Ulama Benteng

Ulama Benteng

Selasa, 25 Julai 2017

Dimudahkan, Dimuliakan Kematian dengan Husnul Khatimah

Dimudahkan, Dimuliakan Kematian dengan Husnul Khatimah

Allah memuliakan para hamba-Nya yang ikhlas dalam beramal. Dijemput kematian dalam keadaan yang mulia.

Kisah kematian seorang muazin yang ikhlas melaungkan azan. Beliau sudah lanjut usianya. Kesungguhan beliau dalam azan, walaupun tidak dengan suara merdu. Sehingga penduduk tahu suaranya dan kenal.

Pada ketika hampir akhir usianya, beliau mengarahkan kepada anaknya supaya memanggil jemaah solat untuk hadir ke rumahnya. Katanya beliau sudah tidak lama lagi akan pergi.

Ketika jemaah di rumahnya, beliau meminta mereka membacakan al-Quran Surah Yasin kepada beliau. Beliau juga meminta imam hadir dekat dengannya untuk mengajarkan beliau mengucap “Laa ilaaha illaLLah”. Selesai bacaan Yasin, beliau menghembuskan nafas terakhirnya.

Catatan tazkirah,
sementara menanti solat Isyak berjamaah di Masjid Sg Ramal Luar, Kajang tadi,
ustaz yang menyampaikan kuliah menggunakan kitab Ihya’ Ulumiddin karangan Hujjatul Islam Al-Imam Al-Ghazali rohimahuAllah.

Mohd Ikhwan Ahmad Zhaki

2 Zulqaidah 1438, 24 Julai 2017

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Insya ALLAH, komentar ada dihargai demi menyuburkan budaya ilmu.

Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...