Ulama Benteng

Ulama Benteng

Jumaat, 14 Januari 2011

Rasa Diri Sudah Baik dan Sempurna?





Ustaz Salman Maskuri ada ingatkan kita, hampir begini:


Andai kita rasa diri sudah baik, bersih daripada dosa; cuba semak diri kemungkinan ada penyakit hati.



Orang-orang yang beriman dan ikhlas kepada Allah akan senantiasa merasakan dirinya perlu melakukan pembaikan. Mereka tidak akan mudah berasa senang dengan pelbagai macam tipuan dunia, nafsu dan syaitan.





Rabu, 12 Januari 2011

Penghujung Persinggahan Dunia




Benarlah sabda Nabi kita shollallahu 'alaihi wa sallam tentang mengingati penghujung persinggahan dunia ini dapat memutuskan kelazatan dunia.



Bangkit, pantas betulkan diri andai ada tersasar!



"Pejamlah matamu buat kali terakhirnya dengan penuh ketenangan kerana engkau sudah menyempurnakan amanahmu sebagai hamba dan khalifah-Nya. Tidak ada lagi kerisauan kerana Tuhanmu telah menamatkan ujian dunia pada saat tersebut."


Insya Allah, kita menantikan saat tersebut. Berusaha gigih ke arahnya.



Ya Allah, kami memohon kepada-Mu agar kami diberikan kesudahan hidup yang baik, dalam keadaan berpegang teguh kepada 'aqidah Ahlus Sunnah Wal Jama'ah dan dalam kerinduan untuk bertemu-Mu.




Selasa, 11 Januari 2011

Baki Usia Semakin Singkat



"Umurku semakin bertambah. Aku sewajarnya semakin bertambah kualiti dan kuantiti ibadah. Aku sepatutnya lebih perkasa menjauhkan diri daripada dosa dan kelalaian. Aku sememangnya perlu merasai bertambah dekatnya hati dan jiwa kepada Allah."




Kian pantas putaran masa meninggalkan kita. Sama-sama kesali masa yang terbuang tanpa zikrullah.


Tak perlu tunggu usia 40-an untuk perkasa amal. Insya-Allah sekarang masa terbaik membanyak, mempelbagaikan amalan.



Allah meraikan para hamba-Nya yang tekun beribadah sejak muda lagi dengan memberikan naungan di mahsyar nanti.



Sabtu, 8 Januari 2011

Cari Ketenangan






"Andai tiada ketenangan daripada Allah pada kita, dunia yang luas pun terasa sempit. Rezeki yang diperoleh rasa sentiasa tidak cukup."



"Andai kita mahu kesenangan dunia, percayalah bahawa pada sisi Allah ada kedua-dua kesenangan dunia dan akhirat."



Hati yang tenang ialah hati yang kembali mengingati Allah.


Khamis, 6 Januari 2011

Tahun Akhir Universiti

Salah satu pemandangan di unversiti ketiga tertua di Australia ini.


Alhamdulillah, awal sungguh pagi ini saya bersiap sedia di hadapan laptop untuk daftar (enrol) kursus-kursus pengajian tahun akhir di Universiti Adelaide. Agak bersemangat dibuatnya apabila mengenangkan diri sudah tidak lama lagi akan menamatkan alam pengajian secara formalnya.

Tampaknya rutin harian pada tahun akhir ini makin menjadi lebih padat, kelas adalah lebih banyak dan lama dalam setiap minggu.

Mudah-mudahan Allah memberikan pimpinan dan bantuan-Nya kepada kita semua. Saya juga memohon anda mendoakan saya dimudahkan urusan dalam pengajian, cemerlang sentiasa hendaknya serta berpeluang menghadiri temuduga kerja pada tahun ini dan kemudian insya-Allah mula bekerja di Petronas KLCC awal tahun hadapan. Allahumma aamiin, aamiin, aamiin.

Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...