Ulama Benteng

Ulama Benteng

Sabtu, 9 April 2011

Keperluan Bermazhab Bagi Orang Awam





Mungkin banyak pertanyaan akan timbul apabila dibincangkan persoalan bermazhab, khususnya dalam bab fiqih, ibadah seperti dalam menunaikan solat, zakat, haji dan yang lain-lain.

Ada beberapa aspek yang dapat kita lihat:



1.     Kekuatan ilmu asas dalam memahami nas-nas al-Quran dan al-Hadis (pendapat peribadi saya berdasarkan respon yang pernah disebutkan para ustaz)

Tanpa dinafikan, kesemua nas itu merupakan dalam bahasa Arab. Bahasa Arab bahasa yang kaya dengan keindahan bahasa. Dalam nak memahami nas-nas tersebut, maka kekuatan dan kepakaran bahasa Arab adalah amat mustahak. Dalam bahasa Arab, perbezaan satu huruf, perbezaan tanda fathah, kasrah, dan lain-lain (dalam sebutan) sudah pun membawa makna berbeza.

Maka, keempat-empat imam yang muktabar itu kita tidak ragui punyai kepakaran dalam bahasa Arab dan juga ilmu asas dalam memahami nas-nas tersebut. Wujud mazhab adalah kerana perbezaan pendapat dalam memahami nas-nas yang mempunyai ruang untuk berbeza pendapat.

Maka, adakah kita selaku orang bukan Arab (ajam) yang tidak fasih berbahasa Arab dan tidak punyai kepakaran dalam ilmu ushul fiqh mampu memahami kesemua nas tersebut dengan kemampuan sendiri yang amat terbatas?

2.     Kepentingan bermazhab adalah bagi membolehkan kita mengamalkan agama dengan faham yang sebenarnya. Sebabnya, kita tidak mampu dan kebanyakan kita tidak layak kerana tidak mempunyai ilmu yang cukup untuk berijtihad. Para ulama yang muktabar telah memudahkan kita memahami Islam dengan lebih mudah.  (Ustaz Farid Ravi, 21 Januari 2011)

(Bacaan lanjut: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0121&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.htm)

3.     Hakikatnya kita semua mengambil daripada sumber yang satu iaitu al-Quran dan al-Sunnah. Tiada seorang pun yang mengambil selain daripada keduanya. Cuma bezanya, kita mengambil daripada pemahaman terhadap al-Quran dan al-Sunnah tersebut daripada siapa? Sudah tentu kita akan mengambil daripada orang yang lebih dalam ilmu dan penaakulannya. Ini kerana mereka lebih wara’ dan berjaga-jaga ketika mengeluarkan ilmu. (Blog Ustaz Nazrul Nasir, 9 Januari 2011)

(Bacaan lanjut: http://nazrulnasir.blogspot.com/2011/01/mengapa-tidak-terus-minum-daripada.html)

4.     Sepakat ulama-ulama Usul (untuk diiktiraf ulama usul mereka mesti mahir quran & sunnah dan penafsirannya) mengatakan mazhab orang-orang awam ialah mazhab muftinya, kerana sekiranya didatangkan dalil kepada orang-orang awam, dia tidak tahu sahihnya atau dhaifnya; atau dia tidak tahu cara penghujahannya; dan dia juga tidak tahu nasikh atau mansukh. Akhirnya dia juga terpaksa bertaqlid dengan ustaz-ustaz untuk bertanya mana sahih, dan yang mana dhaif; atau bertanya maksudnya. Maka muqallid jugalah tu, Cuma berubah dari taqlid Imam-Imam mazhab kepada taqlid ustaz itu. (Ustaz Dr Asmadi)

(Bacaan lanjut: http://jomfaham.blogspot.com/2009/11/hukum-mengikut-mazhab-wajib.html)


Berikut adalah beberapa pautan untuk bacaan lanjut dalam membantu kita memahami permasalahan ini:

http://jomfaham.blogspot.com/2009/01/kalam-imam-syafie-yang-disalah-gunakan.html

http://jomfaham.blogspot.com/2009/03/kedudukan-orang-awam-yang-tidak-mampu.html

http://jomfaham.blogspot.com/2008/12/hukum-taqlid.htm/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Insya ALLAH, komentar ada dihargai demi menyuburkan budaya ilmu.

Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...