Sumber gambar hiasan.
Salaam kepada semua,
Pada entri ini, saya secara ringkas ingin berkongsi satu sumber online yang dapat dimanfaatkan untuk pembelajaran perkara berkaitan business studies. Saya dapati bahawa laman ini menyediakan sumber yang sangat baik.
Laman tersebut ialah: http://www.thetimes100.co.uk/
Mengapa membaca, memahami dan mempelajari business studies?
Tuntasnya, cadangan saya ialah:
- Persiapan bagi menghadiri temuduga kerja yang secara umumnya dapat dikatakan akan menguji calon dengan pelbagai aspek berkaitan business, penyelesaian masalah dan lain-lain.
- Menambah dan meluaskan ilmu pengetahuan mengenai kemahiran pengurusan dan perniagaan, cara peningkatan hasil kerja dan lain-lain yang secara tidak langsung dapat diaplikasi dalam berbagai-bagai aspek kehidupan. Contoh yang saya berikan, dengan mengkaji business case studies tersebut, sedikit sebanyak kita dapat mempelajari langkah untuk menjimatkan kos operasi, meningkatkan motivasi kerja, menaikkan kadar keberhasilan kerja dan menyusun atur dan memanfaatkan kepelbagaian kemahiran dalam satu organisasi. Aplikasinya dapat juga kita laksanakan dalam gerak kerja berpersatuan. lebih-lebih lagi dalam usaha dakwah yang digerakkan secara ikhlas dan membabitkan satu kumpulan manusia.
Insya-Allah, dengan melihat kebaikan ilmu dan kefahaman dalam kerangka yang lebih luas kita akan berupaya untuk sentiasa meningkatkan pencapaian dalam segenap tindakan. Falsafah yang terkandung dalam satu-satu bidang atau disiplin ilmu sebenarnya dapat diguna pakai dalam aspek kehidupan yang lain.
Semoga ilmu dan kefahaman yang kita cari memberikan manfaat yang berterusan.
Al-Faqir ilaLLah Al-Ghaniy
Mohd Ikhwan Ahmad Zhaki
The Village, Adelaide, Australia.
Salam, trimas atas perkongsian :)
BalasPadamSalam, sama-sama Arif. Macam mana akademik anta?
BalasPadamMoga dimudahkan oleh Allah.
Ramadhan Karim. =)