Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Ahad, 28 April 2013

Mari Membaiki Kesyukuran


Apabila mata hati semakin dibukakan untuk melihat keagungan dan kasih sayang Allah kepada hamba-Nya, maka kita akan semakin merasai betapa amat bertuahnya kita dikurniakan dengan segala kurniaan yang terbaik daripada Allah yang menjadi Pemilik bagi diri kita. Sungguh terlalu banyak dan tidak terhitung semua nikmat tersebut. Tak mampu nak dibayar dengan ibadah kita, sedangkan kita masih lagi ada kekurangan dan kelalaian dalam ibadah wajib kita. Kita tidak sedar dan mungkin mengambil mudah (take for granted) terhadap semua nikmat itu.

Apabila tiba pada saat-saat sedemikian, maka mulalah rasa keinsafan dan kekesalan yang begitu mendalam terhadap kesilapan lalu yang tidak mengitu menghadirkan kesyukuran sebagai hamba-Nya. Hati rasa sayu, sedih, hiba mengenangkan sikap diri terhadap Tuhan yang sungguh telah banyak rahmat-Nya mengatasi murka-Nya.

Maka kesedihan hati itu mula membawa kepada mata mula mengalirkan air mata. Air mata yang diharapkan mencurah-curah kerana Allah. Jangan tahan air mata sebegini. Kerana air mata ini adalah suci.

Mari semakin membaiki kesyukuran kita. Puncak kesyukuran adalah dengan melaksanakan kewajipan yang diperintahkan Allah dan meninggalkan larangan Allah.   
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Insya ALLAH, komentar ada dihargai demi menyuburkan budaya ilmu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...