Ulama Benteng

Ulama Benteng

Ahad, 26 Disember 2010

40 Kelebihan dan Faedah Berselawat atas Baginda Rasulullah shollallahu ‘alaihi wa sallam



“Ya Allah, kurniakanlah selawat atas junjungan Nabi Muhammad shollallahu ‘alaihi wa sallam sebanyak bilangan orang yang berselawat kepadanya dan tambahkanlah selawat untuk junjungan Nabi Muhammad shollallahu ‘alaihi wa sallam sebanyak bilangan orang yang tidak berselawat kepadanya dan tambahkanlah selawat kepada junjungan Nabi Muhammad shollallahu ‘alaihi wa sallam sebagaimana Engkau suka dibacakan selawat untuknya dan tambahkanlah selawat untuk junjungan Nabi Muhammad shollallahu ‘alaihi wa sallam sebagaimana Engkau telah perintahkan.”




1. Menjunjung perintah Allah subhanahu wa ta’ala.
2. Perkara yang sama-sama dibuat oleh Allah subhanahu wa ta’ala kerana Allah subhanahu wa ta’ala juga berselawat atas Nabi Muhammad shollallahu ‘alaihi wa sallam walaupun maknanya berlainan.
3. Perkara yang sama-sama dibuat oleh para malaikat kerana para malaikat juga berselawat atas Nabi Muhammad shollallahu ‘alaihi wa sallam walaupun maknanya berlainan.
4. Dikurniakan sepuluh rahmat oleh Allah subhanahu wa ta’ala atas setiap selawat.
5. Ditinggikan pangkatnya sepuluh darjat.
6. Dituliskan baginya sepuluh kebajikan.
7. Dihapuskan baginya sepuluh kejahatan.
8. Diharapkan doanya dimakbulkan kerana selawat inilah yang menaikkan doa itu ke langit.
9. Mendapat syafa’at Nabi shollallahu ‘alaihi wa sallam.
10. Mengampunkan dosa.
11. Menyelesaikan masalah atau menghilangkan dukacita.
12. Membolehkan diri berada dekat dengan Nabi shollallahu ‘alaihi wa sallam pada Hari Qiamat.
13. Boleh menggantikan sedekah bagi orang yang tidak sanggup.
14. Ditunaikan segala hajat.
15. Mendapat doa daripada malaikat dan rahmat Allah subhanahu wa ta’ala.
16. Membersihkan hati dan mensucikannya.
17. Mendapat khabar gembira sebelum mati bahawa dia ahli syurga.
18. Terlepas daripada huru-hara Hari Qiamat.
19. Mendapat doa dan salam Nabi shollallahu ‘alaihi wa sallam.
20. Mengingat kembali perkara yang lupa.
21. Mengharumkan majlis dan tidak ada penyesalan dalam majlis itu.
22. Menghilangkan kemiskinan.
23. Tidak termasuk dalam golongan orang yang bakhil.
24. Terlepas daripada kutukan Nabi shollallahu ‘alaihi wa sallam: “Hinalah orang yang disebutkan namaku di sisinya tetapi tidak berselawat”.
25. Menyenangkan jalan-jalan masuk ke syurga.
26. Menjauhkan majlis daripada menjadi busuk.
27. Menyempurnakan setiap kalimah yang dimulakan dengan memuji Allah subhanahu wa ta’ala.
28. Mendapat Nur ketika lalu di Titian (Sirat).
29. Menjadikan kita tidak bersifat kasar.
30. Mendapat pujian Allah subhanahu wa ta’ala di sisi para malaikat.
31. Diberkatkan umur dan semua pekerjaannya.
32. Mendapat rahmat Allah subhanahu wa ta’ala dan sentiasa dikasihi Allah subhanahu wa ta’ala.
33. Menambah mahabbah kasih sayang terhadap Rasulullah shollallahu ‘alaihi wa sallam.
34. Allah subhanahu wa ta’ala dan Rasul-Nya shollallahu ‘alaihi wa sallam bertambah kasih kepada kita.
35. Mendapat petunjuk dan hati menjadi hidup.
36. Nama orang yang berselawat disebut-sebut di sisi Nabi Muhammad shollallahu ‘alaihi wa sallam.
37. Menetapkan kaki di titian Sirat (Siratul Mustaqim)
38. Menunaikan sedikit hak Nabi shollallahu ‘alaihi wa sallam dan bersyukur kepada Allah subhanahu wa ta’ala.
39. Termasuk daripada zikrullah mengingat Allah subhanahu wa ta’ala 
dan Rasul-Nya shollallahu ‘alaihi wa sallam.
40. Mendapat kemuliaan dan keistimewaan daripada Allah subhanahu wa ta’ala.

Sumber ambilan: Kitab Jilaul Afham
Susunan: Ibnu Qoyyim Al-Jauziah (wafat pada tahun 751 H)

Demikianlah sebahagian daripada pelbagai keistimewaan dan faedah daripada amalan berselawat atas Baginda Nabi kita shollallahu ‘alaihi wa sallam yang tercinta. Sebenarnya, terdapat pelbagai lagi kitab yang ditulis oleh para ‘ulama yang merakam kisah dan keutamaan amalan berselawat.

Setelah kita mengetahui segala faedah tersebut, maka amat beruntunglah bagi kita untuk terus segera mengamalkannya.

Insya-Allah, kita bermula dengan sedikit dan sesuai dengan tahap kemampuan dan realiti kesibukan tugasan kita.

Ingat bersama-sama bahawa Allah amat mencintai amalan yang dilaksanakan dengan ikhlas secara berterusan walaupun kuantitinya adalah sedikit.

Terdapat terlalu banyak ruang masa yang dapat diisi dengan selawat. Kiranya tidaklah terlalu berat bagi lidah dan hati kita untuk melafazkan ucapan selawat buat Baginda shollallahu ‘alaihi wa sallam walaupun sekali dalam satu-satu masa dan keadaan.

Kaedah fiqh juga menyatakan: “Perkara yang tidak dapat dilaksanakan kesemuanya janganlah ditinggalkan kesemuanya.”

Bertitik tolak daripada formula ini, seandainya kita tidak mampu untuk berselawat atas Baginda shollallahu ‘alaihi wa sallam dengan jumlah yang banyak dalam satu-satu masa, cukuplah baik bagi kita untuk sekadar melafazkan sekali ucapan selawat daripada tidak mengucapkan langsung.

Insya-Allah, mudah-mudahan Allah Tuhan kita Yang Maha Menghargai hamba-Nya yang berniat untuk melakukan ketaatan memberikan kepada kita keikhlasan, kekuatan, kemudahan, keseronokan ruhani dan istiqamah dalam melaksanakan ibadah yang amat agung ini.

*Sahabat-rakan tuan-puan adalah amat dialu-alukan untuk membaca, memahami dan mengamalkan kandungan catatan ini dan menyebarluaskan kepada umat Islam yang lain demi kebaikan dunia dan akhirat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Insya ALLAH, komentar ada dihargai demi menyuburkan budaya ilmu.

Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...