Ulama Benteng

Ulama Benteng

Khamis, 28 Julai 2011

Sesuatu yang sering diulang itu adalah penting



Sesuatu yang sering diulang itu adalah penting (contoh: kisah Al-Kiflu)

Sesuatu yang banyak disebutkan dalam Al-Quran dan sabdaan Nabi Muhammad shollallahu ‘alaihi wa sallam menunjukkan tuntutan yang kuat atas perkara itu. Nabi s.a.w. dalam memberikan sesuatu nasihat yang penting, Baginda banyak mengulanginya.

Ada satu hadits tentang seorang yang disebut sebagai ‘Al-Kiflu’ (?-ejaan yang lebih tepat diperlukan berdasarkan bahasa ‘Arab). Al-Kiflu merupakan seorang pemuda yang hidup pada zaman sebelum kita (sebelum Nabi Muhammad s.a.w. hidup). Bagi lelaki ini, tidak ada perkara yang haram baginya, semuanya halal (dia melakukan begitu banyak dosa, perkara haram). Sahabat Nabi s.a.w. yang meriwayatkan kisah Al-Kiflu ini menyatakan bahawa beliau mendengar kisah ini disampaikan Nabi s.a.w. bukan sekadar sekali, bukan tujuh kali, bahkan lebih daripada itu. Kisah itu merupakan kisah yang cukup penting, oleh yang sebab yang demikian Nabi s.a.w. begitu banyak sekali menceritakan kepada para sahabatnya. Sahabat-sahabat menyatakan, kisah itu diulang Nabi s.a.w. lebih daripada sepuluh kali.




Pada satu hari, datang seorang perempuan kepadanya untuk meminta hutang daripada Al-Kiflu. Bagi Al-Kiflu, dia menyatakan kepada perempuan itu bahawa tidak ada masalah baginya untuk memberikan berapa banyak jumlah hutang tetapi hendaklah dengan syarat perempuan itu menyerahkan kehormatannya kepada Al-Kiflu. Perempuan itu pula berada dalam keadaan yang begitu terdesak, memerlukan duit. Akhirnya dia menurut kehendak Al-Kiflu.

Sehingga pada tahap Al-Kiflu sudah naik berada atas perut perempuan itu, Al-Kiflu terasa perempuan itu sedang gemuruh, berketar-ketar badannya. Maka Al-Kiflu bertanya kepada perempuan itu, sama ada keadaan gemuruh terketar-ketar itu adalah kerana benci kepada Al-Kiflu.  Jawab perempuan itu, demi Allah dia tidak membenci Al-Kiflu, tetapi pada masa itu dia dipaksa untuk melakukan perkara yang dia tidak mahu buat. Setelah mendengar perkara itu, Al-Kiflu terus bangkit turun. Kemudian dia bertanya kepada perempuan itu, adakah dia tidak mahu melakukan perbuatan tersebut kerana takut akan Allah. Jawab perempuan itu ialah ya kerana dia takut akan Allah. Setelah mendengar jawapan perempuan itu, Al-Kiflu menyatakan bahawa duit itu menjadi milik perempuan itu, bukan lagi hutang. Dia membebaskan perempuan itu. Dia memberikan duit itu kepada perempuan itu, dan menyuruhnya untuk balik.

Insiden itu telah memberikan kesedaran kepada Al-Kiflu. Pada malam itu Al-Kiflu bermunajat dan demi Allah dia tidak akan buat lagi benda-benda yang salah itu selepas daripada insiden tersebut. Nabi s.a.w. menyatakan bahawa Al-Kiflu meninggal dunia pada malam itu, tanpa ada sebarang kesakitan. Kata Nabi s.a.w., berpagi-pagilah Al-Kiflu pada keadaan namanya sudah ditulis oleh Allah di pintu syurga.

Para sahabat menyatakan bahawa kisah di atas disebutkan oleh Nabi s.a.w. dengan begitu banyak kali, lebih daripada sepuluh kali.

Tidak ada manusia yang berdosa yang tidak ada pintu baginya untuk memohon ampun bagi dosa-dosanya. Bagi setiap manusia yang berdosa, sentiasa ada ruang taubat baginya.

Sumber: Rakaman kuliah Al-Ustaz Dato’ Shamsuri Haji Ahmad, Januari 2002.

1 ulasan:

  1. Assalamu`alaikum..salam ukhuwah..sekedar mengajukan permohonan untuk bertukar link, alafu minkum, blog antum sudah ana cantumkan di blog ana...jazakallah syukron katsir..

    BalasPadam

Insya ALLAH, komentar ada dihargai demi menyuburkan budaya ilmu.

Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...