Ulama Benteng

Ulama Benteng

Sabtu, 5 Disember 2020

Usul Fiqh : Ijmak

Nota ini disusun semula oleh saya, Mohd Ikhwan bin Ahmad Zhaki, pelajar PBJJ FPI UKM 2019/2023, berdasarkan nota yang disediakan pihak Fakulti. Hakcipta adalah milik mereka. Tujuan saya semata-mata untuk mengambil faedah ilmu dan kebaikan-kebaikan yang ada. Semoga Allah merahmati.


IJMAK

Takrif Ijmak

Pada Bahasa:

o Kata terbitan daripada perkataan أجمع يجمع

o Al-’Azm (keazaman) – فَأَجْمِعُواْ أَمْرَكُمْ

o Al-Ittifaq (kesepakatan) – أجمعوا علي كذا

Pada Istilah:

o Persepakatan ahl al-hall wa al-‘aqd daripada umat Muhammad (s.a.w) mengenai sesuatu perkara selepas kewafatan Nabi Muhammad (s.a.w)

 

KEHUJAHAN IJMAK

•       Jumhur  : Hujah

•       Nazzam, Khawarij dan Rafidah : Tidak hujah

 

Dalil jumhur:

•       وَمَن يُشَاقِقِ الرَّسُولَ مِن بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُ الْهُدَى وَيَتَّبِعْ غَيْرَ سَبِيلِ الْمُؤْمِنِينَ نُوَلِّهِ مَا تَوَلَّى وَنُصْلِهِ جَهَنَّمَ وَسَاءتْ مَصِيراً

•       Mengikut jalan bukan ORANG-ORANG MUKMIN – dimasukkan ke dalam neraka  @ haram mengikuti jalan mereka = wajib ikut

 

•       وَكَذَلِكَ جَعَلْنَاكُمْ أُمَّةً وَسَطاً لِّتَكُونُواْ شُهَدَاء عَلَى النَّاسِ وَيَكُونَ الرَّسُولُ عَلَيْكُمْ شَهِيداً

•       وَسَطاً = عدلا- setiap hasil ijmak yang lahir daripada umat yang adil adalah adil

•       Wajib mengikut ijmak yang dikeluarkan oleh umat yang adil sama seperti wajib menerima kesaksian individu yang adil

 

•       إن أمتي لا تجتمع على ضلالة ، فإذا رأيتم اختلافا فعليكم بالسواد الأعظم

 

•       إن الله قد أجار أمتى أن تجتمع على ضلالة

 

•       ما رأى المسلمون حسنا فهو عند الله حسن وما رآه المسلمون سيئا فهو عند الله سيىء

 

 

SYARAT-SYARAT IJMAK

•       Persepakatan SEMUA mujtahid pada satu-satu masa selepas kewafatan Nabi Muhammad (s.a.w)

•       Adil

•       Lebih daripada seorang mujtahid

•       Persepakatan secara jelas – perkataan @ perbuatan

•       Terdapat dalil/sandaran – nas @ qiyas

 

PEMBAHAGIAN IJMAK

•       Ijmak Sarih 

•       Ijmak yang jelas sama ada berbentuk perkataan atau perbuatan

•       Ijmak Ghayr Sarih @ Ijmak Sukuti

•       Sebahagian mujtahid sahaja menjelaskan pendirian manakala sebahagian yang lain diam tanpa sebarang syubhat seperti takut dll

 

HUKUM IJMAK

•       Jika dalalahnya qat’iyy @ ijmak sarih

•       Tidak boleh menyalahinya – jika diingkari dengan sengaja, boleh menjadi kufur

•       Jika dalalahnya zanniyy @ ijmak sukuti

•       Tidak kafir jika menyalahinya

 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Insya ALLAH, komentar ada dihargai demi menyuburkan budaya ilmu.

Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...