Ulama Benteng

Ulama Benteng

Isnin, 30 Ogos 2010

Forum APIS, Jom Sertai




Salam kepada semua sahabat,

Kita dah mula giatkan forum kita: http://forum.apisbp.net/ Jom la mai ke sini selalu. Ajak sahabat-rakan yang lain. Macam-macam topik ada.

Jangan segan-segan. Kongsilah pendapat, idea, ilmu dan apa-apa info yang ada.

Insya Allah, benda ni sejajar dengan visi dan misi APIS:

Visi

Melahirkan Muslim Profesional Berasaskan Kefahaman Islam yang Syumul.

Misi

Persatuan Bekas Pelajar yang Beriltizam dengan Usaha Merealisasikan Generasi Rabbani.


Moga kita mendapat pimpinan dan bantuan Allah....insya Allah.

Ahad, 29 Ogos 2010

Sumber MP3 Bacaan Quran

Assalamu'alaikum

Adakah anda sedang mencari di laman internet mana boleh MP3 bacaan Quran boleh di'download' /dimuat turun secara percuma?

Insya-Allah, laman ini dicadangkan: http://www.mp3quran.net/eng/

Sangat banyak qari yang disenaraikan merangkumi pelbagai surah.

Kita boleh memilih mana satu yang kita mahu.

Insya-Allah semoga bermanfaat.

Mohon sebar-sebarkan kepada saudara-saudari umat Islam yang lain juga.

Isnin, 23 Ogos 2010

Tips Mencari Lailatul Qadar

Assalamu'alaikum kepada semua sahabat-rakan pembaca blog ini,

Insya-Allah, kita doa semoga Allah permudahkan segala urusan kita dan terima kesemua amalan kebaikan kita selama ini. Kita juga berdoa agar Allah memimpin kita, beri kemudahan, kekuatan dan keikhlasan dalam ber'ibadah dan insya-Allah semoga dipertemukan dengan Lailatul Qadar.

Nak cari beberapa tips dalam pencarian Lailatul Qadar?

Saya sertakan pautan ke laman berikut, untuk memudahkan kita membaca dan memahami beberapa catatan mengenai tips untuk berusaha mendapatkan Lailatul Qadar. Semoga bermanfaat.


Ibadah Rasulullah dalam Bulan Ramadhan

Artikel asal oleh: Ustaz Husni Ginting


(Artikel ini diambil daripada laman ini, dengan beberapa suntingan dan penambahbaikan oleh pengendali blog Pertemuan Agung ini.)


Bulan Ramadhan merupakan bulan yang penuh dengan rahmat, sebab itulah banyak dari kalangan umat Islam mengambil kesempatan untuk beribadah dan beramal pada bulan ini. Dalam menghidupkan bulan Ramadhan perlu kita ketahui bagaimana Rasulullah menghidupkan bulan Ramadhan yang penuh berkat ini.

Saya cuba untuk mengumpulkan berbagai-bagai macam hadis yang bersangkut paut dengan kehidupan Rasulullah s.a.w dalam bulan Ramadhan, tetapi tidak secara menyeluruh.

Adapun kegiatan dan ibadah Rasulullah pada bulan Ramadhan adalah sebagai berikut :


1 - Puasa

Antara ibadah yang Rasulullah laksanakan adalah puasa bulan Ramadhan.

Rasulullah bersabda :

عن عبد الله بن عمر رضي الله عنه : أن رسول الله صلى الله عليه وسلم ذكر رمضان

فقال : " لآتصوموا حتى تروا الهلال، ولا تفطروا حتى تروه .......الحديث


رواه البخاري رقم 1906


Ertinya: Dari Abdullah bin Umar r.a. beliau berkata:

Bahwasanya Rasulullah s.a.w. menyebutkan bulan Ramadhan dan bersabda:


"Janganlah kamu berpuasa sehingga kamu melihat anak bulan, dan janganlah kamu berbuka (Raya Aidil Fitri ) sehingga kamu melihat anak bulan."

( Hadis diriwayatkan oleh Bukhari no :1906 ).


Berkata Sayyidah `Aisyah :


أشهد على رسول الله صلى الله عليه وسلم إن كان ليصبح جنبا من جماع غير احتلام، ثم يصومه


Ertinya :

Aku bersaksi atas Rasulullah s.a.w. jikalau beliau ketika waktu subuh dalam keadaan junub bukan disebabkan mimpi ( tetapi disebabkan jima`), kemudian beliau berpuasa.

( H.R Bukhari no 1931 ).


2 - Bersahur


Sahur adalah memakan sesuatu untuk menguatkan ibadah puasa, bersahur merupakan amalan sunnah yang di galakkan Rasululah s.a.w., bagi seorang yang ingin melaksanakan ibadah puasa hendaklah semestinya bersahur sebelum sebelum fajar datang, sebab dapat membantu menguatkan tubuh dalam berpuasa.


Rasulullah bersabda :


إن فصل ما بينصيامنا وصيام أهل التاب أكلة السحر


رواه أبو داود رقم : 2343


Ertinya: Daripada Amr bin 'Ash beliau berkata: Rasulullah bersabda:

"Sesungguhnya perbezaan puasanya kita (umat Islam) dan ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) ialah makan ketika waktu Suhur."

(H.R Abu Daud no 2343 ).


Dari pada Anas bin Malik Rasulullah bersabda :


تسحروا فإن في السحور بركة

واه البخاري رقم : 1923


Ertinnya :

Hendaklah kamu bersahur sesungguhnya pada sahur itu terdapat keberkatan.

( H.R Bukhari no 1923 ).


Adab-adab sahur


a - Bersahur dengan tamar


Disunnahkan agar bersahur dengan tamar, walaupun kemudian memakan makanan yang lainnya, memakan makanan yang terdiri daripada nasi, roti tidak mengapa tetapi sebaiknya ditambah lagi dengan tamar sebagaimana Rasulullah bersabda :


نعم السحور المؤمن التمر


Ertinya :

Sebaik-baik sahurnya orang mukmin adalah memakan tamar.

( H.R Abu Daud no :2345 ).


b - Melambatkan masa bersahur


Sunnah hukumnya melambatkan makan sahur, sebab maksud sahur itu adalah membantu memperkuat tubuh guna melaksanakan ibadah puasa.


Dari Zaid bin Tsabit r.a. berkata :


تسحرنا مع رسول الله صلى الله عليه وسلم ثم قمنا إلى الصلاة ، قيل كم كان بينهما ؟ قال : خمسون آية


رواه البخاري ومسلم


Ertinya :

Kami bersahur beserta Rasulullah s.a.w. kemudian kami melaksanakan Shalat ( subuh), beliau ditanya , berapakah jarak antara sahur dan shalat subuh ?, beliau ( Zaid )berkata : sekedar membaca lima puluh ayat.

( H.R Bukhari no 1921 dan Muslim no : 1097 ).


3 - Berbuka puasa


Rasulullah s.a.w akan berbuka puasa jika matahari terbenam, dan menyuruh para sahabatnya berbuka puasa secepatnya, mereka berbuka puasa dengan apa adanya


a - Sunnah-sunnah dalam berbuka puasa


Disunnahkan bagi seorang yang berpuasa mempercepat buka puasa jika matahari telah terbenam dengan sempurna, dengan tanpa melambat-lambatkan, sebab Rasulullah bersabda :


لا يزال الناس بخير ما عجلوا الفطر


Ertinya :

Senantiasa manusia ( umat islam yang berpuasa ) dalam keadaan baik apabila mempercepat berbuka puasa.

( H.R Bukhari no : 1957 dan Muslim no : 1098 ).


b - Berdoa ketika berbuka puasa


Disunnahkan berdoa ketika berbuka puasa dengan doa yang telah diajarkan Rasulullah s.a.w.


أن النبي صلى الله عليه وسلم كان إذا أفطر قال : اللهم لك صمت وعلى رزقك أفطرت


Ertinya :

Bahwasnya Nabi s.a.w. apabila berbuka puasa maka dia berdoa : Ya Allah bagimulah puasaku, dan aku telah berbuka dengan rezeki yang engkau berikan.

( H.R Abu Daud no 2358 ).


4 - Memberi makanan untuk berbuka


Antara amalan yang selalu Rasullulah laksanakan adalah memberi bukaan puasa bagi orang berpuasa, hal ini sangat meringankan orang-orang miskin dan orang yang memerlukan, amalan ini sangat subur sekali di Mesir, biasanya amalan ini disebut juga Ma`idaturrahman, pahala memberi bukaan terhadap orang yang berpuasa sangat besar sekali sebagaimana Rasulullah bersabda :


من فطّر صائما كان له مثل أجره غير أنه لا ينقص من أجر الصائم شيئا


Ertinya :

Barangsiapa yang memberi makan ( untuk buka puasa ) orang yang berpuasa maka baginya pahala seperti pahala orang yang berpuasa tersebut tetapi tidak mengurangkan sedikitpun pahala puasa orang yang berpuasa itu.

( H.R Tirmizi no : 807 ).


5 - Mendoakan orang yang memberi bukaan puasa


Disunnahkan bagi orang yang diberi bukaan puasa mendoakan orang yang memberi bukaan puasa, sebab Rasulullah senantiasa mendoakan orang yang memberikannya bukaan puasa sebagai mana yang telah disebutkan Imam Abu Daud di dalam sunannya :


عن أنس رضي الله عنه قال : أفطر عندكم الصائمون وأكل طعامكم الأبرار وصلت عليكم الملائكة

رواه أبو داود


Ertinya :

Telah berbuka puasa orang-orang di tempatmu, dan orang-orang baik telah memakan makanan kamu, dan para malaikat telah mendoakan kamu.

( H.R Abu Daud no : 3854 ).


6 - Solat Taraweh


Dalam bulan Ramadhan Rasulullah selalu melaksanakan solat sunnah taraweh, dan menganjurkan agar kita senantiasa melaksanakan solat malam sebagaimana sabda beliau :


عن أبي هريرة قال أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : من قام رمضان إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه وما تأخر


Ertinya :

Barangsiapa yang melaksanakan solat malam ramadhan karena keimanan dan mengharap pahala maka diampunkanlah dosa-dosanya yang telah lewat.

( H.R Bukhari no : 2009 ).


7 - Menjaga Lailatu al-Qadar


Disunnahkan bagi seorang muslim untuk tetap berjaga-jaga dengan malam Lailatu al-Qadar yang penuh dengan rahmat dan berkat, malam yang lebih baik dari seribu bulan sebab itulah Rasulullah menggalakkan umatnya mencari malam lailatu al-qadar ketika malam-malam ganjil sebagai mana sabda beliau :


عن عائشة رضي الله عنه قالت : أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : تحروا ليلة القدر في الوتر من العشر الأواخر من رمضان


Ertinya :

Hendaklah kamu mencari malam qadar itu pada malam yang ganjil ketika sepuluh malam terakhir ramadhan.

( H.R Bukhari no : 2017 ).


8 - Ber`itikaf


Antara amalan yang selalu Rasul jaga adalah beri`tikaf pada sepuluh malam terakhir Ramadhan sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar beliau berkata :


كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يعتكف العشر الأواخر من رمضان


Ertinya :

Adalah Rasulullah selalu beri`tikaf pada pada sepuluh malam terakhir bulan ramadhan.

( H.R Bukhari , no : 2025 ).



Rujukan :


1 - Sohih Bukhari , karangan Imam Abu Abdillah Muhammad bin Ismail al-Bukhari, terbitan Dar Salam Lin-Nasyri Wa Tauzi`, Riyadh, terbitan kedua 1419-1999.


2 - Sohih Muslim , karangan Imam Abu al-Husein Muslim bin al-Hajaj al-Qusyairi an-Naisaburi, terbitan Alfa Cairo, cetakkan pertama 1429-2008.

3 - Sunan Abu Daud, karangan Imam Abu Daud Sulaiman bin al-Asy-`ats as-Sijistani, terbitan Dar Fikr, cetakan pertama 1426-2005.


Sumber :http://allangkati.blogspot.com

Ahad, 22 Ogos 2010

Simbol bagi Singkatan (Latin symbols for abbreviation)

Assalamu'alaikum,

Secara ringkas, saya rasa tertarik untuk berkongsi sedikit info tentang beberapa simbol bagi singkatan yang sering digunakan dalam teks akademik. Mudah-mudahan dengan mengetahuinya, kefahaman kita dalam bacaan teks akademik (dalam disiplin ilmu masing-masing) akan bertambah.


(Bahagian kiri ialah simbol bagi singkatan, manakala bahagian kanan ialah maksudnya.)

eg for example
ie that is ..., used to explain what the previous idea means (not for examples)
cf to compare with or compared with
NB important note
viz someone or something just referred to - a previous reference, namely, ...
et al an others, or all of us
Ibid. same reference as the previous one
etc and so on, and so on


Alhamdulillah, setelah mengikuti beberapa kursus/subjek bahasa Inggeris di Universiti Adelaide (yang dirangka khusus kepada pelajar antarabangsa) saya semakin menyedari keperluan kita untuk menggunakan bahasa yang baik dan kaedah penulisan dan penyampaian yang bersesuaian dalam menyampaikan sebarang mesej atau komunikasi.

Mengapa?

Pastinya adalah untuk mendapatkan keberkesanan penyampaian maklumat tersebut, supaya orang yang mendengar, orang yang membaca dapat faham dengan baik apa yang kita nak sampaikan.

Semoga bermanfaat.

Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...