Ulama Benteng

Ulama Benteng

Jumaat, 10 Disember 2010

Peluang Menambah Ilmu Agama Melalui Radio IKIM FM

Peluang Belajar dan Menambah Ilmu Agama Melalui Radio IKIM FM


Segala puji dan puja kita panjatkan kepada Allah Ta’ala, selawat dan salam dilafazkan atas Nabi tercinta Nabi Muhammad shollallahu’alaihi wa sallam, keluarga dan para sahabat Baginda.
Alhamdulillah, dengan kepesatan teknologi maklumat, para pendakwah yang ikhlas meneruskan kerja suci Baginda s.a.w. ini semakin bijak dan berjaya menggunakan segenap ruang untuk tujuan dakwah.
Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia atau dikenali sebagai Radio IKIM FM adalah antara wahana yang amat berperanan dalam mengembangkan mesej dakwah Islamiah di negara ini. Para pendengar boleh menggunakan mendail frekuensi tertentu mengikut kawasan masing-masing seperti yang tertera di bawah, untuk mendengar siaran radio tersebut:




Lembah Klang
91.5 FM
Perlis/Kedah/
Langkawi/ Pulau Pinang
89.0 FM
Ipoh
102.7 FM
Negeri Sembilan
102.7 FM
Melaka
89.5 FM
Johor Bahru
106.2 FM
Kuantan
89.6 FM
Kuala Terengganu
100.2 FM
Kota Bharu
89.8 FM
Kuching
93.6 FM
Kota Kinabalu
93.9 FM
Bagi yang mempunyai kemudahan internet pula, mereka dapat mengikuti siaran secara online melalui laman berikut, dan beberapa laman lain yang dapat dicari.
Insya-Allah, radio ini memang merangka pengisian dan hiburan yang amat membantu kita dalam mendidik peribadi yang soleh-solehah, mengembangkan pengetahuan dan kefahaman Islam serta pelbagai informasi yang bermanfaat untuk kehidupan.
Di sini, kita berkongsi beberapa program yang diatur pihak Radio IKIM FM secara berkala yang kiranya jika dapat diikuti dengan konsisten, insya-Allah manfaatnya adalah sangat besar baik untuk negeri dunia ini mahupun negeri akhirat yang kekal di sana. Sebenarnya, terdapat banyak lagi program lain yang bermanfaat antaranya Pondok Warisan,Duniaku Buku dan lain-lain. Untuk maklumat lanjut, kita boleh membuka capaian ini http://www.ikim.gov.my/v5/ProgramRadioIKIMfm.pdf atau merujuk kepada laman rasmi IKIM: http://www.ikim.gov.my/ .
1. Mari Belajar Bahasa Arab (Hayya Bil Arabiah)
· Pada setiap hari dari Isnin hingga Jumaat
· Jam 8.30 pagi
· Ulangannya pada 9.00 malam.
2. Tafsir Al-Quran
· Disampaikan oleh Ustaz Zahazan.
· Pada setiap hari dari Isnin hingga Jumaat
· Jam 6.30 pagi
· Ulangannya pada jam 8.00 malam.
Insya-Allah, peluang keemasan ini wajar kita gunakan dengan baik kerana amat mudah bagi kita untuk mengikuti siaran ini seandainya ada radio atau kemudahan internet. Kita tidak perlu bergerak ke tempat lain yang jauh. Kita hanya perlu menyediakan masa, tumpuan sepenuh hati dan membuat catatan untuk membolehkan proses ulang kaji, pemahaman dan penghadaman kandungan ilmu tersebut serta mengamalkannya dengan konsisten.
Mudah-mudahan kita sentiasa tergolongan dalam kalangan umat Nabi Muhammad s.a.w. yang dirahmati dan sentiasa melakukan kebaikan dengan ikhlas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Insya ALLAH, komentar ada dihargai demi menyuburkan budaya ilmu.

Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...