Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Selasa, 25 Ogos 2009

Berkongsi Rumah Dengan Bukan Islam

Assalaa mu'alaikum w.b.t., Salam Mahabbah Fillah dan Perjuangan,

Segala puji milik Tuhan Yang Maha Agung Pemilik Seluruh Alam ini, selawat dan salam atas Rasul Junjungan, Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga dan para sahabat baginda.

Saya bertanya kepada Al-Ustaz Haisam mengenai keadaan kami yang tinggal serumah dengan dua orang bukan Islam, khususnya dalam penggunaan alatan seperti ketuhar "microwave". Ada kerisauan rakan bukan Islam menggunakan alatan tersebut bagi makanan tidak halal seperti daging khinzir. Maka jawab beliau adalah jika makanan tersebut dibalut ketika digunakan dalam ketuhar, maka tidak perlu dirisaukan. Jika tidak dibalut, dan ada percikan pada dinding dalam ketuhar, memadai dengan membersihkannya dengan air dan sabun pencuci. Sama juga bagi alatan yang lain seperti pisau, mangkuk dan lain-lain lagi, memadai dengan membasuhnya menggunakan air dan sabun pencuci.

Ya ALLAH, kukuhkanlah ikatan pergantungan kami kepada-Mu. Keredhaan-Mu matlamat buruan kami.

4 ulasan:

  1. Salam'alayk

    Afwan.. ana ada satu persoalan laen berkenaan berkongsi rumah ngan non muslim..

    emm.. bagi perempuan especially.. aurat mereka bersama non muslim adalah sama seperti aurat mereka ngan ajnabi? or adakah ape2 pandangan laen ttg hal ini?

    jazakallah..

    BalasPadam
  2. setahu ana, auratnya sama seperti dengan ajnabi. insya ALLAH ana tanya ustaz haisam malam ni, lebih2 lagi khusus dalam konteks satu rumah, lama berada dengan mereka

    BalasPadam
  3. hamdalah dah tanya ustaz, beliau jawab, jika perempuan bukan Islam tu mampu menjaga rahsia, tidak menceritakan keadaan kita ketika membuka aurat (seperti mampu untuk tidak menceritakan keadaan rambut, bentuk badan dan lain-lain) kepada lelaki ajnabi lain, maka aurat terhadap mereka adalah daripada bawah lutut hingga bahagian atas dada, boleh menunjukkan lengan, rambut dan bawah lutut. jika mereka dikhuatiri menceritakan perihal kita, maka wajib menutup aurat terhadap mereka sbgmana terhadap lelaki ajnabi. insya ALLAH, syariat Islam bersifat menjaga keselamatan (protective)

    BalasPadam
  4. oh ok. jazakallah ya akhi.. barakallahufik.

    ramadhan kareem.

    BalasPadam

Insya ALLAH, komentar ada dihargai demi menyuburkan budaya ilmu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...