Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Selasa, 23 Jun 2009

Al-Ustaz Shamsuri Haji Ahmad

Assalaa mu'alaikum w.b.t., Salam Mahabbah Fillah dan Perjuangan,

Segala puji milik Tuhan Yang Maha Agung Pemilik Seluruh Alam ini, selawat dan salam atas Rasul Junjungan, Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga dan para sahabat baginda.

Al-Ustaz Shamsuri Haji Ahmad Hafizohullah

Saya semakin disedarkan dengan kepentingan institusi 'ilmu dan 'ulama. Benar sabda Nabi Muhammad s.a.w. bahawa para 'ulama ialah pewaris para nabi. Para 'ulama ukhrawi yang benar, tindakan mereka adalah tidak sia-sia kerana mereka bertindak berdasarkan 'ilmu. Kitab-kitab menjadi senjata mereka.

Dalam Islam, tradisi pertalian 'ilmu (ijazah) adalah ditekankan. Apabila kita mendapat sesuatu 'ilmu, kita perlu melihat daripada siapa punca 'ilmu tersebut. Insya ALLAH, jika 'ilmu tersebut adalah daripada para 'ulama yang benar, jika dijejak pertaliannya, sambungan 'ilmu akan sampai kepada para tabi' tabi'in, tabi'in, para sahabat dan akhirnya junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Orang yang belajar secara berguru talaqqi (bersemuka) tidak sama kedudukannya dengan orang yang hanya belajar melalui pembacaan buku, blog, dan sebagainya. Pembelajaran secara talaqqi ada keberkatannya, lebih-lebih lagi jika mendapat ijazah daripada guru tersebut. Insya ALLAH, akan menjadi berkat dan manfaat ilmu yang dipelajari.

Jika sebelum ini saya ada berkongsi maklumat mengenai Al-Ustaz Ahmad Fahmi Zamzam Al-Banjari An-Nadwi Al-Maliki, insya ALLAH pada kali ini saya ingin berkongsi maklumat mengenai Al-Ustaz Shamsuri Haji Ahmad. Beliau ialah seorang 'alim yang tersohor di utara tanah air. Kuliah beliau sentiasa mendapat sambutan yang sangat memberasangkan. Berasal dari Pulau Pinang, kuliah yang disampaikan beliau banyak diadakan di Kedah dan Pulau Pinang. Di Kedah, antara tempat yang selalu diadakan kuliah pengajian beliau adalah di Masjid Sultanah, Alor Setar.

Alhamdulillah, cara pengajaran, penyampaian dan penjelasan beliau adalah sangat berkesan dan menarik. Saya yakin bahawa kebanyakan kita akan biasa terjumpa kaset-kaset, cd, vcd, dan rakaman dalam bentuk yang lain bagi kuliah beliau.

Insya ALLAH, saya sangat mengesyorkan agar kita dapat bersama-sama mengambil manfaat daripada 'ilmu yang disampaikan beliau.

Bagi sesiapa yang berkemampuan dan berkesempatan, anda boleh menghadiri kuliah beliau secara talaqqi. Bagi yang tidak mampu pula, berikut adalah beberapa sumber yang dapat dimanfaatkan:

1. http://www.mymaktabaty.com/search/label/MP3%3A Shamsuri Ahmad
2. http://www.youtube.com/watch?v=Mwer8ugosKU&feature=related

Semoga mendapat manfaat yang besar hasil daripada ikhtiar kita memuliakan institusi 'ilmu dan 'ulama.

Ya ALLAH, kukuhkanlah ikatan pergantungan kami kepada-Mu. Keredhaan-Mu matlamat buruan kami.

5 ulasan:

  1. salam ukhwan dan salam juang ikhwan, sejuk dan damai hati ana bace blog nta, smg dengan keikhlasan berniatkan Allah yg maha Agung, segala mesej yg nta sampaikan sampai ke hati2 mereka yg mencari ketenangan. smg diberi kekuatan menghadapi segala fitnah dunia dan dugaan dunia, dn smg semua itu diganti dgn kelazatan akhirat. amin:)

    BalasPadam
  2. Ana suggest tlg masukkan semula entri berkenaan kenapa perlu berjemaah yg pernah nta tulis dulu. syukran jiddan

    BalasPadam
  3. Salaam. Darul, syukran atas cadangan dan ingatan, insya ALLAH ana akan cuba laksanakan dalam masa akan datang. Amin atas doa.

    BalasPadam
  4. salam. mohon jasabaik kalau boleh sertakan jadual kuliah ustaz shamsuri dalam bulan 5 dan 6 ni..saya bekerja di putrajaya tapi teringin sangat nak hadir dalam kuliah ustaz ni.i.allah 26 dan 27 mei ni saya berada di sungai petani.

    BalasPadam
  5. W'salam wbt. Saya mohon maaf, kerana saya sendiri tidak ada maklumat.

    BalasPadam

Insya ALLAH, komentar ada dihargai demi menyuburkan budaya ilmu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...