"Barangsiapa yang suka bertemu Allah, maka Allah juga suka bertemu dengannya. Akan tetapi, barangsiapa yang benci bertemu dengan Allah, maka Allah juga benci bertemu dengannya." -Al-Hadits. Dicatatkan oleh Al-Imam Habib Abdullah Haddad
Ulama Benteng
Rabu, 22 Jun 2011
Biar Ringkas, Bermakna, Padat, dari Hati ke Hati
Buat sahabat-rakan pengunjung dan pembaca blog saya ini, diucapkan assalamu'alaikum.
Alhamdulillah dan insya Allah, setiap hari kita yang bertambah bakal bertambah dengan kualiti sebagai hamba Allah yang berjalan menuju akhirat.
Saya kini masih lagi dalam musim peperiksaan. Ada dua lagi kertas: Jumaat 24 Jun dan Isnin 27 Jun. Pada 3 hingga 18 Julai pula, insya Allah saya bersama-sama rakan-rakan dalam kursus geologi akan mengembara ke Australia Tengah (Central Australia) untuk tujuan kajian dan pemetaan. Pohon doa anda semua, agar urusan saya dimudahkan Allah dan dikurniakan kejayaan. Dalam masa yang sama, saya dalam penantian 6 bulan untuk balik ke Malaysia dan menamatkan pengajian siswazah.
Saya memohon maaf andainya blog ini tidak begitu kerap dikemas kini dengan entri yang panjang. Saya mendapati ada sahabat-rakan yang kerap kali bertandang ke sini. Seandainya tidak termuat catatan baru dalam tempoh yang agak lama, saya mengajak kita semua untuk mengulang kaji catatan yang lama juga mudah-mudahan lebih kuat kefahaman dan dorongan untuk beramal dengannya.
Pada masa yang sama juga, saya juga ingin menyatakan kembali bahawa bentuk perkongsian di sini agak berbagai-bagai, seperti yang telah saya muatkan di sini: http://ikhwanzhaki.blogspot.com/p/mengenai-blog-ini.html . Insya-Allah, saya juga bercadang, adakalanya catatan di sini adalah seringkas dan seumpama perkongsian status di Facebook. Jadi, sahabat-rakan semua boleh menambah komen dan perbincangan.
Insya-Allah, hingga ketemu lagi. Usah biarkan sesaat yang berlalu tanpa ada penghambaan yang soleh dan ikhlas kita kepada-Nya.
Biar Ringkas, Bermakna, Padat, dari Hati ke Hati
......
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Insya ALLAH, komentar ada dihargai demi menyuburkan budaya ilmu.