SUNAT TAKBIR MUQAYYAD WALAUPUN SELEPAS SOLAT JENAZAH.
Ada yg komen tentang imam yang bertakbir muqayyad selepas menunaikan solat jenazah, menurutnya imam tersebut kurang faqih kerana urusan jenazah disunatkan bersegera.
Jawabnya, apa yang dilakukan oleh imam tersebut tepat berdasarkan qaul yang muktamad.
Sunat bertakbir muqayyad walaupun selepas solat jenazah.
Seperti disebutkan oleh Imam al-Khatib, "Takbir muqayyad juga disunatkan kepada lelaki, perempuan, mukim atau musafir dan juga dilaungkan pada setiap jenis solat sama ada solat fardu, sunat, solat jenazah, qada', nazar dan lain-lain".
(وَالْأَظْهَرُ أَنَّهُ) أَيْ الشَّخْصُ ذَكَرًا كَانَ أَوْ غَيْرَهُ حَاضِرًا أَوْ مُسَافِرًا مُنْفَرِدًا أَوْ غَيْرَهُ
(يُكَبِّرُ فِي هَذِهِ الْأَيَّامِ) لِلْجِنَازَةِ، وَ (لِلْفَائِتَةِ وَالرَّاتِبَةِ) وَالْمَنْذُورَةِ (وَالنَّافِلَةِ) أَوْ الْمُقَيَّدَةِ وَذَاتِ السَّبَبِ كَتَحِيَّةِ الْمَسْجِدِ لِأَنَّهُ شِعَارُ الْوَقْتِ
Maksudnya: (Menurut pandangan yang muktamad) lelaki atau selainnya, hadir, musafir, bersendirian atau berjemaah. Disunatkan untuk bertakbir pada hari-hari ini (hari raya Eidul Adha dan hari Tasyriq) untuk solat jenazah, qada', rawatib, nazar dan solat-solat sunat yang mempunyai sebab seperti solat sunat tahiyyah masjid kerana ianya (takbir muqayyad) ini merupakan syiar bagi waktu solat.
Masalah ini tersebut juga dalam kitab Sullam Sibyan Jilid 1.
Wallahu a'llam bisowab.
Abu Atiq Azhar Bin Ramli.
Taman Desa Jenderam Hilir.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Insya ALLAH, komentar ada dihargai demi menyuburkan budaya ilmu.