa mereka melakukan amalan masing-masing tersebut untuk ALLAH. Tetapi, siapakah ALLAH untuk mereka bohongi? ALLAH Maha Mengetahui. Mereka sebenarnya beramal dengan amalan yang cukup mulia tersebut (punyai ilmu agama dan mengajarkannya, mati syahid dalam perang pada jalan ALLAH, derma untuk kebaikan dan membaca Al-Quran dengan begitu baik) untuk mendapatkan sanjungan daripada manusia.

Memang, jika kita mahukan sanjungan manusia, kita akan dapat ketika di dunia. Tetapi di akhirat kelak, kita sudah tidak akan dapat apa-apa lagi. Lebih menakutkan, mengerikan adalah apabila dihalau oleh ALLAH untuk masuk ke dalam neraka yang tiada mana-mana makhluk mampu bertahan di dalamnya. (*Semoga ALLAH selamatkan kita daripada azab neraka.)

Ya ALLAH, saya sendiri sentiasa berasa risau dan cemas menyedari hakikat ini. Makin kita nak bertambah kualiti amal, makin kuat musuh (syaitan, nafsu) yang datang menyerang kita, menipu kita dengan lebih halus.

Apa-apa pun, ALLAH Maha Mendengar pengaduan hamba-Nya, Dia Maha Membantu dan Maha Memelihara. Kita ikhtiar yang termampu untuk menyucikan hati dan niat kita, pada masa sama tidak berhenti untuk berdoa memohon bantuan daripada ALLAH.

Bukankah akan terasa ketenangan dan kegembiraan yang sangat-sangat hebat jika kita lulus dalam pengadilan ALLAH nanti, setelah terbukti dengan sifat Maha Tahu dan Maha Adil ALLAH bahawa kita hanya menjadikan ALLAH sebagai satu-satunya matlamat/niat, kemudian ALLAH mengakui kita tidak mensyirikkannya walau sebesar manapun, dan seterusnya menjadi tenang dan kekal mentaati ALLAH di dalam syurga kerana sudah tiada lagi serangan syaitan dan nafsu jahat semasa akhirat nanti.

Ya ALLAH, kami pohonkan kepada-Mu bantuan dan pemeliharaan yang berkekalan agar kami sentiasa suci niatnya hanya menjadikan Kau sebagai satu-satunya matlamat kami dalam setiap tindakan.

* Berhati-hatilah kita dengan amalan kita, jangan sampai tertipu dengan amalan sendiri. Menyesal ketika pengadilan ALLAH nanti sudah tidak berguna.

Ya ALLAH, kukuhkanlah ikatan pergantungan kami kepada-Mu. Keredhaan-Mu matlamat buruan kami.

Rabu, 18 November 2009

Runtuh Tembok Persepsi Songsang

Assalaa mu'alaikum w.b.t., Salam Mahabbah Fillah dan Perjuangan,

Segala puji milik Tuhan Yang Maha Agung Pemilik Seluruh Alam ini, selawat dan salam atas Rasul Junjungan, Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga dan para sahabat baginda.

Moga hidup ini lebih bermakna dengan kasih sesama insan, membawa rahmat ke seluruh alam.



Saya akui, dalam liku-liku hidup ini banyak perkara yang perlu dipelajari. Bak kata kakak saya, tak semua nilai kehidupan dapat diperoleh di universiti, dalam dewan kuliah. Bahkan banyak nilai kemanusiaan, "common sense" yang perlu kita cari dengan gigih dalam realiti kehidupan.

Selalu juga terlintas dalam fikiran saya, bagaimana orang pada hari ini bangga mereka lulus ijazah pada pelbagai peringkat. Mereka beranggapan sudah punyai ilmu dan kelulusan akademik yang mantap. Namun, bagaimana pula dengan nilai kemanusiaan mereka? Ada graduan yang gagal berakhlak mulia dengan ibu bapa, dan individu lain. Ini benar terjadi. Ada juga yang sanggup melakukan perkara haram sebagai pendapatan. Banyak lagi contoh yang dapat kita lihat.

Pada satu sudut lagi, saya kagum dengan ketinggian nilai kemanusiaan dan akhlak orang-orang tua kita. Mungkin mereka tidak ada pendidikan formal sehebat graduan universiti, namun mereka berjaya membesarkan kita dengan penuh amanah, didikan, nilai akhlak yang mulia dan makna-makna kehidupan.

Juga pada perkongsian kali ini, saya lebih tertarik untuk menyatakan apa yang saya alami, ya'ni mengenai komunikasi. Kadang-kadang kegagalan kita dalam komunikasi yang berkesan boleh mengheret kita kepada sangkaan yang bukan-bukan. Apa yang saya alami, persepsi songsang saya diruntuhkan temboknya apabila wujud komunikasi yang berkesan. Contoh bagi saya, ada kalanya kerisauan timbul terhadap perhubungan dan persahabatan apabila gagal berkomunikasi dengan baik. Mulalah sangkaan tidak sepatutnya yang akan datang menyerang. Dengan izin ALLAH, salah satu kerisauan dan tanggapan kurang tepatnya berjaya diatasi setelah kedua-dua pihak mula berkomunikasi dengan baik antara satu sama lain. Alhamdulillah... ^_^ gembira rasanya.

Syaitan akan sentiasa membisikkan sesuatu yang negatif kepada kita. Saya ambil daripada Syeikh Haisam yang ada menyebutkan bagaimana peristiwa yang berlaku kepada Baginda s.a.w. Isteri Baginda rindu akannya lalu berjumpa dan bercakap dengan Baginda. Sepertimana kita tahu, isteri Nabi berpakaian menutup seluruh tubuh mereka. Pertemuan Nabi tersebut dilihat oleh sekumpulan sahabat. Kemudian Nabi s.a.w. pergi kepada sahabat-sahabat menyatakan bahawa perempuan tersebut ialah isteri Baginda. Para sahabat sememangnya mempercayai Baginda sepenuh-penuhnya. Nabi menyatakan bahawa Baginda percaya akan sahabat-sahabatnya, tetapi tidak percaya kepada syaitan yang akan membisikkan kejahatan.

Perkara terpenting dalam tulisan ini: Baiki kemahiran berkomunikasi, kerana komunikasi berkesan akan banyak hasilkan kebaikan.

Ya ALLAH, kukuhkanlah ikatan pergantungan kami kepada-Mu. Keredhaan-Mu matlamat buruan kami.

Sabtu, 14 November 2009

Istimewanya Menjadi Hamba ALLAH (lanjutan dalam bentuk video kuliah)

Assalaa mu'alaikum w.b.t., Salam Mahabbah Fillah dan Perjuangan,

Segala puji milik Tuhan Yang Maha Agung Pemilik Seluruh Alam ini, selawat dan salam atas Rasul Junjungan, Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga dan para sahabat baginda.

Buat pembaca semua, alhamdulillah saya temui video ini yang banyak berkisar mengenai keistimewaan menjadi hamba ALLAH yang telah saya catatkan sebelum ini.

Kuliah disampaikan Al-Ustaz Kazim Elias Al-Hafiz, yang memiliki tauliah mengajar daripada Majlis Agama Islam Perak. Moga besar manfaatnya dan berkekalan.




Ya ALLAH, kukuhkanlah ikatan pergantungan kami kepada-Mu. Keredhaan-Mu matlamat buruan kami.

Khamis, 12 November 2009

Istimewanya Menjadi Hamba ALLAH

Assalaa mu'alaikum w.b.t., Salam Mahabbah Fillah dan Perjuangan,

Segala puji milik Tuhan Yang Maha Agung Pemilik Seluruh Alam ini, selawat dan salam atas Rasul Junjungan, Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga dan para sahabat baginda.

Nabi Muhammad s.a.w. ialah insan agung yang diciptakan ALLAH. Lihatlah bagaimana tingginya kedudukan Baginda di sisi ALLAH, Baginda mendapat gelaran "Habibullah" (Kekasih ALLAH) yang lebih tinggi daripada kedudukan dan gelaran Nabi Ibrahim a.s. ya'ni "Khalilullah". Dalam peristiwa Israk dan Mi'raj, Baginda s.a.w. mengimamkan solat yang disertai para nabi yang lain. Dalam hal ini, 'ulama menjelaskan bahawa para nabi sebelum Baginda bersetuju untuk mengikut syariat yang dibawa oleh Baginda s.a.w. dan dimansuhkan syariat sebelum ini.

Baginda dinaikkan ke langit, sidratul muntaha dan dipertemukan dengan ALLAH s.w.t. Walau begitu hebat sekalipun pemberian ini kepada Nabi Muhammad s.a.w., Baginda terus tetap mengakui kedudukan dan peranannya sebagai hamba ALLAH s.w.t.

'Ulama banyak menyebut bahawa setinggi-tinggi kedudukan makhluk pada sisi ALLAH adalah sebagai hamba-Nya. Mengapa dikatakan sedemikian? Kerana hamba yang sebenar-benar hamba akan sentiasa patuh kepada arahan tuannya. Begitulah kita, sebagai hamba ALLAH, jika benar kita menjadi sebenar-benar hamba-Nya, akan kita patuhi segala perintah-Nya dengan sepenuh hati, dan meninggalkan segala larangan-Nya. Lihatlah bagaimana sayangnya ALLAH kepada hamba-Nya yang kembali bertaubat: adalah lebih hebat daripada gembiranya seorang musafir di padang pasir yang kehilangan unta dan segala kelengkapannya, kemudian dia mendapatkannya semula. Juga ada disebut dalam sahih Bukhari bahawa sifat rahmat dan keampunan ALLAH mengatasi sifat kemurkaan-Nya.

Ayuh, sama-sama kita perhalusi jiwa kehambaan kita kepada ALLAH s.w.t. Moga-moga, semakin hari yang bertambah, semakin perkasa kualiti kehambaan kita kepada ALLAH s.w.t. Akui kehinaan kita di hadapan ALLAH s.w.t. Runtuhkan segala rasa ego, takabbur kita kerana seorang hamba yang sejati tidak akan merasakan perkara yang sedemikian di hadapan Tuannya.

Jika benar kita sungguh-sungguh menjadi hamba ALLAH, apa lagi yang perlu dirisaukan? Bersedialah kita untuk makin merasai betapa istimewa dan agungnya cinta ALLAH kepada sebenar-benar hamba-Nya.

Ya ALLAH, kukuhkanlah ikatan pergantungan kami kepada-Mu. Keredhaan-Mu matlamat buruan kami.

Ahad, 11 Oktober 2009

Dosa dan Ta'at


Assalaa mu'alaikum w.b.t., Salam Mahabbah Fillah dan Perjuangan,

Segala puji milik Tuhan Yang Maha Agung Pemilik Seluruh Alam ini, selawat dan salam atas Rasul Junjungan, Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga dan para sahabat baginda.


Penulisan ini disalin semula daripada terjemahan kitab Al-Hikam Imam Ahmad Ibnu 'Athoillah.

Dosa Yang Menyebabkan Bertaubat Lebih Baik Daripada Ta'at Yang Menimbulkan Ujub (Sombong)

106) Ma'siat (dosa) yang menimbulkan rasa rendah diri dan memerlukan rahmat ALLAH, lebih baik daripada perbuatan ta'at yang membangkitkan rasa sombong, 'ujub dan besar diri.

Abu Mad-yan r.a. berkata: Perasaan rendah diri seseorang yang telah berbuat ma'siat dosa itu adalah lebih baik daripada kesombongan seorang yang ta'at. Ada kalanya seorang hamba berbuat kebaikan (hasanat) yang menimbulkan rasa ujub sombong, sehingga dapat menggugurkan segala amal-amal yang sebelumnya, dan ada kalanya seorang berbuat dosa yang menyedihkan hatinya, sehingga timbul rasa takut kepada ALLAH, dan menyebabkan keselamatan dirinya.

Asysya'by meriwayatkan daripada Alkhalil bin Ayyub bahawasanya seorang 'abid (ahli ibadah) Bani Israil ketika ia berjalan ia dinaungi oleh awan, tiba-tiba ada seorang pelacur Bani Israil, maka tergerak dalam hati pelacur itu: Ini seorang 'abid Bani Israil, aku ingin mendekat kepadanya semoga aku mendapat rahmat ALLAH kerana mendekat kepadanya. Maka ketika pelacur itu mendekat kepada 'abid itu, tiba-tiba si 'abid itu mengusir dengan berkata: Nyah engkau dari sini. Maka ALLAH menurunkan wahyu kepada Nabi s.a.w. bahawa Aku (ALLAH) mengampunkan dosa pelacur itu dan membatalkan amal 'abid itu. Maka berpindah awan daripada atas kepada 'abid ke atas kepala pelacur itu.

Al-Harits Al-Muhasiby berkata: ALLAH menghendaki supaya anggota lahir ini sesuai dengan batinnya (hatinya), maka apabila sombong congkak orang 'alim/'abid, sedang pelacur itu bertawaduk merendah diri, maka ketika itu si pelacur itu lebih taat kepada ALLAH daripada 'abid dan 'alim. Ada pula kejadian ketika seorang 'abid Bani Israil sedang sujud, tiba-tiba dipijak kepalanya oleh seseorang, maka berkata 'abid itu: Angkat kakimu, demi ALLAH tidak akan mengampunkan engkau. Maka ALLAH menjawab: Hai orang yang bersumpah dengan nama-Ku, bahkan engkau yang tidak diampunkan kerana kesombonganmu. Al-Harits dalam komentarnya berkata: Dia bersumpah kerana merasa diri besar di sisi ALLAH, maka kesombongan, ujub itulah yang tidak diampunkan ALLAH.


Semoga ALLAH memberikan kepada kita 'ilmu yang bermanfaat daripada 'ilmu Imam Ibnu 'Athoillah, dan memberikan kekuatan kepada kita untuk mengamalkannya.

Ya ALLAH, kukuhkanlah ikatan pergantungan kami kepada-Mu. Keredhaan-Mu matlamat buruan kami.

Rabu, 7 Oktober 2009

Ingin Juga Aku.....

Assalaa mu'alaikum w.b.t., Salam Mahabbah Fillah dan Perjuangan,

Segala puji milik Tuhan Yang Maha Agung Pemilik Seluruh Alam ini, selawat dan salam atas Rasul Junjungan, Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga dan para sahabat baginda.


Ingin juga aku...

Mereka sudah berlari-lari ke syurga ALLAH.
Terbang di dalamnya, mencapai kedudukan yang tertinggi di dalamnya.
Mereka menerima tertunainya janji ALLAH.
Hidup mereka di dunia sungguh padat dengan persiapan ke sana.
Mereka tidak tergugat sedikit pun dengan perhiasan dunia yang sungguh menipu dan memperdaya.
Mereka cekal berusaha, gigih mencari keredhaan ALLAH.
Mereka tidak kenal apa itu penat.
Mereka tahu, peluang di dunia ini terlalu berharga, terlalu singkat.
Jika mereka penat di dunia, penat itu adalah sementara.
Rehat di syurga ALLAH pula kekal.
Apa yang ada pada mereka, mereka yakin ialah pinjaman ALLAH dan tidak kekal sifatnya.
Mereka menggunakan sepenuh-penuhnya segala perkara majazi ini sebagai mahar untuk merebut redha ALLAH.
Hati mereka sungguh suci. Hati sejahtera (Qolbun Salim). Tidak bersarang di dalamnya hati yang busuk.

Aku pula, ingin merangkak untuk menyertai mereka pun terasa terlalu berat beban di pundak ini.

Ya ALLAH, sungguh aku kesali keadaan ini. Aku kini yakin, bahawa jika tiada kekuatan dan bantuan daripada-Mu, tak upaya untuk aku melaksanakan ketaatan dan penghambaan ini.

Ya ALLAH, kami mohon kepada-Mu agar kami dipermudah dan diperkenankan segala urusan ketaatan, ditetapkan iman dan amal, disucikan hati dan kami sentiasa mengakui lemah dan hinanya kami di sisi-Mu.

Engkaulah Khalil kami, setiap detik dan ketika.

Ya ALLAH, kukuhkanlah ikatan pergantungan kami kepada-Mu. Keredhaan-Mu matlamat buruan kami.

Ahad, 27 September 2009

Ar-Riqaaq (Melembutkan Hati)


Assalaa mu'alaikum w.b.t., Salam Mahabbah Fillah dan Perjuangan,

Segala puji milik Tuhan Yang Maha Agung Pemilik Seluruh Alam ini, selawat dan salam atas Rasul Junjungan, Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga dan para sahabat baginda.


Hati kita jika tidak dijaga dengan baik pasti akan ditimpa bahaya penyakit. Mampu menjadi keras, lebih keras daripada batu. Juga mampu berkarat sebagaimana besi yang dirosakkan air.

Rasulullah bersabda "Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dirosakkan oleh air." Seorang sahabat telah bertanya "Apakah caranya untuk menjadikan hati itu bersinar kembali?" Jawab Rasulullah "Banyakkan mengingati maut dan membaca Al-Quran."

(Riwayat Baihaqi dari Ibnu Umar)


'Amalan kita hanya untuk ALLAH semata-mata, bukan makhluk.

Mengapakah kita perlu menyibukkan diri memperindah 'amalan untuk dipamerkan kepada manusia? Sedangkan penilaian dan penerimaan 'amalan itu hanyalah dilaksanakan oleh ALLAH s.w.t.

Benar kata 'ulama yang dapat difahami seperti berikut: Antara tanda ketinggian ikhlas dan sifat siddiq (benar) itu adalah sudah tiada beza perasaan seseorang itu dengan apa yang dikatakan oleh manusia lain. Apa yang ada pada bashirahnya (pandangan mata hati) adalah untuk mendapatkan penilaian dan penerimaan ALLAH s.w.t.

Banyakkanlah bersyukur atas keizinan yang diberikan ALLAH s.w.t. kepada kita untuk melakukan perkara kebaikan dan ketaatan. Sungguh, kita tiada daya upaya untuk melakukan ketaatan dan menjauhi kemungkaran melainkan dengan apa yang diberikan ALLAH kepada kita.

Keutamaan 'Amalan Yang Berterusan Biarpun Sedikit.

'Aishah r.a. meriwayatkan: Nabi s.a.w. ditanya: "Apakah 'amalan yang sangat dicintai ALLAH s.w.t.?" Baginda menjawab, " 'Amalan yang berterusan walaupun sedikit."

Hadits sahih Riwayat Imam Bukhari. (m.s. 987, Kitab Mukhtasar Sahih Al-Bukhari, Al-Imam Zainuddin Ahmad bin Abdul Lateef Az-Zubaidi, terjemahan ke bahasa Inggeris oleh Dr. Muhammad Muhsin Khan)

Ya ALLAH, kukuhkanlah ikatan pergantungan kami kepada-Mu. Keredhaan-Mu matlamat buruan kami.

Khamis, 24 September 2009

'Eid di Bumi Kanggaru

Assalaa mu'alaikum w.b.t., Salam Mahabbah Fillah dan Perjuangan,

Segala puji milik Tuhan Yang Maha Agung Pemilik Seluruh Alam ini, selawat dan salam atas Rasul Junjungan, Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga dan para sahabat baginda.



Bersama senior-senior pada malam penentuan 1 Syawal, mencari kemunculan bulan sabit penanda.


Syukur dipanjatkan ke hadrat ALLAH s.w.t. Dia izinkan saya dan sahabat-sahabat menggagahi madrasah tarbiyyah Ramadhan yang datang secara tahunan. Tahun ini agak berbeza dan ada makna yang tersendiri buat saya, kerana inilah tahun pertama saya menelusuri perjalanan Ramadhan di benua kanggaru.

Mungkin jika berada di tanah air dulu, diri lebih terasa selesa. Umat Islam sebagai majoriti. Suasana lebih sakan kemeriahannya. Tapi di sini, umat Islamnya adalah minoriti. Kami berhimpun di bawah satu persamaan, ya'ni selaku umat Baginda Muhammad s.a.w.. Persamaan 'aqidah merentasi pelbagai bangsa yang ada di bumi South Australia ini.

Terasa seronok, merasai juadah berbuka puasa, yang disediakan saudara-saudara daripada beberapa negara di Timur Tengah dan Afrika yang agak berbeza citarasanya dengan masyarakat Melayu. Adakalanya juadah yang disediakan begitu banyak, sehingga terpaksa memujuk diri menghindarkan pembaziran.

Satu kelaianan di sini, dalam penentuan hari bermulanya Ramadhan dan juga 1 Syawal, ada perbezaan di antara kawasan/qaryah masjid. Pernah dilaporkan pada tahun sebelum ini, ada solat raya pada dua hari berturut-turut di masjid yang berbeza di South Australia, kerana berbeza penentuan tarikh tersebut. Lainnya di Malaysia, kita ada penyimpan mohor-mohor besar diraja, yang akan mengumumkan tarikh "standard" bagi umat Islam di seluruh tanah air untuk meraikan Syawal ataupun memulakan ibadah Ramadhan.

Pernah saya ternanti-nanti; bagaimanakah 1 Syawalku nanti. Pertama kali berjauhan dan berada di tempat orang. Mungkinkah kesyahduan yang bakal bersinggah membawa diri menitiskan air mata?

Alhamdulillah. Terasa dibekalkan ketabahan, ketenangan dan keceriaan. Pada 29 Syawal, malam penentuan sama ada esok 1 Syawal atau tidak, kami keluar ke tepi pantai untuk cuba memerhatikan kemunculan anak bulan. Banyak kegembiraan yang dikongsi bersama senior-senior di sini. Dengan keramaian sahabat-sahabat dari Malaysia, tidak begitu terasa kesunyian. Kebanyakan warga Islam Malaysia di sini mengadakan rumah terbuka dengan juadah "wajib" hari raya di Malaysia.

Keluarga di Malaysia dihubungi. Tampaknya kemeriahan Aidil Fitri di teratak 11 Taman Mesra ditambah dengan kesibukan meraikan kehadiran dua puteri baru (cucu baru bagi ayah dan bonda) ya'ni Sarah Safiyah dan Hana Aliyah. Gamat suasana akibat anak-anak saudara berebut untuk bercakap dengan saya melalui gagang telefon. Biarpun bahasa mereka sukar saya fahami, cukup untuk membuatkan saya ternanti-nanti untuk bertemu mereka kelak.

Apa yang perlu kita tekankan ialah peningkatan kualiti diri kita sebagai Muslim dan Mukmin. 'Eidul Fitri ialah hari kemenangan, hari kembalinya kita kepada fitrah mentaati ALLAH. Benarlah apa yang diajarkan kepada kita untuk sentiasa mengucapkan "TaqobbalaLLAH minna wa minkum" (semoga ALLAH menerima 'amalan daripada kita dan anda). Kita dengan penuh harapan mengharapkan ALLAH s.w.t. sudi menerima semua 'ibadah yang dilaksanakan hampir sebulan dalam Ramadhan.

Pada masa yang sama juga, wajar kita pertingkatkan penghayatan 'Aidil Fitri yang berdasarkan ajaran Al-Quran dan Sunnah. Masih lagi ada ketempangan dalam masyarakat Islam kita yang perlu dibaiki, yang jika dibiarkan berterusan akan menyebabkan 'Aidil Fitri bercampur kemurkaan ALLAH s.w.t.

1. Pakaian yang mendedahkan aurat, menyerlahkan susuk tubuh badan. ( Yang lebih merisaukan kita ialah pakaian Melayu bagi wanita seperti baju kebaya yang kebanyakannya menampakkan susuk tubuh wanita, agak ketat pada beberapa bahagian. Jelas, pembaikan pada pakaian sebegini perlu diusahakan. Pakaian yang selamat bagi Muslimah ialah pakaian longgar yang langsung tidak menampakkan susuk tubuh mereka.)
2. Percampuran antara lelaki perempuan bukan mahram yang terlalu hampir jaraknya, yang membuka ruang bersentuhnya kulit antara mereka.
3. Bersalam-salaman sempena hari raya, untuk bermaafan antara lelaki dan perempuan bukan mahram.
4. Bergambar antara lelaki dan perempuan bukan mahram yang tiada keperluan, yang jarak begitu hampir, yang membolehkan tersentuhnya kulit antara mereka.
5. Pembaziran makanan dan minuman.
6. Menayangkan filem yang terdapat dalamnya artis yang mendedahkan aurat.

Moga-moga dengan adanya kesedaran dan usaha kita untuk membaiki ketempangan ini, insya ALLAH 'Aidil Fitri yang bakal tiba pada masa akan datang lebih membawa kita kembali kepada fitrah yang sebenarnya.

Hari kemenangan pada bulan Syawal ini wajar mengingatkan kita akan Hari Kemenangan yang dijanjikan ALLAH pada akhirat nanti, insya ALLAH dengan rahmat ALLAH dan usaha kita mentaati-Nya dengan sebaik-baik ketaatan, kita akan dimasukkan ke dalam syurga, mengecapi hakikat kegembiraan dan juga hari raya yang sebenarnya, bahkan kekal dalam keadaan tersebut buat selama-lamanya.




Suasana di luar Masjid City, Adelaide selepas selesai menunaikan solat 'Aidil Fitri. Kelihatan berbagai-bagai jenis pakaian mewakili pelbagai bangsa dari pelbagai tempat di dunia ini.


Bersama-sama dua kakanda tahun akhir pengajian mereka, sempat bersama serumah dengan mereka 1 semester. Bergambar pada 'Aidil Fitri di hadapan townhouse kami. (Moga ALLAH memelihara suhbah solehah antara kami sehingga ke syurga kelak.)


Ya ALLAH, kukuhkanlah ikatan pergantungan kami kepada-Mu. Keredhaan-Mu matlamat buruan kami.

Jumaat, 18 September 2009

Salam Lebaran 'Aidil Fitri


Assalaa mu'alaikum w.b.t., Salam Mahabbah Fillah dan Perjuangan,

Segala puji milik Tuhan Yang Maha Agung Pemilik Seluruh Alam ini, selawat dan salam atas Rasul Junjungan, Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga dan para sahabat baginda.


Kepada yang dicintai dan dikasihi:

Ayahanda Ahmad Zhaki, bonda Hajjah Kalsom, kakanda Nasibah dan suami serta anak-anak mereka, kakanda Nuwairah dan suami serta anak-anak mereka, kakanda Nurul Ain dan suami serta anak-anak mereka, adinda Aishah, ahli-ahli keluarga terdekat (ibu bapa saudara, sepupu), jiran-jiran di Taman Mesra Kuala Nerang Kedah, sahabat-sahabat seperjuangan APIS, pensyarah dan bekas pensyarah Darul Quran JAKIM, pimpinan dan bekas pimpinan PKPIM, rakan-rakan sepengajian di Sri KDU 2007-2008, MCKK 2002-2006 dan guru-guru serta pelajar dan bekas pelajar MCKK, , sahabat-sahabat seperjuangan di South Australia, sahabat-sahabat, rakan-rakan dan kenalan yang dikenali dan mengenali diri ini.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1430 H / 2009.

Maaf Zahir dan Batin.

Semoga ALLAH menerima puasa dan segala 'ibadah kita. Moga-moga kita memperoleh segala macam janji keampunan, pembebasan daripada api neraka dan ketinggian ganjaran ALLAH s.w.t.

Semoga ALLAH terus menetapkan kita pada jalan ketaatan dan kebaikan kepada-Nya selepas Ramadhan, diizinkan untuk bertemu dengan Ramadhan, malam Al-Qadrnya pada tahun akan datang.

Bersama-samalah kita meraikan hari kemenangan yang dikurniakan ALLAH ini dengan penuh kegembiraan, kesyukuran, kesopanan serta kembali kepada fitrah.

Bukankah hari kemenangan ini mengingatkan kita akan hari kemenangan yang lebih besar di akhirat kelak? Insya ALLAH, semoga ALLAH terus tetap memberikan hidayah dan kekuatan kepada kita untuk mentaati-Nya dengan sebaik-baik ketaatan sehingga kita semua selamat sampai menjejakkan kedua-dua kaki di dalam syurga ALLAH dengan rahmat-Nya, mengecapi setinggi-tinggi ni'mat dengan melihat zat ALLAH semasa pertemuan dengan-Nya serta terus kekal berada dalam syurga tanpa ada sudah-sudah.

Aamiin, aamiin, aamiin.

Semoga saya dan sahabat-sahabat di perantauan beroleh ketabahan dan ketenangan untuk meraikan 'Aidil Fitri di perantauan dan berjauhan dengan insan-insan terdekat. Kali pertama meraikan 'Aidil Fitri di perantauan dan berjauhan dengan keluarga tercinta. Mungkin pagi raya nanti menjadi saat paling berkesan menitiskan air mata kehambaan, sebagaimana disebutkan sahabat-sahabat yang sudah berada di sini.

Buat keluarga tercinta, insya ALLAH 'Aidil Adha akan kita raikan bersama-sama di rumah di tanah air nanti. Berjauhan dalam 'Aidil Fitir ialah satu rahmat daripada ALLAH kerana Dia hadirkan perasaan lazat menjadi anak soleh kepada kedua-dua ibu bapa dan adik-beradik.

Ya ALLAH, kukuhkanlah ikatan pergantungan kami kepada-Mu. Keredhaan-Mu matlamat buruan kami.

Selasa, 15 September 2009

Tetapkan Niat, Kuatkan Azam, Teruskan Usaha


Assalaa mu'alaikum w.b.t., Salam Mahabbah Fillah dan Perjuangan,

Segala puji milik Tuhan Yang Maha Agung Pemilik Seluruh Alam ini, selawat dan salam atas Rasul Junjungan, Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga dan para sahabat baginda.

Maju ke hadapan, usah toleh ke belakang. Arahan Rasulullah s.a.w. kepada Saidina Ali k.w. dalam Perang Khaibar; maju ke hadapan dan jangan menoleh ke belakang/berundur, perangi musuh sehingga mereka mengakui tiada tuhan layak disembah melainkan ALLAH dan Muhammad pesuruh ALLAH.


Tetapkan niat yang sentiasa disucikan, kuatkan keazaman dan kesungguhan, teruskan usaha tanpa henti dan tiada mengenal penat dan putus asa. Pohon selalu kudrat daripada ALLAH.

Ustaz Haisam memberikan nasihat dalam kuliah subuh beliau,

"Sesiapa yang berazam bersungguh-sungguh untuk menghafaz keseluruhan al-Quran tetapi dia meninggal dunia sebelum selesai tercapai hajat tersebut, insya ALLAH akan dibangkitkan nanti pada hari akhirat sebagai hafiz al-Quran. Sesungguhnya amal itu dikira berdasarkan niat (sebagaimana disebut dalam hadits berkaiatan niat)."

Maha Suci ALLAH, bukankah rahmat, kasih sayang dan kurniaan ALLAH itu terlalu luas ibarat laut tak bertepian? Bukankah menjadi hamba ALLAH itu suatu perkara yang sangat lazat?

Ya ALLAH, kukuhkanlah ikatan pergantungan kami kepada-Mu. Keredhaan-Mu matlamat buruan kami.

Sabtu, 12 September 2009

Ada Tujuan!


Assalaa mu'alaikum w.b.t., Salam Mahabbah Fillah dan Perjuangan,

Segala puji milik Tuhan Yang Maha Agung Pemilik Seluruh Alam ini, selawat dan salam atas Rasul Junjungan, Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga dan para sahabat baginda.


Tatkala usia kita semakin bertambah, sewajarnya ada kerisauan dalam diri kita mengenai keperluan dan kehendak dalam kehidupan kita. Oleh sebab masa merupakan modal kita yang sangat terhad dan tiada ternilai, maka orang-orang beriman yang bijak pasti akan melakukan percaturan yang begitu rapi. Mereka yakin bahawa tempat mereka yang hakiki adalah di akhirat kelak. Mereka berusaha semampu mungkin, menjadikan dunia ini sebagai ladang tanaman akhirat, dan juga sebagai jambatan ke sana.

Hidup kita ada tujuan! ALLAH s.w.t. menciptakan hidup ini dengan tujuan. Maha Suci ALLAH, sama sekali Dia tidak akan melakukan sesuatu yang sia-sia.

الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُ

"Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun."

Surah Al-Mulk, 67: ayat kedua.

Dalam kehidupan seharian kita, pasti ada amanah yang perlu kita laksanakan. Selainnya, ada pilihan bagi kita untuk memilihnya. Awasilah segala pilihan lain yang ada. Buatlah pilihan yang terbaik, pilihan yang membolehkan kita mengaut keuntungan terbanyak. Wajar bagi kita untuk menyesal dan berasa rugi andainya kita sengaja membiarkan masa kita berlalu dengan keadaan sia-sia.

Tanda Kebaikan Bagi Seorang Mukmin:

عَنْ أَبِي هُرَیْرَةَ رَضِىَ الله عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ الله صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّم : (( مِنْ حُسْ نِ

إِسْلاَمِ المَرْءِ تَرْآُهُ مَا لاَ یَعْنِيْهِ)) حدیث حسن رواه الترمذي وغيره هكذ


Daripada Abu Hurairah r.a., beliau berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sebahagian daripada kebaikan seseorang mukmin adalah meninggalkan apa yang tidak berfaedah kepadanya."

Hadits ini hasan, diriwayatkan oleh At-Tirmizi dan lain-lain sedemikian.

Rujukan hadits:

Ya ALLAH, kukuhkanlah ikatan pergantungan kami kepada-Mu. Keredhaan-Mu matlamat buruan kami.

Rabu, 2 September 2009

Panduan Hafazan Quran oleh Syeikh Jebril


Assalaa mu'alaikum w.b.t., Salam Mahabbah Fillah dan Perjuangan,

Segala puji milik Tuhan Yang Maha Agung Pemilik Seluruh Alam ini, selawat dan salam atas Rasul Junjungan, Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga dan para sahabat baginda.




Dipetik daripada laman sesawang beliau: http://www.jebril.com/en/quran-memorize

How to memorize the Holy Quran


Commandments for Quran's keepers and Public.

(These Commandments are explained in detail in an attached audio file The following commandments are without explanation)

First of all : Whenever learning at a young age, it will be better ,purer, stronger and more professional .. As I always say: learning at a young age is like carving on stone.

Requirements for learning Quran by heart, then keeping it, then caring for it:

1- One must intend trueness for Allah. He must learn for Allah's sake not for hypocrisy nor reputation, and also not for the present life..
﴾Say (O Muhammad PBUH): "Verily I am commanded to worship Allah (Alone) by obeying Him and doing religious deeds sincerely for His sake only. ﴿
[Sûrat Az-Zumar, verse 11]
It is absolutely indispensable.

2- One must leave wrong doing and disobedience which close hearts like a glance, eating the Forbidden and listening to songs and watching movies ...etc. And other things that waste the Muslim’s time.

3– One must be guided by a Sheikh because the teaching and the Oral practice are the most important points for learning Quran.
Our Role model is our prophet Peace Be Upon Him. He took Quran from the lips of Gabriel Peace Be Upon Him).. Gabriel had taken from the Lord of Honor and Power, the Owner of Majest..

4- One must study from the same copy of Quran so he can be fully concentrated with Quran..

5- One must organize time for learning and revision .. The best time for learning is after dawn prayer and the revision time could be before the dawn with the night standing prayers ..
If it is not available , he must arrange himself to be free from all business to make time for Quran only..

6- One must give the Quran the highest priority..
Whoever had been honored by Allah for learning Quran must make revision continuously to prevent the loose of his study.

7- One must put for himself a certain amount to study daily .. Each according to his capability so he can know if he is in the correct path or being lazy.

8- If any part is getting hard for you ask Forgiveness of your Lord , and seek refuge with Allah from Shaitân (Satan), the outcast (the cursed one),Read the interpretation and explanation of this part, because the well understanding will help you in learning .. And keep in mind that it is from your sins: ﴾"I said (to them): ‘Ask forgiveness from your Lord, verily, He is Oft-Forgiving” ﴿10﴾ ‘He will send rain to you in abundance’﴿11﴾ And give you increase in wealth and children, and bestow on you gardens and bestow on you rivers ﴿12﴾.﴿ [Sûrat Nûh, verse10-12]

9– One must make a punishment for himself if you get lazy on your study or your revision, make a reasonable punishment .. For example, fast three successive days; or give money to poor people as charity, or whatever you see as a suitable punishment, everyone knows himself well.


* Lecture on the Holy Quran preference.. How keeping it, and caring for it... Balance and moderation of the nation's identity Conference - Kuwait in March 2006

Ya ALLAH, kukuhkanlah ikatan pergantungan kami kepada-Mu. Keredhaan-Mu matlamat buruan kami.

Isnin, 31 Ogos 2009

Solat Jumaat Kurang Daripada 40 Orang

Assalaa mu'alaikum w.b.t., Salam Mahabbah Fillah dan Perjuangan,

Segala puji milik Tuhan Yang Maha Agung Pemilik Seluruh Alam ini, selawat dan salam atas Rasul Junjungan, Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga dan para sahabat baginda.


Saya merujuk kepada Al-Ustaz Haisam mengenai permasalahan dalam menunaikan solat Jumaat bagi kaum Muslimin yang berada di tempat majoriti bukan Islam. Adakah solat Jumaat yang ditunaikan oleh Muslimin kurang daripada 40 orang adalah sah?

Jawapannya sah. Merujuk kepada mazhab Imam Hanbali, jika terdapat sekurang-kurangnya 3 orang Islam sekalipun di sesuatu kawasan, maka mereka wajib dan sah menunaikan solat Jumaat. Namun, jika hanya terdapat 2 orang Islam di sesuatu kawasan maka tidak wajib bagi mereka menunaikan solat Jumaat.

Ya ALLAH, kukuhkanlah ikatan pergantungan kami kepada-Mu. Keredhaan-Mu matlamat buruan kami.

Ahad, 30 Ogos 2009

Saham Akhirat


Assalaa mu'alaikum w.b.t., Salam Mahabbah Fillah dan Perjuangan,

Segala puji milik Tuhan Yang Maha Agung Pemilik Seluruh Alam ini, selawat dan salam atas Rasul Junjungan, Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga dan para sahabat baginda.




Daripada Al-Ustaz Haisam, beliau ada menyebutkan bahawa Rasulullah s.a.w. ada menyatakan bahawa sesiapa yang membaca:

لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ
الْحَمْدُ يُحْيِيْ وَيُمِيْتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ


Sepuluh kali pada waktu pagi dan sepuluh kali pada waktu petang, maka insya ALLAH akan dikurniakan:

1. Dipelihara daripada gangguan syaitan (sepanjang siang jika dibaca pada waktu pagi, sepanjang malam jika dibaca pada waktu petang, dan keseluruhan siang dan malam jika dibaca pada kedua-dua waktu).

2. Mendapat pahala membebaskan 10 orang hamba pada zaman Nabi Ismail 'alaihissalam.

3. Mendapat 10 kebaikan/pahala.

4. Menghapuskan 10 kejahatan/dosa.

5. Menaikkan 10 kedudukan dalam syurga.

Sungguh besar rahmat ALLAH kepada umat Nabi Muhammad s.a.w., moga-moga ALLAH menjadikan kita daripada golongan yang sentiasa beristiqomah beramal dan merebut peluang kebaikan. Allahumma aamiin, aamiin, aamiin.

Ya ALLAH, kukuhkanlah ikatan pergantungan kami kepada-Mu. Keredhaan-Mu matlamat buruan kami.

Rabu, 26 Ogos 2009

Pesan Buat Diri


Assalaa mu'alaikum w.b.t., Salam Mahabbah Fillah dan Perjuangan,

Segala puji milik Tuhan Yang Maha Agung Pemilik Seluruh Alam ini, selawat dan salam atas Rasul Junjungan, Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga dan para sahabat baginda.

Saya memandang diri saya daripada kacamata insan luar.

Ikhwan,

Tabahkan hati. Teruskan usaha kehambaanmu. Dunia ini memang susah. Nama pun dunia. ALLAH sudah berjanji. Dunia bukan tempat bagi hamba-Nya yang beriman.

Kenapa ALLAH hadirkan kesusahan? ALLAH nak tunjuk bahawa hanya Dia yang berkuasa memudahkan segala urusan hamba-Nya. Kenapa ALLAH beri kesulitan? Kerana ALLAH nak besarkan lagi ganjaran-Nya. ALLAH nak sempurnakan, hebatkan lagi habuan akhirat, ya'ni habuan yang sebenarnya. ALLAH juga mahu tawakkal, kebergantungan kepada Dia lebih diperkasakan. Bukankah dalam kesulitan kita lebih menangisi doa dan permohonan kepada ALLAH? Lebih kuat mengharap agar ALLAH membantu.

Syukurlah kepada ALLAH. Dia masih izinkan lagi usia dipinjam, untuk mempersiapkan persiapan. Melangsaikan hutang. Membersihkan dosa dan keji dengan taubat nasuha.

Sentiasalah miliki bashirah (pandangan mata hati) yang terbaik kepada-Nya. Sungguh, ALLAH Maha Teliti, Maha Adil, dan Maha Membalas. Bersusah-susahlah dalam mentaati-Nya dengan penuh keikhlasan. ALLAH sama sekali tidak mempersia-sia cinta dan penghadapan hamba-Nya.

Teruskan usaha. Usia di dunia ini makin menjadi terlalu pendek. Detik permulaan kehidupan sebenar kian didekati. Pertemuan dengan ALLAH semakin dihadapi. Jangan senang tertipu dengan dunia. Teruskan sujud kepada ALLAH, meletakkan pergantungan kepada-Nya.

Laksanakanlah doa dan ikhtiar yang terbaik kepada diri, ibu dan ayah, keluarga, jiran, sahabat, kenalan, dan umat Islam. Insya ALLAH kita akan bersama-sama menuju kehidupan akhirat yang sejahtera, kekal tiada penghujung. Semoga ALLAH sentiasa merahmati, mengampuni dan menyelamatkan kita daripada kemurkaan dan azab neraka.


Alhamdulillah, Dia izinkan kami untuk mengimarahkan Masjid City, tanda keluasan rahmat-Nya di seluruh alam.

Ya ALLAH, kukuhkanlah ikatan pergantungan kami kepada-Mu. Keredhaan-Mu matlamat buruan kami.

Selasa, 25 Ogos 2009

Berkongsi Rumah Dengan Bukan Islam

Assalaa mu'alaikum w.b.t., Salam Mahabbah Fillah dan Perjuangan,

Segala puji milik Tuhan Yang Maha Agung Pemilik Seluruh Alam ini, selawat dan salam atas Rasul Junjungan, Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga dan para sahabat baginda.

Saya bertanya kepada Al-Ustaz Haisam mengenai keadaan kami yang tinggal serumah dengan dua orang bukan Islam, khususnya dalam penggunaan alatan seperti ketuhar "microwave". Ada kerisauan rakan bukan Islam menggunakan alatan tersebut bagi makanan tidak halal seperti daging khinzir. Maka jawab beliau adalah jika makanan tersebut dibalut ketika digunakan dalam ketuhar, maka tidak perlu dirisaukan. Jika tidak dibalut, dan ada percikan pada dinding dalam ketuhar, memadai dengan membersihkannya dengan air dan sabun pencuci. Sama juga bagi alatan yang lain seperti pisau, mangkuk dan lain-lain lagi, memadai dengan membasuhnya menggunakan air dan sabun pencuci.

Ya ALLAH, kukuhkanlah ikatan pergantungan kami kepada-Mu. Keredhaan-Mu matlamat buruan kami.

Khamis, 20 Ogos 2009

Ramadhan Karim


Assalaa mu'alaikum w.b.t., Salam Mahabbah Fillah dan Perjuangan,

Segala puji milik Tuhan Yang Maha Agung Pemilik Seluruh Alam ini, selawat dan salam atas Rasul Junjungan, Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga dan para sahabat baginda.



Semoga ALLAH memberikan kita bimbingan dan kekuatan untuk melaksanakan 'amalan ketaatan yang terbaik, sepenuh-penuhnya, semampu mungkin sepanjang bulan agung ini. Percayalah bahawa tiada daya untuk melakukan ketaatan dan mengelakkan kemungkaran melainkan apa yang dipinjamkan ALLAH s.w.t. Dia Maha Penyantun, Maha Memberi. Apa yang penting ialah adab kita kepada-Nya.

Ya ALLAH, kukuhkanlah ikatan pergantungan kami kepada-Mu. Keredhaan-Mu matlamat buruan kami.

Isnin, 17 Ogos 2009

Hingga Akhir Hayat

Assalaa mu'alaikum w.b.t., Salam Mahabbah Fillah dan Perjuangan,

Segala puji milik Tuhan Yang Maha Agung Pemilik Seluruh Alam ini, selawat dan salam atas Rasul Junjungan, Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga dan para sahabat baginda.


Amanah untuk menjaga Al-Quran adalah amanah yang sangat besar, dan perlu dijaga dengan sebaik-baiknya sehingga ke akhir hayat.

Sesiapa yang mengabaikan amanah ini setelah dia menghafaz ayat-ayat Al-Quran, maka sangatlah ditakuti akan azab dan kecelakaan ALLAH s.w.t. yang akan menimpanya.

Jika amanah dan usaha ini dilakukan hanya berkala-kala, kemungkinan besar hafazan tersebut akan menjadi lemah dan lama kelamaan akan terus hilang. Maka, jelaslah bahawa usaha untuk menjaga Al-Quran adalah hingga ke akhir hayat.
Kerisauan dalam hati tentang hafazan Al-Quran adalah salah satu bentuk rahmat daripada ALLAH s.w.t.. Sama ada disedari atau tidak, orang yang menghafaz Al-Quran akan bersungguh-sungguh menjaga masanya menjauhi perkara haram, makruh dan sia-sia. Masanya menjadi terlalu berharga, digunakan untuk menjaga Al-Quran, mempertingkatkan kualiti hafazan, memahami kandungan ayat yang dihafaz (untuk diamalkan dalam kehidupan) dan melakukan ulangan bagi hafazan yang lama.
Mereka juga akan berhati-hati untuk menjauhi sebarang bentuk noda (makruh, haram dan sia-sia) yang akan mengotorkan hati, lantas menyebabkan Kalamullah yang suci tidak akan lagi berada dalam hatinya.
Subhanallah, inilah dakapan kasih sayang ALLAH s.w.t. , untuk menyelamatkan para penjaga ayat-ayat-Nya daripada keadaan yang buruk dan sia-sia.

Semoga ALLAH terus memberikan kekuatan kepada para huffaz untuk mempertahankan hafazan sehingga akhir hayat, dan terselamat daripada sebarang kebinasaan.


Ya ALLAH, kukuhkanlah ikatan pergantungan kami kepada-Mu. Keredhaan-Mu matlamat buruan kami.

Selasa, 11 Ogos 2009

Suhbah Solehah

Assalaa mu'alaikum w.b.t., Salam Mahabbah Fillah dan Perjuangan,
Segala puji milik Tuhan Yang Maha Agung Pemilik Seluruh Alam ini, selawat dan salam atas Rasul Junjungan, Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga dan para sahabat baginda.

Pada kali ini, saya mengambil sedikit kesempatan untuk berkongsi kegembiraan dan ketenangan hati yang dicampakkan oleh ALLAH s.w.t. ke dalam hati saya. Alhamdulillah.

Pengajian 'ilmu tasawuf ada menekankan kepentingan kita mempunyai suhbah (persahabatan) yang solehah (dengan mereka yang solihin). Benar, ini adalah keperluan. Perjalanan pengabdian diri ini pasti terlalu banyak liku yang akan menyesatkan ruhani, justeru golongan solihin dan auliyak-Nya perlu kita jadikan sahabat dan pembimbing.

Saya sangat berbesar hati untuk berkongsi sedikit perkenalan saya dengan seorang ustaz di sini, iaitu Al-Ustaz Haitam. Beliau berasal dari Lubnan, namun keluarga beliau berhijrah ke Adelaide. Beliau sekarang mengikuti pengajian di Syria, pengkhususan dalam bidang tafsir Quran dan hadits. Kini beliau sedang bercuti di sini, setelah pulang dua tahun yang lalu.

Alhamdulillah, rahmat ALLAH, dia merupakan salah seorang ustaz yang saya temui dan dapat membersihkan pemikiran saya daripada sangkaan yang kurang baik kepada para 'ulama. Wajah beliau sentiasa terhias dengan senyuman manis, sentiasa berusaha yang terbaik untuk meraikan yang sama-sama berada dalam majlis dengan beliau. Beliau gigih menyampaikan pengajaran dan nasihat, rapi menjaga masa, dan cara penyampaian yang mempesona.

Syukur, penguasaan bahasa Inggeris beliau adalah sangat baik. Dapat memberikan kefahaman kepada sesiapa yang mendengar kuliah beliau.

Apa yang saya alami, hati saya memang berasa tenang setiap kali berada bersama beliau. Mungkin ini adalah apa yang izinkan apabila saya bertemu dengan hamba-Nya yang soleh dan benar-benar berakhlak dengan akhlak Rasulullah s.a.w. yang begitu luhur.

Juga ketenangan dirasai apabila memandang kejernihan wajah beliau. Entah bagaimana pula ketenangan yang lebih dahsyat apabila menatap kejernihan wajah Rasulullah s.a.w., sebaik-baik ciptaan dan kekasih agung ALLAH s.w.t..

Saya juga diberikan keyakinan untuk menerima pengajaran yang disampaikan beliau, insya ALLAH hasil keberkatan beliau menyampaikan ilmu yang bersumber kepada dalil yang kemas dan kukuh. Saya fahami, inilah yang dikatakan "tsiqoh" (kepercayaan) yang dimiliki oleh orang-orang soleh sebegini.

Juga, ALLAH mengizinkan kita untuk merasai motivasi dalam usaha meningkatkan kehambaan kepada-Nya apabila bersahabat dengan golongan solih sebegini.

Insya ALLAH, moga sedikit sebanyak kita semua akan beroleh kebaikan yang berterusan berkat usaha mendampingi dan bersahabat dengan para 'ulama yang solihin.

Tatkala saya memulakan tutur kata, meminta kebenaran untuk bergambar: "....Saya tidak pasti lagi bilakah lagi saya akan bertemu dengan ustaz selepas ini bila ustaz meninggalkan Adelaide ini." Doa beliau: "Insya ALLAH jika saya tidak bertemu dengan awak di dunia ini, kita bertemu di syurga."

Dalam kitab Al-Hikam, Ibnu 'Athoillah mencatatkan:


" Jangan berkawankan seorang yang tidak membangkitkan semangat taat kepada ALLAH, amal kelakuannya dan tidak memimpin engkau ke jalan ALLAH kata-katanya."


Teruskan usaha kita memuliakan para 'ulama ukhrawi, solihin, siddiqin, auliyak dan muqorrabin.
Insya ALLAH tidak akan sia-sia.

Ya ALLAH, kukuhkanlah ikatan pergantungan kami kepada-Mu. Keredhaan-Mu matlamat buruan kami.

Sabtu, 1 Ogos 2009

Jaga Ni'mat Mata

Assalaa mu'alaikum w.b.t., Salam Mahabbah Fillah dan Perjuangan,

Segala puji milik Tuhan Yang Maha Agung Pemilik Seluruh Alam ini, selawat dan salam atas Rasul Junjungan, Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga dan para sahabat baginda.

Dua ustaz (Ustaz Rozaidi melalui rakaman kuliah beliau di TV Al-Muttaqin, dan Ustaz Haitam yang menyampaikan pengajaran di Masjid Bandar Adelaide selepas solat Isyak) yang saya dengar pengajaran mereka menyatakan (maksudnya dapat saya sampaikan seperti berikut):

Nabi Muhammad s.a.w. ada mengajarkan bahawa sesiapa yang menundukkan pandangannya daripada melihat perkara yang haram, ALLAH akan menggantikannya dengan kemanisan dalam melaksanakan 'ibadah kepada ALLAH s.w.t.

Ustaz Haitam menyatakan, lihat sahaja kemanisan Baginda s.a.w. dalam ibadahnya, apabila berada dalam solat Baginda sudah tidak ingat akan perkara lain dan Baginda sentiasa ternanti-nanti bilakah lagi waktu untuk menunaikan solat.

Ya, saya makin mula terasa keselesaan dan persetujuan dengan disiplin yang ketat dan tinggi, diaturkan oleh para 'ulama tasawuf dalam menjaga kebersihan hati dengan penuh ketelitian.

Benarlah apa yang sentiasa dilaungkan kepada lelaki-lelaki yang beriman supaya mereka benar-benar menundukkan pandangan (tidak melihat perkara yang haram). Namun, ada keringanan bagi kita untuk memandang beberapa perkara dalam urusan yang mustahak dan tidak dapat dielakkan seperti urusan jual beli (itupun berdasarkan apa yang perlu sahaja).

Ya, selagi mana seorang perempuan itu adalah bukan mahram bagi seorang lelaki, adalah tidak halal bagi lelaki itu untuk memandangnya. Ingatlah wahai lelaki yang beriman, hanya isterimu yang sah dengan ikatan pernikahan adalah halal untuk engkau melihatnya.

Sangat licik tipuan dunia dan syaitan, ada sahaja perkara yang menarik pada wanita. 'Ulama tasawuf menyatakan bahawa pandangan pada wanita adalah satu daripada panahan syaitan yang sangat berbahaya, boleh merosakkan hati.

Ustaz Haitam juga menyatakan, mata adalah salah satu bagaimana keadaan hati kita akan terjaga. Jika ingin membetulkan keadaan hati, betulkan juga apa yang dilihat.

Benar, jika kita menuruti aturan disiplin syariat Islam, akan terasa ketenangan. Bak kata Ustaz Rozaidi, orang lelaki jaga pandangan, orang perempuan tutup sebaik-baiknya tubuh mereka, insya ALLAH akan selesai masalah.

Buat lelaki mukmin, ayuh kita tundukkan pandangan kita dengan sesungguh-sungguh mujahadah kerana ni'mat mata ini adalah ni'mat yang diamanahkan ALLAH s.w.t. kepada kita. Setiap kelipan mata adalah dalam pengetahuan ALLAH dan akan dipersoalkan di mahsyar kelak. Tiada satu pun di luar pengetahuan ALLAH. Daripada Ustaz Fahmi Zamzam, bahawa Imam Ghazali r.t. menyatakan bahawa antara puncak kekufuran seorang hamba itu adalah apabila dia menggunakan ni'mat yang dipinjamkan kepadanya untuk menderhakai Tuan Pemberi ni'mat tersebut.

Buat perempuan mukminah, berpakaianlah dengan sebaik-baik pakaian yang dapat mewujudkan ketenteraman bagi orang-orang lain ketika berada di tempat umum. Kalian adalah fitnah (ujian) yang terbesar bagi lelaki mukmin.

Sunggguh, bimbingan para sufi yang solihin adalah tidak sia-sia dan sangat berguna bagi kita dalam usaha menjaga kebersihan dan kelembutan hati. Moga-moga dengan mujahadah kita menjaga penglihatan mata ini, akan tercapai usaha untuk membentuk qolbun salim (hati yang sejahtera). Hati yang mati dan keras adalah sesuatu yang sangat menakutkan, kerana makin parah keadaan hubungan kehambaan seorang insan itu. Hilang rasa sensitif menjauhi perkara yang tidak disukai ALLAH, terasa malas untuk meningkatkan qurbah (amalan mendekatkan diri kepada ALLAH).


Ya ALLAH, kukuhkanlah ikatan pergantungan kami kepada-Mu. Keredhaan-Mu matlamat buruan kami.





Lihat dan renungi kejernihan wajah para 'ulama, auliya' dan solihin yang menjaga pandangan mereka, terpancar nur dan ketenangan yang dicampakkan ALLAH s.w.t.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...