Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Ahad, 30 Januari 2011

Baginda Rasulullah s.a.w. Mendoakan Kita Umatnya pada Setiap Solat



Cinta Baginda s.a.w. akan umatnya adalah sangat-sangat besar. Mari bersama kita berselawat kepada Baginda, mentaati sunnahnya.




Terdapat satu hadith yang diriwayatkan daripada Aisyah RA berkata:


“Tatkala aku melihat Nabi SAW dalam keadaan baik, aku berkata, “Wahai Rasulullah! Berdoalah kepada Allah untukku.”




Maka Baginda SAW bersabda, “Ya Allah! Ampunilah ‘Aisyah dari dosanya yang terdahulu dan yang terkemudian, yang dilakukan secara sembunyi dan terang-terangan.”


Mendengarnya, ‘Aisyah ketawa hingga kepalanya jatuh ke pangkuannya akibat terlalu gembira.


Maka Rasulullah SAW bersabda, “Adakah doaku menggembirakanmu?”


Maka jawabnya, “Kenapa tidak, doamu itu begitu menggembirakanku.”


Sabda Baginda SAW, “Demi Allah! Sesungguhnya ia adalah doaku untuk umatku yang aku panjatkan dalam setiap solat.” 


(Hadith ini telah diriwayatkan oleh al Bazzar dan rijalnya (perawinya) adalah rijal yang sohih, melainkan Ahmad ibn Mansur al Ramadi merupakan seorang yang thiqah. (Demikian juga sebagaimana yang disebutkan di dalam Majma’ al Zawaid 9/243).


Baca dengan lebih lanjut artikel mengenai bertawassul melalui Baginda Rasulullah s.a.w. di sini



2 ulasan:

  1. Alhamdulillah. Ya Allah, kekalkan kami dalam taat yang ikhlas kepada-Mu. =)

    BalasPadam

Insya ALLAH, komentar ada dihargai demi menyuburkan budaya ilmu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...