Segarkan Daging Guna Halia
Daging atau ayam yang disimpan di dalam peti sejuk biasanya tidak begitu sedap dimakan walaupun telah dimasak agak lama.
Untuk mengatasi masalah ini, tumbuk halia sebesar ibu jari dan taburkan di atas daging tersebut. Kemudian, barulah daging tersebut dimasukkan ke dalam plastik atau bekas dan disimpan di dalam peti sejuk.
Hasilnya ialah daging tidak lagi berbau dan akan tetap segar sehinggalah anda ingin memasaknya.
Dengan izin Allah.
Bersihkan Tanah dan Ulat pada Sayuran
Sayur-sayuran yang dibeli berkemungkinan ada tanah atau ulat yang terlekat padanya. Bagi menghilang dan membersihkannya: masukkan cuka ke dalam air dan rendamlah sayuran itu. Anda akan dapati sayuran itu bersih dan selamat dimalan.
Dengan izin Allah.
Elak Telur Retak
Untuk tujuan kenduri kahwin atau kenduri yang lain, biasanya telur akan direbus dalam kuantiti yang banyak.
Untuk mengelakkan telur daripada pecah semasa direbus, masukkan telur-telur tersebut di dalam plastik bersama-sama paku. Rebus seperti biasa.
Dengan izin Allah.
Merasa Garam dalam Masakan
Bagi merasa garam dalam masakan sememangnya menjadi satu masalah khususnya jika kita sedang berpuasa.
Cara yang mudah untuk mengatasi masalah ini adalah dengan meletakkan kuah di atas jari anda. Jika kuah itu tidak meleleh, ini menandakan masakan itu sudah cukup masinnya. Tetapi jika jari anda terasa perit, ini menandakan masakan itu terlebih garam.
Dengan izin Allah.
Hilangkan Hamis Daging
Ambil beberapa helai pucuk jambu batu. Kemudian, ramas-ramas bersama air dan curahkan ke atas daging kambing tadi sambil diramas daging tersebut. Kemudian, tos ditapiskan dan dibiarkan selama lima minit.
Ambil sedikit halia dan bawang putih. Tumbuk lumat, kemudian perapkan ramuan tersebut bersama daging selama 10 minit. Daging kambing tersebut akan hilang hamisnya.
Dengan izin Allah.
Telur Rebus Cantik
Untuk mencantikkan telur rebus, masukkan sedikit cuka makan ke dalam air rebusan. Kuning telur akan berada betul-betul di bahagian tengah, ini akan menjadikan telur cantik apabila dibelah dua. Selain itu, kulit telur mudah dikupas.
Dengan izin Allah.
(Adaptasi daripada perkongsian petua dapur dalam majalan Mingguan Wanita)
Tahu dan sedarkah kita bahawa memasak juga ialah ibadah?
- Memasaklah dengan niat yang ikhlas, sebagai ibadah.
- Untuk beroleh keberkatan pada makanan yang dimasak dan akan dijamah tersebut, berwuduklah sebelum memasak, banyakkan zikir dan selawat semasa memasak, dapatkan bahan-bahan masakan dari sumber yang halal dan jauhi sumber yang haram dan syubhah (ragu-ragu halal atau haram).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Insya ALLAH, komentar ada dihargai demi menyuburkan budaya ilmu.