Ulama Benteng

Ulama Benteng

Rabu, 24 Jun 2026

Ust Azhar Ramli : Isu Sembelih Banyak Kali

 Azhar Ramli Alzahabie Altijarie

ISU SEMBELIH LEMBU BYK KALI.
Setiap tahun memang isu ni antara isu trendy yang berlaku di byk tempat, dibincangkan samada sah atau tidak kes sembelihan lembu beberapa kali atau bertukar orang sembelih yang berbeza kerana lembu yang disembelih boleh bangkit berjalan walaupun sudah disembelih kali pertama.
Dalam Buku Panduan Asas Ibadah Korban ada menyatakan secara ringkas tentang syarat sah sembelihan mesti memutuskan dua urat halkum dan merih dilakukan sekaligus ketika binatang masih dalam hayat mustaqirrah walaupun disembelih berpuluh kali sekalipun atau bertukar pisau atau bertukar orang sembelih sekalipun sah asalkan kali terakhir masih dalam hayat mustaqirrah.
Kesimpulannya sah sembelihan lembu yang dilakukan byk kali atau bertukar pisau atau bertukar tukang sembelih dgn syarat ketika sembelih binatang masih dalam hayat mustaqirrah.
Adapun isu yang tidak sah sembelihan yang dilakukan beberapa kali sekiranya semasa menyambung sembelihan binatang tersebut dlm keadaan nyawa ikan atau hayat mazbuh maka tidak sah sembelihan tersebut kerana disyaratkan mesti binatang dalam keadaan nyawa masih kuat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Insya ALLAH, komentar ada dihargai demi menyuburkan budaya ilmu.

Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...