Ulama Benteng

Ulama Benteng

Selasa, 5 Januari 2016

Keyakinan dan Barokah daripada Pengajian Para Ulama Berkeahlian




Keyakinan dan Barokah daripada Pengajian Para Ulama Berkeahlian, Mewakili Pegangan Majoriti Ulama Islam, Menekankan Adab

Sungguh-sungguh kita nyatakan, keyakinan dan berkat ilmu itu in syaa Allah diambil daripada para ulama Islam, ulama ukhrawi yang mereka sendiri melazimi pengajian dengan para ulama Islam yang memegang dan membawa kefahaman majoriti ulama Islam (Ahlus Sunnah Wal Jama'ah - dari sudut aqidah merujuk kepada Ashairah dan Maturidiyah, dari sudut fiqh merujuk kepada mazhab Hanafi, Maliki, Syafie, Hanbali). Mereka juga telah diakui akhlak, adab, hikmah mereka dalam tindakan.

Kita nyatakan dengan sangat komited dan serius bahawa kita mengutamakan ilmu yang diajarkan oleh para pendakwah, tenaga pengajar, penulis dan seumpamanya mereka sendiri yang berguru dengan para guru berautoriti daripada jalur kefahaman yang muktabar, majoriti, dan kukuh diwarisi ribuan para ulama besar zaman-berzaman. Mereka bukannya hanya mengkaji sendiri tanpa bimbingan ahli berkelayakan.

Kita menekankan bahawa sebarang pengajaran dan penulisan ilmu yang hanya berdasarkan pembacaan sendiri, tiada muzakarah, tiada terlibat dengan pembelajaran dengan guru-guru muktabar secara konsisten : hal ini lebih dikhuatiri mempunyai lebih banyak kesilapan, kurang kematangan ilmu, hanya tahu dan menceduk daripada permukaan sahaja, tidak mendasar, dan lebih terdedah kepada hanyut dalam isu khilafiah, merugikan masa umat Islam, mengelirukan orang awam.

Sesiapa sahaja, termasuk kita sendiri, sama ada terdiri daripada selebriti, pendakwah selebriti, penyanyi, public figure, pemikir falsafah, pengkaji politik, penulis popular, tenaga profesional, pemain bola sepak antarabangsa dan lain-lain lagi : bercakaplah mengikut kawalan kemampuan penguasaan masing-masing. Jangan sesekali menyeberangi sempadan.

Jika sesuatu perkara itu adalah di luar penguasaan kita, maka katakan saja dengan jujur serta sepenuh hati : Saya tidak tahu!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Insya ALLAH, komentar ada dihargai demi menyuburkan budaya ilmu.

Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...