Ulama Benteng

Ulama Benteng

Isnin, 31 Ogos 2015

Qiamullail - Ibadah Bangun Malam

Dipetik daripada artikel yang dikongsikan:
Qiyamullail merupakan solat sunnah yang paling utama setelah solat wajib yang 5 waktu.

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: سئل رسول الله صلى الله عليه وسلم: أي الصلاة أفضل بعد المكتوبة؟ قال: (الصلاة في جوف الليل)



Dari Abu Hurairah radhiyallahu anhu, ia berkata Rasulullah ﷺ  pernah ditanya:

 “Solat apakah yang paling utama setelah solat fardhu lima waktu?”

Baginda menjawab: “Solat yang paling utama setelah solat fardhu adalah solat di tengah malam.”
                                                                             (Diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari dan Muslim)


Sabda Rasulullah :





“Hendaklah kamu melakukan solat malam kerana ia adalah kebiasaan orang-orang soleh sebelum kamu, ia sebagai amal taqorrub bagi kalian kepada Allah, menjauhkan dosa, dan penghapus kesalahan.”

(Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi (no. 3549), al-Hakim (I/308), dan al-Baihaqi (II/502), dari jalan Shahabat Abu Umamah al-Bahili radhiyallaahu anhu)


Dari Jabir bin ‘Abdillah, Rasulullah   bersabda,

إِنَّ فِى اللَّيْلِ لَسَاعَةً لاَ يُوَافِقُهَا رَجُلٌ مُسْلِمٌ يَسْأَلُ اللَّهَ خَيْرًا مِنْ أَمْرِ الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ إِلاَّ أَعْطَاهُ إِيَّاهُ وَذَلِكَ كُلَّ لَيْلَةٍ

“Pada malam hari terdapat suatu waktu yang tidaklah seorang muslim memanjatkan do’a pada Allah berkaitan dengan dunia dan akhiratnya bertepatan dengan waktu tersebut melainkan Allah akan memberikan apa yang ia minta. Hal ini berlaku setiap malamnya.”

(HR. Muslim no. 757)

Dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda,

يَتَنَزَّلُ رَبُّنَا تَبَارَكَ وَتَعَالَى كُلَّ لَيْلَةٍ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا حِينَ يَبْقَى ثُلُثُ اللَّيْلِ الآخِرُ يَقُولُ مَنْ يَدْعُونِى فَأَسْتَجِيبَ لَهُ ، مَنْ يَسْأَلُنِى فَأُعْطِيَهُ ، وَمَنْ يَسْتَغْفِرُنِى فَأَغْفِرَ لَهُ

Rahmat Tuhan kita tabaroka wa ta’ala turun setiap malam ke langit dunia hingga tersisa sepertiga malam terakhir, lalu Dia berfirman:

“Siapa yang berdoa pada-Ku, Aku akan memperkenankan doanya. Siapa yang meminta pada-Ku, pasti akan Kuberi. Dan sesiapa yang meminta ampun pada-Ku, pasti akan Kuampuni.”

(
HR. Bukhari no. 6321 dan Muslim no. 758)



Sedangkan kegagalan untuk tidak dapat bangun untuk  melakukan Qiyamulail dikaitkan dengan dosa.

Al-Imam Hasan Al-Basri pernah menegaskan:

“Sesungguhnya orang yang telah melakukan dosa, akan terhalang dari Qiyamullail.”

Ada seseorang yang bertanya: “Aku tidak dapat bangun untuk untuk qiyamullail, maka beritahukanlah kepadaku apa yang harus kulakukan?”

Beliau menjawab:

“Jangan engkau bermaksiat (berbuat dosa) kepada-Nya pada waktu siang, nescaya Dia akan membangunkanmu di waktu malam.”(Tazkiyyatun Nufus)

Rasulullah bersabda:

”Tidak akan masuk syurga orang yang dalam hatinya ada sifat sombong, walaupun hanya seberat biji sawi.”
                                                                                                                                                     (HR Muslim)


Sumber MP3 Bacaan Al-Quran Atas Talian

Ikut Maqra (1/8 Juzuk) http://www.quranpagesmp3.com/quraters/equrtr1_mp3.php

Ikut Juzuk : http://aswaatulqurraa.com/

Rabu, 12 Ogos 2015

'Add favourite 3rd party account' Untuk Infaq Jalan Allah




Jom mula 'add favourite 3rd party account' smile emoticon

-untuk mudahkan pindahan wang infaq/sedeqah/wakaf/derma pada jalan Allah, pada setiap bulan

- lebih pantas kerana apabila sudah jadi favourite 3rd party account, tak perlu kepada pengesahan TAC

- kita bekerja dalam bidang profesional, tidak berkesempatan berjuang berkhidmat secara amali dekat dan khusus dalam lapangan kebajikan, dakwah, pendidikan, tarbiyah? Maka kita dapatkan peratusan saham pahala kita dalam bidang tersebut dengan sumbangan dana kita.

- setiap wang dan harta yang kita belanja pada jalan kebaikan dengan ikhlas kerana Allah, maka balasannya minimum 10 kali ganda pahala (dan maksimumnya terserah kepada Allah, Dia tak pernah berkurangan kekayaan khazanah kurniaan-Nya, Dia tak kedekut dan berkira dengan hamba-Nya beriman yang dikasihi)

- Sedeqah/infaq/derma dll yang ikhlas secara RAHSIA, in syaa Allah akan memberi peluang kepada pelakunya menerima pengiktirafan kemuliaan di bawah naungan arasy Allah di akhirat nanti.

- HARTA MILIK KITA YANG SEBENAR adalah setiap wang dan harta yang kita belanja pada jalan kebaikan dengan ikhlas kerana Allah

- PAHALA KITA YANG BERTERUSAN WALAU SELEPAS KITA MATI adalah setiap wang dan harta yang kita belanja pada jalan kebaikan (sedeqah jariah) dengan ikhlas kerana Allah


- kesungguhan menyenaraikan favourite recipient bank account menunjukkan kita sudah ada niat dan azam untuk sedeqah/infaq kerana-Nya, yang ketika berniat sudah pun dikira beroleh pahala.

Semoga Allah menerima amalan kita semua.

Usaha Sambung Pengajian Ilmu Agama





In syaa Allah menunggu keputusan permohonan masuk program Ijazah Sarjanamuda Pengajian Islam UKM secara pengajian berterusan jarak jauh, akan diumumkan pada Selasa depan 18 Ogos 2015.

Berdoa yang terbaik dan agar dipermudahkan segalanya. Saya turut berhubung dengan pegawai yang mengurus pendaftaran, mengenai urusan rayuan jika permohonan diperlukan.

Selebihnya jika belum berpeluang menuntut di UKM, saya in syaa Allah akan teruskan untuk sahkan penerimaan tawaran pengajian Usuluddin di Kolej Dar Al-Hikmah Kajang.

Mudah-mudahan usaha kita belajar ilmu yang bermanfaat menjadi amal ibadah soleh yang diredhai Allah. Masa banyak diperuntukkan sepanjangnya belajar dan berhubungan dengan ilmu mulia, dapat bertemu, berkenalan, bergaul dan mengambil manfaat daripada orang-orang soleh dan berilmu.

Hati-hati Berkongsi Gembira





Suatu realiti. Luahan hati sahabat kita.

Ya, berpada-padalah ketika kongsi gambar dan berita kita gembira ada nikmat Allah. Kerana di luar sana masih ramai yang tak merasa seperti kita. 

Kita mungkin rasa apa kita buat ok, tapi kita tidak tahu apa yang mereka rasa dan fikirkan. Boleh jadi makan hati di dalam. Boleh bawa rasa tidak selesa. Rasa mereka ketinggalan. Takut nanti, boleh bawa kepada rasa sangka buruk kepada Allah, rasa putus asa.

Maka, guna pertimbangan akal. Sesuaikan cara, kekerapan kita berkongsi.

Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...