Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Sabtu, 13 Jun 2009

Kita Akan Berangkat Menemui Pencipta Kita

Assalaa mu'alaikum w.b.t., Salam Mahabbah Fillah dan Perjuangan,

Segala puji milik Tuhan Yang Maha Agung Pemilik Seluruh Alam ini, selawat dan salam atas Rasul Junjungan, Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga dan para sahabat baginda.

Khabar dukacita mengenai pemergian Allahyarham Muhammad Ammar bin Zukifli menemui Penciptanya memberikan kesan kepada jiwa kita. Jiwa kita diberikan satu peringatan yang sangat berharga bahawa janji ALLAH:maut pasti akan datang menemui kita.

كُلُّ نَفْسٍ ذَآئِقَةُ الْمَوْتِ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَمَن

زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ وَما الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلاَّ مَتَاعُ الْغُرُورِ


Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.


Surah Aali Imran ayat 183

Benarlah sabda Baginda s.a.w. tercinta bahawa mengingati mati ini akan menghapuskan kelazatan dunia.

Tatkala saat tersebut tiba, maka akan ditinggalkan segala harta dan dunia kita. Bawalah segala persiapan iman dan taqwa kita.

Dimuatkan dalam kitab Bimbingan Mu'minin tulisan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali r.t. :

Sabda Nabi Muhammad s.a.w.:

"Perbanyakkanlah mengingati perkara yang menghapuskan kelazatan (maut)."

"Perbanyakkanlah mengingati kerana yang demikian itu mengurangkan seseorang itu melakukan dosa dan menjadikannya berzuhud dalam urusan dunia."

"Cukuplah mati itu menjadi penasihat yang menginsafkan."

"Sepintar-pintar manusia ialah orang yang mengingati mati dan sentiasa bersedia menghadapinya. Mereka itulah orang-orang yang bijaksana. Mereka telah pergi dengan membawa penghormatan dunia dan kemuliaan akhirat."

Firman ALLAH s.w.t. dalam Surah Al-Jumu'ah ayat 8:

قُلْ إِنَّ الْمَوْتَ الَّذِي تَفِرُّونَ مِنْهُ فَإِنَّهُ مُلَاقِيكُمْ

ثُمَّ تُرَدُّونَ إِلَى عَالِمِ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ


"Katakanlah: ""Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang gaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan""."


Diungkapkan oleh Imam Al-Ghazali r.t.:

"Orang yang bertaubat dengan sebenar-benar taubat ialah orang yang sering memperbanyak ingatan kepada maut yang akan mendatanginya, sehingga timbul dalam hatinya perasaan cemas dan takut serta bimbang akan mati. Oleh yang demikian akan menyempurnakan taubatnya dengan sesempurna yang mungkin."

"Seterusnya bagi orang yang mengenali dirinya sendiri, maka pastilah ia akan sentiasa mengingati maut itu pada bila-bila masa sahaja.
Kerana menerusi
maut itulah ia boleh bertemu dengan kekasihnya yang ditunggu-tunggu seperti
orang yang sedang bercinta. Bukankah orang yang sedang mabuk cinta itu tidak
pernah melupakan janji untuk bertemu dengan kekasih?
"


Ayuh kita hayati karya Imam al-Ghazali r.t. yang berikut, disediakan dalam bentuk video untuk lebih menghayatinya:





Ghazali's Last
(English version)
Imam Ghazali woke up one early morning and as usual offered his prayers and then enquired what day it was, to which his younger brother, Ahmad Ghazali replied, "Monday." He asked Ahmed to bring his white shroud, kissed it, stretched himself full length and saying "Lord, I obey willingly,"


"Say to my friends, when they look upon me, dead

Weeping for me and mourning me in sorrow

Do not believe that this corpse you see is myself

In the name of God, I tell you, it is not I,

I am a spirit, and this is naught but flesh

It was my abode and my garment for a time.

I am a treasure, by a talisman kept hid,

Fashioned of dust, which served me as a shrine,

I am a pearl, which has left it's shell deserted,

I am a bird, and this body was my cage

Whence I have now flown forth and it is left as a token

Praise to God, who hath now set me free

And prepared for me my place in the highest of the heaven,

Until today I was dead, though alive in your midst.

Now I live in truth, with the grave - clothes discarded.

Today I hold converse with the saints above,

With no veil between, I see God face to face.

I look upon "Loh-i-Mahfuz" and there in I read

Whatever was and is and all that is to be.

Let my house fall in ruins, lay my cage in the ground,

Cast away the talisman, it is a token, no more

Lay aside my cloak, it was but my outer garment.

Place them all in the grave, let them be forgotten,

I have passed on my way and you are left behind

Your place of abode was no dwelling place for me.

Think not that death is death, nay, it is life,

A life that surpasses all we could dream of here,

While in this world, here we are granted sleep,

Death is but sleep, sleep that shall be prolonged

Be not frightened when death draweth night,

It is but the departure for this blessed home

Think of the mercy and love of your Lord,

Give thanks for His Grace and come without fear.

What I am now, even so shall you be

For I know that you are even as I am

The souls of all men come forth from God

The bodies of all are compounded alike

Good and evil, alike it was ours

I give you now a message of good cheer

May God's peace and joy for evermore be yours."

Teks ini diambil dari: http://thewindsofmercy.googlepages.com/GhazalisLastPoeminEnglish



Marilah kita bersama-sama sentiasa memperbaharui niat kita, bahawa dengan sepenuh keazaman kita hanya menjadikan ALLAH s.w.t. sebagai matlamat mutlak segala tindakan seluruh hidup ini. Jika benar semuanya itu adalah untuk-Nya, maka janganlah dirisaukan lagi kerana ALLAH s.w.t. pasti akan membalasi cinta hamba-Nya dengan sehebat-hebat dan seagung-agung cinta.

Kita akan kembali kepada Pencipta kita. Kita akan menemui Kekasih yang kita cintai. Insya ALLAH, moga selamat sejahtera 'aqidah dan 'amalan kita. Malaikat yang berseri-seri berpakaian serba putih bakal menyambut kita dengan penuh kesopanan dan kegembiraan, dilapangkan kubur kita dengan seluas-luasnya, diterangi kubur dengan cahaya kurniaan ALLAH, dan bertemankan amalan ketaqwaan dan ayat-ayat ALLAH yang dihafaz, dan diseru malaikat untuk tidur di dalam kubur seperti mana tidurnya pengantin pada malam pertama. Berehat di kubur sebagai satu persinggahan sebelum dibangkitkan di padang mahsyar.

Insya ALLAH, ALLAH s.w.t. akan mengizinkan kita untuk memasuki syurga dengan rahmat dan kasih sayang-Nya. Ni'mat yang terbesar dan teragung bagi ahli syurga bukanlah dengan beradanya mereka di dalam syurga, tetapi dapatnya mereka melihat zat ALLAH s.w.t. Di sana juga, akan kita ketemui Baginda Nabi Muhammad s.a.w. yang amat kita cintai. Jika sekarang ini kita hanya dapat mendengar nama dan keperibadiannya, insya ALLAH kelak di sana dapat kita bertemu dengan baginda.

Memang benar kita akan berangkat ke sana. Detik keberangkatan tersebut dirahsiakan ALLAH, supaya kita lebih hebat dan ikhlas mengabdikan diri kepada-Nya.

Mari bersama-sama kita berusaha agar diri kita, ibu bapa, keluarga, jiran-jiran, sahabat-sahabat dan umat Islam sedar akan hakikat yang pasti akan berlaku. Insya ALLAH, berusahalah, dan berdoalah tanpa jemu agar kita semua diredhai-Nya dan diampunkan segala dosa serta diselamatkan daripada azab api neraka.

Ya ALLAH, kukuhkanlah ikatan pergantungan kami kepada-Mu. Keredhaan-Mu matlamat buruan kami.

2 ulasan:

  1. Salam muhibbah dari malaysia..keberangkatan kita ke sana hanya berbekalkan amal dan dalam banyak2 amalan itu, hanya ikhlas dan reda Allah menjadi kayu ukur..teruskan berjuang duhai sahabatku ikhwan...

    BalasPadam
  2. Salaam. Syukran Akhi Harith. Insya ALLAH bersama-sama kita perkasakannya. Amiin. (^_^)

    BalasPadam

Insya ALLAH, komentar ada dihargai demi menyuburkan budaya ilmu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...