Ulama Benteng

Ulama Benteng

Ahad, 10 Mei 2020

Dakwah Ustaz Ebit Lew



Gambar daripada Facebook page Ebit Lew


Ust Ebit Lew - contoh amat jelas individu yang walk his talk.

Dalam ilmu da'wah, manhaj/uslub beliau boleh dirujuk sebagai manhaj/uslub 'atifi, pendekatan emosi. Beliau sendiri mudah menangis, saya sendiri basah mata apabila menonton video-video beliau buat. Begitu juga penonton yang lain. Insya-Allah, hati beliau bersih dan dekat jiwa kepada Tuhan. Dari hati sampai ke hati penonton. Kita sedikit pun tak terasa unsur show off, brag dan seumpamanya. Bahkan, dengan ada video dan gambar usaha-usaha beliau, kesannya kuat kepada kita untuk insaf dan sama-sama usaha bantu.

Da'wah bil hal. Tindakannya, tutur katanya dan lain-lain lagi menarik perhatian dan disetujui segenap rakyat Malaysia merentasi perbezaan bangsa dan agama - hatta rakyat Singapura dan Indonesia sendiri mengikutinya. Orang dapat melihat keindahan akhlaknya, faham mesej yang cuba disampaikannya tanpa beliau banyak berucap panjang lebar dengan pelbagai dalil.

Ust Ebit Lew pernah lalui zaman kesusahan hidup. Pendapatan terhad. Diberikan kepada arwah ibunya. Pernah dapat RM 2 diberikan orang dan beliau sangat gembira dan hargainya. Beliau sangat memuliakan dan berkhidmat kepada mak dan ayahnya. Hatta sekarang, beliau tetap niatkan agar pahala yang ada dari usahanya dijadikan hadiah kepada arwah ibunya. - Berkat hidup luar biasa apabila taat dan khidmat kepada ibu bapa.

Ust Ebit Lew pernah merasai keperitan hidup. Oleh itu, beliau dapat rasai kesusahan orang yang dibantunya. Pantas tindakannya. Dalam sehari, dalam beberapa hari berjaya dipindahkan ke rumah baru.

Allah kurniakan rezeki luas kepada beliau. Berkat usahanya juga. Penceramah dan penganjuran kursus motivasi. Penulisan buku yang begitu laris. Perniagaan baju Elews Design. Restoren Paramount. Komisyen dan pendapatan daripada siaran TV, siaran YouTube dan Facebook. Bantuan beliau sepanjang PKP daripada wang sendiri sudah mencecah jutaan ringgit. Pergerakan beliau mendapat kebenaran PDRM.

Ust Ebit Lew amat pemurah. Beliau bayarkan sewa dan utiliti rumah individu dibantunya. Dibeli barang keperluan. Dalam aspek lain, beliau salurkan sumbangan makanan dan bantuan lain.

Hadis Nabi Muhammad sollaAllahu alaihi wa sallam menyebutkan, dengan maksud mafhum: bagi mereka yang membelanjakan harta kerana Allah ( dan contohnya membantu orang lain), ada malaikat yang mendoakan agar diberikan ganti kepada belanja itu. Dari situ, harta terus berkembang, bertambah subur dan sihat.

Sosok tubuh Ust Ebit Lew membawa kita ingat kepada individu besar dalam kalangan sahabat Nabi Muhammad sollaAllahu alaihi wa sallam yang kaya dan dermawan : Saiyyiduna Uthman dan Saiyyiduna Abdul Rahman bin Auf rodhiyaAllahu 'anhuma.

Sebahagian aktivis dan ahli politik apabila turun ke padang memberi bantuan kepada orang, selalunya ditunjukkan sekali label namanya, logo parti politik. Berkemungkinan motifnya agar rakyat kenang dan akan sokong serta undi mereka dalam pilihan raya.

Namun fenomena Ustaz Ebit Lew adalah fenomena segar, lebih asli, genuine dan jauh daripada kebiasaan orang politik. Terasa lebih dari hati apa yang dilakukan beliau. Beliau tak perlu pun meraih sokongan undi pada pilihan raya akan datang.

Kita juga ada ruang untuk bantu. Mungkin tak sekuat Ust Ebit Lew dapat turun ke lapangan. Ust sediakan nombor akaun pertubuhan, yang urusan keluar masuk ada auditor. Jadi selamat daripada fitnah penyelewengan duit.

CIMB 8603546376 Pertubuhan Kasih Umat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Insya ALLAH, komentar ada dihargai demi menyuburkan budaya ilmu.

Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...