Ulama Benteng

Ulama Benteng

Khamis, 5 Ogos 2010

Semester 2 Tahun 2


Bersama (dari kiri) Syed Marwan, ayahanda, penulis blog, dan Rozairee. (turut bersama Akh Hanis yang mengambil gambar ini.) Meraikan ziarah ayahanda ke Australia pada Julai yang lalu.
Berada di kawasan salji, Lake Mountain, Victoria kira-kira 90 km dari bandar Melbourne.


Salam kepada semua sahabat-rakan pembaca blog ini,

Alhamdulillah. Puji dan puja kita panjatkan ke hadrat Allah Ta'ala. Rasanya, tak putus-putus nikmat Allah dicurahkan kepada kita.

Serba ringkas:

  • Saya sudah pun memasuki semester 2 tahun 2. Ini bermakna, sesi pengajian saya berbaki 3 semester lagi (setahun setengah, dan insya Allah akan tamat belajar pada November 2011).
  • Keputusan peperiksaan semester lalu memang meningkat dengan signifikan. Alhamdulillah. Makin faham dan sedar akan hukum alam: sesiapa yang berusaha dengan cara yang betul, insya Allah pasti dia akan berjaya. Lihat sahaja sifat Maha Pemurah Allah, bagi orang-orang kafir sekalipun, andai mereka berusaha dan mematuhi hukum alam (sunnatullah) pasti mereka akan berjaya. Perkara ini lebih menjadi jelas kepada saya apabila melihat markah rakan-rakan sepengajian, ada yang mencecah lingkungan 96% daripada 100%.
  • Pasti dan perlu bagi kita untuk menilai dan menyusunaturkan segala keutamaan dan keperluan kita. Segala gangguan yang menghilangkan fokus kepada keutamaan kita perlu dijauhi.
  • Insya Allah, sama-sama kita doakan, agar Allah mempermudah dan merahmati segala usaha kita. Bagi saya sendiri, antara fokus yang perlu diberikan adalah persiapan untuk menghadiri temuduga kerja pada tahun hadapan. Persiapan merangkumi pencapaian akademik yang mantap dan cemerlang, pengetahuan dan kemahiran berkenaan urusan perniagaan, perdagangan, pengurusan serta kemahiran menyelesaikan masalah. Mudah-mudahan Allah membantu saya dan rakan-rakan lain, lulus dalam temuduga, ditawarkan kerja bersama Petronas dalam sektor yang berkait rapat dengan kelulusan akademik dalam bidang geologi serta ditempatkan di Kuala Lumpur mulai awal 2012.
  • Masa memang menjadi modal kita yang terlalu berharga; kita perlu lebih menghargainya. Jangan dibiarkan setiap detik saat berlalu dengan sia-sia. Setidak-tidaknya, lidah atau hati kita boleh menuturkan zikir mulia: "Allah...Allah....Allah....."

Insya Allah bertemu lagi dalam entri akan datang. Moga diperkenankan oleh Allah untuk melaksanakan setiap pekerjaan dengan terbaik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Insya ALLAH, komentar ada dihargai demi menyuburkan budaya ilmu.

Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...