Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Selasa, 14 Ogos 2018

Ujian Lisan STAM Calon Persendirian

Ujian Lisan STAM Calon Persendirian di Pondok Moden Abaqirah MAIWP Batu Caves Kuala Lumpur

1) Calon akan diberikan giliran. Setiap satu sidang dalam jangka masa 2 jam kepada 4 orang calon. Anggaran masa 30 minit bagi setiap calon. Sidang pagi jam 8.00-10.00, 10.30-12.30. Sidang petang jam 2.00-4.00 petang

2) Calon hadir dan daftar kepada pengawas peperiksaan, kemudian tunggu di dalam bilik menunggu.

3) Dalam bilik ujian ada dua orang penilai.

4) Kesemua arahan dalam bahasa Arab formal (fusha)

5) Bermula dengan soalan bacaan hafazan Quran beserta tajwid, ada empat soalan. Masing-masing dari soalan Surah Luqman, Sajdah, Saba' dan Fatir. Ada soalan yang perlu dijawab dengan cara ulang bacaan dan sambung, ada yang baca sambung dari bacaan penilai. Calon akan menjawab dengan membaca kira-kira 2-3 ayat sebelum dihentikan oleh penilai.

6) Diteruskan dengan 3 soalan hafazan hadis Nabi sollaAllahu alaihi wa sallam. Penilai akan mula membaca hadis dengan disebutkan nama periwayat dan sebahagian awal teks hadis. Kemudian calon akan mengulang dan sempurnakan.

7) Selepas itu,soalan petikan teks tanpa baris. Calon diberi masa 2 minit untuk baca sendiri (iqra' binafsik daqiqatain). Banyak kalimah yang merupakan kalimah tahap tinggi. Kemudian diteruskan dengan soalan kefahaman terhadap teks kira-kira 2-3 soalan.

8) Disusuli soalan berkenaan pengenalan diri. Kampung di mana? Bagaimana untuk sampai ke kampung?

9) Selanjutnya, soalan berkenaan kaedah bahasa Arab. Bagaimana cara nak maklumkan rakan berkenaan pusat perniagaan? Apa yang akan anda buat untuk pergi ke pameran buku? Buat ayat menggunakan kalimah ba-la-gha.

10) Diakhiri dengan soalan perbualan. Antara tajuknya keutamaan ilmu dalam mendidik umat.

Selesai

Selepas ini, pembentangan-perbincangan berkenaan hasil kajian kerja kursus dalam subjek Adab Nusus dan Balaghah.

Ma sya Allah, apa yang zahir di sebalik semua ini adalah kerinduan kepada Baginda Nabi kita sollAllahu alaihi wa sallam, Bagindalah sumber segala ilmu ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Insya ALLAH, komentar ada dihargai demi menyuburkan budaya ilmu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...