Ulama Benteng

Ulama Benteng

Sabtu, 10 April 2010

ALLAH Menilai Kesungguhan Kita

Suasana di Darul Quran JAKIM sentiasa membawa saya untuk mengingati keindahan dan keseronokan suasana yang solehah. -Sekadar hiasan, diambil daripada laman rasmi Darul Quran JAKIM.



Menyucikan hati dan memuliakan setiap makhluk lain sebagai hamba ALLAH.

Inilah suatu hakikat yang tiada dinafikan kepentingan. Mahu tidak mahu, kita akan bertemu dengan manusia. Hakikat penciptaan ALLAH kita sebagai ummah, saling berkenalan antara satu sama lain dan jua mengukuhkan sesama mereka. Pengalaman yang saya sepanjang dua tahun berada dalam pengajian IB benar-benar menjadi suatu didikan kepada saya. Telah kukuh dalam fikrah saya ini, bahawa kita berkeperluan menyucikan hati kita dan memuliakan setiap makhluk yang lain. Macam-macam manusia ada! Bagaimana persiapan kita untuk menghadapi mereka? Saya telah ditempatkan di suatu tempat pengajian yang menjadi tempat kepada Muslim sebagai minoriti. Mu'amalat perlu dilaksanakan mengikut keperluan.

Untuk menjadikan diri terasa tenang dan selesa, saya yakin wajar bagi kita menyucikan niat dan memuliakan. Ingat, setiap apa sahaja yang dilaksanakan, ALLAH menilai kita. Langsung tiada kerugian jika ruhani telah dibekalkan dengan tali perhubungan secara terus kepada ALLAH. Syaitan juga tidak mampu menewaskan hamba-hamba ALLAH yang mukhlis dan siddiq. Pasti, kita akan berasa selesa untuk berhadapan dengan mereka, kerana telah diletakkan dalam hati, ALLAH sebagai pemudah cara perhubungan kita dengan mereka, dan kita juga memuliakan hamba-hamba-Nya yang lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Insya ALLAH, komentar ada dihargai demi menyuburkan budaya ilmu.

Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...