Ulama Benteng

Ulama Benteng

Rabu, 23 Julai 2014

Mencari Keberkatan Rezeki

Mencari Keberkatan Rezeki

In syaa Allah, dengan berusaha bertawakkal kepada Allah kerana-Nya mencari rezeki serta menggunakannya, ada beberapa perkara yang boleh kita buat untuk menambah keberkatan pada rezeki kita, seawal kita menerima gaji/bayaran:

- Menunaikan hak memberi nafkah kepada tanggungan spt anak-anak dan isteri

- Memberikan hadiah pemberian kepada ibu bapa

- Menunaikan kewajipan zakat (yang memenuhi syaratnya)

- Membayar hutang - ansuran bulanan sebagaimana termaktub dalam perjanjian untuk rumah, kenderaan dan seumpamanya

- Membayar segala bentuk hutang lain yang ada

- Membayar apa-apa yuran selenggara, cukai, dan seumpamanya yang menjadi kewajipan kita bagi kemaslahatan umum

- Memberikan sumbangan bantuan kepada saudara-saudara seagama kita yang sangat memerlukan - seperti mereka di Palestin-Gaza, Syria (di luar negara) dan di dalam negara dan seumpamanya

- Menyalurkan infaq-sedeqah untuk tujuan waqaf, kerja-kerja dakwah pada jalan Allah, masjid-surau dan seumpamanya

- Mafhum didikan ulama kepada kita bahawa:

Sedekah yang sangat besar ganjarannya adalah pada masa kita berasa kita senang, bakhil dan berangan-angan untuk kaya.

Sedeqah tidak akan mengurangkan sedikit pun harta kita.

Setiap satu sedeqah kita akan dibalas secara pasti minimum dengan gandaan sepuluh dan disimpan selamat rapi menjadi milik kita yang in syaa Allah akan kita terimanya di akhirat nanti.

Sedeqah menyuburkan harta, memberikan ketenangan, membuka pintu rezeki lagi.

Mohd Ikhwan Zhaki II

Selasa, 10 Jun 2014

Ikat Diri dengan Bacaan Quran

Sama-sama sentiasa buat terbaik utk terus istiqamah dengan Al-Quran. =)

Sikap culas dan sentiasa mahu mengelak daripada membaca dan mengulang Al-Quran akan semakin lama menyebabkan kita semakin jauh daripada Al-Quran. (Hafazan) dan rahmat keberkatan Al-Quran semakin hilang daripada kita. Hati kemudiannya akan mula beroleh ruang dimasuki perkara sia-sia dan dosa serta keburukan lain.

Khamis, 15 Mei 2014

Kesyukuran Bagi Pernikahan Ikhwan dan Ustazah Atiqah

Assalamualaikum kepada semua sahabat pembaca blog saya yang dimuliakan dan dikasihi kerana Allah,

Besar hati saya pada kali ini untuk memaklumkan kepada anda semua berkenaan pernikahan saya kelak.








Alhamdulillah dan in syaa Allah, dengan izin dan kurniaan-Nya saya akan mendirikan rumah tangga dengan bakal pasangan pilihan hati saya, bakal permaisuri hati dan bidadari solehah penyejuk mata, pendamping (rofiqah) paling qoribah dalam perjalanan menuju Allah. Beliau ialah Al-Ustazah Nurul Atiqah binti Razali Al-Muqriah / Al-Hafizah hafizhohaAllah.

Akad nikah dan walimatul urus sebelah pengantin perempuan in syaa Allah akan diadakan pada Sabtu 2 Sya'ban 1435 31 Mei 2014 di Kuala Terengganu, Terengganu.

Walimatul urus sebelah saya pula akan diadakan di Dewan Tunku Putra Pekan Kuala Nerang, Kedah pada hari Sabtu 9 Sya'ban 1435 7 Jun 2014 bermula 12 tengah hari.

Saya dengan ini penuh kesyukuran memaklumkan kepada anda semua dan seluruh muslimin muslimat yang mengenali saya secara langsung atau tidak langsung berkenaan pernikahan kami ini dan menjemput kepada mana-mana daripada kalian yang berkesempatan untuk hadir ke majlis kesyukuran kami kelak di Kuala Nerang, Kedah.

Syukur kepada Allah yang mengizinkan saya mengamalkan ilmu dan tips berkenaan pernikahan sehingga ditemukan dengan jodoh impian saya setelah sekian lama. Kami dipertemukan dengan asbab sahabat perantaraan yang menuntut di Universiti Al-Azhar Asy-Syarif, Mesir. Bakal permaisuri hati saya merupakan lepasan Institut Quran Terengganu (IQT) / Maahad Tahfiz Negeri Terengganu dan Universiti Hasan II Morocco. Kini beliau dalam peringkat sarjana Usuluddin di Universiti Malaya Kuala Lumpur.

Sahabat-rakan semua,

Terima kasih atas sokongan dan doa kalian. JazaakumuAllah khair al-jazaa',

Mohon kalian sudi berterusan mendoakan kebaikan kami dan umat Islam seluruhnya secara umumnya. Moga dengan gandingan tenaga dan kasih kami berdua, akan terus meningkat khidmat dan perjuangan untuk agama ini secara khususnya dalam aspek berhubung ilmu-ilmu agama dan hifzul Quran.

Mudah-mudahan kita semua terus berukhuwwah kerana-Nya hingga ke akhirat.



Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kami ucapkan kepada:

       - kedua-dua ibu bapa, kakak-kakak, adik-adik, abang-abang ipar, ibu-bapa saudara, datuk-nenek,

         dan seluruh ahli keluarga secara umumnya
       - para masyaikh, asatizah, guru, pensyarah, pendidik
       - para jiran   
       - sahabat-rakan-kenalan seperjuangan
       - sahabat-rakan-kenalan sepengajian

       - sahabat-rakan-kenalan kerja

       - dan secara umumnya muslimin-muslimat dan mereka yang tidak mampu disebutkan semuanya
         secara terperinci dan tepat di sini
atas segala jasa baik, sokongan, doa, tunjuk ajar dan kebaikan umum kalian kepada kami.

Semoga Allah mengurniakan anda sebaik-baik balasan.










Ahad, 23 Mac 2014

Kami Akan Mendirikan Masjid

Assalamualaikum sahabat-rakan pembaca,

In syaa Allah, saya dan bakal isteri akan mendirikan masjid kerana Allah, menghidupkan sunnah Baginda Rasulillah sollaAllahu alaihi wa aalihi wa sohbihi wa sallam dalam pernikahan.

Kelak, kami akan kongsikan maklumatnya.

Mohon anda semua sudi mendoakan kebaikan kami.

Alhamdulillah, saya banyak mengambil manfaat dan mengamalkan catatan saya sebelum ini berkenaan pernikahan dalam Islam.

Rabu, 12 Mac 2014

Utamakan Perhatian kepada Perkara Utama

Healthy heart beat


Sekadar hiasan

Apa-apa jua kewajipan dan tugasan utama kita, maka hendaklah kita berikan tumpuan dan perhatian terbaik.

Seumpamanya tanggung jawab anak kepada ayah dan ibunya.

Maka, perhatian utama hendaklah diberikan. Contoh: jika si ibu cuba berhubung melalui panggilan telefon atau SMS, maka dengan segera yang mungkin dan mampu, hendaklah diberikan balasan dan respon tanpa membiarkan dalam tempoh yang lama, sehingga si ibu itu tertanya-tanya, tertunggu-tunggu, dan sebagainya.

Banyak lagi dalam konteks lain, seperti perhatian murid kepada guru, perhatian suami kepada isteri, perhatian isteri kepada suami.

Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...