Ulama Benteng

Ulama Benteng

Rabu, 30 Mac 2011

Minat dan Hasrat Menjadi Ahli Akademik

Assalamu'alaikum kepada semua sahabat dan rakan pembaca blog Pertemuan Agung,

Saya berfikir mengenai hasrat untuk terlibat dalam bidang akademik, atau dalam kata yang lebih mudah, menjadi individu yang mengajar dan menyebarkan ilmu kepada masyarakat.

Saya kini berada pada tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Sains (major dalam Geologi, Geosains, dan Geofizik) dan dijangka tamat pada November 2011.

Namun, saya sudah berada dalam kontrak perjanjian dengan Petronas untuk berkhidmat balik kepada mereka selama 10 tahun. Namun begitu, kerja dalam Petronas belum terjamin, dan kami perlu hadiri temuduga dahulu pada tahun ini.

Insya Allah, saya doakan saya dan rakan-rakan beroleh kerja dalam Petronas. Andai tidak, jika tidak ditawarkan dalam masa 6 bulan selepas lapor diri, maka kami perlu membayar balik jumlah pinjaman, dan dimaklumkan ada mengikut peratusan, yang terbaik ( kelas pertama, atau WAM 75 ) perlu membayar 10% daripada jumlah, iaitu dalam lingkungan RM40k-RM50k.

Minat sendiri lebih cenderung untuk terlibat dalam bidang akademik dalam bab usuluddin, dakwah, Al-Quran, Al-Hadis dan seangkatan.

Ada beberapa yang terdetik dalam fikiran saya:

- Meneruskan pengajian pasca siswazah dan menjadi doktor dalam bidang sains, meneruskan kerjaya sebagai ahli akademik.

- Melibatkan diri dalam pengajian sarjana muda dalam bidang yang disebutkan di atas (minat sendiri), dan meneruskan pengajian sehingga ke tahap yang terbaik dan termampu dan menjadi ahli akademik dalam bidang tersebut.

- Menjadi ahli akademik seperti Dr Zahgloul El-Naggar, Profesor dalam bidang Geologi di Mesir, tetapi pada masa sama mampu menghurai dan menghubutkaitkan sains dan Islam.

Anda ada pandangan? Saya yang al-faqir ini terasa cemburu sangat apabila melihat betapa besarnya peluang kebaikan dan pahala berterusan yang diperoleh daripada kegiatan mengajar. Mudah-mudahan anda sudi berbincang dengan saya, mudah-mudahan Allah memelihara keikhlasan niat.

3 ulasan:

  1. MuslimInfo:

    Saya berpendapat, saudara teruskan dan tamatkan pengajian dan bekerja sebagai engineer dgn petronas kemudian dalam masa yang sama merisik tentang tempat yang sesuai utk smbg smula blajar selepas 10 thn kerja, sementara kerja cari pengalaman, sediakan asas simpanan dan timba ilmu sebagai engineer berpengalaman, kemudian smbung belajar dan jadi ahli akademik.. kita umat islam memerlukan profesional dan juga ilmuan kedua2nya jadi seperti allahyarham Dr Necmetin Erbakan, seorang engineer hingga mampu mencipta Tank sendiri dan juga pd masa sama seorang pemimpin gerakan Islam.


    (Respon daripada Akhi Razin@Nazrul)

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum

    Maafkan saya kerana mengambil sedikit masa untuk membalas.

    Tahniah Ikhwan kerana sudah berada di tahun akhir. Semoga Allah akan memudahkan perjalanan akademik Ikhwan di sana.

    Sememangnya hasrat Ikhwan untuk menjadi guru dan pengajar perlu diraikan. Dan, langkah alternatif sekiranya tidak ditawarkan tempat di Petronas seperti yang telah ditandatangani di dalam kontrak - perlulah difikirkan.

    Saya kira, plan pertama Ikhwan di atas adalah amat baik. Mungkin boleh cuba di dalam institusi pendidikan seperti UIA dan UM. Namun, situasi akademik di Malaysia nampaknya hanya membenarkan satu jalur pendidikan sahaja, yakni jalur ijazah pertama kita. Saya pernah bertanya di UIA, untuk menceburi bidang falsafah dan usuluddin - namun jika mahu dilatih untuk menjadi tenaga pengajar di sana (latihan itu adalah berupa master dan phd), maka saya hanya boleh menumpukan bidang sains sahaja dan tidak boleh melompat disiplin. Namun, ia sebenarnya kembali kepada budi bicara pihak pengurusan universiti. Apa yang saya perkatakan itu, mungkin tertakluk pada undang-undang yang bertulis. tentang pelaksanannya, barangkali ia boleh diubah.

    satu lagi alternatif, adalah seperti yang disebutkan di komentar di atas. meneroka dunia kerjaya akan memudahkan ikhwan menyelami pengajian yang bakal ikhwan hadapi. ikhwan akan tahu ke arah mana penyelidikan itu, untuk manfaat masyarakat umum, bukan sekadar berteori di kampus sahaja. mungkin itu akan menambah lagi kredit ikhwan sebagai tenaga pengajar.

    satu lagi jalan kehidupan yang kurang diperhatikan oleh generasi kita adalah dengan membuka perniagaan. teringat kehidupan Imam Hanafi, imam besar dalam ASWJ, yang merupakan seorang saudagar kain dan pada masa yang sama merupakan seorang guru dan ulama' yang begitu hebat. dalam situasi sekarang, dengan membuka perniagaan sendiri, ikhwan akan mendapat lebih kebebasan untuk menentukan masa dan minat ikhwan. untuk belajar, akan lebih mudah. bahkan, dengan dana daripada perniagaan sendiri - ikhwan akan lebih mudah menjalani denai-denai pengajian - meskipun ikhwan tidak bergelar pensyarah dan menduduki mana-mana institusi. namun, sijil dan ijazah dari guru-guru yang muktabar, saya kira, sudah boleh melayakkan ikhwan untuk menjadi ilmuan masyarakat. yakni, berbakti tanpa apa-apa jawatan yang khusus.

    rasanya, itu sahaja pandangan dari saya. insyaAllah, sekiranya ada pertanyaan lagi, saya sudi untuk berkongsi. :)

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah, jazakallah khair Tuan Teja atas buah pandangan yang saya amati adalah amat matang dan menggambarkan Tuan Teja sudah pun faham realiti alam kerjaya.

    Insya-Allah, saya akan cubakan yang terbaik. =)

    BalasPadam

Insya ALLAH, komentar ada dihargai demi menyuburkan budaya ilmu.

Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Berpegangteguhlah dengan institusi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...