"Barangsiapa yang suka bertemu Allah, maka Allah juga suka bertemu dengannya. Akan tetapi, barangsiapa yang benci bertemu dengan Allah, maka Allah juga benci bertemu dengannya." -Al-Hadits. Dicatatkan oleh Al-Imam Habib Abdullah Haddad
Ulama Benteng

Sabtu, 15 September 2012
Solat sunat qabliah Subuh
Solat sunat qabliah Subuh (berdasarkan kuliah bersama Syaikh Ahmad Fahmi Zamzam Al-Banjari An-Nadwi Al-Maliki hafizohullah pada Sabtu 15 September 2012 di Masjid Al-Mukarramah, Bandar Sri Damansara)
- Solat sunnah muakkadah yang amat tinggi kedudukannya, melebihi keutamaan solat sunat hari raya, solat sunat dhuha.
- Melalui satu hadits, Nabi kita sollallahu alaihi wa sallam nyatakan keutamaan solat sunat qobliah subuh itu adalah lebih baik daripada dunia dan seisinya.
- Maka dari sudut psikologi, sejak awal pagi lagi kita sudah mendapat motivasi yang tinggi. Sepanjang hari, jika ditakdirkan kita terlepas apa-apa perkara, maka kita boleh kembali ingatkan diri bahawa kita sudah dapatkan ganjaran yang lebih tinggi daripada apa yang paling mahal ada di dunia ini.
- Mafhum daripada 'ulama, tak wajar bagi kita untuk terlepas daripada menunaikan solat sunat ini.
- Menurut fiqh mazhab Syafi'ie, bagi mereka yang melazimi solat sunat qabliah subuh, seandainya ditakdirkan mereka ada keuzuran terlepas daripada melaksanakannya, mereka boleh qadha solat sunat tersebut.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!


Terima tuan, saya mohon ilmu akan catatan tuan ini. insyaAllah hari ni kita bersama lagi dalam kuliah Ustaz Sheikh Ahmad Fahmi Zamzam. InsyaAllah...
BalasPadam