Gambar sekadar hiasan. (Sumber)
Dalam kitab Bidayatul Hidayah, Al-Hujjatul Islam Al-Imam Al-Ghazali rohimahuLlahu Ta'ala menyatakan bahawa terdapat 6 ciri ilmu bermanfaat, ya'ni seperti berikut:
1)Ilmu itu menambahkan takut pada dirimu kepada ALLAH.
2)Ilmu itu menambah penglihatanmu akan keaiban dirimu.
3)Ilmu itu menambah makrifatmu dalam beribadah(kata guru kami,keseronokan dalam beribadah).
4)Ilmu itu menambahkan kecintaanmu terhadap akhirat dan mengurangkan kecintaan kepada dunia.
5)Ilmu itu membukakan pintu hatimu untuk mengenali bermacam-macam penyakit amalmu sehingga engkau dapat menjauhinya.
6)Ilmu itu menambahkn penglihatanmu terhadap tipu helah syaitan dan penipuannya sehingga engkau arif dengan kehalusan tipu helahnya ketika dia menyesatkan ulama' su'.
Kredit kepada Pendakian Salik Menuju Allah kerana berkongsi permata ilmu ini dengan saya.
Doa kita bersama:
Segala puji milik Tuhan Yang Maha Agung Pemilik Seluruh Alam ini, selawat dan salam atas Rasul Junjungan, Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga dan para sahabat baginda.
Ya Allah ajarkan kepada kami 'ilmu yang bermanfaat, dan berikan manfaat kepada kami daripada 'ilmu yang Kau ajarkan.
Ya ALLAH, jadikanlah kami, ibu bapa dan keluarga kami serta umat Nabi Muhammad s.a.w. yang lain hamba-Mu yang tetap beristiqamah dan ikhlas mentaati-Mu. Jadikanlah akhir hayat kami dalam husnul khotimah dan melafazkan kalimah tauhid. Selamatkan kami dunia dan akhirat.

mohon share :)
BalasPadamSilakan
BalasPadamnk tanya...apakah perbezaan antara kedudukan ibu dan mursyid(guru)
BalasPadam