Zikir adalah ibadah yang insya Allah sangat mudah dilaksanakan.
Beberapa panduan dan perbincangan berkaitan zikir:
1. Sumber rujukan teratas dan paling utama adalah al-Quran dan hadis Nabi sollaAllahu alaihi wa sallam
Ini adalah kepastian dan keutamaan.
Bagaimanakah sighah (skrip) susunan lafaz?
Waktu pelaksanaannya seperti selepas solat, waktu pagi / petang / sebelum tidur dan lain-lain?
Apakah fadhilatnya seperti diampunkan dosa, mendapat pahala, dinaikkan darjat, pahala membebaskan hamba?
Tiada sumber yang lebih utama dan mengatasi al-Quran dan Sunnah.
2. Bilangan Zikir
Dalam al-Quran disebutkan seruan kepada orang beriman untuk berzikir dengan banyak "zikran kasiran"
Dalam hadis disebutkan bahawa Nabi kita sollaAllahu alaihi wa sallam berzikir kepada Allah pada setiap keadaan dalam hidup Baginda.
Semakin banyak kebaikan dilakukan contohnya lebih banyak kuantiti zikir, semakin banyak pahala dan dinaikkan darjat lebih tinggi di akhirat.
Jika cadangan bilangan zikir itu diberikan guru : itu adalah latihan untuk membiasakan diri.
Tiada kepastian secara putus matlamat zikir semata-mata nak capai jumlah bilangan tertentu.
3. Zikir Kuat dan Beramai-ramai Selepas Solat
https://muftiwp.gov.my/en/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum-cat/6057-irsyad-hukum-siri-ke-873-hukum-berzikir-selepas-solat-secara-jahar-kuat
Secara umumnya berzikir dengan kuat itu adalah diharuskan. Di sisi mazhab Syafi’i disunatkan untuk berzikir setelah menunaikan solat fardu secara perlahan melainkan jika bertujuan untuk mengajar makmum. Menurut Imam al-Mutawalli pandangan tersebut hanya berlaku di masjid yang dihadiri oleh jemaah yang sama setiap masa. Realitinya masjid di Malaysia sentiasa dihadiri oleh orang yang berbeza sehingga uruf di Malaysia kebanyakan masjid akan melakukan zikir secara kuat bagi mengajar setiap orang yang datang ke masjid tersebut.
Walau bagaimanapun kami menasihatkan orang ramai terutamanya para imam agar tidak berwirid setelah solat dengan suara yang sangat kuat sehingga boleh mengganggu orang yang sedang solat. Selain itu, tidak sepatutnya perkara ini dijadikan sebab pertelingkahan kerana dalam sebuah kaedah fiqh: Tiada pengingkaran dalam perkara yang diperselisihkan oleh ulama (khilaf).
4. Penggunaan tasbih dan counter
https://zulkiflialbakri.com/artikel/berzikir-menggunakan-alat-tasbih
Petikan daripada laman Dr Zulfikli al-Bakri:
Adalah diharuskan menggunakan tasbih untuk menghitung zikir dan istighfar kerana telah diriwayatkan banyak catatan mengenai para sahabat dan tabi'in yang menggunakan tasbih yang diperbuat daripada biji kurma untuk berzikir dan bertasbih."Selain itu, tasbih adalah salah satu cara yang diharuskan penggunaanya dalam ibadah. Nabi Muhammad SAW mengikat tasbih di tangan kanannya menunjukkan bahawa ia membantu seorang muslim dalam mengingat dan menghitung jumlah zikir maka,ia diperbolehkan. Oleh kerana itu, tidak ada dasar untuk mengatakan bahawa menggunakan tasbih itu adalah bid'ah.
Ibnu Hajar Al-Haitami ditanya: Apakah tasbih itu mempunyai dalil dalam sunnah? Beliau menjawab dengan mengatakan: 'Ya. Imam Al-Suyuti juga telah menulis tentang hal tersebut.Ini juga berdasarkan apa yang diriwayatkan daripada Ibnu Umar R.Anhuma beliau berkata :
رَأَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَعْقِدُ التَّسْبِيحَ بِيَدِهِ
Maksudnya: “Aku telah melihat Nabi SAW mengikat tasbih di tangannya.”
Riwayat Abu Dawud (1502), al-Tirmizi (1502) dan al-Nasaie (1355). Hadith dinilai sahih berdasarkan kitab Sahih al-Tirmizi (3486)
Selain itu,telah diriwayatkan daripada Yasirah Binti Yasir bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda :
عليكنَّ بالتّسبيحِ والتَّهليلِ والتَّقديسِ واعقِدْنَ بالأناملِ فإنهن مَسئولاتٌ مُستنطَقاتٌ ولا تغْفَلْنَ فتنسِين
الرَّحمةَ
Maksudnya_: “Hendaklah kamu bertasbih,bertahlil dan taqdis (mengucapkan_ سُبْحَانَ المَلِكِ القُدُّوسٍ dan hitunglah dengan jari jemari, kerana hal itu akan diminta untuk dipertanggunjawabkan terhadap (apa yang ia lakukan) dan apa yang ia ucapkan. Dan janganlah kamu lalai, sehingga kalian melupakan rahmat (Allah).”
Riwayat Tarmizi (3507)
Penggunaan jari tangan dalam bertasbih (menghitung zikir) lebih utama daripada menggunakan tasbih berdasarkan pandangan para sahabat dan ulama setelah mereka. Namun, ada juga berpandangan bahawa jika seseorang khuatir akan kesalahan dalam menghitung zikir, maka penggunaan jari-jari tangan lebih utama, namun jika tidak, penggunaan tasbih lebih utama."(Lihat Al-Fatawa Al-Fiqhiyah Al-Kubra, 1/152).
5. Usahakan bahawa matlamat paling utama agar diredhai Allah
Minta bantuan Allah untuk selamatkan kita daripada sifat mazmumah riyak, 'ujub, sum'ah, takabbur
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Insya ALLAH, komentar ada dihargai demi menyuburkan budaya ilmu.