Ulama Benteng

Ulama Benteng

Jumaat, 15 Mei 2009

Bumi Kinanah; Destinasi Musafir Ilmu

Assalaa mu'alaikum w.b.t., Salam Mahabbah Fillah dan Perjuangan,

Segala puji milik Tuhan Yang Maha Agung Pemilik Seluruh Alam ini, selawat dan salam atas Rasul Junjungan, Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga dan para sahabat baginda.

Mesir dan Al-Azharnya.

Impian yang disusuli dengan usaha yang bersungguh-sungguh ialah cita-cita. Insya ALLAH, moga hajat untuk bermusafir ke bumi kinanah semasa cuti musim panas kelak (Januari 2010) termakbul. (*Kalau dah minat dan mabuk dengan cinta, apa sahaja akan diusahakan demi cinta tersebut.) ^_^

Mungkin juga musafir pada kali ini dapat memberi panduan dan ilham, bagaimana peluang untuk belajar di universiti tertua di dunia ini dapat diusahakan. Peluang belajar tidak mengehadkan batasan umur bagi penuntutnya. Ada kemungkinan selepas tamat kontrak kerja 10 dengan Petronas nanti, akan berangkat bersama-sama keluarga untuk belajar di sana. Apa-apa pun, semuanya hanya sekadar perancangan dan usaha hamba, akhir sekali keputusannya terletak pada kehendak ALLAH s.w.t. ^_^

Ya ALLAH, kukuhkanlah ikatan pergantungan kami kepada-Mu. Keredhaan-Mu matlamat buruan kami.

8 ulasan:

  1. Assalamualaikum...selamat musafir kelak ^_^

    BalasPadam
  2. Wa'alaikumussalam. Insya ALLAH, ana pun usaha yang terbaik. Ustaz PMRAM ana dah hubungi, insya ALLAH mereka akan cuba aturkan dan bantu apa yang patut. Anta nak sertai tak?

    ^_^

    BalasPadam
  3. Ahlan~=)

    inshaAllah.. dipermudahkan urusan, n setiap gerak n tindakan dirahmati Allah..

    bittaufiq~

    BalasPadam
  4. ahlan bik...smoga kembara di ardul kinanah nnt membawa seribu kenangan manis dalam hidup.

    mesir dlm bhs arab ditulis mim-sod-ro

    mim-mehnah(ujian)
    sod-sobr(sabar)
    ro-redha

    penting untuk tahu akronim ni sebelum dtg.mesir bumi tarbiyah. baik dari ilmu dan kehidupan seharian. siapkan fizikal mental ye!

    bittaufeek :)

    BalasPadam
  5. salaam kak amiza,

    boleh taaruf dengan kakak ker?

    insya ALLAH, SUA PMRAM kata dia akan bincang dengan Presiden PMRAM untuk membantu persiapan musafir ini. Dari bumi kanggaroo ke bumi unta.

    (^_^)

    BalasPadam

Insya ALLAH, komentar ada dihargai demi menyuburkan budaya ilmu.

Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...