Ulama Benteng

Ulama Benteng

Isnin, 24 Januari 2011

Berpakaian dengan Pakaian yang Dimuliakan Allah




Bab berpakaian merupakan bab yang mustahak dalam kehidupan umat Islam. Hal ini demikian kerana tindakan seseorang muslim itu dalam mematuhi piawaian dan syariat berpakaian sebagaimana yang digariskan agama Islam menjadi manifestasi iman, taqwa dan kesyukuran yang ada pada dirinya.


Kita menzahirkan rasa kesal akan budaya yang meremehkan isu penutupan aurat dengan sempurna. Kita berharap, berdoa dan merancang untuk meningkatkan usaha penyampaian kesedaran dan kefahaman yang lebih baik kepada umat Islam supaya perkara besar ini dapat kita fahami dan hayati dengan sebaik-baiknya.


Orang yang berpakaian sebagaimana disuruh Allah dengan ikhlas, maka dia telah memperoleh kemuliaan yang sangat tinggi. Berpakaian dengan cara sebaliknya bererti dia sendiri yang menjatuhkan diri dalam lembah kehinaan.


Wanita Muslimah yang menutup aurat dengan sempurna sebenarnya memelihara kehormatan dirinya kerana bahagian-bahagian tubuhnya yang berharga tidak menjadi tatapan umum, baik jin atau pun manusia. Apa yang lebih utama, tubuh badan mereka tidak menjadi bahaman mata liar yang dikuasai nafsu buas.


Ya Allah, kurniakan kami ikhlas, mujahadah, kelazatan dalam mentaati perintah-Mu dalam menutup aurat dengan sempurna.


Sabtu, 22 Januari 2011

Panduan Ringkas dalam Mencari Guru yang Mursyid




Guru yang mursyid ialah guru yang dapat membimbing perjalanan kerohanian seseorang murid dalam menyucikan jiwa, mencapai hati yang tenang dan sejahtera serta lebih akrab dengan Allah s.w.t.


Berdasarkan salah satu daripada kuliah yang disampaikan oleh Syaikhuna Ahmad Fahmi Zamzam al-Banjari an-Nadwi al-Maliki hafizhohuLlah Ta'ala, dapat kita fahami beberapa perkara berkaitan usaha mencari guru yang mursyid:


Guru yang mursyid (dapat memimpin perjalanan ruhani) insya Allah masih ada pada zaman ini, namun kita sendiri hendaklah berusaha mendapatkannya kerana mereka bukanlah golongan komersial. 


Ada dua ciri utama yang perlu ada pada guru yang mursyid tersebut:


1) Mempunyai pertalian guru dengan masyaikh-masyaikh yang akhirnya sampai kepada Baginda Rasulullah shollallahu 'alaihi wa sallam.


2) Menjaga syariat Allah. Contohnya, dia hendaklah orang yang mendirikan solat fardhu, berpuasa, isterinya menutup aurat dengan sempurna dan lain-lain lagi.


Namun, bagi mereka yang memang ada halangan untuk mendapatkannya, ada alternatif yang dapat membantu:


1) Mengamalkan zikir

2) Membaca kitab karangan Hujjatul Islam Al-Imam Al-Ghazali rohimahullah ta'ala.


Kitab karangan Hujjatul Islam memang kitab yang membantu kita menyusun rutin ibadah kita, dalam perjalanan menuju akhirat, bertemu Allah.


Demikianlah serba ringkas catatan yang dapat dikongsikan. Mahu atau tidak mahu, perjalanan menuju Allah ini ( penyucian jiwa ) memang memerlukan guru yang benar bagi menunjukkan jalan.


Mudah-mudahan Allah Ta'ala memudahkan urusan kita, dipertemukan dengan para masyaikh yang benar dan ikhlas.


Khamis, 20 Januari 2011

Keutamaan Membaca Bismillah dalam Segenap Tindakan




Memulakan setiap tindakan dengan membaca bismillah ialah satu ibadah yang begitu besar kedudukannya kerana mengikuti apa yang dilakukan Allah subhanahu wa ta'ala sendiri dan juga satu sunnah Rasulullah shollallahu 'alaihi wa sallam yang amat mulia.


Selasa, 18 Januari 2011

Dunia yang Dicintai (oleh Syaikh Muhammad Al-Ya'qoubi)





Satu kisah yang menarik mengenai perbandingan tentang dunia yang disampaikan oleh seorang 'alim yang berketurunan Baginda Nabi Muhammad صلّ الله عليه وسلّم .

Untuk membaca biodata Syaikh Muhammad Al-Ya'qoubi, sila klik di sini.

Ahad, 16 Januari 2011

Memohon Nur daripada Allah




Al-Imam Hakim At-Tirmidzi: A man may have fear or hope according to his vision, but he can't see but according to the light available.
–Syaikh Muhammad Al-Ya'qubi.

Nur daripada Allah menyinari perjalanan hidup kita.

Oleh sebab yang demikian, tercatat pada doa yang dilafazkan semasa mendirikan solat tahajud permohonan bagi dikurniakan nur oleh Allah.

Adanya cahaya, kita dapat melihat apa yang berharga dan apa yang tidak berharga.

Dengan sinaran cahaya, kita tahu apa yang ada di depan perjalanan kita. Kita mampu untuk mengetahui di manakah letaknya bahaya dan di manakah tempat selamat untuk dilalui.

Ya Allah, kami memohon nur daripada-Mu.



Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...